Rabu, 19 Mei 2021

Makang

 "Sorry la. Tak makan ikan sungai. Hanyir". 


"Aku takkan makan petai plastik tu. Hancing". 


"Eiii...kuatnya bau tempoyak ni. Pening". 


"Makanan sini semua tak sedap. Tak puas hati langsung aku". 


"Ikan jenis macam tu aku bagi kucing aku je makan".


Ada. Memang ada orang macam ni. Apa saja yang dia punya, bagus. Apa saja yang orang ada, tak elok. Menghinanya tu bukan setakat terhenti pada sifat dan barang, lalu akhirnya jatuh pada menghina rezeki Tuhan. Makanan.


Saya ingat lagi seorang kawan ni. Suka makan rebung. Satu hari masa dia tengah makan dekat dalam pantri, ada kawan lain masuk. Kawan yang ni kata," Eh...apa bau hancing ni?". Saya tengok kawan ni tutup bekas makanan dia. Perlahan-lahan pergi buang dalam tong. 


Lepas tu setiap kali makan, dia duduk di kaunter atau kantin. Makan sorang-sorang. Malu nak join makan dalam pantri lagi.


Dulu ada orang datang rumah ayah. Dia bawa makanan 2-3 bekas dari kampung. Dia suruh panaskan. Ajak makan sama-sama. Masa nak panaskan tu, salah satunya basi. 


Saya tengok ayah ambik, simpan dekat tempat beku. 


Masa dia tanya mana lagi satu lauk, ayah saya bukak peti dan tunjuk makanan dekat tempat beku tu. 


"Ni lauk dah banyak. Yang ni simpan tempat beku. Ni feveret ni. Nanti aku panaskan sikit-sikit kendian nanti". 


Bila orang tu dah balik, baru ayah buang lauk yang dah basi tu. 


Dulu saya tak faham. Kenapa tak cakap jujur je makanan tu basi. Kan berkata benar itu benar. 


Sekarang bila saya dah tahu masak. Dah tahu penatnya masak. Dah tahu penatnya cari duit untuk beli barang masak. Dah tahu masak itu bukan setakat masak tapi ada ingatan, kasih sayang, panas, letih dan semuanya, saya faham. Apa yang ayah buat tu betul. 


Kita ada baki sikit pun makanan yang kita masak dah tak elok, sayang dan sedih rasa nak buang. Apatah lagi kalau makanan satu bekas dah rosak. 


Tentu orang itu pun akan suruh buang kalau tahu makanan tu basi. Pasti dia tak teragak-agak suruh letak dalam tong sampah. 


Tapi memikirkan susah payah, ingatan, seronoknya, bahagianya dia masak nak bagi orang jauh ni makan, menjaga hati dia adalah pilihan yang lebih baik pada masa itu. 


Sifat ayah itu menjadikan kami rasa semua makanan sedap. Tak ada yang tak sedap. Semua okay. Masin, tawar, manis, pahit, cukuplah rasa di tekak. Lalu simpan di hati.


Suka, makan.

Tak suka, sorok-sorok letak tepi. 


Ada benda. Kena belajar tahan mulut kita. Lagi-lagi benda milik orang. Yang kita, suka hati kitalah kita nak komplen apa. Yang orang punya, tahanlah. 


Jangan sebut. 


Itulah akhirnya tanda kita orang yang memiliki adab dan peribadi.


Kredit : Siti Suryani Yaakop 

#kaknis

Isnin, 17 Mei 2021

AJK masjid

 1. Mesyuarat Pertama AJK Masjid : 

 = Kita bahagi kupon kepada jemaah supaya kehadiran jemaah tidak melebihi kuota yang ditetapkan. 

Semua setuju.... Sokong.. 


2. Mesyuarat kedua AJK Masjid : 

= Kita dapat aduan, tak adil bahagi kupon. Sb AJK akan bagi kupon pada kroni2 sahaja. 

= Ok. mesyuarat setuju. Kita bahagi kupon ikut kawasan rumah / lorong2. 


