Hari Ahad 9 Safar 1442 Hijrah
BUMI MENDATAR (BULAT LEPER) DAN DUNIA BERBENTUK SPERA (BULAT BEBOLA)
#BUMI
Permukaan Bumi ini luas terhampar berbentuk bulat leper dan seperti talam.
Allah s.w.t jadikan di atas permukaan bumi ini daratan tanah, bukit bukau, gunung ganang, sungai, tasik, laut, lautan dan pelbagai hidupan.
#LANGIT DUNIA
Langit itu tinggi di Atas Muka Bumi, langit pertama (langit dunia) seperti mangkuk kaca berbentuk semi-spera yg menutupi Muka Bumi.
Lapisan langit ada 7 lapis, semakin tinggi semakin besar keluasannya. Untuk menembusi langit pertama memerlukan kekuatan daripada Allah s.w.t sahaja dan manusia dan jin tidak mampu menembusinya tanpa izin Allah s.w.t.
Ada pintu di setiap lapisan langit pertama hingga langit ke7, Rasulullah s.a.w. melalui setiap pintu langit untuk naik mengadap Allah s.w.t semasa Israk Mikraj.
Setiap pintu dikawal oleh malaikat² tertentu yang Allah s.w.t tugaskan.
#LAPISAN DUNIA
Bumi juga ada 7 lapisan, lapisan pertama (lapisan dunia) berada di bawah bumi juga seperti mangkuk kaca yang bentuk semi-spera sama saiznya dengan langit pertama.
Manusia dan jin juga tidak akan mampu menembusi lapisan bumi pertama untuk tembus ke lapisan kedua melainkan dengan izin Allah s.w.t.
Setiap lapisan bumi juga ada pintu yang dijaga oleh malaikat² yang ditugaskan oleh Allah s.w.t.
Semakin bawah lapisan bumi semakin luas lapisannya. Lapisan bumi ke dua lebih luas daripada lapisan bumi pertama, begitulah seterusnya sehingga lapisan bumi ke 7 yg paling rendah.
#BENTUK DUNIA
Lapisan langit pertama (lapisan dunia) dicantum dengan lapisan bumi pertama (lapisan dunia) akan menjadi bentuk spera lengkap seperti sebutir guli @ bebola kaca.
Itu lah bentuk Dunia. Ditengah²nya perMukaan Bumi, di atasnya lapisan Langit dan dibawahnya lapisan Bumi.
#PASANGAN
Setiap sesuatu diciptakan berpasangan;
1) Langit pasangannya Bumi.
2) Matahari pasangannya Bulan.
Matahari berada di #luar lapisan langit pertama dan bulan berada di #dalam lapisan langit pertama.
3) Siang pasangannya Malam.
#BULAN
Bulan (yang bercahaya) sentiasa beredar mengitari perMukaan Bumi yang bulat. Bulan beredar dari arah utara ke selatan dan mengambil masa satu bulan untuk satu peredaran lengkapnya.
Bulan beredar dari Kanan ke Kiri berpaksikan Baitullah Kaabah (Tawaf).
#MATAHARI
Matahari (yang menyala) mengitari dari atas ke bawah Lapisan Dunia yakni lapisan langit pertama (langit Dunia) dan lapisan bumi pertama (lapisan Dunia).
Matahari keluar dari timur dan masuk ke barat melalui suatu lubang yang berada di antara dua gunung (gunung Qaf), perjalanan Matahari mengambil masa satu hari untuk satu peredaran lengkap.
Terdapat 2 tempat terbit Matahari dan 2 tempat terbenamnya, bersilih ganti tempat terbit dan terbenam dalam tempoh masa satu tahun.
Matahari juga beredar berpaksikan Baitullah Kaabah(Tawaf) tetapi beredar dari Timur ke Barat.
Note : Pernyataan tersebut ini adalah pendapat dan pemahaman diri saya yang kerdil dan lemah. Pendapat ini boleh disangkal dan saya sedia menerima sebarang komen, pandangan dan teguran.
Sekian terima kasih.
Daripada Amirrullatif.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3595943530527176&id=100003346930052
Tiada ulasan:
Catat Ulasan