TEMUDUGA: KENAPA PENTING?
Sebenarnya, ayahku pernah menulis pasal temuduga ini tak berapa lama dahulu. Tetapi disebabkan ramai anak-anak ayahku yang meminta untuk ayahku menulis sekali lagi, jadi ayahku pun tulis la sekali lagi tetapi dalam bentuk yg berbeza. InsyaAllah.
Apa yang ayahku tulis ini adalah berdasarkan pengalaman menemuduga calon pelajar ke luar negara untuk bidang perubatan & farmasi bersama panel dalam dan luar negara, pemilihan anugerah biasiswa dalam negara serta mewakili majikan dalam pemilihan staf untuk berkhidmat di tempat kerja.
Soalan: Kenapa perlu diadakan temuduga?
Tujuan utama majikan mengadakan temuduga adalah untuk mencari calon yg terbaik untuk berkhidmat dgn syarikat/organisasi mereka supaya dapat menghasilkan output yg terbaik. Itu sahaja!
Jadi, untuk mencari calon yg terbaik tu kita kena nilai la sahsiah calon dan juga pengetahuan, kebolehan, kecekapan, kecerdasan intelek serta pengalaman calon dalam bidang pekerjaan tersebut. Itu saja bagi ayahku.
Soalan: Apakah sahsiah itu ayahku?
Sahsiah (mengikut DBP) merupakan tindak balas seseorang terhadap sekitarannya, yang mencakupi aspek mental, saperti perangai dan emosi, tetapi tidak termasuk kecerdasan inteleknya.
Soalan: Bagaimana sahsiah dinilai?
Secara mudahnya, penilaian sahsiah melibatkan penilaian personality atau kepribadian seseorang. Ia termasuk kemahiran komunikasi, persembahan, perangai, emosi, sikap, profesionalisme, kemahiran menganalisis situasi, jatidiri, kecekapan, kejujuran, keikhlasan etc. Kat IPT kita panggil Kemahiran Insaniah…
Sahsiah hanya boleh dinilai apabila terdapat interaksi antara individu yg hendak dinilai dan individu lain sebagai sekitarannya. Individu lain ini mungkin panel penemuduga atau sesamer calon itu sendiri.
Bagi temuduga secara formal, panel akan mengemukakan beberapa soalan untuk melihat bagaimana cara calon berinteraksi dgn orang lain (social)..kemahiran komunikasi, bahasa badan yg sesuai serta segala parameter pengukur sahsiah saperti yg ayahku sebutkan di atas tadi.
Bila panel rasa selesa dan berpuashati, maka panel akan kemukakan soalan seterusnya pula untuk menilai pengetahuan serta pengalaman calon dalam bidang professional yg hendak diceburi. Ini peringkat kedua!
Tetapi jika panel dah merasakan bahawa sahsiah calon ni dah lain macam..emmm, maka kita akan tamatkan sesi tersebut lebih awal..sambil memberikan senyuman pahit panel akan mengatakan..”Ok my dear..rasanya dah ok la nih! Kami dah tiada soalan lagi!”
Jika panel berpuashati dgn sahsiah dan profesionalisme (pengetahuan & pengalaman dlm kerja yg dipohon), maka panel akan kemukakan soalan-soalan lain yg lebih mencabar saperti kebolehan menganalisis situasi pulok..jangan debar la pulok. Ini kira peringkat ketiga la..jika lulus yg ini maka peluang utk dipilih akan lebih besar! InsyaaAllah.
Mereka boleh bertanya pelbagai soalan saperti: “Pada pandangan kamu, siapakah bakal calon Perdana Menteri Malaysia jika YAB TS Muhyiddin mengundur diri..dan berikan kenapa kamu berkata demikian!”..ha ha..contohnya lah.
Atau mungkin soalan saperti ini “Dalam keadaan covid sekarang, siapakah idola anda dan kenapa?”.
Atau “Kes Covid semakin bertambah sekarang kan…jika anda Menteri Kesihatan, apa yg anda akan buat? Siapa yg patut disalahkan dalam keadaan sekarang?”
Atau bagi temuduga untuk jawatan guru, soalannya mungkin: “Apakah kesan covid kepada pelajar sekolah rendah/menengah/university?”…”Apakah cadangan anda utk kurangkan kesan covid terhadap pendidikan murid sekolah?”..dan pelbagai soalan lagi la..ahli panel tu hebat-hebat belaka..bukan calan-calang depa tuh!
Kadang-kadang mereka akan menentang pandangan anda..kenapa? Yez..untuk melihat bagaimana reaksi anda..beremosi..kurang sabar..tak boleh dicabar..atau anda memang seorang yg tenang dan boleh berbincang dan memberikan reason yg kukuh dan manasabah..ha ha. Jika anda melenting jer..abis la kamu!
Soalan: Apakah soalan yg selalu dikemukakan yg boleh memerangkap emosi dan keintelektualan calon?
Ayahku rasa banyak tips utk menghadiri temuduga ini ada dalam internet. Selain dari contoh soalan di atas, ada beberapa soalan yg boleh memerangkap calon saperti:
1. Kenapa kami patut pilih awak dan bukan calon lain di luar sana? Apa keistimewaan awak?
2. Apakah kekuatan dan kelemahan awak untuk jawatan yg dipohon ini?
3. Jika kamu sebagai Menteri Pendidikan/lain-lain, apakah yg kamu akan buat…
4. Apakah kelemahan atau kekuatan yg awak nampak dan perlu diperbaiki dalam Kementerian …?
5. Apakah tugas sebenar seorang Guru atau ?
6. Jika awak seorang guru dan ada murid awak meminta awak memujuk ayahnya supaya setuju divaksin..apa yg awak nak cakap utk memujuk ayahnya tuh?
7. Pada masa skrg, murid tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah..jadi bagaimana awak nak galakkan murid bergiat dalam kokurikulum?
Jadi, semua perkara tadi boleh dinilai hanya dengan beberapa soalan sahaja. Lagi lama kita di dalam bilik temuduga, lagi lama kita diperah di dalam tu..maka lagi besar la peluang kita utk dipilih..insyaaAllah.
So pastikan emosi kita stabil..memberikan jawapan yg berkualiti..dan menggunakan Bahasa dan istilah/perkataan yg betul dalam kontak tersebut. Jangan panik..anggaplah itu semua adalah rezeki dari Sang Pencipta. Wallahu a’lam.
Ayahku rasa cukup dulu untuk kali ini..macam dah panjang pulok penulisan ayahku nih.
Semoga bermanfaat. Terima kasih.
Selamat Berjaya semua..insyaa Allah.