3. Mesyuarat ketiga AJK Masjid : 

= Kita dapat aduan, AJK main ikut suka bagi kupon. Yang tak pernah nampak masjid sebelum ni dapat kupon. Padahal datang solat seminggu sekali je. Yang kaki masjid tiap2 hari ni. tak dapat kupon. 

= Ok. mesyuarat setuju. kita bahagi kupon kepada ahli2 masjid, sebagai tanda menghargai, merekalah yg menghidupkan masjid sebelum2 ini. 


4. Mesyuarat keemapt AJK Masjid :

= Kita dapat aduan lagi. Asyik bagi kupon kepada geng2 masjid je. Kalau bukan geng2 masjid ni, kira tak layak  la nak masuk syurga jugak? sepatutnya, masa ni la kita pilih2 yg bukan kaki masjid untuk diberi kupon, supaya mereka mula dekat dengan masjid dan terpaksa hadir masjid sebab dapat jemputan. Ini la peluang nak dakwah. 

= Ok. mesyuarat setuju. kita bahagi kupon kepada muka2 yang jarang2 atau memang tak nampak ke masjid. moga mereka juga rasa terpilih untuk ke masjid. 


5. Mesyuarat kelima AJK Masjid : 

= Kita dapat keluhan lagi dari penduduk. Kenapa AJK dapat kupon tiap2 minggu. Jemaah yang tiada jawatan ni kadang2 dapat kupon., kadang2 tidak dapat kupon. 

= Ok. mesyuarat setuju. AJK tukang bahagi kupon je. Untuk AJK tak boleh ambil. bagi peluang pada jemaah lain yg tiada jawatan. biar sorang dua je AJK yg boleh hadir solat. 


6. Mesyuarat ketujuh AJK Masjid : 

= Kita dapat makian dari penduduk. Ada yang dapat kupon tapi tak hadir solat. Membazir je kouta yang diberikan. Sebaiknya bagi awal pada jemaah kupon tu, supaya jemaah ready yang mana boleh hadir, yg mana tidak boleh hadir, akan pulang semula kupon tu. 

= OK. mesyuarat setuju. Kita bahagi awal kupon dan yang tidak hadir selepas dapat kupon, kita blacklist kan dia. 


7. Mesyuarat kelapan AJK Masjid : 

= Ada jemaah marah. yang dapat kupon buat2 lambat datang solat. sebab mereka dah tahu, mereka dapat kuota tu, mereka lambat2 pun takpe. Sedangkan ada yang cuba datang awal. tp takder kupon, tetap tak boleh masuk. Zalim betul. Patut yang datang awal bagi je masuk. 

= Ok. Mesyuarat setuju. Siapa datang awal, dia dapat masuk. cukup kouta yang ditetapkan. kita tutup pagar. 


8. Mesyuarat kesembilan AJK Masjid : 

= Jemaah marah lagi. Main siapa cepat dia dapat ni tidak adil. sebab ada yang datang tunggu awal untuk waktu solat jumaat je. solat lain tak datang. saya yg datang tiap2 waktu ni, bila terlambat sedikit masa jumaat. saya tak benarkan masuk sb alasan kuota dah penuh. sedangkan saya ni tiap2 waktu hadir. patutnya untuk jumaat ni, bagi je la ke muka2 yang tiap2 waktu hadir solat ni. 

= Ok. Mesyuarat setuju. SEMUA AJK dihantar ke HOSPITAL SAKIT MENTAL. Selesai masalah. haha


Gambar sekadar hiasan

Sabtu, 15 Mei 2021

Hari Guru

 Kerjaya Guru, Ibadah Aku


Usai sahaja sesi pengajaran terakhir di penghujung semester, ini menjadi ungkapan wajib aku kepada para pelajar aku,


"Izinkan Sir meminta balasan bagi setiap ilmu yang Sir telah kongsikan kepada kamu. Andai kita bersua kembali di Hari Hisab kelak, jika kamu melihat Sir bakal dicampak ke Neraka, maka segeralah menarik Sir dan menyatakan saksi akan segala ilmu dan keikhlasan yang Sir telah curahkan kepada kamu. Moga-moga Allah mengampuni dan meredhai kita semua".


Setiap kali ungkapan ini aku sampaikan kepada mereka, tampak wajah aku seolah-olah bergurau, namun jauh di sudut hati ini, remuk membayangkan kalau-kalau usaha murni mendidik anak bangsa yang aku curahkan tidak diterima oleh Allah, sebak. Walau bersahaja dalam kata-kata aku, memang benar-benar aku harapkan apa yang aku pinta kepada pelajar. Ianya tidak selayaknya dikatakan 'permintaan' tetapi lebih kepada 'amanah' aku kepada mereka.


Sering bermain di fikiran seolah-olah dialog aku kepada Allah, 


"Ya Allah, hamba-Mu ini bukanlah daripada kalangan yang baik amalannya, yang kuat imannya, yang banyak sedekahnya, malahan sering dan terlalu banyak dosa-dosa yang aku lakukan. Namun aku amat suka mengajar, aku bersungguh-sungguh dalam menjadikan pelajar-pelajar aku memahami apa yang dipelajari, kehidupan aku kini pun banyak terluang dengan kerjaya aku sebagai guru. Maka, ikhlaskanlah hati aku dalam usaha mendidik anak bangsa ini, moga-moga Engkau terimanya sebagai ibadah, menjadi asbab keampunan dan keredhaan-Mu terhadap hamba ini".


Ya, kerjaya guru buat aku bukan sekadar punca mencari rezeki! Ianya lebih besar daripada itu. Ianya ibadah buat diri aku yang serba kurang ini. 


Hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW:

 

مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ


“Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang  mengamalkannya sedikitpun”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]


Menyedari akan hakikat bahawa mengajar ialah suatu ibadah, sudah pasti seboleh-bolehnya aku tidak mahu mengotorinya dengan niat dan perbuatan yang salah. Setiap kali memulakan sesi pengajaran, aku meminta agar para pelajar aku membaca doa belajar, dan aku juga tidak berkecuali. Aku titipkan doa antaranya seperti ini,


"Ya Allah permudahkanlah urusan kami khususnya dalam aku menyampaikan ilmu-Mu dan para pelajar aku memahaminya. Ya Allah, bukan aku yang memberi kefahaman, dan bukan pula ilmu yang disampaikan ini milik aku".


Apabila pelajar-pelajar, rakan-rakan sekerja memuji-muji kaedah pengajaran aku yang menjadikan mereka mudah faham, sudah pasti sebagai pendidik, aku amat gembira. Aku gembira kerana aku berpeluang memudahkan urusan orang lain dan dapat sedikit sebanyak membantu mereka.


Dari Abu Hurairah R.A., Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).


Namun, kadang-kadang aku sedih dan takut, kalau-kalau terdetik di hati ini rasa bangga, riyak, ujub dan takbur kerana kononnya, pelajar aku mampu memahami dek kerana kehebatan diri sendiri yang hebat dalam mengajar, merasa diri ini lebih baik daripada rakan-rakan pengajar yang lainnya. Allahu...Allah jualah yang memberi izin bagi segala sesuatu untuk berlaku, sedangkan aku sama sekali tiada upaya.


Genap 5 tahun dalam ibadah khusus aku ini dan sudah pasti perjalanan aku masih jauh. Moga-moga Allah pelihara hati ini agar terus semangat dan ikhlas dalam mendidik. Keberkatan daripada-Nya aku dambakan moga-moga semakin meningkat kualiti pengajaran aku sesuai dengan keperluan zaman. 


Tulisan ini aku tujukan buat diri aku dan rakan-rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan. Mudah-mudahan saat aku lupa dan leka, tulisan ini menjadi peringatan...BUKAN! Menjadi amaran kepada diri ini, kerjaya guru ini, ialah ibadah. Saat aku tidak yakin dengan amalan aku lainnya, aku amat berharap mengajar menjadi ibadah yang mampu menyelamatkan aku daripada kemurkaan Allah. Justeru, saat dalam ibadah, harus aku jaga kesuciannya, pelaksanaannya, bukan sambil lewa, bukan suka-suka!


SELAMAT HARI GURU!


Sir Raja,

Pendidik

Channel YouTube: https://cutt.ly/ibXYlzL

NGO

 TEKNIK-TEKNIK BUAT DUIT DENGAN NGO UNTUK KAU JADI KAYA!


Korang perasan tak, dah makin ramai orang buat NGO. Korang juga perasan tak, orang yang run NGO ni biasanya takda kerja tetap, tapi survive je. Mana diorang dapat duit?


Sebenarnya, bukan tunggang agama je boleh buat duit. Tunggang NGO pun boleh buat duit. Sebab tu kau perasan ramai yang all out kutip derma, sampai sanggup tekan ads, billboard, dan bayar iklan masuk media. Sampai ada yang sanggup berhenti kerjalah, full time dengan NGO dia!


Korang tau tak yang bank negara (BNM) allow mana-mana NGO collect derma dan ambil up to 30% dari duit derma sebagai charge pengurusan. Kalau kau berjaya collect RM100k, kau boleh guna RM30k sebagai pengurusan. Begitulah seterusnya.


Bila NGO tu kau yang control. Kau CEO, kau founder, kau pengerusi. Mestilah kau ada kuasa penuh. Hujah biasa puak ni, orang derma atau infaq disebabkan dia. Orang pecaya dia. 


Berikut cara mereka bikin wang dengan NGO!


1. GAJI. 


Kutip derma atau infaq. Set gaji or elaun sendiri, masuk dalam charge pengurusan.


Dengan charge pengurusan nilah, kau boleh bayar sewa pejabat, bayar gaji crew dan juga gaji kau! Kau dibayar untuk buat baik. Benda yang kau suka. Bukan susah kan? Ada NGO yang kaya collect derma letak gaji RM20k tau dekat pengerusi dia!


2. SUPPLIER.


Kutip derma atau infaq. Kau sendiri jadi supplier.


Kau buat announcement yang kau nak sedekah facemask dekat B40 dari PPR. So kau cari orang nak infaq or derma. Kau sendiri supplier. Lepas dah collect duit derma dan infaq tu, NGO kau beli dekat kau facemask tu full price. So, kau dapat sales.


3. KRONI.


Kutip derma atau infaq. Kroni kau yang supply. Kau cashout tepi.


Kau minta derma untuk buat rumah asnaf, duit dah dapat. Kau lantik kawan kau jadi kontraktor. NGO kau bayar dia, dia kasi kau 10%!


4. BUAT PROGRAM BISNES.


Kau guna NGO kau buat program waqaf sambil berbisnes.


Dia kumpul orang, collect sorang RM1000 untuk beli ayam serama, jadi return 50/50. 50% ke asnaf, 50% ke pelabur. Kalau fail, dia akan return 50%. Beramai-ramailah masuk sebab nak tolong asnaf. Dia tak buat pun bisnes tu. Dia ambil 50%, dia return 50% seperti dalam agreement.


5. 100% KEUNTUNGAN UNTUK INFAQ!


Kau declare yang 100% keuntungan bisnes kau, akan kau infaq ke NGO kau.


Jadi beramai-ramailah orang membeli di kedainya. Walhal dia dah set gaji dia berpuluh ribu. Cover semua cost dah. Untung RM10, bagi semua RM10 pun kira 100% juga.


6. INVESTMENT UNTUK ASNAF.


Kau collect derma untuk NGO kau, kata kau akan invest dalam business. Nanti pulangan, boleh bagi dekat asnaf di bawah NGO.


Dia invest dekat company dia sendiri, or kroni-kroni dia. Bila rugi, dia cakaplah, investment mana ada janji untung. Itu riba. Ada yang lagi hampeh, dia buat main saham.


7. BELI HARTA UNTUK NGO.


Kau collect derma atau infaq untuk NGO kau, kau beli harta kau sendiri untuk cashout.


Kau ada van buruk. Kau sesak nak duit. So, kau collect derma untuk beli van kau yang kalau kau jual sendiri, takda siapa nak beli. Jadi kau guna power kau untuk NGO kau beli van buruk kau. Kautim!


8. LANTIK SYARIKAT SENDIRI.


Kau sebagai founder NGO kau, kau lantik kedai runcit kau jadi food bank orang miskin.


Siapa bayar kedai runcit tu? NGO tula bayar. Kau jangan pelik, walaupun kedai runcit tu kosong, tak meriah. Tapi nanti sales dia berpuluh juta! Semua salea itu dari NGO yang dibayar dengan duit derma  atau infaq korang.



Setakat ni 8 style ni la yang aku kesan. Kalau ada lagi, korang tambahlah. Sebab itu korang jangan pelik puak ni sanggup ni buat team publisiti ramai-ramai, dengan cameraman, soundman, content writer, video editor, designer. Siapa bayar semua tu? The more donation coming in, the merrier the NGO pocket.


Kalau dapat RM100,000, RM30,000 kau boleh enjoy as operation. Kalau kau dapat collect RM1,000,000, RM300,000 kau ambil. Kalau kau dapat collect RM100,000,000, RM30,000,000 kau boleh enjoy dengan NGO kau.


Ia legal dan tak salah di sisi undang-undang. Sebab itu makin ramai buat. Kerja senang bro. Bukan duit kau. Orang bayar kau untuk kau buat baik. Kau dapat duit, kau nampak baik. 


Cuma aku tertanya-tanya, masa kau buat derma atau infaq tu, kau memang dah redha ke RM100 kau nak bagi dekat asnaf tu, hanya sampai RM70? RM1,000 kau tu sampai kat asnaf RM700 je. Ke korang tak tau?


Kau jangan terkejut orang yang run NGO kaya ni, dia jadi kaya raya rasanya sebab duit derma tu je. Ada yang sampai kahwin 2,3. Entah berapalah gaji dia set dekat diri dia. Kita tak boleh lepas ke situ. Unless MA (management account) dia terbocor lah.


Ada yang lebih traditional, door to door kutip derma, tunggu dekat bank, mall. Korang ingat diorang fi sabi lillah? Tidak. Ada komisen diorang nanti. 30% ma, pandai-pandailah bedak-bedak nanti. Setiap orang orang ada bahagian masing-masing.


Jadi, kau jangan pelik boss-boss NGO ni rilex je full time dengan NGO. Hidup steady, kereta steady, berjalan oversea. Sebab semuanya sudah ditanggung. Mereka dibayar untuk buat perkara yang mereka suka.


Siapa yang tak suka hulur derma tapi dapat gaji? Kau pun nampak baik..


😜


Kredit: Aliff Ahmad III

Jumaat, 14 Mei 2021

Bantuan الله

 *Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?*


Ada kisahnya..


Satu hari, sewaktu Nabi Muhammad SAW sewaktu melihat Sahabat di seksa akibat masuk islam, Nabi yang ketika itu tak mampu buat apa apa, sebab belum ada kekuatan tentera dan sebagainya, telah berkata:


“Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”


Maka ucapan yang sama kita ucapkan: “Bersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”


Balik kepada Palestin, anak Tanya, Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?


Maka wahai anakku - rujuk kisah Sumayyah.


Adakah Allah tak tolong Sumayyah? Salah tafsir pertolongan Allah dalam bentuk matrial atau fizikal semata mata, pertolongan adalah bila Allah teguhkan Iman Summayah hingga mati syahid dan di janjikan Syurga.


Sebab tu Nabi pesan perkara yang sama, teguhkan iman itu penting! Jangan terkena penyakit Wahan (cintakan dunia, takut mati). Mati kena seksa bukan kegagalan, mati tak beriman itu lah kerugian yang besar.


Secara hakikatnya, negara merdeka bukan kejayaan. Negara perang bukan kegagalan, tapi mati beriman dalam negara merdeka atau perang.. itulah kejayaan.


JIka mati tak beriman, dalam negara merdeka pun rugi, perang apatah lagi?!


Jadi bantuan yang sebenar adalah bila Allah teguhkan keimanan kita hingga mampu mati dalam islam! Itulah bantuan sebenar!


Sebab ada kisah Nabi terdahulu yang di pancung, di gergaji, dibunuh, semua itu bukan bermakna Allah tak bantu, tapi teguhnya keimanan mereka sewaktu menjelang ajal, itulah bantuan terbesar!


Jadi kita doakan, orang palestin dikuatkan Keimaman, dan mendapat bantuan fizikal serta rohani.., amin Ya Rabbil Alamin..


Bab mati perang ni, Nabi dah tahu, satu masa sahabat akan berperang sesama sendiri, Aisyah akan berperang dengan Ali, Cucunya akan dibunuh, semua Nabi tahu, dan Nabi tak mampu ubah semua takdir Allah dalam bab ujian terhadap umat islam, tapi Nabi doa agar keimanan kita semua kuat dan kukuh waktu hadapai ujian. Sebab masalah besar, bukan bagaimana kita mati? Tapi ADAKAH KITA MATI BERIMAN ATAU TIDAK? Itu yang besar!


Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.


Tuan puan, kita tengok cina non muslim mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?


Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!


Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.


Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.


Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.


Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.


Sabda nabi ﷺ maksudnya,


الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ

“Doa adalah otak Ibadah.”


Maka di Pelestin, orang yahudi mati masuk neraka, dan Orang islam yang beriman mati masuk syurga! Doakan Iman mereka terus teguh dan kita bantulah apa yang mampu.


Mereka sedang di uji dengan perang, doakan mereka wahai anak, agar sentiasa kuat Iman di dada dan Dibantu Allah dunia akhirat.


“Bersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”


*Bab perang pula..*


Al kisahnya, awal islam, Nabi Muhammad SAW yang tak mampu tolong umat islam di seksa teruskan berdakwah cari pengikut, hingga Nabi sendiri di ancam bunuh, lalu Nabi Hijrah ke Madinah atas perintah Allah untuk usaha atas kenabian.


Pendek cerita, Perang Badar berlaku, seribu kafir Mekah datang nak serang Madinah, tapi kalah apabila umat islam bertawajuh pada Allah, bersama bantuan dari langit telah datang.


Kemudian berlaku perang Ahzab, gabungan semua orang kafir nak serang madinah, Nabi guna strategi Salman Al Farisi, dengan menggali parit, buatkan musuh terhenti di tepi parit, dan pasukan Nabi sukar di serang sebab sudah kuasai bukit dan perigi. Nabi Juga kaedah melaga lagakan musuh hingga mereka bergaduh sama sendiri, Juga bantuan Ribut kencang, maka musuh telah pun kalah.


Akhirnya Nabi dan tentera masuk Mekah secara rombongan macam perarakan Maal Hijrah, lalu semua orang kafir menyerah, dan Mekah di kuasai oleh orang Islam selamanya sampai hari ini.


Maka untuk menang perang, Rasulullah SAW telah tunjukkan, jika kekuatan tak sama tidak ada masalah, namun strategi perang itu penting, dan tawajuh pada Allah jangan tinggalkan, InsyaAllah akan mampu beri kemenangan. Namun jika kalah perang pun tetap menang kerana kejayaan adalah mati dalam agama islam.


"Ya Allah kau bantulah semua umat islam di seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah"..


Mereka Merancang, dan Kau Juga merangcang, dan Kaulah sebaik baik perancang, Tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.


Jika tiada dalam takdirMU akan bantuan Fizikal, cukuplah bantu Rohani kami agar teguh Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!


Amin Ya Rabiil Alamin! 🤲