Rabu, 10 November 2021

pencen

 

wahai anak adam....

renungkanlah kata-kata ini.... takut² lepas ini kita tidak ketemu lagi...

 

Sebagai kakitangan kerajaan adalah perkara biasa dan rutin apabila genap umur 60 tahun nak tak nak wajib bersara....<< itu pun klu panjang umur>>> tak gitu...?? yang penting bila kita nak bersara sebagai manusia... @ bersara dari hidup dengan kata lain <<<<MATI....>>> cukup ke amalan² baik untuk dibawa ke kubur...??

 

Berdoalah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebajikan sesama manusia... agar الله memberi kita semua HIDAYAH. Tanpa hidayah manusia tidak mampu menjadi insan kamil yang layak mentadbir muka bumi الله ini... TAKBIR..!!! Selepas mendapat hidayah... barulah datang nya ILMU.... contoh ilmu kimi-A! itu M U D A H.... Selepas belajar ilmu kimi-A! itu mudah barulah anda sebagai pelajar matrik FAHAM konsep dan YAKIN bahawa kimi-A! itu memang sangat2 mudah... Insya 4W1.

 

Selepas faham barulah anda boleh amalkan ilmu yang anda pelajari dengan cara mengajar ilmu kimi-A! itu mudah pada roomate anda.... tak gitu....??? Seterusnya Apabila kita faham suatu ilmu barulah jiwa kita hidup dan segar.... mata hati akan celik.... barulah kita faham kenapa kita MESTI belajar ilmu kimi-A! itu mudah sampai kita faham.... seterusnya skor A pada PSPM I & II nanti... Ketika kita faham dengan sebenar2 faham maka kita akan nampak segala apa yang terHIJAB di hati kita selama ini... contohnya atom @ zarah kenapa elektron duk kat luar keliling nukleus yang di dalamnya proton dan neutron.. siapa yang suruh elektron beredar keliling nukleus...??

 

Mesti anda terfikir yang elektron tu tak tau penat ker...?? sebenarnya elektron itu berzikir dan bertasbih kepada 4W1. Takbir...!!! Itulah SUNNATULLAH... hanya ada dua sahaja hakikat kehidupan pencipta dan ciptaan @ alam @ makhluk. << الله menciptakan alam ini dari tiada kepada ada....>> seterusnya akan terbongkarlah segala rahsia alam ilmu kimi’A’ itu mudah yang kita tidak pernah tahu selama ini... kesannya hati kita yang selama ini keras macam simen konkrit akan mudah jinak dan patuh pada perkara kebaikan.... contohnya wat tutoran tanpa disuruh dan menjawab soalan past year dengan penuh rela hati dan keceriaan... datang ke kuliah tepat pada masa dan tidak tidur di kuliah. ingat ilmu kimi-A! itu N U R @ cahaya yang datang dari الله dan pensyarah sebagai asbab sahaja. Ilmu tidak akan masuk ke hati para pelajar yang penuh dengan titik-titik noda dan dosa.

 

الله mengajar manusia dengan menyuruh manusia BACAlah dengan nama tuhanmu yang menjadikan. KEYAKINAN itu penting yang ilmu kimi-A! itu mudah الله ماشأء.... ان شأ‌الله ...A!!!! keyakinan datang tanpa perlu kita fikir dan peningkan... setelah kita berAMAL... turunlah hidayah maka datangnya ilmu seterusnya kita faham dan kita amalkan... barulah kita yakin perkara yang hak dan perkara yang batil...!!! bersolat 5 waktu secara berJEMAAH... membaca al Quran & wat amalan2 sunat....itulah jawapan KUNCI kepada persoalan kenapa ilmu kimi-A! itu mudah.... <<< naper…? Masih nak beranggapan yang kimia itu susah…??>>>

 

kesimpulannya... segalanya MUDAH semudah ilmu kimi-A! itu memang sangat mudah jika anda menJAGA AMALAN anda.... HORMAT PENSYARAH anda... dan yang paling penting PASTIkan ilmu kimi-A! itu mudah yang anda belajar di matrik BERKAT. Jika tak ilmu kimi-A! itu mudah akan meLAKNAT anda. Yang penting semakin anda belajar kimi-A! itu mudah anda sepatutnya semakin TUNDUK dan patuh menyerah kepada tuhan mu tuhan seru semesta alam.... yang bagi anda pandai bukan pensyarah anda.... pensyarah anda hanya asbab... الله yang beri anda pandai dalam ilmu kimi’A’ itu mudah. anda nak berlagak lagi ker...?? <<< nak pandai kena berusaha tau... pastu barulah berdoa bukan nya main game di asrama dari pukul 10 malam sampai 5 pagi.

 

renungkanlah dan fikirkanlah.... gunakan AKAL anda... bukan nya perasaan anda...kepandaian anda langsung tidak berguna andai anda malas belajar tahap gaban tapi rajin tahap cipan bermain game komputer. yang penting di sini.... adalah ..... siapa kata ilmu kimi’A’ itu susah.....???

A. makcik cleaner

B. auntie konduktor bas kinta...

C. pak guard...

D. diri sendiri yang selama ini syok sendiri macam dia lah seorang ajelah yang pandai

 

adios amigos .... zaaaz.....last but not least... always think in your mind u r the best among the best.... !!! fikirkan boleh.... ANDA PASTI BOLEH....<<boleh aper..??>> pandai kimi-A! itu mudah lah.... ان شأ‌الله

Selasa, 9 November 2021

Doa

 _Fb Jakim_


*Doa Dia untuk Aku, Doa Aku Untuk Dia*


Jika lalu di kawasan universiti, doakan para pelajarnya nanti mendapat pekerjaan.


Jika lihat para peniaga tepi jalan, doakan agar urusan perniagaan mereka laris.


Jika bertembung dengan orang yang sedang susah, doakan agar dipermudahkan segala urusan mereka.


Jika lihat orang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, doakan mereka kekal bermotivasi dan dilancarkan urusan mereka dan syarikat mereka berkerja.


Jika dengar berita ada orang diberhentikan kerja, doakan agar mereka diberi rezeki yang melimpah ruah.


Jika nampak orang tidak sihat, doakan kesembuhan mereka.


Jika baca tulisan mereka yang terpengaruh dengan perkara salah, doakan agar mereka diberikan ilmu dan kefahaman yang benar.


Dan segala apa yang kita lihat di sekeliling kita.


Doakan saya, doakan kita semua.


Nabi ﷺ bersabda:


دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ


Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. Hadith Riwayat Muslim 


Kini adalah masa yang paling sesuai untuk mendoakan orang lain, dalam diam dan sembunyi

Isnin, 8 November 2021

Rich or poor?

 Elon Musk explains why his daughter can’t marry a poor man.


A few years ago there was a conference in the United States on investment and finance. One of the speakers was Elon Musk and during the question and answer session, he was asked a question that had everyone laughing. 


If he, the richest man in the world, could accept that his daughter marry a poor or modest man. 


His answer can change something in everyone.


Elon Musk - First of all, understand that 

Wealth does not mean having a fat bank account. Wealth is primarily the ability to create wealth.

Example: Someone who wins the lottery or gambling. Even if he wins 100 millions is not a rich man: He is a poor man with a lot of money.  That's the reason why 90% of the lottery millionaires become poor again after 5 years.


You also have rich people who have no money.

Example: Most entrepreneurs.

THEY are already on the road to wealth even though they have no money, because they are developing their financial intelligence and that is wealth. 


How are the rich and the poor different?


To put it simply: The rich may die to become rich, while the poor may kill to become rich.


If you see a young person who decides to train, to learn new things, who tries to improve himself constantly, know that he is a rich man.


If you see a young person who thinks that the problem is the state, and who thinks that the rich are all thieves and who criticizes constantly, know that he is a poor man.


