Mungkin sebelum ini kita berlebihan dalam meraikan sesuatu untuk dunia.
Buat kenduri kahwin habis berpuluh ribu ringgit. Hingga membawa pada perbandingan.Pembaziran. Harga sebuah pelamin boleh mencecah 50K untuk duduk tak sampai berapa jam. Belum masuk persalinan pakaian dan sebagainya. Hinggakan hilang keberkatan majlis.
Akhirnya, tahun ini Allah kembalikan fitrah majlis perkahwinan yang sebenar. Ringkas, dipermudahkan. Cukup sekadar membuat majlis kenduri doa selamat, raikan tetamu dengan bungkusan. Tidak mengapa. Ia sudah memadai untuk memaklumkan dua hati telah disatukan. Malaikat mendoakan pasangan mempelai dengan mudah. Tiada hiruk pikuk bunyi muzik dan sebagainya. Bukankah perkahwinan itu mencari rahmat?
~ si covid yang kecil itu asbab.
Jika sebelum ini akhir tahun warna-warna hari terakhir persekolahan dibanjiri dengan majlis gilang gemilang walaupun hanya tamat sekolah rendah. Baru tamat pra sekolah. Baru tamat tadika. Tapi kita meraikan seperti telah berjaya menakluk segalanya. Bukan tidak boleh meraikan tetapi adakalanya ia seperti perlumbaan, pertandingan, hingga ada anak-anak yang tidak mampu tidak mahu ke sekolah. Atau ibu bapa terpaksa menyediakan sejumlah kewangan yang besar untuk meraikan kejayaan yang baru bermula.
Tahun ini, Allah hantar si covid untuk kita berfikir dan kembali kepada fitrah. Apabila laluan sebelum ini terlalu berlebihan. Walaupun ada yang mengatakan untuk kenangan apalah salahnya.
Apabila kita buat kerana acuan manusia, maka kita sentiasa ada jawapan. Kita tidak mahu kalah. Tapi kita tidak mahu dengar apa yang Allah minta sebenarnya.
Tahun ini tiada lagi majlis gilang gemilang graduasi, yang ada dibuat menyampaikan secara pandu lalu, atau berkumpul dengan kumpulan kecil.
Jika tahun sebelum ini, wall penuh dengan gambar percutian keluar negara dan dalam negeri. Namun tahun ini Allah minta kita tenang-tenang sahaja.
Mungkin dulu ada yang terluka kerana menyebabkan rasa iri apabila melihat rakan-rakan bercuti dengan penuh mewah, ke sana ke sini. Tahun ini kita lihat gambar Throwback sahaja.
Begitulah!
Allah membetulkan semula cara yang kita rasa betul tapi rupanya Allah tidak suka. Kita kata sekali sekala tapi Allah kata, usah berlebih-lebihan.
Tak perlu digegarkan dunia dengan memecah lautan cukuplah Allah hantar covid untuk tarbiyah diri. Mungkin ini cara Allah mahu mengkhabarkan bahawa sudah tiba masanya kalian bersedia dengan tanda-tanda melenyapkan kita umat akhir zaman.
Adakah kita belajar sesuatu dengan ujian ini. Atau kita tetap yang dulu?
Kerana kasihnya Allah kepada Nabi Muhammad Allah masih memberi secara perlahan ujian ini, Allah boleh sahaja nak rentap dan binasakan seperti mana Allah buat kepada umat terdahulu.
Covid telah setahun bersama kita, kita akan hidup bersama-sama dengannya. Tiada yang sia-sia dari Allah. Hanya kita, terdidik atau tidak dengan ujian ini.
#dakwahitucinta
#islamituindah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan