Sabtu, 5 Disember 2020

Wanita

 Perempuan dan pujian bagaikan monyet dengan pisang


1. Ada ramai lelaki yang tidak kacak, tidak handsome namun tetap berjaya memiliki perempuan cantik. Salah satu sebabnya ialah lelaki itu pandai memuji dan 'mengayat' wanita.


Perempuan sering lemah dengan kata-kata.


Telinga mereka dijadikan mudah terpengaruh oleh pujian dan pujukan.


2. Masalahnya hari ini, media massa telah menjadi platform yang paling mudah untuk wanita mendapat perhatian, pujian dan sanjungan. Kalau dahulu mereka perlu berpakaian cantik, meletakkan minyak wangi berliter-liter dan make-up setebal 5 inci lalu pergi ke hadapan lelaki. 


Sekarang dengan hanya berposing di hadapan kamera, memakai filter gambar dan berpakaian menarik atau seksi sudah cukup dan mampu untuk menjadikan diri mereka mendapat perhatian lelaki di media sosial.


3. Perempuan adalah makhluk yang memerlukan perhatian, suka perhatian dan mahu diperhatikan. Justeru dalam bahasa Arab, perempuan juga dikenali dengan sebutan المرأة yang juga bermaksud sesuatu yang dilihat oleh orang.


Zaman bujang dan anak dara, perempuan memang selalu akan dipandang.


Namun selepas kahwin dan beranak pinak, timbul masalah apabila lelakinya (aka suaminya) tidak lagi asyik memandang dirinya, kurang memberi perhatian kepadanya.


Lebih teruk, dia merasa tidak cukup dengan hanya seorang sahaja lelaki memandang dirinya atau memberi perhatian kepadanya.


(Sebab dulu sudah terbiasa mendapat perhatian daripada ramai orang) 


Dos 'pujian' dan 'perhatian' yang diterimanya sudah berkurangan menjadikan dia merasa kurang berkeyakinan, kurang semangat dan merasa nilai dirinya sudah tidak lagi berharga. 


4. Maka apa lagi, twitter, fb, Instagram, YouTube dan platform media massa dijadikan saluran untuk nafsu mereka mendapatkan perhatian dan pandangan orang.


Pakai cantik-cantik, make-up lebih-lebih dan buat aksi lentok, senget kepala, gaya manja, menonjolkan dada ke hadapan sambil bontot ke belakang seperti ayam katek@serama.


Habislah menderu-deru lelaki tidak cerdik datang memberi 'likes' dan komen memuji dan memuja kehebatan si wanita.


(Lelaki kalau dia cerdik, patutnya dia buat tidak tahu sahaja sebab nanti kerana 'desperate' perempuan itu akan terpaksa 'show off' atau menjamu dan menayangkan lebih lagi sebab demi hendak perhatian)


5. Justeru sebab itu Islam mendidik dan memerintahkan lelaki untuk menundukkan pandangan kerana dengan sikap dan tindakan yang sedemikian, akan memberikan satu tamparan yang hebat kepada wanita.


Temberanglah wanita jika mengatakan dia tidak sengaja dan tidak perasan dirinya diperhatikan.


Selang 2 saat asyik membetulkan tudung yang tidak senget, setiap 5 minit hendak melihat cermin dan setiap warna baju yang dipakai sudah diseterika sejak semalam dipilih agar serasi dengan kasut, tudung dan sebagainya.


Semua itu dirancang bukan kebetulan dan cubaan.


6. Kerana itu di dalam Islam, wanita yang solehah ialah wanita yang menjaga dirinya daripada fitnah, iaitu menjaga dirinya daripada dilihat lelaki yang bukan mahram tanpa tujuan yang syar'ie.


(Jika hendak kahwin, kenalah bagi orang lelaki tengok diri kita, jika tidak macam mana lelaki tersebut hendak berkenan untuk nikah? Sebab itu disyariatkan untuk melihat wanita sebelum meminang).


Perempuan yang solehah, dia tidak kebulur perhatian lelaki tetapi dia mencari redha Allah.


Dia tidak merasa rugi kalau dirinya cantik tetapi tidak dipuji atau tidak diberi perhatian kerana dia ingin hidup bukan untuk dirinya, tetapi untuk Tuhan-Nya.


فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ


"maka wanita yang solehah, ialah wanita yang taat kepada Allah lagi memelihara diri, ketika suaminya tidak ada, kerana telah dipelihara oleh Allah." (Al-Nisa:34)


Suami tiada pun dia menjaga diri, apatah lagi jika ketika suaminya sedang ada.


7. Ibubapa dan kita perlu semua perlu mendidik anak-anak gadis dan anak perempuan kita untuk memiliki Iman kepada Allah dan hari kiamat serta sifat malu sejak daripada kecil. Malu adalah pertahanan diri yang paling penting di samping keimanan kepada Allah dan janji-janjiNya.


Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;


الحَيَاءُ لا يَأْتِي إِلا بِخَيْرٍ


`Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.' (HR Al-Bukhari dan Muslim)


Dan anak-anak gadis perlu dididik supaya dapat berkhidmat kepada keluarga sejak daripada kecil, dididik supaya hidup bukan untuk dirinya tetapi untuk orang lain.


Agar dia boleh hidup untuk agamanya, untuk suaminya, untuk keluarganya dan untuk anak-anaknya.


Kerana dakyah liberal supaya wanita mementingkan perasaan dan emosinya secara sonsanglah maka lahir rumahtangga yang bercerai-berai, anak-anak terabai dan tidak dipedulikan nasibnya kerana semata-mata mahu memenuhi tuntutan perasaan dan emosi si isteri yang bergelar ibu.


Tanggungjawab hendaklah didahulukan daripada perasan dan emosi peribadi yang sering dimanipulasi syaitan.

Jumaat, 4 Disember 2020

Solat

 TIPS AGAR RAJIN MENGERJAKAN SOLAT


1. Ketika datang azan, Bicaralah pada diri sendiri, dengan mengingatkan diri kita, bahawa kita sudah berumur...maka solatlah dan perbanyakkanlah amal.


2. Ketika datang azan, Bawalah fikiran kita ke tanah perkuburuan, dan nasihati diri sendiri sedia atau tidak sedia, kita pasti akan jadi penghuni kubur, maka solatlah.


3. Malulah kepada Allah, Jangan sampai kita meninggalkan solat. Kerana setiap hari kita selalu menikmati rezeki darinya dan selalu di beri nikmat, maka solatlah.


4. Malulah pada diri sendiri, Jika melihat orang yang sudah uzur, dan yang memiliki kekurangan fizik, namun mereka tetap istiqomah mengerjakan solat.


5. Berusaha menjadikan solat sebagai keperluan, Kerana kita perlu syurga-Nya, ampunan-Nya dan rahmat-Nya.


6. Harus tetap menunaikan solat, Agar terhimpun ke dalam golongan hamba yang beruntung.


Selepas membaca ini, anda mempunyai pilihan untuk kongsikan agar dibaca dan diamalkan oleh orang lain.


Ya Allah saya doakan sesiapa saja yang sedang membaca ini jadikanlah mereka, ahli keluarga mereka dan keturunan mereka orang-orang yang taat dalam mendirikan solat kepada Mu.

Aamiin...🤲🏼

Selasa, 1 Disember 2020

Pdpr

 Belajar atas talian Musim Covid19 ni ada banyak kisah.


1. "Cikgu ni tak buat kerja ke? Buat kelas lebih kurang." Penjaga

2. "Manalah bebudak ni lama aku tunggu, memang jenis tak nak belajar agaknya.lantaklah.." Cikgu

3. "Adoi, susahnye la handphone kongsi dengan mak ayah ni, mesti cikgu bising." Pelajar

4. "Cikgu ni bagi kerja banyak sangat, entah semak entah tak," Penjaga.

5. Takat buat kelas whatapps macam ni aku pun boleh, buat la googleclassroom ke, Zoom ke? Telesidang ke? Nampak sangat cikgu pemalas.

6. "Cikgu ni buat asyik buat  googleclassrroom je, data dah la cepat habis, kelas setiap hari berjam. Seminggu dah berapa. Buat biasa sudahlah, kenalah faham keadaan orang lain ini kerja sekolah berlonggok bagi." Penjaga

7. "Adoii, mana nak cari duit topup Data ni. Mesti cikgu bising tak join kelas" Pelajar

8. Nanti la buat kerja, layan game PUBG dulu. Pelajar.

9. "Cikgu pastikan, anak-anak murid cikgu ikuti kelas ya. Kalau tak ikut, cari, call hubungi parent" Orang Atas.

10. "Nak cari paksa  belajar ke tak ni? Sebab ada juga pelajar  yang block nombor aku ni. Nak desak penjaga kesian sebab ada yang memang bermasalah, tak buat nanti aku pulak kena marah dengan yang atas" Cikgu.

11." Hangpa cikgu-cikgu ni tak faham ka? Ganggu orang nak kerja, hangpa takpalah duit masuk tiap-tiap bulan. Aku ni baru kena berhenti kerja".- Penjaga

12." Pastikan kelas cikgu menarik ya, pakai baju Cantik-cantik, pelbagaikan cara, ikut situasi semasa, gunalah medium terkini macam tiktok tu." Orang Atas.