The rich are convinced that they just need information and training to take off, the poor think that others must give them money to take off.


In conclusion, when I say that my daughter will not marry a poor man, I am not talking about money. I'm talking about the ability to create wealth in that man.


Excuse me for saying this, but most criminals are poor people. When they are in front of money, they lose their mind, that's why they rob, steal etc... For them it is a grace because they don't know how they could earn money by themselves.


One day, the guard of a bank found a bag full of money, he took the bag and went to give it to the bank manager.


People called this man an idiot, but in reality this man was just a rich man who had no money.


One year later, the bank offered him a job as a receptionist, 3 years later he was a customer manager and 10 years later he manages the regional management of this bank, he manages hundreds of employees and his annual bonus exceeds the amount he could have stolen.


Wealth is first of all a state of mind.


*So … are u rich or poor?*

✔️🎯

Sabtu, 6 November 2021

Sirat

 FREEMASON :

Agenda Di Tanah Melayu

~~~~~~~~~~~~~~~~

~ #TengkuDaengMawelle

    edit #HayamArirang


Sesungguhnya Freemason & Illuminati telah lama bertapak di Malaysia, semenjak ratusan tahun lagi.


Mereka membawa agenda dan jarum jarum halus untuk menjadikan mereka pertubuhan yang mengawal dunia. Melalui perjumpaan perjumpaan rahsia para penyembah Iblis, Dajjal (a.k.a. AntiChrist) telah memaklumkan kepada Raja-Raja Eropah (Kerabat Diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam `inner circle` supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur Jauh.


Raja-Raja Eropah pun bertungkus lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal dan tentera menuju ke Tanah Melayu.


Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka, namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu, ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau, Kerajaan-Kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.


Belanda juga menyerah kalah di Melaka. Memang aneh, walaupun Belanda berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di `Semenanjung Emas` yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.


Mereka pernah berkali-kali cuba bertapak di Perak pada peringkat awalnya, tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan. Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri bagi yang tidak mengetahuinya (maaf… saya tiada kebenaran untuk bercerita lebih tentang hal ini).


Tetapi "The Hidden Hand" tidak mudah berputus asa. Kalau Portugis dan Belanda tidak berjaya pun tidak mengapa. Mereka masih boleh berharap dengan menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.


Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu, wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja China dan India ke Tanah Melayu.


MENGAPA KAUM CHINA DAN KAUM INDIA ?


Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin. Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati "Ordo Ab Chao" iaitu "Divide and Rule" atau "Pecah dan Perintah".


Ringkasan Penjajahan-Penjajahan di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Semakin lama semakin ramai pekerja China dibawa masuk ke Tanah Melayu. Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.


Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil `secret societies` China yang menganut fahaman Illuminati dan juga agen-agen Freemason. Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsigelap bagi orang-orang China. Apabila majoriti pekerja China sudah ramai, mereka dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap dan ketika inilah masanya untuk bermain api.


Perebutan kawasan perlombongan bijih cuma merupakan sebahagian taktik sahaja.


Contoh yang terbaik ialah di Perak, negeri yang pertama menerima Residen British di Tanah Melayu. Dua kongsi gelap terbesar iaitu "Ghee Hin" dan "Hai San" telah bertempor dalam siri Perang Larut, mengakibatkan British campur tangan di Perak.


Taktik ini juga digunakan di kesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.


   JELAS DI SINI, YANG MEMBUAT

   KEKACAUAN BUKANLAH ORANG

   ORANG MELAYU SENDIRI, TETAPI

   ORANG LUAR.


Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah. Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka, maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.


Cuba kita renungkan, British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu seperti mana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina, tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian, strategi dan siasah serta mengekalkan Sultan-Sultan? Aneh kan?


Kita boleh lihat taktik Illuminati-Inggeris di tempat-tempat lain. India misalnya, Raja-Raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.


  INI MEMBERIKAN SIGNAL YANG

  JELAS TERUTAMANYA KEPADA

  DYMM RAJA-RAJA MELAYU ...

  ILLUMINATI-FREEMASON

  MEMANG AMAT TERINGIN UNTUK

  MENAMATKAN RIWAYAT

  KESULTANAN MELAYU.


~ Raja-Raja Pattani telah dikejar

    sehingga ke Kedah dan Perak dan

    dibunuh dengan kerjasama orang

    orang Thai.


~ Kesultanan Jawa juga telah

    ditamatkan kuasa politiknya oleh

    Hindia-Belanda dan kini tiada

    apa-apa pun kepentingan sekadar

    wujud untuk dijadikan `muzium

    hidup` di Indonesia.


~ Kesultanan Sulu sudah lama

    pupus.


Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei. Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.


Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.


Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali. China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang China dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan Maharaja. China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu, namun hanya Hong Kong yang dijajah British.


Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Kepulauan Pasifik, kesemuanya menjadi jajahan total mereka, namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai `Negeri Naungan Ratu Inggeris`.


MENGAPA?


Kerana Tanah Melayu masih mempunyai Pemerintah. Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui Residen-Residen mereka. Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung.


Sultan-Sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran `Sultan` atau `Pemerintah` dalam tulisan Jawi walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British, dengan kata lain adalah jajahan mereka.


PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI.


Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap Bangsa Spiritual ini. Jika tersilap perancangan, maka akan terangkatlah satu kuasa misteri lagi rahsia bangsa ini.


Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang. Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih. Kuasa ini boleh ditidurkan. Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah `Masterpiece` yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?


Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?


APA RAHSIANYA?


Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun. Ini diakui oleh para penjajah mereka. Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini, betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai Kerajaan sendiri, organisasi masyarakat yang tersusun, kostum dan pakaian yang kemas, cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?


Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang yang besar (Rujuk "Mendam Berahi").


Mereka telah terlambat untuk menguasai satu Bangsa Spiritual yang akan menamatkan segala ramalan Kitab-Kitab Kuno. Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajjal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karektor sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara, apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis, menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam "The Holy Scriptures" dengan tegas menyatakan,


   “Cepat cari bangsa itu, Kristiankan

    atau Liberalkan mereka atau kamu

    semua akan musnah!”.


Sebab itu di dalam buku-buku sejarah, orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur, dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.


Benua Amerika, Afrika dan India bukanlah tujuan mereka. Itu adalah `rezeki terpijak` dalam perjalanan mereka mencari satu bangsa misteri. Beratus tahun mereka menangani bangsa `Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu di Islamkan.


   Tetapi mereka terlambat.

   PERANCANGAN ALLAH SWT

   LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.


Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka, Organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik dan berpusat di Lisbon, Portugal ketika itu) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu "St. Francis Xavier" untuk mengkristiankan orang-orang Melayu. Tetapi perancangan itu gagal sama sekali.


Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand. Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda. Dajjal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain, jika tidak diperlukan maka "habis madu sepah dibuang". Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka. Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.


   MEREKA MENGAKUI DENGAN

   SEBENAR-BENARNYA BAHAWA

   BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH

   DILAYAN KEJAM.


Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis. Setelah mempelajari karektor bangsa Melayu, maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.


Sebab itu Inggeris lebih `beradab` melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan mereka yang lain. Bangsa Melayu lebih di`manjakan` Inggeris terutama golongan bangsawan, para kerabat diraja dan sultan-sultan.


Peristiwa pemberontakan dan pembunuhan ke atas J.W.W. Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar Residen yang memahami karektor orang Melayu. Sebab itu "Hugh Low" yang dihantar menggantikan J.W.W. Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.


Di suatu ketika, British menggunakan kekerasan, di suatu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan. Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta Sultan-Sultan, membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.


   PIHAK INGGERIS MEMANG

   HENDAK MELAKUKAN BEGITU

   TETAPI DINASIHATKAN OLEH

   THE HIDDEN HAND supaya

   memperlahankan tindakan

   mereka.


APA RAHSIANYA?


   DAJJAL LAKNATULLAH AMAT

   TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI

   ANTARA INGGERIS DAN BANGSA

   SPIRITUAL DI BUMI MELAYU DAN

   INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPAT

   KAN RAMALAN-RAMALAN DALAM

  "THE HOLY SCRIPTURES" SEPERTI

   KEBANGKITAN IMAM MAHADI

   DAN TURUNNYA NABI ISA A.S.


Melalui `Secret Societies` di China dan England, Dajjal The AntiChrist telah merangka "Pelan Jangka Panjang" untuk menawan Nusantara. Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang pelan Illuminati-Zionis dalam merangka pelan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel, tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang pelan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.


   INILAH PELAN PALING LICIK DAN

   TERSEMBUNYI DARI ILLUMINATI.

...


KONGSI GELAP CHINA :


Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah "Heaven and Earth Society". Nama-nama yang lain adalah seperti "Hung League" dan "Three United Association".


Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M. Ward (The Hung Society. 1925).


Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.


Merentasi sejarah China, hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap. Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa, miskin dan terpinggir atau teraniaya, untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.


Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.


Berbeza dengan `secret societies` di Eropah di mana umumnya ahli-ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit, kongsi-kongsi gelap China adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan. Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama `The Hidden Hand` mahu mempergunakan orang-orang China. Mereka dijadikan "pawn of the game" dalam usaha "The Hidden Hand" mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.


   ORANG-ORANG CHINA IBARAT

   BENTENG MANUSIA BARISAN

   HADAPAN BAGI MENGHADAPI

   PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.


Jika peperangan terjadi, orang-orang China yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUKAN DAN PARANG TERBANG dari Bangsa Melayu. Bangsa kesayangan The Hidden Hand, Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya, Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang China sebelum merancang pelbagai pelan untuk membuat "counter attack".


Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA. Sikap mereka misteri dan pendiam. Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu, di`provoke` atau diusik sensitiviti mereka.


   TETAPI MEREKA AKAN

   MEMENDAM PERASAAN DEMI

   PERASAAN DENDAM MEREKA,

   sehingga ke tahap kritikal dan

  `psycho`. Apabila sampai satu

   tahap, ALTER AMUK mereka akan

   meletus.


Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka. Dari mana perkataan "amok" dalam bahasa Inggeris diambil? Lihat, bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan "amok" dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.


"Alter amuk" adalah seolah-olah eksklusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu. Jika kita lihat di Barat, sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.


Tetapi setiap orang Melayu tulen `amnya menyimpan alter berbahaya ini. Istimewanya, mereka pandai mengawal dan menggunakannya. Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun China atau India rasis dan chauvinist dapat hidup di bumi Melayu ini.


   JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI

   MENGHORMATI BUDAYA DAN

   AGAMA MEREKA, TIDAK MENJADI

   MASALAH BUAT ORANG-ORANG

   MELAYU UNTUK TURUT

   MENYAMBUT MEREKA DENGAN

   SENYUMAN DAN MENGHORMATI

   MEREKA KEMBALI.


Ingat, orang-orang Melayu sukakan diplomasi berbanding kekerasan. Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light, Stamford Raffles dan Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.


Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang China di Tanah Melayu. Pertamanya, majoriti orang-orang China yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dari rakyat bawahan yang miskin dan melarat, jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan. Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.


Keduanya, siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama), khasnya di Tanah Melayu?


   Mereka adalah juga

   KONGSI-KONGSI GELAP INI.


Merekalah agen-agen yang bekerja mengumpulkan orang-orang China dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.


Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas Kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuminati Inggeris "menculik" rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.


Rakyat China miskin yang "innocent" tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka. Orang-orang China yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei 1969, menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis, mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.


Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat, juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.


Budaya-budaya Komunism ini juga telah cuba diselitkan ke dalam perjuangan Tentera Fisabilillah Bangsa Melayu. Tentanglah Komunism ini dari menular seperti di Indonesia dalam perjuangan kita Bangsa Melayu! Jangan berpecah belah sesama kita dan kembalilah ke pangkal jalan ... ke jalan putih yang sebenar.


Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya Komunis China sedangkan kita lebih hebat dari mereka?


Perjuangan kita kerana ALLAH SWT dan bukan kerana Duit. Sekularisma, Liberalisma juga harus kita tentang. Jadikan kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai pengajaran serta peringatan.

...


25 AGENDA ILLUMINATI :

~~~~~~~~~~~~~~~~


Berikut adalah daftar 25 prinsip/tujuan Illuminati yang telah "Adam Weishaupt" tetapkan selepas Rothschild mula membiayai Konspirasi Illuminati.


Ia telah pun berjalan sejak ratusan tahun yang lalu, dan kini tiba di kemuncaknya dan sedang diterajui oleh kuda tunggangan mereka, British-Amerika dan keluarganya di seluruh dunia. Memacu mengikut susunan langkah demi langkah, melaksanakan Konspirasi sepertimana yang diatur oleh Illuminati.


25 agenda ini merupakan satu "Manual" yang pada dasarnya memperlihatkan rancangan jangka panjang, berdasarkan arahan pengasas Illuminati pada tahun 1776.


Antara Agendanya seperti berikut :


1] Aturkan semua manusia supaya

    lebih cenderung dan senang ke

    arah kejahatan berbanding

    kebaikan.


2] Anjurkan gerakan Liberalisme

    (Hancurkan keagamaan).


3] Gunakan idea "Kebebasan" untuk

    mewujudkan pertentangan atau

    krisis antara kelas dalam

    masyarakat.


4] Gunakan segala cara untuk

    mencapai Tujuan Illuminati seperti

    yang telah ditetapkan.


5] Perolehi/Dapatkan "Hak" untuk

   "BERDUSTA" ke atas setiap

    peristiwa yang berlaku (Tulis

    semula "Sejarah" mereka).


6] Kekuatan sumber dan keupayaan

    harus tidak kelihatan sehingga

    saat benar-benar telah bersedia

    dan memperoleh kekuatan yang

    tidak boleh lagi di permainkan

    atau dimusnahkan.


7] Galakkan masyarakat supaya

    cenderung untuk merusuh dan

    ber"demontrasi" (secara psikologi)

    sebagai satu cara menguasai

    emosi mereka.


8] Pergunakan alkohol, dadah,

    rasuah, perempuan dan segala

    bentuk maksiat secara sistematik

    untuk merosakkan golongan belia

    dan anak muda mereka.


9] Berusaha memiliki kekayaan,

    harta atau aset dengan apa cara

    jua pun.


10] Gunakan slogan-slogan hebat

       seperti Hak Asasi, Kebebasan,

       Persaudaraan, dll sebagai

       pegangan tuntutan rakyat jelata

       dalam peperangan psikologi.


11] Peperangan harus diatur,

       sehinggalah kedua-dua pihak

       yang bertentangan bakal

       mengalami masalah hutang

       yang berat kemudian dianjurkan

       perdamaian setelah mereka

       menjadi lemah (tidak lagi

       berupaya) untuk mengawal

       keDaulatan wilayah masing-

       masing.


12] Setiap ahli perlu menggunakan

       kekayaan yang ada untuk

       menentukan "calon" yang dipilih

       dan tempatkan di Pejabat awam.

       Taat kepada tuntutan mereka

       (ahli) dan gunakan mereka

       (calon) sebagai bidak dalam

       percaturan orang-orang di

       belakang layar. Penasihat harus

       dipelihara dan dilatih sejak kecil

       untuk menguasai urusan dunia.


13] Mengawal akhbar atau media.


14] Agen akan muncul ke hadapan

       selepas mencetuskan kacau-

       bilau dan bertindak pula dengan

       lagak sebagai penyelamat orang

       awam.


15] Wujudkan kemelesetan industri,

       kepanikan/kegawatan ekonomi

       kewangan, pengangguran,

       kelaparan, kekurangan makanan

       dan gunakan keadaan ini

       sebagai alat untuk menguasai

       orang ramai atau para perusuh

       dan kemudian gunakan perusuh

       ini untuk menghapuskan semua

       penghalang (DEMONSTRASI

       JALANAN).


16] Menyusup ke dalam pertubuhan

       rahsia Freemason dan gunakan

       nya bagi keperluan Illuminati.


17] Kendalikan penipuan secara

       sistematik, dengan mengguna

       kan "Slogan" secara lantang dan

       ungkapkan janji manis kepada

       masyarakat bahawa mereka

       bakal nikmati kebebasan dan

       hidup mewah walau pun semua

       itu adalah PALSU.


18] Rancang dengan teliti untuk

       sesuatu resolusi, bincangkan

       halacara pertempuran di jalanan,

       aturkan mana-mana yang perlu

       untuk mempercepatkan

       kejayaan menguasai penduduk.


19] Gunakan agen sebagai pemberi

       maklumat atau nasihat di

       belakang tabir selepas berlaku

       perang atau huru hara dan

       gunakan diplomasi secara

       rahsia untuk mengawal keadaan.


20] Bangunkan monopoli berskala

       gergasi menuju ke arah

       penguasaan Kerajaan Dunia.


21] Gunakan cukai yang tinggi dan

       wujudkan persaingan yang tidak

       sihat untuk membawa kepada

       kehancuran ekonomi dengan

       menguasai BAHAN MENTAH.

       Aturkan pergerakan para

       pekerja dan biayai pesaing

       mereka.


22] Membina kekuatan persenjataan

       melalui pasukan Polis dan

       Tentera untuk melindungi

       kepentingan kita.


23] Ahli dan Pemimpin-Pemimpin

       Kerajaan SeDunia (OWG) akan

       dilantik oleh Pengarah kita.


24] Menyusup ke semua kelas dan

       lapisan masyarakat dan kerajaan

       untuk tujuan menipu, mengkotak

       katikkan dan rosakkan golongan

       muda dengan mengajar teori

       dan prinsip-prinsip `ilmu yang

       kita tahu adalah PALSU.


25] Undang-Undang Nasional dan

       Antarabangsa perlu digunakan

       untuk menghancurkan segala

       per`adaban, memperhamba dan

       mengawal orang ramai. 

...


Bermula pada Abad Ke-17 di Eropah, lebih tepat lagi, pada 1 Mei 1776 di German, ada satu gerakan budaya yang digelar sebagai "The Age of Enlightenment". Objektif utama gerakan ini adalah untuk melakukan reformasi berlandaskan kepercayaan "Teori Sains" dan "Pendidikan Sekular" secara langsung mencabar atau menentang kepercayaan agama dan juga tradisi. Mereka dididik mengamalkan pemikiran saintifik, skeptilicism dan juga pemikiran intelektual.


[Itulah rasionalnya mengapa maka tarikh "1 May" telah dipilih untuk Dunia mera`ikan "HARI PEKERJA" (atau dulu, "HARI BURUH", aka "HARI HAMBA `ABDI").


Semakin hari pengikut reformasi "Age of Enlightment" ini semakin bertambah dan pada tahun 1776, seorang ahli filosofi berbangsa German, bernama "Johan Adam Weishaupt" menubuhkan sebuah organisasi rahsia di negeri Bavaria, German dan menamakan pertubuhan ini sebagai "The Order of the Illuminati".


Pada asalnya pertubuhan ini tidak diendahkan kerana orang ramai menyangka yang mereka hanyalah pertubuhan yang biasa, tidak sehingga pada tahun 1785 pertubuhan ini ditindas dan diharamkan oleh pemerintah Bavaria iaitu "Charles Theodeore".


