Sabtu, 5 Disember 2020

Wanita

 Perempuan dan pujian bagaikan monyet dengan pisang


1. Ada ramai lelaki yang tidak kacak, tidak handsome namun tetap berjaya memiliki perempuan cantik. Salah satu sebabnya ialah lelaki itu pandai memuji dan 'mengayat' wanita.


Perempuan sering lemah dengan kata-kata.


Telinga mereka dijadikan mudah terpengaruh oleh pujian dan pujukan.


2. Masalahnya hari ini, media massa telah menjadi platform yang paling mudah untuk wanita mendapat perhatian, pujian dan sanjungan. Kalau dahulu mereka perlu berpakaian cantik, meletakkan minyak wangi berliter-liter dan make-up setebal 5 inci lalu pergi ke hadapan lelaki. 


Sekarang dengan hanya berposing di hadapan kamera, memakai filter gambar dan berpakaian menarik atau seksi sudah cukup dan mampu untuk menjadikan diri mereka mendapat perhatian lelaki di media sosial.


3. Perempuan adalah makhluk yang memerlukan perhatian, suka perhatian dan mahu diperhatikan. Justeru dalam bahasa Arab, perempuan juga dikenali dengan sebutan المرأة yang juga bermaksud sesuatu yang dilihat oleh orang.


Zaman bujang dan anak dara, perempuan memang selalu akan dipandang.


Namun selepas kahwin dan beranak pinak, timbul masalah apabila lelakinya (aka suaminya) tidak lagi asyik memandang dirinya, kurang memberi perhatian kepadanya.


Lebih teruk, dia merasa tidak cukup dengan hanya seorang sahaja lelaki memandang dirinya atau memberi perhatian kepadanya.


(Sebab dulu sudah terbiasa mendapat perhatian daripada ramai orang) 


Dos 'pujian' dan 'perhatian' yang diterimanya sudah berkurangan menjadikan dia merasa kurang berkeyakinan, kurang semangat dan merasa nilai dirinya sudah tidak lagi berharga. 


4. Maka apa lagi, twitter, fb, Instagram, YouTube dan platform media massa dijadikan saluran untuk nafsu mereka mendapatkan perhatian dan pandangan orang.


Pakai cantik-cantik, make-up lebih-lebih dan buat aksi lentok, senget kepala, gaya manja, menonjolkan dada ke hadapan sambil bontot ke belakang seperti ayam katek@serama.


Habislah menderu-deru lelaki tidak cerdik datang memberi 'likes' dan komen memuji dan memuja kehebatan si wanita.


(Lelaki kalau dia cerdik, patutnya dia buat tidak tahu sahaja sebab nanti kerana 'desperate' perempuan itu akan terpaksa 'show off' atau menjamu dan menayangkan lebih lagi sebab demi hendak perhatian)


5. Justeru sebab itu Islam mendidik dan memerintahkan lelaki untuk menundukkan pandangan kerana dengan sikap dan tindakan yang sedemikian, akan memberikan satu tamparan yang hebat kepada wanita.


Temberanglah wanita jika mengatakan dia tidak sengaja dan tidak perasan dirinya diperhatikan.


Selang 2 saat asyik membetulkan tudung yang tidak senget, setiap 5 minit hendak melihat cermin dan setiap warna baju yang dipakai sudah diseterika sejak semalam dipilih agar serasi dengan kasut, tudung dan sebagainya.


Semua itu dirancang bukan kebetulan dan cubaan.


6. Kerana itu di dalam Islam, wanita yang solehah ialah wanita yang menjaga dirinya daripada fitnah, iaitu menjaga dirinya daripada dilihat lelaki yang bukan mahram tanpa tujuan yang syar'ie.


(Jika hendak kahwin, kenalah bagi orang lelaki tengok diri kita, jika tidak macam mana lelaki tersebut hendak berkenan untuk nikah? Sebab itu disyariatkan untuk melihat wanita sebelum meminang).


Perempuan yang solehah, dia tidak kebulur perhatian lelaki tetapi dia mencari redha Allah.


Dia tidak merasa rugi kalau dirinya cantik tetapi tidak dipuji atau tidak diberi perhatian kerana dia ingin hidup bukan untuk dirinya, tetapi untuk Tuhan-Nya.


فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ


"maka wanita yang solehah, ialah wanita yang taat kepada Allah lagi memelihara diri, ketika suaminya tidak ada, kerana telah dipelihara oleh Allah." (Al-Nisa:34)


Suami tiada pun dia menjaga diri, apatah lagi jika ketika suaminya sedang ada.


7. Ibubapa dan kita perlu semua perlu mendidik anak-anak gadis dan anak perempuan kita untuk memiliki Iman kepada Allah dan hari kiamat serta sifat malu sejak daripada kecil. Malu adalah pertahanan diri yang paling penting di samping keimanan kepada Allah dan janji-janjiNya.


Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;


الحَيَاءُ لا يَأْتِي إِلا بِخَيْرٍ


`Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.' (HR Al-Bukhari dan Muslim)


Dan anak-anak gadis perlu dididik supaya dapat berkhidmat kepada keluarga sejak daripada kecil, dididik supaya hidup bukan untuk dirinya tetapi untuk orang lain.


Agar dia boleh hidup untuk agamanya, untuk suaminya, untuk keluarganya dan untuk anak-anaknya.


Kerana dakyah liberal supaya wanita mementingkan perasaan dan emosinya secara sonsanglah maka lahir rumahtangga yang bercerai-berai, anak-anak terabai dan tidak dipedulikan nasibnya kerana semata-mata mahu memenuhi tuntutan perasaan dan emosi si isteri yang bergelar ibu.


Tanggungjawab hendaklah didahulukan daripada perasan dan emosi peribadi yang sering dimanipulasi syaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan