Sabtu, 20 Mac 2021

Sihir

 SIHIR


Sihir adalah kelebihan luar dari keupayaan adat biasa yang berlaku dengan bantuan bangsa Jin.

Mengenali apakah amalan kita merupakan ilmu sihir adalah sesuatu yang amat sulit.

Sebabnya sihir memerlukan kata kunchi dan kata kunchinya mungkin juga berupa ayat Quran atau kalimah kalimah toyyibah.


Sihir juga diwarisi.

Sesaorang yang ditakdir dengan ilmu sihir pusaka ini akan memiliki kelebihan tertentu dan menyangka kelebihan itu adalah anugerah Allah padahal kelebihan itu adalah laknat dari ilmu salah yang dituntut datuk nenek orang tersebut.

Pewaris ini tidak bersalah atas pewarisannya tetapi akan jatuh dalam kesalahan bila dia menerima dan mengamalkan pewarisan ilmu yang salah ini.


Tersihir juga boleh terwaris.

Sesaorang yang disihir dan tidak mematikan ilmu sihir itu juga boleh menyebabkan jin sihir terus kekal beranak pinak dalam keluarga  orang tersihir. Seluruh keturunannya turut terganggu sebagai laknat dan menjadi dosa jariah kepada penyihir dan orang yang mengupah tukang sihir.


Sihir adalah lazim dalam Malaysia ini.

Peniaga terutama kedai kedai makan ramai yang mengamal sihir pelaris. Ibu penyedap masakan mereka lazimnya barangan kotor dan najis sebagai syarat untuk kedai mereka dibantu Jin. Masakan yang sangat sedap itu terkadang dicampur darah atau tahi tikus, kotoran haid, air rendaman seluar dalam dan malah anggota tubuh babi pun juga terkadang ada yang guna tanpa peniaga itu sendiri sedar apabila mereka mengambilnya dari Siam.


Para pesilat lazim menggunakan sihir apabila masuk kebahagian kebatinan namun menyangka kebatinan mereka adalah kebatinan Islam.

Bidan bidan kampung dahulu juga ramai yang beramal dengan sihir sihir pewarisan.

Panglima panglima, raja raja dan ahli ahli politik juga lazim terlibat dengan ilmu ilmu sihir.


Jin Qarin dan Jin sihir dua golongan Jin yang berbeza.

Qarin adalah takdir dari Allah terhadap semua manusia sebagai ujian asas yang membisikkan was was dan kejahatan. Sementara Jin Jin dari ilmu sihir disebut pendamping dan saka bertindak lebih jauh dan terkadang lebih brutal dari Qarin tadi. Mereka bukan sahaja membisik, namun turut merupa, mengubah pandangan wajah, membentuk rasa sayang yang tak sepatutnya, membentuk rasa benci yang tak sepatutnya dan lain lain


I'm survivor


Idris Zainal Abidin

013 4041505

Kami tukang masak yang tak campur bahan terlarang. Tengok sudip la kan

Ahad, 14 Mac 2021

Organik

 Salam.


Cara belajar kimi-A! Organik... macam memasak jer... 


ماشآءالله

تبارك الله

ان شاءالله

اللهم امين

اللهم صلى على محمد

Contoh

Intro organik. Sama macam kenal alat memasak, bahan, lauk, rempah dll


Hydrokarbon macam nak masak nasi ayam


Benzene... masak nasi 7 benua

Kenal rempah... tau resepi


Dan seterusnya.... 

Jumpa cara ... nampak halan.


Yg penting usaha

nota wat sendiri... 


Fokus di kuliah.

Bertanya klu tak faham


من جد وجد 

ومن زرع حصد


Yg penting ... jawapan organik dah ada kat soalan... 


Analogi... pertandingan memasak. Klu suruh masak kita tengok apa yg disediakan bahan² atas meja. Apa yg ada itu yg kita masak.  


Ada faham kalu?

Khamis, 11 Mac 2021

Siam 1909

 *HARI INI DALAM SEJARAH : PERJANJIAN BANGKOK (1909)*


Hari ini 112 tahun yang lalu, *satu perjanjian yang mengubah nasib umat Melayu telah berlangsung. Perjanjian itu dibuat oleh Kerajaan Britain dan Kerajaan Siam pada 10 Mac 1909 yang memfaraidkan negeri-negeri Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu sesama mereka.* 


Ia ditandatangani di ibukota Siam – Bangkok, justeru ia turut dikenali dengan nama Perjanjian Bangkok (1909). Inilah perjanjian yang memisahkan adik-beradik, kaum kerabat serta saudara mara dan boleh dikatakan menjadi titik hitam dalam sejarah umat Melayu.  


Britain pada awal abad ke-20 berusaha untuk meneguhkan kedudukannya  dalam menghadapi  Perancis di rantau Asia Tenggara.  Untuk itu, ia berunding bagi mendapatkan kerjasama Siam dalam menghadapi saingannya. Siam pula yang ketika itu di bawah pemerintahan Raja Chulalongkorn (Rama V) (1868-1910) sedang melakukan pembaharuan demi menghadapi cabaran kuasa-kuasa  imperialis Eropah. 


Bagi Siam, Perancis lebih berbahaya, justeru ia sanggup berunding dengan Britain demi memelihara kemerdekaannya.  Siam menganggap negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu kawasan naungannya. Penasihat Raja Chulalongkorn yang bernama Strobel menasihatkan baginda agar melepaskan kawasan-kawasan ini kerana ia jauh dari Bangkok, serta memakan belanja yang besar dari segi pentadbiran berbanding hasil yang diperoleh.  


Rundingan dibuat oleh Siam dengan Britain. Antara terma  perjanjian ialah Britain memperolehi negeri-negeri Melayu yang dianggap Siam negeri naungannya - Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Bagaimanapun daerah Setul dan negeri Patani kekal menjadi hak milik Siam. 


Sempadan  kawasan-kawasan yang diserahkan ditentukan melalui satu Protokol Sempadan. Ia dilampirkan dengan teks perjanjian tersebut. 


Britain pula melepaskan hak 'extra-territoriality' yang dinikmati oleh rakyatnya. Ini bermakna semua rakyat Britain di Siam selepas perjanjian dimeterai adalah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Siam. 


Penetapan garisan sempadan dibuat oleh sebuah suruhanjaya yang dianggotai oleh pegawai-pegawai British dan Siam.  Gugusan Pulau Langkawi dan pulau-pulau  ke selatannya  kekal menjadi milik British; manakala gugusan Pulau Terutau dan pulau-pulau ke utara menjadi milik Siam. Selat di antara P.Langkawi dan P.Terutau ialah garis pemisah kawasan British-Siam. 


Sempadan darat pula secara umumnya ditentukan oleh legih sungai. Ia bermula di sebelah pantai barat dari tebing utara Sungai Perlis dan menyusuri banjaran bukit yang menjadi legeh Sungai Perlis dan Sungai Pujoh (membentuk sempadan Perlis-Setul).  Ia berterusan  melalui kawasan bukit dan gunung yang menjadi legeh sungai-sungai yang mengalir masuk ke Selat Melaka di satu pihak dan Teluk Siam di satu pihak lagi. 


Legeh sungai ini merentasi hulu Sungai Patani, Sungai Perak dan Sungai Teluban hingga ke hulu Sungai Pergau; di sini sempadan diteruskan melalui legeh Sungai Teluban-Sungai Pergau hingga sampai ke Bukit Jeli. Dari situ, sempadan ditetapkan mengikuti hulu utama Sungai Golok, berpandukan thalweg Sungai Golok hingga ke laut di sebuah tempat bernama Kuala Tabal (Takbai).


Garis sempadan (delineation of boundaries) ini memberi kesan berikut:  


(1)  seluruh lembah Sungai Chenak, Sungai Tiba, Sungai Patani, Sungai Teluban, Sungai Tanjung Mas dan tebing barat Sungai Golok diperolehi  Siam; manakala seluruh lembah Sungai Perlis, Sungai Kedah, Sungai Muda, Sungai Perak, Sungai Pergau, dan tebing timur Sungai Golok diserahkan kepada Britain.


(2) Daerah Setul yang asalnya milik Kedah diperolehi  oleh Siam. 


(3) Seluruh Negeri  Patani (yang merangkumi 7 buah negeri  kecil Patani ), serta daerah Chenak dan Tiba diperolehi Siam.


(4) Bahagian hilir Sungai Golok yang merangkumi daerah Kuala Tabal hingga Menara (Narathiwat) yang asalnya milik Kelantan diserahkan kepada Siam.


(5) Bahagian selatan negeri Reman (kawasan pertikaian Perak-Reman) diserahkan kepada British.


(6) Bahagian selatan negeri Legeh (Daerah Jeli sekarang) diserahkan kepada British.


Dengan termeterinya perjanjian ini, niat British untuk mendominasi  Semenanjung Tanah Melayu dan mengelakkan campurtangan oleh kuasa barat lain tercapai.  Siam pula dapat mengukuhkan kuasa di kawasan yang diperolehi menerusi perjanjian ini,  di samping melakukan proses pemodenan dengan lebih rancak.  


Bagaimanapun Siam tidak sedar bahawa kawasan Patani yang ia mahukan sangat itu menjadi duri dalam daging dari sudut keselamatan negaranya. Kewujudan etnik Melayu yang beragama Islam yang mempunyai ketamadunan dan sejarah panjang melalui  Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Patani menyumbang kepada konflik yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.


 Perjanjian ini jugalah yang  menjadi asas kepada  sempadan Malaysia-Thailand. 

 

Pada hemat saya British agak berlembut dengan Siam. Ini mudah difahami kerana British mahu Siam menjadi negeri penampan (buffer state) daripada kawasan milik Perancis di Indo China dan di Burma. Perunding British didapati  tidak berkeras seperti perunding Perancis dalam penentuan garis sempadan. 


Pegawai-pegawai British di Tanah Melayu umumnya memusuhi Siam. Mereka  cenderung untuk menggabungkan kesemua wilayah yang majoriti  penduduk Melayu ke dalam kekuasaan British.  Jika perunding Britain mengikuti kehendak  pegawai-pegawai itu,  besar kemungkinan (i) Setul kekal dengan Kedah; (ii) seluruh Patani bersama-sama daerah Chenak dan Tiba akan dimasukkan dalam kawasan milik British. 


Kalau ini berlaku maka sempadan kita tidak sama seperti sekarang – Setul menjadi  kawasan yang paling utara di Semenanjung, manakala sempadan Malaysia –Thailand di pantai timur berada tidak jauh dari bandar Songkhla.  


*Ramai orang melahirkan rasa duka apabila apabila membaca sejarah kegemilangan tamadun Islam di Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal sekarang).  Mereka sedih melihat peninggalan sejarah serta  warisan Islam dimiliki orang lain. Namun mereka tidak sedar bahawa  di depan mata mereka ada 'Andalus di Alam Melayu' iaitu Patani.*


Sumber peta: http://patanibook.blogspot.com/2007/12/anglo-siamese-treaty-of-1909.html

Rabu, 10 Mac 2021

Wanita

 Harini dapat macam2 bentuk wasap sempena hari wanita.. Yang kat bawah ni paling  kelakar..cc: Kem Dapat Jodoh  -  KDJ 


*Selamat Hari wanita 2021.*


wanita menurut kaca mata lelaki dan profesional bidang masing2 😀 :


🌹Wanita boleh ingat peristiwa pada jam 5:30 petang, hari Selasa tahun 1995 dengan tepat tanpa tertinggal satu pun fakta. Namun dia lupa kat mana dia letak kerongsang dia. Dan getah rambut.

- Peniaga kerongsang-


🌹Wanita (isteri) sengaja tinggal tanda dalam kereta suami. Samada kasut, selipar anak, kerongsang dan seumpamanya. Ia tanda amaran kepada wanita lain yang naik kereta suaminya bahawa lelaki itu sudah ada isteri.

- Kasanova insaf -


🌹Wanita ni, kalau dia tengah marah, kita jawab lagi dia marah. Kita diam pun kena marah. Buat-buat mati pun dia datang cekik lagi.

- Brader rock -


🌹Berhujah dengan wanita ni, usahkan nak menang. Seri pun belum tentu.

- bekas wakil rakyat -


🌹Wanita suka makan. Tapi tak suka gemuk. Dia diet sehari, 18x naik penimbang. 🤦‍♂️

- coach fitness -


🌹Lelaki akan letak nama isteri sebagai penerima pampasan takaful. Namun wanita akan letak nama anak-anak. Pun masih kata lelaki tidak setia. 🤦‍♂️

- Abam takaful -


🌹"Abang, saya dah tak ada tudung nak pakai. Beli baru jom". - wanita -

Kau buka almari, ada 365 helai dah tudung dia. Pun kata tiada. 🤦‍♂️

- kontraktor-


🌹Bergaduh dengan wanita ni, menang malu. Kalah pun malu.

-  tok guru silat -


🌹Jangan sesekali tanya wanita "Nak makan apa". Just don't!

- Bekas banduan -


🌹"Abang. Duduk sat. Ada benda saya nak bincang". - wanita -

Siap sedialah lelaki. Dia dah ready dengan fakta sains dan risikan dari CIA, FBI, Bukit Aman segala dah tu. Doalah banyak-banyak masa ni. Aku tak leh tolong.

- inspektor sahab-


🌹"Saya makin gemuk ke bang?" - wanita -

Kau jawab jujur dia marah, kau tipu dia tak percaya. Ehh.. ko nak apa sebenarnya?

- pengantin baru-


🌹Diam wanita lebih bahaya dari dia membebel tak henti-henti.

- penceramah motivasi-


🌹Wanita kalau dia kata, "sekali ni je bang". Kau jangan percaya. Kau percaya, kau bodoh.

- UAI -


🌹Wanita baca kes suami curang, tonton filem lelaki jahat, kau yang kena marah. Confirm!

- drebar teksi -


🌹Jangan hilangkan waima tudung botol kecil Tupperware. Satu set kau kena ganti. Selagi tak ganti, bernanah telinga dengar bebelan dia.

- pakar e. n. t -


🌹Bila wanita masak resepi baru, maniskan muka terus puji sedap. Kalau jujur, berkarat kuali kat rumah. Hadap la megi hari-hari. 

-  chef -


🌹Sebahaya periuk api, bahaya lagi tudung wanita baru lepas gosok.

- mejar (B) -


🌹Wanita punya kuasa, bila dia tempik kat anak suruh pergi mandi, dengan kau sekali melompat pergi mandi.

- bapa mithali-


🌹Jangan sesekali baca wasap lepas tu senyum-senyum. Jangan!

- arkitek pencen-


🌹Tangan yang menghayun buaian,mampu menggoncang dunia...

--jurutera pencen--


🌹Jangan terkejut kalau suami bangun-bangun tidur terus kena marah sebab malam tu isteri mimpi suami kahwin lagi satu.. 🤣 🤣

~ zaujah dari syurga~


🌹wanita kata "Lelaki semuanya sama!" 

Masa nak pilih buat laki, kemain lagi demand nak macam tu macam ni. Kalau dah semua sama, buat apa memilih.

-auditor-


WANITA 

Matanya mampu mengesan segala benda dalam rumah. Apa yang kau cari tak jumpa kau tanyalah dia. Pasti dia nampak walau benda itu tersorok bawah karpet sekalipun.

Sabtu, 6 Mac 2021

Pingat Hang Tuah

 

Pahlawan Kanak-Kanak 1976


Seorang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Petaling, Musa bin Zainuddin, 10 tahun dari Petaling Jaya, Selangor telah diisytiharkan oleh Majlis Pusat Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia sebagai 'Pahlawan Kanak-Kanak 1976'.


DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada waktu itu iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra telah berkenan menganugerahkan 'Pingat Hang Tuah' kepada pahlawan kecil itu di satu perhimpunan sempena menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia yang berlangsung di Staduim Negara, Kuala Lumpur. Tema perayaan tahun itu ialah 'Mendekati mereka yang sukar dihampiri'.


Musa ialah anak seorang buruh, menerima Pingat Hang Tuah beserta hadiah wang tunai $350.00 berserta sijil penghargaan oleh pihak Lembaga Letrik Negara (LLN) dan menerima anugerah dari syarikat Guiness Stout.


Musa berjaya menerima Pingat Hang Tuah kerana keberaniannya menyelamatkan ibunya serta tiga orang rakan-rakannya daripada korban kejutan elektrik pada 1 September 1975 kira-kira pukul 2.00 petang.


Kronologi Kejadian:


Kejadian itu berlaku apabila tiga orang kanak-kanak adik beradik iaitu Saharah bt. Abdul Aziz 8 tahun, Azizan 6 tahun dan Azahar 5 tahun telah bermain-main di rumah kosong dengan wayar yang mepunyai arus elektrik. Mereka telah terkena kejutan elektrik daripada wayar tersebut dan kejadian itu telah disaksikan oleh adik kecil Musa yang melaporkan kepadanya.


Musa pun berkejar ke tempat itu dan melihat tiga orang adik beradik tadi sedang terbaring dan tidak menyahut penggilannya. Musa segera memanggil ibunya di rumah yang berhampiran tempat kejadian. Ibunya, Puan Rahmah bt. Harun terus memegang wayar tersebut bila melihat kanak-kanak itu sedang bergelimpangan. Dia juga turut mengalami kejutan elektrik dan Musa segera mengambil sebatang kayu dan memukul wayar itu hingga terputus.


Akhirnya keempat-empat mangsa kejutan elektrik itu dapat diselamatkan setelah dirawat di Hospital Universiti, Petaling Jaya.


Mengikut sejarah, Anugerah Pingat Hang Tuah telah diberikan kepada tokoh kanak-kanak negara berdasarkan keberanian istimewa mereka dan penganugerahan Pingat Hang Tuah telah dijadikan acara tetap sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bermula 21 Okt 1960.


Bagi tempoh 1960 hingga 1977, seramai 30 orang kanak-kanak telah dianugerahkan Pingat Hang Tuah sebelum ia ditamatkan kerana ia hanya menumpukan kepada kebolehan fizikal. Ia ditukar kepada Tokoh Kanak-Kanak Kebangsaan pada 1982 yang mengambilkira keistimewaan seseorang kanak-kanak secara menyeluruh meliputi kecemerlangan akademik, kegiatan ko-kurikulum, kepimpinan, motivasi diri dan sahsiah.


Dimanakah Musa bin Zainuddin sekarang?