13. Cikgu seronok la tak payah mengajar kat sekolah. Gaji masuk. - Orang Luar

14. Adoi,, kalau mengajar kat sekolah lagi senang, boleh pantau sepenuhnya. Cepatlah habis Covid19. Cikgu

15. "Nanti ambil kerja kamu ye, Cikgu tinggalkan modul latihan dekat pondok security sebab kamu susah ikut kelas cikgu kan'-Cikgu

16. Cikgu dah seminggu, takdak budak ambil pun, biar kami jelah yang jawab ya. - Pengawal Keselamatan.


* ini mungkin beberapa dialog biasa kita dengari. semua orang dalam keadaan tertekan. Tiada penafian untuk itu. Jangan putus semangat semua, teruskan yang termampu kita. Pastikan ilmu disebar tidak putus, dalam masa yang sama kita cuba fahami keadaan orang lain. Jika Frontliner utama bergadai nyawa untuk kurangkan Covid19, kita pula barisan utama untuk pastikan pendidikan kekal berjalan..Ya! Kita semua merasai tekanan Covid19 ni. Semoga Allah Rahmati kita semua...


CFR

Sun zu

 Sun Tzu : kenali dirimu, kenali musuhmu, kenali medan perangmu. Seribu kali kau berperang, seribu kali kau menang. 


Filosopi Sun Tzu Art of War mempunyai 36 taktikal seni berperang dan mengelirukan musuh antaranya : 


1. Kepung Wei untuk menyelamatkan Zhao. 


Bermakud : Ketika musuh terlalu kuat untuk diserang, seranglah sesuatu yang berharga yang dimilikinya. 


2. Pinjam tangan seseorang untuk membunuh. 


Bermaksud : Serang musuh dengan menggunakan kekuatan pihak lain. 


3. Buat musuh kepenatan sambil mengumpul tenaga sendiri.


Bermakud : menyibukkan musuh sehingga mereka penat, dan pada masa yg sama mengumpul kekuatan. 


4. Merompak rumah ketika rumah terbakar. 


Bermaksud : Ketika mereka mempunyai konflik dalaman, mereka tidak mampu memghadapi ancaman luar. 


5. Berpura-pura menyerang dari timur dan menyeranglah dari barat. 


Bermaksud : menyerang musuh dengan serangan palsu dan membuat serangan mengejut yg sebenar. 


6. Menipu dua kali dan yg ketiga adalah yg sebenar. 


Bermaksud : membuat musuh mengabaikan helah yg berulang seterusnya serangan yg sebenar. 


7. Secara rahsia pergunakan lintasan Chen Chang. 


Bermaksud : apabila menyerang lakukan dua serangan, iaitu serangan secara terus yg jelas dan serangan tersembunyi.


8. Pantau api yang terbakar sepanjang sungai


Bermaksud : menyerang musuh apabila musuh telah kepenatan bertelagah sama sendiri. 


9. Pisau tersarung dalam senyum.


Bermaksud : Mendapat kepercayaan musuh, tetapi melawan secara rahsia. 


10. Pohon prem berkorban untuk pohon persik


Bermaksud : korbankan kemenangan kecil untuk dapatkan kemenangan lebih besar. 


11. Mencuri kambing sepanjang perjalanan.


Sentiasa mengambil keuntungan dari setiap kesempatan.


12. Kejutkan ular dengan memukul rumput.


Bermaksud : sekiranya gagal membaca strategi musuh, serang dan lihat reaksi mereka.  Supaya strategi musuh terbongkar.


13. Iring musuh keluar dari sarangnya


Bermaksud : musuh yg kuat jangan diserang secara terus, umpan mereka keluar dari sumber kekuatan mereka.


14. Pada saat menangkap, lepaslah satu orang.


Bermaksud : menjatuhkan moral musuh dengan memberi harapan palsu sedangkan musuh telah gagal. Ketahui telah ditipu moral musuh akan jatuh dan menyerah. 


15. Kalahkan musuh dengan menangkap pemimpinnya.


Bermaksud : jika kumpulan musuh kuat, hapuskan pemimpinnya supaya kumpulan musuh berpecah.


16. Jauhkan kayu bakar dari tungku masak


Bermaksud : jika musuh terlalu kuat, jauhkan musuh dari sumber kekuatannya.


17. Memancing di air keruh


Bermaksud : sebelum menyerang musuh, lakukan kekacauan supaya musuh bingung, musuh yg hilang pertimbangan lebih mudah diserang.


18. Berteman dengan negara jauh dan serang negara tetangga.


Bermaksud : musuh kepada musuh adalah rakan sekutu sementara.


19. Cari lintasan aman untuk menjajah Kerajaan Guo. 


Bermaksud : Pinjam sumberdaya sekutu untuk menyerang musuh bersama.


20. Gantikan balak dengan ranting kayu. 


Bermaksud : Kacaukan formasi musuh, ganggu kaedah mereka.


21. Lihat pada pohon dan ganggu ulatnya


Bermaksud : menyindir tanpa menyebut nama membuatkan musuh tidak dapat membalas balik kritikan tanpa menyebut secara jelas.


22. Buat tuan rumah dan tamu bertukar tempat.


Bermaksud : kalah kan musuh dengan muslihat kerjasama atau perjanjian damai. Dengan cara ini dapat ketahui kelemahan musuh dari dalam.


23. Kosongkan benteng.


Bermaksud: ketika musuh telampau kuat, bersurai maka musuh akan mengendurkan serangan.


24. Biarkan mata-mata musuh menyebarkan konflik di wilayah pertahanannya.


Bermaksud : Perlemah kemampuan tempur musuh anda dengan secara diam-diam membuat konflik antara musuh dan teman,


25. Lukai diri sendiri untuk mendapatkan kepercayaan musuh.


Bermaksud : mendapatkan kepercayaan musuh dan melekakan mereka.


26.  Ikat seluruh kapal musuh secara bersamaan. 


Bermaksud : gunakan strategi yg sangat banyak dalam sekala yg besar, jika ada strategi gagal terhenti ada banyak lagi strategi sedang bergerak.


27. Lari untuk bertempur di lain waktu.


Bermaksud : Ini adalah salah satu strategi paling terkenal. 


Hal ini diabadikan dalam bentuk peribahasa Cina: ”Jika seluruhnya gagal, mundur” 


Jika keadaannya jelas bahwa seluruh rencana aksi anda akan mengalami kegagalan, mundurlah dan konsolidasi pasukan. Ketika pihak anda mengalami kekalahan hanya ada tiga pilihan: menyerah, kompromi, atau melarikan diri. Menyerah adalah kekalahan total, kompromi adalah setengah kalah, tapi melarikan diri bukanlah sebuah kekalahan. Selama anda tidak kalah, anda masih memiliki sebuah kesempatan untuk menang!

Isnin, 30 November 2020

Makna marhaban

 *SELAWAT MAULIDUR RASUL*💚💕💞💚🕌💚💕💞


۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

Selawat Allah ke atas Muhammad 

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

Selawat salam dipohon lagi

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

Selawat Allah ke atas Muhammad

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

Selawat salam dipohon lagi


۝     ‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 

Wahai Nabi salam atasmu

۝     ‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 

Wahai Rasul, salam atasmu

۝     ‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 

Wahai kekasih, salam atasmu

۝     ‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 

Selawat Allah ke atasmu


۝     ‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 

Bulan purnama menyinari kita

۝     ‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 

Hilang segala cahaya

۝     ‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 

Indah menawan tak pernah dilihat

۝     ‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 

Wajah gembira sepanjang hayat


۝     ‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 

Kaulah matahari, kaulah bulan

۝     ‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 

Kaulah cahaya mengatasi cahaya

۝     ‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 

Kaulah rahsia hidup mulia

۝     ‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 

Kaulah menyuluhi jiwa


۝     ‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 

Wahai kekasihku, ya Muhammad

۝     ‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 

Wahai pendamping indah sejagat

۝     ‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ 

Wahai Nabi dijulang dipuja

۝     ‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 

Wahai imam 2 kiblat


۝     ‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 

Bahagialah orang memandang wajahmu

۝     ‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 

Wahai penghulu keturunan mulia

۝     ‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 

Kolam airmu sejuk jernih

۝     ‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 

Kunjungi kami pada hari akhirat


۝     ‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 

Allah mengetahui rahsia sulit

۝    ‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 

Dialah menyahut semua seruan

۝     ‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 

Wahai Tuhan Rahmatilah kami

۝     ‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 

Dengan segala amalan soleh


۝     ‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 

Selawat Allah ke atas Muhammad

۝     ‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 

Sebanyak baris kertas ditulis

۝     ‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 

Ahmad Muhammad petunjuk jalan

۝     ‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ 

Empunya wajah berseri menawan


۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

Selawat Allah ke atas Muhammad

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

Selawat salam dipohon lagi

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

Selawat Allah ke atas Muhammad

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

Selawat salam dipohon lagi


۝     ‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ 

Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya💦❤📿ﷲ۝ﷺ