Jumaat, 1 Januari 2021

Ijazah sanad

 *-Adab menerima ijazah-*


Ramai kalau terima ijazah hanya akad Qabiltu, qabilna atau saya terima. Tapi kalau tengok kitab lama dan ajaran ulama tua, selepas ijazah diterima, adabnya kita mesti bacakan surah Fatihah dan dihadiahkan kepada baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم , para keluarga dan sahabat baginda, para masyaikh yang berada di dalam Sanad ijazah, serta kepada Khadim/pengijazah. Ulama tua kita sebut sebagai Amalan "pengesahan ijazah".


Kalau dalam tertib toriqat Chistiyyah yang kami amal, Rabitah dan itsal thawab dilakukan setiap kali sebelum beramal dengan mana-mana wirid. Begitu juga saya lihat diamalkan dalam tareqat lain. Contohnya tanah Melayu punya tareqat, amal yasin, akan ada doa hadrah pada permulaan untuk menghadiahkan surah Fatihah kepada Rasulullah, keluarga, sahabat, dan lain-lain arwah. MasyaAllah hebat adab ulama dulu.


Hari tu terbaca di posting sorang ustaz yang post tentang wirid ayat 4, ramai dok buat cerdik dalam tu katanya tak penting ijazah² ni semua, amal je, zikir ni untuk Allah, tak ijazah pun takde masalah.


Saya malas nak ulas panjang. Cuma saya nak cakap, pengalaman saya dan rakan-rakan seperjuangan saya, amalan bersanad/khusus, jika tidak diijazahkan, insyaAllah tidak berkesan. Ya, pahala tetap dapat jika sebut nama Allah, baca ayat quran, baca selawat. Tapi limpahan dan kesan kerohanian tu tak ada. Sebab Sanad tak hubung. Dan izin tidak diberi.


Ijazah bermakna izin. Mungkin ada yang akan try hard buat lawak yang ijazah ni macam ijazah sarjana muda kat universiti. Tapi makna sebenar ijazah ialah izin. Kalau tak ada izin masuk rumah, duduk lah kat luar. Kalau masuk jugak, itu menceroboh namanya. Jadi menceroboh amal tidak akan memberi kesan. 


Sama macam pernah sekali masyaikh tabligh pernah ditanya apa akan jadi kalau tak ikut tertib kerja tabligh yang betul? Maulana jawab,


"PAHALA DAPAT, ISLAH TAK DAPAT."


Terngiang benda tu sampai sekarang, dan itulah ajaibnya tertib dan ijazah. Allah pelihara warisan ini hanya untuk mereka yang ikhlas, tawadhuk dan taat, baru maksud dapat dicapai dengan izin Allah.


Tidak sikit pulak mereka yang "gila isim" bila amal amalan khusus tanpa ijazah dan Sanad. Kena faham dunia amalan ada yang khusus dan ada yang umum. Yang umum ni ialah semua amalan sunnah² nabi yang nabi dah ijazah umum untuk amal. Yang khusus pula ialah amalan yang diwarisi dari ulama terdahulu melalui rantaian Sanad khusus. Kita pulak tak paham dan main hentam je amal semua yang kita jumpa di internet, di buku. Samada kesan tak ada, atau kesan "salah". Silap amal, bukan malaikat datang, syaiton yang datang menyamar jadi malaikat.


Amalan secara "berijazah" merupakan warisan dari nabi sallallahu alaihi wasallam sendiri. Nabi selalu beri amalan umum, tapi ada sahabat yang nak amalan khusus. Yang mana amalan khusus tu, itu untuk dia je nabi ijazah. Contohnya hadis tentang seorang sahabat minta ijazah puasa setiap hari. Tapi nabi tak izin, suruh puasa Isnin Khamis je, tapi sahabat tu nak lebih, jadi nabi up ijazah kepada puasa Daud. Jadi dari situ kita tahu ada amalan umum dan ada amalan khusus. Zaman sekarang, kalau nak yang umum, boleh ikut pengajian hadis. Semua wirid dalam hadis yang nabi ajar boleh amal. Tapi kalau nak wirid khusus, kena bai'ah toriqah untuk ambil berkat sanadnya dan ijazahnya.


Ada juga yang sombong dan ego untuk ambil ijazah dari seseorang sebab banyak faktor, mungkin umur, ilmu, kedudukan, pangkat, Sanad tak tinggi dll.


Tapi ulama dulu telah ajar adab yang hebat apabila mereka menjalani latihan sufi dan berusaha bersihkan ego sombong yang mengiblis di hati dengan mengambil ijazah dari guru tua, guru sebaya bahkan lebih muda. Jadi mereka ada koleksi Sanad tinggi, sanad sederhana dan Sanad rendah. Barulah dikira sempurna sebagai seorang "musnid".


Oleh sebab itu ilmu tasawwuf dan mempunyai mursyid sufi sangat penting untuk membuang barah busuk dalam hati walau alim mana pun kita.


Salah seorang murid saya, bukan ustaz, orang awam biasa,  pernah dicium tangannya oleh Ustaz Muhadir Jol kerana mengambil ijazah durood 40 dari tangannya yang mengambil dari tangan saya, seperti yang diceritakan dalam status lama saya. Inilah ciri-ciri ulama sufi. Tawadhuk nya bukan dibuat-buat.


Selalu nampak habaib cium tangan budak-budak, sebab mereka rasakan budak-budak lebih mulia dari mereka. Ye lah, budak-budak suci, tak da dosa. Inilah tawadhuk, berbeza dengan orang takabur macam kita yang nak orang muda cium tangan kita sebab kita tua, mulia dan wajib dihormati.


Kalau kita berguru dengan guru sufi, tawadhuk akan masuk dalam hati.


Berguru dengan guru takabur, takabur akan masuk dalam hati.


Hal ilmu, itu beza. Hal tasawuf, satu sudut yang lain. Saya sendiri ambil ilmu dari semua mashaikh, bahkan guru saya di kalangan wahabi sangat ramai, saya tetap cium tangan mereka kerana muliakan ilmu. Cumanya untuk teladan, akhlak, Islah, tazkiyah, tentulah guru mursyid kita yang menjadi guru hidup mati kita. Kerana mursyid sufi memang khas bidangnya untuk buang penyakit hati dalam hati murid. Murid yang asal nya penuh dengan perasaan AKU, aku mulia, aku tak dosa, aku mustahil salah, aku lebih baik dari dia, aku lebih kaya, aku lebih berilmu, aku lebih lebih suci, akan dihentam sebersihnya oleh guru sufi sehingga AKU (Ana) mati dan digantikan dengan DIA (Hu). Masa tu barulah bebas menjadi hamba, bukan lagi perasan diri tuhan macam Firaun.


Jadi tak ramai yang berjodoh panjang dalam jalan ni kerana tak mampu nak "bunuh diri".


Semoga kita semua diberi Taufik dan  hidayah untuk mengamalkan nya.


Insyaallah, saya akan buka pengijazahan baru yang seterusnya tak lama lagi iaitu ijazah Makrifat Fatihah dan Pedang Al-Kursi. Boleh digunakan dalam perubatan Islam dll hajat mengikut pengalaman ulama yang ijazah sebelum ini.


 *Terima kasih atas sokongan semua, madrasah kami dah berjaya kumpul 62k untuk projek pembelian tanah dan pembangunan. Masih berbaki 440k 😘*


*Zakuan Faiz*

*Tanah Syam*

*25 Ramadhan 1440*

Isnin, 28 Disember 2020

Sains tulen

 SAINS 

.

1. Ada pelajar yang layak memasuki aliran sains,tetapi dihalang oleh ibu bapa. Walaupun anak mereka memang minat nak belajar aliran Sains. 

.

2. Alasan mereka, peluang pekerjaan di dalam bidang sains di Malaysia kurang.Nak tamat pengajian juga lebih susah. Ramai tersekat ditengah jalan. (Ada kebenarannya)

.

3.Kata mereka "Aliran tidak penting,yang penting anak mereka boleh survive alam persekolahan, mengambil bidang kemahiran dan boleh menjana pendapatan"

.

4. "Nak berjaya dan kaya,aliran sains bukan bidangnya di Malaysia"

.

5. Muncul lah golongan baru, "pendidikan tidak penting, degree di universiti tidak membawa makna" dan "dropout boleh berjaya"

.

6. Wang dan kekayaan harta menjadi penanda aras baru kejayaan. Tidak kaya maka tidak berjaya.

.

7. Ada pula pelajar yang memang tak minat sains, dipaksa untuk masuk ke aliran sains. Kerana ibu dan ayah bekerja di aliran Sains. engineer, doktor, ahli farmasi etc. 

8 Ada juga pelajar yang dipaksa memasuki aliran sains untuk memenuhi kuota pelajar di sekolah. Dari awal pelajar tidak minat. 

.

8. Bila SPM, tak score subjek aliran sains.ada yang fail. 

.

9. Dengan keputusan yang ada, tak layak ke IPTA. Tidak dapat IPTA tidak mengapa kerana mereka sanggup berhabis Ke IPTS. 

.

10. Yang sudi menerima sudah semestinya IPTS yang mementingkan duit dari pendidikan. 

(Bukan semua IPTS)

11. Sewaktu saya mengajar matematik kepada pelajar diploma  bidang bioteknologi dan farmasi, untuk menukar unit kg kepada gram dan milligram pun tak reti. Algebra apa tah lagi. Bila siasat, matematik moden SPM pun D, tak pernah belajar biologi pun ketika di sekolah, tapi layak masuk kerana mampu bayar.

.

12. Bila exam, saya sebagai lecturer memang terpaksa gagalkan dari segi merit kerana itu markah selayaknya bedasarkan kertas peperiksaan dan assesment.

.

13. Perkara yang paling mengganggu pemikiran saya ketika itu adalah bila ditanya."kenapa ramai sangat fail? Tak reti mengajar Ke?" Naik kan gred dan luluskan lebih ramai pelajar. 

.

14. Maka keluarlah pelajar ini dengan diploma farmasi.Tercapailah cita-cita ibu bapa mereka.

.

15. Alam pekerjaan,rasa susahnya. Maka berhenti dan jadilah founder produk. Yang penting pandai marketing. Produk datang dari kilang sama, jenama je berbeza. Itu semua tak penting, yang penting dapat buat duit.

.

16. Semakin kurang generasi yang memahami sains, maka muncullah golongan anti-vaksin, bumi leper (flat Earth) dan pelbagai ilmu teori konspirasi yang lain.

.

17. Itu yang jadi ramai percaya satu produk campur macam-macam bahan boleh sembuh pelbagai penyakit,makan kismis jampi boleh jadi pandai, makan coklat boleh jadi bijak.

.

18. Jika keadaan begini berterusan, maka bakat-bakat muda dalam bidang sains akan terus tersisih kerana masyarakat tidak lagi memandang ianya suatu yang penting. Tidak ada ekosistem yang utuh untuk menyokong 

perkembangan bidang lain.


19. Mereka akan keluar menabur bakti di negara lain dan "brain drain" akan meningkat.

.

20. Ekosistem yang membantu perkembangan minat anak-anak terhadap bidang sains perlu dibangunkan.

.

Maaf Jika ada yang terasa.

.

Ajwad ghali.


Bekas pensyarah di IPTS.

Bekas pekerja industri Bioperubatan.

Tutor Fizik sepenuh masa.

Sabtu, 26 Disember 2020

Adab

 𝗠𝗔𝗡𝗡𝗘𝗥𝗦 / 𝗔𝗗𝗔𝗕 


1. Jangan call seseorang berturut-turut. Kalau tidak berjawab, maknanya mereka sedang buat sesuatu yang penting. Mesej selepas itu dan tanya bila masa sesuai untuk call.


2 . Jangan sesekali order menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.


3. Jangan lah bertanya soalan janggal seperti, "Oh, belum kahwin ya? Umur sudah berapa ni?", atau "Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?", "Kenapa belum beli rumah?". Itu hal peribadi. Tidak perlu ditanya. Bukan hal kita. 


4. Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita, terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tidak rugi bantu mudahkan orang lain. 


5. Berhati-hati dalam bergurau. Tidak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tidak suka,  hentikan. Jangan diulang lagi.


6. Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila sudah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.


7. Beri pujian di khalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.


8. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau sudah terbagi tahu, eloklah jemput terus. 


9. Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.


#staysafestayhealthy

#kitajagakita

Jumaat, 25 Disember 2020

Penawar bisa ular

 DIPATUK ULAR

(ASAM KEPING DAN GARAM)


Pernah berlaku dihadapan mata saya di kampung dahulu.

Dua pupu sama² cari ikan, dia seluk lubang tiada air, lubang menaik keatas, kena patuk, berlari balik 3 4 kali jatuh, rumah dalam 400 meter dari parit yang kami cari ikan tu, sesampai ditangga dia terduduk kepenatan, muka dah biru, tangan kebas, mak dia suruh cari jiran sekampung kerjanya tukang urut dari Siam, dah dapat petuanya terus berlari balik dan beritahu petuanya.

Asam keping segenggam dengan garam segenggam campur sebati dalam besen berisi air suam yang agak panas, kemudian celup tangan yang digigit ular (sangkaan kami), tak lama lepas tu bisa keluar sedikit demi sedikit, sampai habis, alhamdulillah sihat sampai sekarang, setiap kali semasa celup tangan tu baca selawat.


Kes kedua berlaku pada anak jiran di Kuala Lumpur, mak mengadu pada isteri kaki anaknya bengkak kerana bisa ular tedung dan doktor beritahu kakinya terpaksa dipotong, isteri bagitahu cara-caranya, alhamdulillah sembuh dah kahwin ada anak dah sekarang.


Sebarkanlah, semoga membantu dengan izinNya. *INGAT: Asam Keping dan Garam sentiasa Ada dirumah.*


Kredit tuan punya posting

Khamis, 24 Disember 2020

Pahala

 Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia. 


Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?


1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.


Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”


Tak tak. 


Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no 🙅🏻‍♀️🙅🏻‍♀️🙅🏻‍♀️


2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.


Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim. 


1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb. 

2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha 😂

Selagi hang boleh ikut, ikut. 


3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” 😢


Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia. 


Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.


Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.


Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.


Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.


4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing. 


Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah. 


Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :


•UJIAN

•TEGURAN

•BALA


Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk. 


Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia. 


Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi. 


Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.


Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia. 


Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.


Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah. 


Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.


“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”


Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala