Jumaat, 23 Julai 2021

Pdpr

 NOTA UNTUK GURU PDPR 😊


Saya kongsikan nota terma pendekatan pembelajaran, mana tau berguna untuk rakan guru.


1.Pembelajaran Berasaskan Modul


Pendekatan instruksional yang dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan matapelajaran. Perlu mengandungi objektif, tempoh pelaksanaan, nota, aktiviti yang relevan dan juga pentaksiran.


2.Pembelajaran Berasaskan Projek


Pembelajaran berasaskan projek adalah pendekatan instruksional yang dirancang untuk memberi pelajar peluang untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran melalui projek yang merangkumi cabaran dan masalah yang mungkin mereka hadapi di dunia nyata.


3.Flipped Classroom


Strategi pengajaran dan jenis pembelajaran campuran, yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan dan pembelajaran pelajar dengan meminta pelajar menyelesaikan bacaan di rumah dan mengerjakan penyelesaian masalah secara langsung semasa waktu kelas.


4.Pembelajaran Berasaskan Inkuiri


Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan peranan pelajar dalam proses pembelajaran. Daripada cuma menghafal fakta dan bahan, pelajar belajar dengan melakukan (learning by doing). Ini membolehkan mereka membina pengetahuan melalui penerokaan, pengalaman, dan perbincangan.


5.Kontekstual Learning.


Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran berlaku hanya apabila pelajar memproses maklumat atau pengetahuan baru bagi benda yang make sense dengan mereka. Benda yang berkaitan dengan mereka, benda yang mereka lakukan dalam hidup.

Idea by Dewey.


6.Masteri Learning


Semua atau hampir semua murid boleh menguasai satu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai, masa yang cukup disediakan untuk murid menguasai pembelajarannya (Bloom, 1968).


Murid perlu menguasai satu-satu unit pembelajaran, sebelum berpindah ke unit yang lain. Di sini wujudnya latihan pengayaan (untuk murid cerdas pintar) dan latihan pengukuhan (untuk murid yang belum menguasai). Nak narrow the gap of achievement.


7.Pembelajaran Berasaskan Masalah


Pembelajaran berasaskan masalah adalah pendekatan berpusatkan pelajar di mana pelajar belajar tentang sesuatu perkara dengan bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah terbuka. Masalah inilah yang mendorong motivasi dan pembelajaran.


Semoga membantu para guru Malaysia. 


Credit: Nur Farhana Ramli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan