Khamis, 21 Januari 2021

Aturan

 bila ada di antara kita yang mula memberikan peranti telefon pintar, komputer riba pada anak-anak, atau memberi pinjam benda² tersebut kepada anak-anak, silalah pantau, khususnya anak-anak yang baru berjinak dengan penggunaan alat tersebut serta aplikasi-aplikasi media sosial. Ajarkan peraturan kerana terkadang keterujaan anak-anak mencipta kump. belajar membawa kepada perbualan kosong dan melalaikan.


*Etika Kump Belajar WhatsApp, Telegram, Signal*


Bahawa saya <lafaz nama>, dengan ini berjanji dgn bersaksikan Allah, dan di hadapan ibu ayah ; akan berusaha untuk 


• niat ikhlas berbincang tentang ilmu dengan menggunakan aplikasi ini.


• menghormati ahli di dalam kumpulan.


• menggunakan kata-kata yang baik sewaktu perbualan.


• mengucapkan "Salam", "Terima Kasih", "Alhamdulillah" kepada ahli kumpulan — sebagai membudayakan komunikasi sihat anjuran Islam.


• menggunakan "sticker" dan _emoticon_ untuk tujuan tertentu dan tidak berlebihan.


• menulis dengan betul (ejaan dan singkatan yg disepakati bersama).


• tidak berkongsi maklumat dan berita yang TIDAK DIKETAHUI status kebenaran dan dari siapa sumber berita diperoleh.


• tidak memberikan maklumat peribadi kepada yang tidak dikenali.


• tidak menggunakan gambar profil diri yang kurang sopan, dan TIDAK BERKONGSI gambar² keluarga, peribadi di dalam kumpulan.


• menggunakan aplikasi dalam tempoh keperluan pembelajaran sahaja (telefon pintar dan lain² pinjaman dikembalikan kepada ibu ayah apabila selesai penggunaan).


• menggunakan aplikasi WhatsApp/Telegram/Signal sebagai aplikasi perbincangan pelajaran/pembelajaran dan bukan tapak pengiklanan, hiburan dan umpatan.


*Adalah baik peraturan ini dibacakan oleh anak sebagai ikrar di hadapan ibu dan ayah — mungkin apabila selesai solat jemaah Subuh di rumah ATAU di permulaan hari apabila ibu ayah dan anak² berkumpul bersama-sama*


Ayah mendoakan kebaikan kepada anak-anak dan keluarga setelah ikrar selesai dibaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan