Isnin, 12 Julai 2021

Insaf

 Masa tu saya baru keluar dari kedai. Di sebelahnya ada klinik. Masa keluar tu terserempak dengan Cikgu P. Beliau ni bekas pengetua.


Bila dah terserempak sembanglah kejap. Saya tanya ‘tak sihat ke cikgu?’. “Dah tua tua ni biasalah. Sakit tu sakit ni.” Saya pandang mukanya.


Cikgu P ni sering keluar masuk hospital. Tropi penyakit 3 serangkai dah ada dalam genggaman. Dulu badan berisi sekarang dah kurus. Nampak tak bermaya.


Masa sembang tu saya perhatikan mukanya. Mata dia berkaca. Sayu. Tak ada senyum.


Sesekali dia lontarkan pandangannya. Jauh nampak dia merenung. Bila bercerita suara bergetar-getar.


Saya rasa serba salah pula. Gatal mulut pergi tanya tadi. Dah sedih pula jadinya Cikgu P.


Tapi Cikgu macam nak bercerita. Saya layan saja. “Saya ni  dulu pengetua. Dengan cikgu-cikgu saya garang. Selalu aja cari pasal".


“Dengan cikgu bawahan saya ni saya pasang spy. Intip apa cikgu tu buat. Asalnya nak ubah sekolah. Untuk kebaikan. Tapi lama-lama jadi lain.”


“Saya ni jadi mata lalat. Asyik cari salah aja. Ada saja yang tak kena.” Kata Cikgu P. Suara dgn nada mendatar saja.


Saya telan air liur saja masa dia cerita. “Sadis juga” saya fikir dalam hati. 


Dia kata kalau ada guru yg sakit, dia orang tetap kena hadir kerja. Walau dapat cuti sakit dari doktor. Dia tak kira. “Selagi tak warded kena datang kerja,” kata Cikgu P sambil geleng-geleng kepala.


“Kalau cuti Rehat Khas tak payah minta. Hari sabtu pun kena datang sekolah. Kalau habis sekolah balik terus memang saya cop pemalas.” Tambah Cikgu P lagi. 


Telan air liur saya dengar cerita Cikgu P ni memang brutal habis gaya leadership dia.


“Saya selalu kata ikut macam saya ni. Kerja macam saya. Sabtu Ahad saya tetap turun kerja.” Siap dengan tangan Cikgu P sekali naik.


Tambah Cikgu P lagi, padanya surat pekeliling jabatan seolah-olah surat dari tuhan. Ditafsir se- rigid yang mungkin. Walau tafsiran sekolah lain beza, dia tak peduli. Dia hanya terima apa yang dia faham saja.


Sebelum pencen, Cikgu P kata dia diserang oleh penyakit. Penyakit 3 serangkai muncul dgn tiba tiba. 


Yang sedihnya bila dia masuk hospital tak ada  siapa datang melawat. Tak ada guru mahu mendekat.


Dia kata yang sedihnya bila pencen terserempak dengan cikgu lain. Tak ada yang nak tegur. Buat-buat tak nampak aja. Mereka masing-masing mengelak.


Katanya sekarang ni dia sedar. Jawatan bukan segalanya. Hidup bukan untuk mencipta musuh tetapi membina kawan.


Sekarang sudah terlambat katanya. 


Masa ni saya nampak mata Cikgu P berkaca. Ombak dadanya kuat. Genggaman tangan terlihat kuat.


Begitulah kehidupan. Masing masing ada ceritanya tersendiri.


Saya terfikir. Ramai tidak sedar. Hubungan sesama manusia mempengaruhi kesihatan sehingga ke cellular level.


Hubungan yang baik boleh meningkatkan sistem imun tubuh. Kajian jangka panjang selama 70 tahun di Harvard University membuktikan aspek ini. Mereka mendapati orang yang bahagia adalah mereka yang ada hubungan baik sesama manusia.


Bila bahagia, kesihatan pun terjaga.


Dalam hidup elakkan dari jadi mata lalat. Tak perlu cari salah anak. Tak perlu fokus pada buruk pasangan. Tak perlu mencari-cari aib org lain.


Hidup bukan untuk cari salah orang. Tapi untuk perbaiki diri sendiri dulu.


Jadilah mata lebah. Mencari yang baik. Mencari yang indah.


C&P 

Terimakasih buat penulisnya.


#DemiMasa

#KingOfPukau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan