Khamis, 10 Disember 2020

Phd

 APA ITU PhD:


Bila sebut jer ijazah PhD, semua orang rasa nak pitam. Kenapa?


Untuk projek PhD ni kita perlu melakukan sesuatu projek atau eksperimen atau menghasilkan sesuatu formula atau teori yg belum lagi pernah dilakukan oleh orang lain. Bukan sahaja belum pernah dibuat, difikirkan juga belum..mesti sesuatu yg baru dan tulen. Kita tak boleh ciluk orang lain punyer idea..bahaya!


Bagi yg telah memperolehi PhD dengan cara yg sah tu ayahku ingin ucapkan setinggi tahniah..SYABAS..bukan senang nak dpt ijazah tertinggi dlm bidang akademik tuh..penuh dgn suka-duka, penat jerih dan kekadang linangan air mata. Bukan sesuatu yg mudah. Hanya Tuhan shj yg mengetahui.


Jika kita ada rakan yg tengah buat PhD tu, bila ketemu sekali sekala tu jgn tanya dia: Dah berapa lama mung buat PhD tuh? Mung dah tulis berapa chapter dah? Projek mung ok ke tak? Mung dah publish berapa paper dah? Fuuhhh..jangan tanya nih! Jika sebelum tanya tuh BP baru 100 jer..lepas tanya tu boleh naik mendadak jadi 200 tetiba..ha ha. So jangan tanya!


Kenapa jadi stress gitu? Emmm..terlalu banyak sebabnya!


1) Masalah kewangan. Ramai pelajar kita yg tidak mempunyai dana yg mencukupi. Kebanyakannya bergantung kepada dana dari pihak Kementerian. Bila ekonomi tak comey..semua akan terkesan. Bila takde duit, nak beli bhn kimia camner, nak pergi seminar antarabangsa camner..bukannya murah..jika takde RM1,000/orang jgn duk mimpi..itu baru dalam Negara.  Lepas tu nak publish paper pulok..mana nak cari duit! Itu belum utk belanja makan, sewa rumah dan keperluan kenderaan. Memang pening!


2) Rasa Terasing. Rasa terasing ni bukan sebab dipulaukan oleh rakan-rakan tetapi kita tiada tempat nak curahkan masalah research kita tuh..sebabnya kawan kita pun tak tahu apa yg kita buat. Tempat bertanya hanya supervisor kita sahaja. Ada orang berkata "Mung hanya layak dpt PhD bila supervisor mung tak faham apa yg kamu buat!"..ha ha..sampai begitu sekali la bahananya PhD tuh.


3) Rasa Tertekan. Bila kita diletakkan di bawah sesuatu dana, terutama syarikat swasta, kita perlu sentiasa melaporkan kemajuan projek..sebulan sekali kena sediakan report..paling bagus jika diminta setiap 3 bulan. Kita juga perlu mengikut jadual perlaksanaan seperti dirancang. Masa nak mohon dana pelbagai janji manis yg pihak kita berikan..bila nak buat baru timbul pelbagai masalah. Jika supervisor kita stress..kita lagi la stress. Sekurang-kurangnya supervisor kita ada gaji yg berjalan. Kita ni ada apa? Ada kajian di negara luar menunjukkan bahawa pelajar PhD mempunyai tahap stress yg sangat tinggi. Aduyai..


4) Masalah dengan supervisor. Kata orang sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula pelajar PhD dgn supervisor. Bila dah bertahun tu ada la org tu kecik hati..org ni kecik hati. Sebab tu ramai pelajar mencari supervisor yg berpengalaman dan yg lebih senior..kurang sikit tekanannya sbb mereka dah ada Prof Madya atau Profesor.


5) Pengurusan Masa. Projek PhD ni satu projek yg besar dan perlukan komitmen yg tinggi. Setiap hari kita perlu berada di makmal dari pagi hingga ke malam...tiada hujung minggu..tiada cuti semester..tiada cuti raya...emmm..semua tiada! Betul ke tuh? Ayahku rasa mcm keterlaluan la pulok. Pandai-pandai la bawa diri nih. Pelajar perlu dirancang bila mula projek, bila tamat, bila sepatutnya mula menulis..chapter mana dulu nak ditulis? Adakah bab pengenalan dan literatur yg patut ditulis dulu? Tidak! Petuanya tesis/disertasi perlu ditulis dari belakang dulu..jika ada 5 bab..maknanya kita tulis Bab 5 dulu..kemudian Bab 4..kemudian seterusnya Bab 2..dan akhir sekali Bab 1. Maksudnya kita kena tulis Conclusion dulu..pastu perbincangan..dan akhirnya literatur serta pengenalan. Itu semua kena dimaklumkan kpd pelajar kita!


6) Masa Depan. Antara sebab tekanan kpd pelajar PhD adalah berkenaan masa depan mereka..dah abis PhD ni ada ke kerja utk aku nih? Semakin tinggi ijazah yg kita perolehi maka peluang pekerjaan semakin sempit. Jadi jgn hanya fikirkan nak jadi pensyarah dgn univ kerajaan shj - cuba cari kerja lebih awal mungkin dgn univ swasta atau industri..guna la ijazah sarjana itu dulu. Ada la tu rezeki di mana-mana tapi jgn kita memilih sgt la..ni org Ganung nak duk Ganung sahaja..org Perlis nak duduk Perlis sahaja..tak nak keluar dari kepompong langsung..berjauhan dari mak-ayah. Aduyai..sukar la jika begitu. Pergi la luar dulu, cari kerja..kumpul duit..pastu balik la duk kapung masing-masing sampai pencen...takde masalah.


7) Motivasi. Masalah yg besar sekali adalah utk mengekalkan motivasi. Ada kajian di luar negara mendapati seramai 30-50% gagal menyiapkan PhD mereka..puncanya sbb hilang motivasi..hilang momentum. Kajian juga menunjukkan hampir 50% yg berjaya menamatkan PhD tu pun asalnya memang dah nak berhenti di pertengahan jalan. Nasib baik tamat juga. Aduhhh..


Jadi, pada pandangan ayahku la jika kita hadapi mana-mana masalah sewaktu buat PhD tu jumpalah supervisor..mana tau jika dia ada jalan penyelesaiannya. Jika dia juga takde caranya tu dan kita dah hampir hilang motivasi tu..dah jadi terlalu stress tu..rehat jer lah beberapa hari atau seminggu dua..balik umah jap jumpa mak-ayah..pasti lepas tu semangat kita akan datang semula dengan pelbagai perspektif yg lebih hebat. InsyaAllah.


Selain dari sibuk buat research kita tuh, kita kena juga amik masa utk bersosial dgn rakan-rakan agar hilang stress..pergila tengok movies ke 2 minggu sekali..bersukan ke..atau pi merayap kat shopping mall (KTCC di Ganung)..pi minum kopi ke..atau pi main pasir kat pantai ke..atau apa-apa shj yg boleh melarikan pemikiran kita dari projek tuh. Kosongkan fikiran!


Hanya satu nasihat ayahku kepada anak-anak yg tengah buat PhD nih..jangan mudah tewas ditangan kita sendiri. Kejayaan mendapat PhD bukan lah terletak pd segolong ijazah itu tetapi terhadap journey yg kita harus lalui..itulah kejayaan kita sebenarnya.


Ayahku harap anak-anak dapat mendalami makna quote ini: "You cannot go back and change the beginning, but you can start where you are and change the ending!"


Ayahku doakan semua anak-anak di luar sana tidak mudah putus asa - kuatkan semangat dan siapkan penulisan tesis secepat mungkin. Aameen. Hanya kita sahaja yg mampu mengubah nasib kita. Kita tak boleh ubah cara kita bermula tapi kita boleh ubah pengakhirannya. Semoga berjaya. InsyaAllah.


Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan