Isnin, 12 Julai 2021

Gas memasak methane

 Soalan: Kenapa pilih Methane utk memasak berbanding dgn n-Octane?


Sebab Pertama:

Jawapan mudah utk soalan tersebut tentunya pilih Methane sbb n-Octane banyak asap dan kotorkan periuk mahal la gitew..marah la Mak Cik kat dapur..ha ha..Lihat sebab ke-5 di bawah sekali – ada kaitan!


Sebab Kedua:

Walaupun entalpi utk pembakaran n-octane lebih tinggi berbanding methane (n-octane = -5430 kJ/mol; methane = -890 kJ/mol) tapi Tenaga dibebaskan per unit jisim (atau Q/m) pulok methane adalah lebih tinggi dari n-octane (methane = 55.536 kJ/g; n-octane = 48.254 kJ/g). Jadi methane hasilkan haba yg lebih tinggi bagi setiap gram gas berbanding n-octane. Sebab tu Methane dipilih!


Sebab Ketiga:

Methane dipilih berbanding n-octane juga berdasarkan amount CO2 yg dibebaskan juga. Cuba tengok equation berikut:


CH4 + 2O2 --> CO2 + 2H2O

[16 g CH4 hasilkan 44 g CO2; Jika kita ratiokan: 44/16 = 2.75 g CO2/1 g CH4]


2C8H18 + 25O2 --> 16CO2 + 18H2O

[228 g C8H18 hasilkan 704 g CO2; Jika kita ratiokan: 704/228 = 3.09 g CO2/1 g C8H18]


n-Octane hasilkan lebih banyak CO2 berbanding CH4..sbb tu CH4 patut dipilih.


Sebab Keempat:

n-Octane hasilkan asap yg menusuk hidung/tajam (acrid smoke)..mcm bau dari ekzos keter tu la, tetapi methane tidak! Baru la bau rempah menumis tu mengancam! Ha ha..


Sebab Kelima:

n-Octane hasilkan banyak asap!

CH4 + 2O2 --> CO2 + 2H2O

[1 mol CH4 hanya perlukan 2 mol O2 utk pembakaran lengkap]


2C8H18 + 25O2 --> 16CO2 + 18H2O

[tetapi 1 mol C8H18 perlukan 12.5 mol O2 utk pembakaran lengkap..fuuh! Kelam la dapur

Asid lemah

 Rujuk document ini: "BASF Formic Acid for the Rubber Industry - Chemicals"...ada dijelaskan kenapa HCOOH dipilih.


ada beberapa sebab la asid lemah dipilih berbanding asid kuat: 


1) Asid kuat akan sebabkan ketidakhomogenan hasil NR - sebab latex menjadi beku terlalu cepat..pH jatuh dgn cepat; 


2) Jika asid kuat digunakan maka getah keping terhasil lebih gelap dan kadang-kadang ada tompok atau bintik hitam akibat pengoksidaan; 


3) Asid kuat lebih membawa kemudaratan kpd alam sekitar; 


4) Asid kuat perlukan kepakaran utk handling dan pencairan; 


5) Ada kajian mengatakan tensile strength juga jatuh jika guna asid kuat - tapi kena study betoi-betoi la..nanti ada org marah! Rasanya itu jer kot.

Ahad, 4 Julai 2021

Sabar

 🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁


🔰*_KATA-KATA YANG MEMBUATMU TETAP KUAT_*🔸


📍Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapapun, karena yang menyukaimu tidak butuh itu. Dan yang membencimu tidak percaya itu. 

(Ali bin Abi Thalib) 


📍Balas dendam terbaik adalah menjadikan dirimu lebih baik. 

(Ali bin Abi Thalib) 


📍Apabila sesuatu yang kau senangi tidak terjadi maka senangilah apa yang terjadi. 

(Ali bin Abi Thalib) 


📍Aku sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup dan yang paling pahit ialah berharap kepada manusia. 

(Ali bin Abi Thalib) 


📍Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak. 

(Ali bin Abi Thalib) 


📍Jika engkau diuji dengan syahwat dan hawa nafsu, maka periksalah sholatmu. 


📍Jika engkau merasa keras hati, berakhlak buruk, dan senantiasa tidak tenang, maka periksalah hubunganmu dengan ibumu dan baktimu padanya. 


📍Jika engkau merasa tertekan dan hidup dalam kesempitan, maka periksalah hubunganmu dengan Al-Qur'an. 


📍Jika engkau merasa kurang tegar dan teguh diatas kebenaran, dan senantiasa terganggu juga gelisah, maka periksalah bagaimana perhatianmu terhadap nasihat yang engkau dengar dari orang yang menyampaikan nasihat kepadamu.



🤍🌹🤍🌹🤍🌹🤍🌹🤍

🌸🌸🌼🌼🌸🌸🌼🌼🌸

Sabtu, 26 Jun 2021

JIRIM GELAP & TENAGA GELAP

 Kredit : profesor kimi-A!  teman masa di UMT dulu

Prof Dr. Ku Halim Ku Bulat

Mohon halal ilmu ya Prof


JIKA MERENUNG BINTANG DI LANGIT, JANGAN LUPA RUMPUT DI BUMI!


Hari ini kita nak sembang santai pasal Jirim Gelap (Dark Matter) dan Tenaga Gelap (Dark Energy).


Ayahku pasti semua orang dah biasa dengar kedua-dua istilah tersebut..bagus la jika begitu. Sebabnya, dia ada sekitar kita dan kita tak pernah sedar kehadirannya kan..atau memang kedua-duanya tidak wujud pun..ha ha..itu lagi menarik!


Dark matter dan dark energy ni mengambil 95% dari tenaga yg ada di Alam Semesta kita  dan kita tak nampak kedua-duanya. Dark Matter = 25% dan Dark Energy =70%.


Semua yang kita nampak saperti ayam, itik, kereta, manusia, Bumi, Bulan, Matahari, asteroid, semua planet, semua bintang di dalam Galaksi Bima Sakti (Milky Way), semua galaksi di dalam Alam Semesta kita ni atau kita panggil “Jirim Biasa/Normal Matter” atau kita panggil barionik/baryonic ini hanya mewakili tak sampai pun 5% dari jumlah tenaga dalam alam ini..aduyai..kecilnya kita kan!


Soalan: Bagaimana boleh digabungkan jisim (normal matter, dark matter) dan tenaga (dark energy) ni ayahku..kan ke mereka berbeza?


Inilah yg istimewanya persamaan hasil penemuan saintis terkenal kita “Albert Einstein” kita: E = mc^2 pada tahun 1905 melalui “Theory of Special Relativity”. Di mana E adalah energy atau tenaga, m adalah mass atau jisim dan c adalah pemalar iaitu kelajuan cahaya di dalam vakum. 


Nilai c secara penghampirannya adalah 300,000 km/s. Jika nak guna dalam pengiraan, nilai c perlu tepat iaitu c = 2.99792458E+8 m/s.


Persamaan Einstein itu membolehkan kita menukar jisim (m) kepada tenaga (E) atau sebaliknya dari tenaga kepada jisim melalui m = E/c^2.


Soalan: Apa sebenarnya Dark Matter ni?


Dark Matter adalah suatu bahan yang tidak memancarkan, menyerap atau membiaskan cahaya. Maknanya dark matter bukan lah bahan biasa yg kita panggil barionik saperti proton dan neutron. Jika dark matter terdiri dari kuark (quark) pun, mungkin melalui gabungan yg lain dari proton dan neutron kita. 


Untuk makluman, baryon adalah bahan yg dibentuk melalui gabungan 3 kuark spt proton dan neutron. Nak senang ceritanya, dark matter ini bukan terdiri dari atom biasa la gitew!


Dari segi peratusannya, dark matter mengandungi 5 kali ganda dari jisim biasa (5% vs 25%)…dan kita tak nampak kehadirannya..aduyai..pelik kan!


Soalan: Dah jika kita tak nampak, bagaimana pulok kita tahu dia wujud ayahku? Pelik nih!


Tapi sebelum ayahku cerita tentang hal-hal galaksi tu, elok kita tengok dulu berapa kelajuan planet-planet di dalam Sistem Solar kita mengelilingi Matahari (Bintang kita). Ayahku guna unit km/s. 


Kita mula dari yg paling dekat dgn Matahari. Mercury (47.87); Venus (35.02); Earth (29.78); Mars (24.08); Jupiter (13.07); Saturn (9.69); Uranus (6.81) dan Neptune (5.43).  Jika kita masukkan Pluto juga, kelajuannya mengelilingi Matahari adalah 4.74 km/s.


Apa yang kita dapat cerap? Yez my dear..anda semua bijak! Syabas! Makin jauh planet tu dari Matahari, maka dia akan bergerak lebih perlahan mengelilingi Matahari/Bintang.


Jadi secara ringkasnya, saintis mempercayai bahawa wujud Dark Matter di alam Semesta ini berdasarkan beberapa kesan yg boleh kita lihat lah:


1. Kajian menunjukkan bahawa bintang-bintang dalam galaksi kita (Milky Way) dan juga dalam galaksi lain yg berbentuk spiral macam kita (Andromeda, Whirlpool) bergerak mengelilingi pusat galaksi pada kadar yg hampir sama…tak kira dia dekat atau jauh dari pusat galaksi.  Wallahu a’lam! Sungguh bijak Sang Pencipta!


Jadi saintis percaya, pasti ada sesuatu Jisim yang agak besar yg mewujudkan tarikan “gravity” sekuat itu.


Untuk makluman, Matahari bersama planet kita ini mengelilingi Pusat Galaksi pada kelajuan 250km/s dan mengambil masa kira-kira 250 juta tahun untuk melengkapkan satu pusingan bagi galaksi kita yg mempunyai diameter lebih kurang 100,000 tahun cahaya..aduyai. 


Kita ni pulok (Sistem Solar kita) berada tak berapa jauh juga dengan Pusat Galaksi kita iaitu 25,000 tahun cahaya je…kira kat pinggir bandar la jugak kita nih! He he..


Emm..tentu ramai kita yg dah tahu kan yg Milky Way kita ni ada 4 tangan major: Persues, Sagittarius, Centaurus dan Cygnus. Kita berada pada tangan kecil di antara dua tangan besar iaitu Tangan Perseus dan Tangan Sagittarius yg dinamakan “Orion Spur”…hu hu.


2. Begitu juga perkara yg pelik juga berlaku dalam kluster beberapa galaksi. Semua galaksi dalam kluster (kelompok) tersebut seolah-olah dipegang oleh sesuatu Jisim yg amat kuat menyebabkan mereka kekal di situ dan tak merayap ke tempat lain. Lagi pun jika kita lihat kluster galaksi tu mereka seolah-olah berbentuk filamen sahaja, banyak ruang kosong..so pasti ada sesuatu yg memegang mereka! Tapi kita tak nampak!


Jadi bahan yg kita tak nampak yg memegang objek di Alam Semesta itu kita panggil “Dark Matter”.


3. Saintis percaya, suatu masa nanti kita akan dapat mencerap kesan dari kehadiran Dark Matter ini – kemungkinan dari “Gravitational Lensing”.  


Mungkin ada yg bertanya apa mendenya tu my dear? Emm..beginilah senang ceritanya! Jika ada dark matter atau apa-apa objek yg melintasi mana-mana bintang atau galaksi, maka kita akan tetiba nampak bintang yg di belakang tu akan menjadi 3-4 biji atau kita akan nampak saperti suatu lengkungan atau bulatan cahaya mengelingi dark matter atau objek tadi. 


Ini adalah akibat cahaya akan membengkuk apabila melalui sesuatu objek yg membuat lekukan pada fabrik space-time kita.


Perkara yg sama juga akan berlaku terhadap sesuatu galaksi atau sesuatu kluster galaksi.


Fuuh cukup dah tu untuk Dark Matter!


Soalan: Apa dia pulok Dark Energy ni ayahku?


Ayahku cerita ringkas jer lah…nanti pengsan pulok nak baca..


Jika Dark Matter mempunyai kuasa gravity menarik objek supaya menjadi dekat dengannya, tetapi Dark Energy pulok memberi kesan sebaliknya iaitu menolak atau menahan daripada sesuatu system itu runtuh.


Satu contoh yg paling mudah la..kita tahu yg ada sesuatu kuasa menarik semua galaksi untuk menjadi semakin dekat antara satu sama lain (dark matter & normal matter), tapi kenapa galaksi tersebut tidak terus berkumpul dan melanggar antara satu sama lain untuk mendekati pusat tarikan tadi. 


Saintis percaya ada satu kuasa besar yg menolak semua galaksi dari runtuh..dan kuasa itu dinamakan “Dark Energy”.


Jadi, dark energy bertindak berlawanan dari kuasa gravity atau kuasa dari dark matter tadi. Dark energy juga dipercayai menyebabkan Alam Semesta kita berkembang (expansion). Saintis juga mendapati bahawa galaksi lain skrg ni bergerak menjauhi galaksi kita semakin cepat..emm..tak tau la merajuk pasal apa! Hu hu…


Soalan: Apa jadi ayahku jika pengaruh Dark Energy mengatasi Graviti dari Normal & Dark Matter nih?


Aduyai..takut nak sebut my dear. Kesan yg paling senang adalah jika malamnya kita tidur atas katil di atas lantai..paginya apabila kita sedar kita dapati katil tidur atas kita di atas siling rumah..itu pun nasib baik jika kita masih ada umah yg masih melekat di Bumi..hu hu.


Jadi itulah kuasa Sang Pencipta my dear. Yang Maha Kuasa telah mengaturkan segalanya untuk kita..ada normal matter (rumput yg kita pijak dan kita ni semua termasuk cakerawala), ada dark matter dan ada juga dark energy yg telah disusun tugas masing-masing seadanya..tak boleh lebih dan tak boleh kurang. MasyaAllah.


Sehingga sekarang ni, saintis pun masih belum menemui dark matter dan dark energy ni pong..jadi kita pun tak tahu samada mende ni wujud atau tidak..atau hanya ketidak fahaman sistem alam yg sebenarnya..mungkin formula kita di Bumi tidak boleh dipakai di luar sana atau hukum-hukum fizik dan kimia di luar sana sangat berbeza dari fahaman kita di Bumi. Wallahu a’lam.


Ayahku rasa cukup dulu la nih. Harap ada manfaatnya.


Terima kasih.


Nota:

Sumber foto dari Google.









Emas

 Merantaulah...


Orang berilmu dan org beradab tidak akan diam di kampung halaman.


Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.


Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.


Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.


Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang


Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan.


Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.


Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.


Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.


Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam.


Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.


Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.


Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.


Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.


Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.


Imam Syafie

(Diwan As Syafie)