Selasa, 13 Julai 2021

Sebak

 #SAYAHANYASHARE ...


-Beratur nak bayar barang kat satu kedai runcit kat Puchong Prima petang tadi. Depan aku ada brader nie tengah bayar sekotak susu formula sama dengan brand anak aku kat kaunter berharga rm23 dan telur 10 biji berharga rm7. Apa yang tersentuh hati aku, brader nie bayar duit pakai duit syiling.!! berdesing bila duit syiling tue jatuh selambak kat meja kaunter. Termenung dan terdiam sekejap budak cashier tue dengan kawan dia kira dan asingkan duit seringgit².. Aku dan pelanggan lain kat belakang yang tengah beratur (ada cina, India dan Bangla) pon turut terkasima dan pastinya semua sayu tengok kejadian nie depan mata.


Budak cashier tue terus kira dan rasanya baru sampai Rm10 dan dia terus cakap duitnya cukup dan bungkus cepat² susu formula tadi. Aku nampak mata dia dan kawannya mula berkaca. Aku tahu bukan budak cashier nie malas kira tapi dalam fikiran dan perasan budak cashier  tue sedang sedih dan andai kata duit syiling brader tue kurang dia akan gantikan.


Tak semena² aku tegur brader tue. "Bang, takpa bang biar saya bayarkan". Brader tue menoleh dengan berat kat muka aku dan jawab "tak apa bang, saya 'saja' jer nak pakai duit tabung saya.. hehehe" dengan muka senyum 1000 penipuan. Tiba² uncle cina belakang aku sahut "Takpa apa barang u ambil sini kasi cukup barang rumah saya bayar". Dan tetiba Bangla kat belakang auntie India bergerak ke depan letak beras 5 kilo kat cashier sambil pegang bahu dan gelengkan kepala untuk signal yang dia sedekahkan beras tue kat  brader tadi.. (mungkin dia tak pandai cakap tapi dia faham situasi tadi).


Brader tadi serba salah dan terkedu dan matanya mula berkaca.. tapi last² ayat dia "Takpa bang...takpa" terus sambar barang dia dan keluar dengan laju menuju ke motornya, Kitorang jerit panggil dia buat tak dengar. Start motor terus jalan.


Cashier ambil duit dia yang tak habis kira tue masuk dalam bekas bawah meja dan kawan dia dah basah pipi dah. Bangla tue ambil balik beras dia dengan muka sedih dan beratur balik. Uncle cina tue sembang dengan auntie India belakang dia pasal brader tadi.. aku pulak terdiam dan terus bayar dan keluar kedai dengan bawak balik satu kejadian yang menyedihkan aku. Patutlah dia mundar mandir dalam kedai tue macam nak tunggu taiming kaunter cashier clear. Dia segan kot nak bayar pakai duit syiling.


Bro.. (andai kata ko dapat baca posting aku nie) Aku tau ko ada ego lelaki, ego seorang ketua keluarga, seorang ayah dan suami.. Aku boleh rasakan betapa beratnya perasaan seorang Ayah yang korek duit tabung dan tebalkan muka beli susu dan telur untuk keluarga.. Dengan alasan ko kata "saja nak pakai duit tabung" itu aku takleh terima sebab aku tahu yang duit terakhir ko adalah duit tabung. Orang korek tabung hanya bila dia dah terdesak.


Dengarlah nasihat aku bro.. saat getir ini. Tak perlu malu sekiranya ko perlukan bantuan. Dan jangan segan silu kalau ada yang sudi membantu. Sebab sebenarnya dugaan untuk ko adalah ujian untuk kami. Fikirlah demi untuk keluarga dan bukan kerana mahalnya egomu. Andai ko baca posting aku nie dan masih dalam kesukaran. Jangan segan untuk naikkan bendera putih. Demi survival keluarga ko dapat bertahan sampai habis darurat ini. Bila ko dah pulih nanti siapa tahu mungkin giliran ko pulak bantu orang lain. Bagilah peluang untuk orang lain bantu diri dan keluarga ko.


Aku balik rumah dan terfikir, saat Tuhan turunkan dugaan, Ia juga turunkan rahmat dan pertolongan melalui insan² di sekeliling kita. Dan dugaan kesusahan orang lain sebenarnya adalah ujian untuk kita. Kat sini aku nampak rakyat tolong rakyat.Tanpa ada perbezaan fahaman, bangsa Melayu India Cina dan Bangla sekalipun semua nak membantu tak kisah lah status ko kaya atau miskin.. ramai yang susah sekarang nie tapi ramai juga yang membantu, sedar atau tidak amalan bersedekah semankin banyak dipraktikkan.. teruskan rakyat Malaysia, semoga dengan amalan bersedekah ini diterima Allah dan semoga Allah mengampuni dosa² kita dengan mengangkat semula Wabak ini keluar dari bumi Malaysia.. Amin...😭😭😭


-kredit to Amirul azizi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan