Ahad, 17 Januari 2021

Guru BDR

 " 'Pembelajaran online' boleh terima lagi. Masalahnya yang berlaku bukan pembelajaran online tapi 'pemberian homework online'. Sakit kita ni sebagai parent"


Ini pendapat seorang ibu di ruangan komen post influencer terkenal. 


Aku ni guru dan dalam masa yang sama bapa kepada 3 orang anak yang bersekolah. Dalam bab ni, aku memang akan pakai baju parent dan bersetuju dengan pendapat di atas.


Lantaklah cikgu nak marah ke apa.


Pernah sampai kami laki bini berselisih faham kecil di rumah dalam bab menyelesaikan tugasan yang cikgu bagi.


Kerja seorang anak, tahan lagi. Duklah ajar tekan-tekan supaya faham. Masuk yang kedua, pun sama, berderet kerja. Semua nak kena ajar sendiri. Masuk hat ketiga mulalah 'bebai'. Lagi-lagi bila push sekali, jalan sekali. Macam pahat dengan penukul.


Mula lah nak menyinga merimau segala.


Naik rimas aku dengan keadaan tu.


Anak sendiri nak kena tengok. Anak-anak orang yang berpuluh orang kat sekolah kena tengok.


Aku kata, 'stop'lah. 

Buat takat mana yang boleh je.


"Tapi ni kena hantar. Cikgu dorang mintak"


"Dah kalau budak tak boleh, nak hantar apa? Lantak situlah. Ada ke cikgu dia mengajar semua benda ni? Cikgu dia pun tak ajar kan? Tau bagi page sekian-sekian, suruh buat. Lepas tu mintak hantar? Rentikanlah. Kita ajar takat mana budak tu boleh. Kita tau anak kita boleh takat mana. Cukup"


.

Ya tuan-tuan. Ini ayat aku as a parent. Memang aku cikgu. Tapi aku tak layan sangat kehendak cikgu yang 'humban' kerja berlambak-lambak kat budak.


Aku paham sangat, cikgu buat pun sebab disuruh buat macam tu. 


Tapi prinsip aku senang. Ketika memakai baju guru, aku pegang gini - kau hanya layak bagi kerja berkaitan benda yang kau dah ajar.


Kalau kau tak ajar, kau tak layak bagi kerja. Kalau ibu bapa dorang yang ajar, ibu bapa dorang lah yang tau latihan bagaimana yang sesuai untuk anaknya buat.


Kalau nak juga bagi latihan, buatlah macam mana cara pun untuk ajar. Video, zoom, google meet atau apa saja.


Akuilah hakikat PdPR kita GAGAL bila cuma mampu longgokkan kerja tanpa disusuli pengajaran. 


Kalau satu subjek sampai 5 mukasurat, kau kali jelah dengan 5 subjek atau 6,8,10 subjek. Itu sehari. Seorang anak. Kalau beranak-anak? Dannnn..itu baru sekolah kebangsaan. Sekolah agama pulak?


Cikgu kata, kerja kami bagi tugasan je. Buat tak buat, bukan lagi tanggungjawab cikgu. 


Betul. Tapi ibu bapa yang prihatin ni lain macam sikit. Dia ada rasa keperluan untuk pikul beban tanggungjawab untuk selesaikan semua walaupun tak paksa. Tapi dalam masa yang sama dia tak mampu. 


Ada pula guru yang siap buat list 'hantar tak hantar' dalam group whatsapp. Semua ni jenis tak memikir kesan sampingan. Fikir tengkuk sendiri je. Tak paksa, tapi buat list. Itu paksa secara tak langsung namanya.


Maaflah, aku sendiri secara peribadi lebih prefer menjawab dengan ketua jika aku gagal dalam pengajaran dari rumah berbanding nak nampak rekod cantik bagi kerja kat budak tapi bubuh beban kat parent nak mengajar separuh mati.


Kita akui ada part kita gagal. Mengarut je mengajar dari rumah ni. Tapi apa pilihan yang kita ada? Tak ada pilihan. Jadi buat cara tak ada. Jangan bagi kerja serupa macam sekolah jalan macam biasa. Siap berlebih pula.


Waktu sekolah macam biasa, kerja memang sebanyak tu ke?


Fikirlah.

#copipes#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan