Jumaat, 1 Januari 2021

Ijazah sanad

 *-Adab menerima ijazah-*


Ramai kalau terima ijazah hanya akad Qabiltu, qabilna atau saya terima. Tapi kalau tengok kitab lama dan ajaran ulama tua, selepas ijazah diterima, adabnya kita mesti bacakan surah Fatihah dan dihadiahkan kepada baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم , para keluarga dan sahabat baginda, para masyaikh yang berada di dalam Sanad ijazah, serta kepada Khadim/pengijazah. Ulama tua kita sebut sebagai Amalan "pengesahan ijazah".


Kalau dalam tertib toriqat Chistiyyah yang kami amal, Rabitah dan itsal thawab dilakukan setiap kali sebelum beramal dengan mana-mana wirid. Begitu juga saya lihat diamalkan dalam tareqat lain. Contohnya tanah Melayu punya tareqat, amal yasin, akan ada doa hadrah pada permulaan untuk menghadiahkan surah Fatihah kepada Rasulullah, keluarga, sahabat, dan lain-lain arwah. MasyaAllah hebat adab ulama dulu.


Hari tu terbaca di posting sorang ustaz yang post tentang wirid ayat 4, ramai dok buat cerdik dalam tu katanya tak penting ijazah² ni semua, amal je, zikir ni untuk Allah, tak ijazah pun takde masalah.


Saya malas nak ulas panjang. Cuma saya nak cakap, pengalaman saya dan rakan-rakan seperjuangan saya, amalan bersanad/khusus, jika tidak diijazahkan, insyaAllah tidak berkesan. Ya, pahala tetap dapat jika sebut nama Allah, baca ayat quran, baca selawat. Tapi limpahan dan kesan kerohanian tu tak ada. Sebab Sanad tak hubung. Dan izin tidak diberi.


Ijazah bermakna izin. Mungkin ada yang akan try hard buat lawak yang ijazah ni macam ijazah sarjana muda kat universiti. Tapi makna sebenar ijazah ialah izin. Kalau tak ada izin masuk rumah, duduk lah kat luar. Kalau masuk jugak, itu menceroboh namanya. Jadi menceroboh amal tidak akan memberi kesan. 


Sama macam pernah sekali masyaikh tabligh pernah ditanya apa akan jadi kalau tak ikut tertib kerja tabligh yang betul? Maulana jawab,


"PAHALA DAPAT, ISLAH TAK DAPAT."


Terngiang benda tu sampai sekarang, dan itulah ajaibnya tertib dan ijazah. Allah pelihara warisan ini hanya untuk mereka yang ikhlas, tawadhuk dan taat, baru maksud dapat dicapai dengan izin Allah.


Tidak sikit pulak mereka yang "gila isim" bila amal amalan khusus tanpa ijazah dan Sanad. Kena faham dunia amalan ada yang khusus dan ada yang umum. Yang umum ni ialah semua amalan sunnah² nabi yang nabi dah ijazah umum untuk amal. Yang khusus pula ialah amalan yang diwarisi dari ulama terdahulu melalui rantaian Sanad khusus. Kita pulak tak paham dan main hentam je amal semua yang kita jumpa di internet, di buku. Samada kesan tak ada, atau kesan "salah". Silap amal, bukan malaikat datang, syaiton yang datang menyamar jadi malaikat.


Amalan secara "berijazah" merupakan warisan dari nabi sallallahu alaihi wasallam sendiri. Nabi selalu beri amalan umum, tapi ada sahabat yang nak amalan khusus. Yang mana amalan khusus tu, itu untuk dia je nabi ijazah. Contohnya hadis tentang seorang sahabat minta ijazah puasa setiap hari. Tapi nabi tak izin, suruh puasa Isnin Khamis je, tapi sahabat tu nak lebih, jadi nabi up ijazah kepada puasa Daud. Jadi dari situ kita tahu ada amalan umum dan ada amalan khusus. Zaman sekarang, kalau nak yang umum, boleh ikut pengajian hadis. Semua wirid dalam hadis yang nabi ajar boleh amal. Tapi kalau nak wirid khusus, kena bai'ah toriqah untuk ambil berkat sanadnya dan ijazahnya.


Ada juga yang sombong dan ego untuk ambil ijazah dari seseorang sebab banyak faktor, mungkin umur, ilmu, kedudukan, pangkat, Sanad tak tinggi dll.


Tapi ulama dulu telah ajar adab yang hebat apabila mereka menjalani latihan sufi dan berusaha bersihkan ego sombong yang mengiblis di hati dengan mengambil ijazah dari guru tua, guru sebaya bahkan lebih muda. Jadi mereka ada koleksi Sanad tinggi, sanad sederhana dan Sanad rendah. Barulah dikira sempurna sebagai seorang "musnid".


Oleh sebab itu ilmu tasawwuf dan mempunyai mursyid sufi sangat penting untuk membuang barah busuk dalam hati walau alim mana pun kita.


Salah seorang murid saya, bukan ustaz, orang awam biasa,  pernah dicium tangannya oleh Ustaz Muhadir Jol kerana mengambil ijazah durood 40 dari tangannya yang mengambil dari tangan saya, seperti yang diceritakan dalam status lama saya. Inilah ciri-ciri ulama sufi. Tawadhuk nya bukan dibuat-buat.


Selalu nampak habaib cium tangan budak-budak, sebab mereka rasakan budak-budak lebih mulia dari mereka. Ye lah, budak-budak suci, tak da dosa. Inilah tawadhuk, berbeza dengan orang takabur macam kita yang nak orang muda cium tangan kita sebab kita tua, mulia dan wajib dihormati.


Kalau kita berguru dengan guru sufi, tawadhuk akan masuk dalam hati.


Berguru dengan guru takabur, takabur akan masuk dalam hati.


Hal ilmu, itu beza. Hal tasawuf, satu sudut yang lain. Saya sendiri ambil ilmu dari semua mashaikh, bahkan guru saya di kalangan wahabi sangat ramai, saya tetap cium tangan mereka kerana muliakan ilmu. Cumanya untuk teladan, akhlak, Islah, tazkiyah, tentulah guru mursyid kita yang menjadi guru hidup mati kita. Kerana mursyid sufi memang khas bidangnya untuk buang penyakit hati dalam hati murid. Murid yang asal nya penuh dengan perasaan AKU, aku mulia, aku tak dosa, aku mustahil salah, aku lebih baik dari dia, aku lebih kaya, aku lebih berilmu, aku lebih lebih suci, akan dihentam sebersihnya oleh guru sufi sehingga AKU (Ana) mati dan digantikan dengan DIA (Hu). Masa tu barulah bebas menjadi hamba, bukan lagi perasan diri tuhan macam Firaun.


Jadi tak ramai yang berjodoh panjang dalam jalan ni kerana tak mampu nak "bunuh diri".


Semoga kita semua diberi Taufik dan  hidayah untuk mengamalkan nya.


Insyaallah, saya akan buka pengijazahan baru yang seterusnya tak lama lagi iaitu ijazah Makrifat Fatihah dan Pedang Al-Kursi. Boleh digunakan dalam perubatan Islam dll hajat mengikut pengalaman ulama yang ijazah sebelum ini.


 *Terima kasih atas sokongan semua, madrasah kami dah berjaya kumpul 62k untuk projek pembelian tanah dan pembangunan. Masih berbaki 440k 😘*


*Zakuan Faiz*

*Tanah Syam*

*25 Ramadhan 1440*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan