St. Francis Xavier - pengasas The Jesuit.
Salah seorang Jesuit yang telah dihantar oleh ke Melaka 466 tahun lepas iaitu St. Francis Xavier bukannya calang-calang orang. Beliau tiba di Melaka pada tahun 1545M. Beliau yang memiliki kelulusan Sarjana dalam jurusan teologi adalah sahabat kepada Ignatius Loyola. Pada 15 Ogos 1534, St Francis Xavier bersama dengan Ignatius dan lima orang yang lain seramai 7 orang mengunjungi sebuah gereja kecil di Montmartre berdekatan kota Paris dan di situ ketujuh-tujuh tokoh ini melafazkan kaul kemiskinan, kesucian dan kepatuhan. Inilah detik awal penubuhan Tarikat Jesuit (Pertubuhan Yesus) atau kita sebut Jesuit saja. Selepas itu Francis Xavier bersama-sama pengasas Jesuit yang lain bertolak ke kota Venice, Itali di mana mereka telah ditahbiskan sebagai paderi Katolik pada 24 Jun 1537. Selepas itu Xavier bertugas sebagai setiausaha kepada Ignatius Loyola di Kota Rom untuk beberapa waktu.
Pada tahun 1540, Xavier diutuskan ke istana Portugal oleh Ignatius bagi memenuhi hasrat John III, Raja Portugal, yang inginkan mubaligh-mubaligh Jesuit dihantar ke Hindia Timur Portugis. Xavier bertolak dari kota Lisbon pada tahun 1541 bersama-sama dengan dua orang mubaligh Jesuit yang lain menaiki kapal yang bernama Santiago. Mereka tinggal sementara di Mozambique dari Ogos 1541 sehingga Mac 1542 sebelum tiba di kota Goa pada 6 Mei 1542. Jawatan rasmi Xavier di Goa adalah sebagai Nuncio Apostolik (ataupun Duta Besar Takhta Suci Kota Vatikan) dan beliau menggunakan Goa sebagai pusat operasinya untuk tiga tahun berikutnya.
St Francis Xavier tiba di Melaka pada Oktober 1545. Pada 1 Januari 1546 telah bertolak ke Pulau Amboina dimana beliau telah tinggal sehingga bulan Jun. Xavier kemudian mengunjungi pulau-pulau yang lain di Kepulauan Maluku seperti Ternate dan Morotai. Selepas itu beliau kembali semula ke Melaka. Usaha dakwah Francis Xavier di Kepulauan Maluku membawa impak yang besar dikalangan masyarakat setempat sehingga beliau digelar sebagai Hawari Timur (Inggeris: Apostle of the East). Hasil daripada pelayanan Xavier dari tahun 1546-1547 dikalangan penduduk Pulau Amboina, Ternate dan Morotai, agama Kristian bertapak di wilayah-wilayah tersebut dan kini menjadi agama terbesar di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia (91% penduduk wilayah ini beragama Kristian)
Berbalik kita kepada Goa, Goa pernah menjadi markas utama percaturan kafir untuk menakluki Nusantara. Kitab sejarah melayu kita juga pernah dibawa ke London,diambil oleh Portugis dan disimpan di Goa beberapa waktu.
Setelah Potugis menawan Melaka 1511, ada beberapa kerajaan melayu yang cuba membebaskan Melaka .Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607 – 1636M) , iaitu Sultan Aceh juga pernah cuba untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis, namun ianya tidak Berjaya. Aceh amat memusuhi Portugis ketika itu.
Oleh itu, Jesuit telah menghantar jeneral perangnya iaitu Johan Harmen Rudolf Kohler , seorang Belanda berketurunan Yahudi dan pengamal ilmu Kabbalah untuk memimpin Perang Aceh Pertama 1873. Pada 8 April 1873 tentera Belanda pun mendarat di Pantai Ceureumen dibawah pimpinan Kohler lalu menawan Masjid Raya Baiturrahman dan membakarnya. Kegemilangan kerajaan islam Nusantara pun terus malap selepas itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan