Khamis, 17 September 2020

islam

 St. Francis Xavier - pengasas The Jesuit. 


Salah seorang Jesuit yang telah dihantar oleh ke Melaka 466 tahun lepas iaitu St. Francis Xavier bukannya calang-calang orang. Beliau tiba di Melaka pada tahun 1545M. Beliau yang memiliki kelulusan Sarjana dalam jurusan teologi adalah sahabat kepada Ignatius Loyola. Pada 15 Ogos 1534, St Francis Xavier bersama dengan Ignatius dan lima orang yang lain seramai 7 orang mengunjungi sebuah gereja kecil di Montmartre berdekatan kota Paris dan di situ ketujuh-tujuh tokoh ini melafazkan kaul kemiskinan, kesucian dan kepatuhan. Inilah detik awal penubuhan Tarikat Jesuit (Pertubuhan Yesus) atau kita sebut Jesuit saja. Selepas itu Francis Xavier bersama-sama pengasas Jesuit yang lain bertolak ke kota Venice, Itali di mana mereka telah ditahbiskan sebagai paderi Katolik pada 24 Jun 1537. Selepas itu Xavier bertugas sebagai setiausaha kepada Ignatius Loyola di Kota Rom untuk beberapa waktu.


Pada tahun 1540, Xavier diutuskan ke istana Portugal oleh Ignatius bagi memenuhi hasrat John III, Raja Portugal, yang inginkan mubaligh-mubaligh Jesuit dihantar ke Hindia Timur Portugis. Xavier bertolak dari kota Lisbon pada tahun 1541 bersama-sama dengan dua orang mubaligh Jesuit yang lain menaiki kapal yang bernama Santiago. Mereka tinggal sementara di Mozambique dari Ogos 1541 sehingga Mac 1542 sebelum tiba di kota Goa pada 6 Mei 1542. Jawatan rasmi Xavier di Goa adalah sebagai Nuncio Apostolik (ataupun Duta Besar Takhta Suci Kota Vatikan) dan beliau menggunakan Goa sebagai pusat operasinya untuk tiga tahun berikutnya.


St Francis Xavier tiba di Melaka pada Oktober 1545. Pada 1 Januari 1546 telah bertolak ke Pulau Amboina dimana beliau telah tinggal sehingga bulan Jun. Xavier kemudian mengunjungi pulau-pulau yang lain di Kepulauan Maluku seperti Ternate dan Morotai. Selepas itu beliau kembali semula ke Melaka. Usaha dakwah Francis Xavier di Kepulauan Maluku membawa impak yang besar dikalangan masyarakat setempat sehingga beliau digelar sebagai Hawari Timur (Inggeris: Apostle of the East). Hasil daripada pelayanan Xavier dari tahun 1546-1547 dikalangan penduduk Pulau Amboina, Ternate dan Morotai, agama Kristian bertapak di wilayah-wilayah tersebut dan kini menjadi agama terbesar di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia (91% penduduk wilayah ini beragama Kristian)


Berbalik kita kepada Goa, Goa pernah menjadi markas utama percaturan kafir untuk menakluki Nusantara. Kitab sejarah melayu kita juga pernah dibawa ke London,diambil oleh Portugis dan disimpan di Goa beberapa waktu.


Setelah Potugis menawan Melaka 1511, ada beberapa kerajaan melayu yang cuba membebaskan Melaka .Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607 – 1636M) , iaitu Sultan Aceh juga pernah cuba untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis, namun ianya tidak Berjaya. Aceh amat memusuhi Portugis ketika itu.


Oleh itu, Jesuit telah menghantar jeneral perangnya iaitu Johan Harmen Rudolf Kohler , seorang Belanda berketurunan Yahudi dan pengamal ilmu Kabbalah untuk memimpin Perang Aceh Pertama 1873. Pada 8 April 1873 tentera Belanda pun mendarat di Pantai Ceureumen dibawah pimpinan Kohler lalu menawan Masjid Raya Baiturrahman dan membakarnya. Kegemilangan kerajaan islam Nusantara pun terus malap selepas itu.

Rabu, 16 September 2020

melayu

 *"Bangsa Melayu"*


Bangsa Melayu pernah kuat,

buka tanah guna tulang empat kerat,

masih sempat berbini empat,

tongkat ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,

ular, harimau ditepuk tampar,

kerisnya bisa, silatnya gempar,

amuk Melayu, bumi bergegar.

Bangsa Melayu pernah gagah,

berkaki ayam, hutan diredah,

pernah cuba diganyang penjajah,

umat Melayu, jihad fisabilillah!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,

terbilang merata, kesultanannya hebat,

7 bangsa penjajah cuba menempat,

dengan kudrat semua dihambat!

Bangsa Melayu bangsa keramat,

Nabi (SAW) pernah beri amanat,

buat dakwah, nun di bumi berkat,

di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,

sejarah Melayu tertera riwayat,

Nabi (SAW) pernah beri alamat,

Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,

Agama dijunjung zaman-berzaman,

Wali Melayu penuh kehebatan,

karamah, barakah jadi laziman.

Bangsa Melayu penuh daulah,

halusi sahaja kisah sejarah,

'Wa'ad Melayu jangan disanggah,

sanggah wa'ad, mendapat 'tulah'.

Tanah Melayu pernah berkat,

Raja dan rakyat sentiasa bermuafakat,

Alim ulamak sangat dihormat,

bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berkat,

tempat tumpuan ulama sejagat,

madrasah, pondok merata tempat,

menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,

Bumi zuriat Nabi (SAW), itulah kudrat,

Kesultanan Melayu hampir padat,

Pancaran Nabi (SAW), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,

sejarah rajanya penuh gemilang,

turunan penjajah, entah kemana menghilang,

turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,

beribu manuskripnya tersimpan merata,

dikaji selidik sarjana sedunia,

kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa melayu halus seninya,

hayati warisan persuratannya,

syair seloka sungguh indahnya,

pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,

adat dijaga bersama-sama,

Bangsa Melayu harum namanya,

Rahmat Allah dimana jua.

Orang Melayu usah alpa,

warisan bangsa bukan sehari dua,

pusaka Melayu 7 kurun lamanya,

menyimpan sejarah nenek moyang kta.

Orang Melayu usah goyah,

propaganda bohong supaya kita melatah,

ungkapan 'Melayu Lemah' semata tohmah,

strategi musuh melempar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,

namun dicemar Inggeris keparat,

propaganda bohong itulah hakikat,

namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,

bangsa Melayu pernah berdaulat,

silap Melayu membuang adat,

silap rajanya membuang muafakat.

bukan baru musibah Melayu,

telah bermula sekurun yg lalu,

serangan musuhnya bertalu-talu,

sehingga bangsa menjadi kelu.

Melayu mula ditimpa musibah,

pabila Inggeris datang menjajah,

adat dibuang, Agama disanggah,

Akhirnya Melayu mendapat 'Tulah'

Sekian lama Melayu jadi sasaran,

sejarah, jatidirinya jadi sasaran,

musuh luar, musuh dalaman,

mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,

namun jelas hakikat sejarah,

mungkinkah tersirat, sebalik musibah,

Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah hadis junjungan Rasulullah (SAW),

Panji Hitam dari Timur, bumi karamah,

Bangsa Melayu usah menyerah,

Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,

jatidiri Melayu sebenarnya kuat,

Bumi Ahlul-Bait itulah kudrat,

Ulama & Umarak kuncinya terletak!!!!

Laksamana Hang Tuah, gagah orangnya,

Berguru, bertariqat, berisi dirinya,

jangan perlekeh riwayat firasatnya,


*'TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA!'*


'Puisi Karamah Melayu',

petikan buku Ahlul Bait Rasulullah SAW, Dinasti Melayu & Akhir Zaman.


-Bissirril Al-Fatihah-

Ahad, 13 September 2020

taqdir jambatan

 Jangan biarkan hidup kita seperti jambatan Choluteca.

.

Lihat lah betapa berkuasanya Allah swt.

.

Sebuah jambatan telah dibina untuk menyeberangi Sungai Choluteca bermula tahun 1996. Mereka mahu bina jambatan yang kukuh, yang tahan apa saja perubahan cuaca. Tanggungjawab itu diserahkan kepada pakar dari Jepun.

.

Pada tahun 1998, jambatan ini mula digunakan. Ia menjadi kebanggaan penduduk dapat menyeberangi sungai itu.

.

Qadarullah.

.

Pada October tahun yang sama, Kawasan itu dilanda Hurricane Mitch.

.

Hujan turun mencurah-curah. Jumlah hujan dalam tempoh 4 hari sama dengan jumlah hujan yang mereka terima dalam tempoh 6 bulan.

.

-Sungai melimpah

-Bah besar melanda

-Banjir

-7000 orang kehilangan nyawa

-Kehancuran di mana-mana

-Semua jambatan musnah

.

Kecuali satu,

Jambatan yang baru dibina itu.

.

Tapi ...

Jalan untuk masuk ke jambatan musnah.

Jalan keluar dari jambatan turut musnah.

Langsung tiada kesan pernah ada jalan raya di situ.

.

Lebih mengejutkan, banjir besar itu turut mengubah laluan sungai.

Ia tidak lagi mengalir di bawah jambatan.

Sebaiknya, mengalir di sebelah jambatan.

.

Jambatan yang mampu menghadapi kedahsyatan bencana alam itu tidak lagi menyeberangi apa-apa sungai.

.

Menjadi a bridge over nothing.

A bridge of nowhere.

.

Pada titik ini, kita perlu muhasabah.

.

1) Secanggih mana pun ciptaan manusia, tetap tidak dapat melawan takdir Yang Maha Kuasa. Allah swt boleh "redesign" segalanya dalam sekelip mata.

.

2) Jika kalian punya masalah sebesar gunung sekali pun, jangan pernah sekali berputus asa dari rahmat Allah swt. Dia mendengar dan pasti menyusun sesuatu buat kita.

.

3) Jika hari ini kalian hebat  dan berkuasa, boleh cipta itu ini, boleh cantas orang sana sini, boleh naik kan orang yang kalian mahu dan boleh jatuh kan sesiapa yang kalian benci. Tilik semula hatimu. Pasti ada sesuatu yang mengintai. Just remember, you are nobody.

.

4) Binalah jiwa yang kuat. Yang meletakkan sepenuh pergantungan pada Allah. Jiwa yang mampu menerima apa jua perubahan. Kita kini berada dalam dunia VUCA. Perubahan berlaku dengan cepat dan pantas sehingga diluar jangkaan.

.

5) Change from Build to Last ➡️ Build to Adapt.


#copyandpaste #asamgaramkehidupan #peringatanbersama #kehidupan #attitude #BaseOnTheTrueStory #journey #success #professional

nota

 Proses pendidikan perlukan disiplin yang tinggi pada pihak pelaksana pendidikan dan pelajar. Institusi pendidikan bukanlah tempat untuk berpolitik kerana mengejar pangkat dan kuasa. 


Pendidikan adalah satu proses pemindahan pengetahuan dan kemahiran survival yang boleh digunakan oleh pelajar untuk terus berkembang sama ada untuk belajar lebih lanjut ke peringkat lebih tinggi atau pembelajaran sendiri selepas tamat pendidikan formal mereka. 


Tanggungjawab pensyarah / kolej dalam pelaksanaan kelas dan PdP : 

🔸️Menyediakan perincian kursus termasuk sinopsis kursus dengan aktiviti dan tarikh pelaksanaan 

🔸️Menyediakan senarai buku rujukan 

🔸️Melaksanakan tanggungjawab dalam penilaian dan peperiksaan secara jujur. 



Tanggungjawab pelajar : 

🔸️Mendapatkan buku rujukan yang disenaraikan 

🔸️Menjalankan tugas membuat nota, menyempurnakan laporan² amali dan tugasan² yang ditetapkan. 

🔸️Menduduki semua ujian dan peperiksaan yang ditetapkan serta menyempurnakan segala keperluan penilaian kursus. 



Tugas pelajar dalam hal MEMBUAT NOTA : 

🧠Membuat nota sebelum kelas

🧠Membuat nota semasa kelas

🧠Membuat nota selepas kelas

🧠Melakukan pengkayaan nota

🧠Meringkas/tukar bentuk nota 



KESAN BURUK JIKA TIDAK DIIKUTI ❗

Kalau pelajar menghafal nota yg diberikan pensyarah, pelajar² tidak akan mempunyai kemahiran survival yang dinyatakan di atas. Itu maknanya pensyarah dan kolej telah memusnahkan dan mengkhianati masa depan pelajar, bangsa dan negara. Belajar bukan bermaksud sekadar proses untuk mendapat sijil, diploma atau ijazah tanpa perlu mengikut prosedur/proses pembelajaran yang betul, ia bermaksud proses untuk memindahkan pengetahuan dan  kemahiran survival dalam subjek² yang berkaitan dan juga dalam kehidupan selepas alam pembelajaran.

Jumaat, 11 September 2020

adab

 SEDARI DIRI


Setinggi manapun kita belajar,

Setebal manapun kitab yang kita khatam, Gelaran apapun yang kita terima pujian

Atau besar manapun pangkat kebesaran kita


Kita tetap perlu menjadi KOSONG dihadapan mana-mana GURU

Terutama GURU yang BUKA JALAN untuk berjalan munuju ke akhirat


Banyak yang terjadi hari ini

Dulunya MURID dihadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU dihadapan GURU


Dahulunya mencium tangan, kini tidak lagi. Dahulunya berkhidmat, kini tidak lagi. Bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI. Dulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama. Kini dirinya pula minta DIHORMATI


Semua GURU mengharap MURIDNYA lebih darinya


Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUnya


Wahai MURID, jangan mudah engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU engkau, tidak engkau kenal jalan ini


AWASILAH DIRI


Jangan hilang ADAB dengan GURU !Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKATAN


Kalau murid itu umpama bulu mata,

Maka guru Umpama kening

Walau tinggi mana bulu mata naik

Tak akan sampai setara dengan guru


Semoga Allah ﷻ mengurniakan kita ADAB bersama GURU sepertimana yang diingini GURU bahkan lebih dari itu


Nota: Guru iaitu sebenar benar guru

1)Rasulullah saw

2)Nabi allah khadir as

3)Sultan wali sayyidi syeikh muhyiddin abdul qadir jailani

4)Syeikh ahmad fathoni

5)Syeikh muhammad yusof kenali

6)Syeikh mahmud nasri othmani

7)Syeikj ahmad


Ber Adab lah


Tuntut GURU bagi setiap MURID itu WAJIB walaupun MURID itu sebesar besar ulama'....