Pengharaman ini dilakukan kerana Kerajaan Monarki Bavaria pada waktu itu bimbang yang pertubuhan ini akan menjatuhkan System Monarki (Sistem BeRaja) mereka dan juga dikhuatirkan mencabar kuasa Gereja Katolik pada waktu tersebut.


Walaupun telah ditentang dan diharamkan pada tahun 1975, ramai yang masih menganggap kumpulan ini masih lagi wujud sehingga hari ini. Ini adalah perkara yang paling menakutkan tentang illuminati, ada yang percaya ini cumalah teori konspirasi dan ada yang benar-benar percaya kumpulan ini sedang merancang untuk mengawal dunia.


Bermula dari perancangan yang mengubah sejarah dunia seperti "Revolusi Perancis", pembunuhan John F Kennedy, Serangan 9/11, pergolakan di timur tengah dan banyak lagi, semua ini adalah untuk melaksanakan agenda mereka iaitu agenda New World Order (NWO).


Ataupun dikenali secara ringkasnya sebagai NOW. Ini adalah sebuah rancangan yang dirancang oleh Illuminati untuk mewujudkan "1 Kerajaan Dunia" yang akan memerintah seluruh dunia, bermaksud semua Negara akan patuh kepada 1-Badan Kerajaan sahaja. Dan golongan-golongan elit illuminati yang akan menjadi pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan tersebut.


Dengan erti kata lain mereka akan mengawal dunia dan mewujudkan "Kerajaan Totalitarian". Tapi kenapa ini objektif mereka? Jawapan ada di bawah. 


Banyak lagi kumpulan-kumpulan rahsia yang lain seperti Freemason, "Skull and Bones" dan Zionism walaupun mereka ini dari kumpulan yang berbeza tetapi mereka berkongsi satu persamaan yang menakutkan. Dimana mereka semua dikatakan, menyembah syaitan. Ini boleh dibuktikan oleh symbol yang sering digunakan, simbol-simbol ini sering digunakan di dalam ritual sihir dan simbol-simbol ini seperti pentagram, tiga segi, "symbol mata satu" ada di sekeliling kita khususnya di industri hiburan.


Inilah jawapan mengapa illuminati ditubuhkan, dengan objektif utama "New World Order" kerana Mereka sedang menunggu kedatangan Dajjal yang mereka percaya adalah tuhan mereka yang sebenar, itulah sebab kenapa mereka mahu mengawal dunia sebagai persediaan untuk Dajjal suatu hari nanti. 


Terpulanglah, hendak percaya ataupun tidak ...

...

Jumaat, 5 November 2021

Second coming

 SEJARAH RAHSIA ILLUMINATI: NOSTRADAMUS DAN RAMALAN TENTANG HARI AKHIR


Kita tentu masih ingat, sesaat setelah peritiwa WTC 9.11 terjadi, di pelbagai media massa besar yang dimiliki rangkaian Zionis-Yahudi, kes ini dihubung-hubungkan dengan Ramalan Nostradamus (The Prophecy Nostradamus) yang konon telah meramalkan berabad lalu tentang akan terjadinya peristiwa yang menggegarkan seperti itu.


Konon, Nostradamus bukan hanya meramal peristiwa WTC, tetapi juga meramalkan peristiwa-peristiwa besar dunia-Revolusi Perancis dan Hitler sebagai contoh-dengan tepat. Siapakah Nostradamus ini?


NOSTRADAMUS DAN HUNTINGTON


Ahli nujum dunia yang nama asalnya Michel de Nostredame ini lahir di Saint Rémy di Provence, Perancis Selatan, 14 Disember 1503, dari sebuah keluarga Yahudi pasangan Reynière de St Remy dan Saudagar Makanan Jaume de Nostredame. Walau berdarah Yahudi, datuk Michel dari garis ayahnya bernama Guy Gassonet, telah memeluk agama Katolik pada tahun 455 (Marranos), dengan mengambil nama baptis 'Pierre' dan nama keluarga 'Nostredame'.


Jean St Remy, datuk Nostradamus dari garis ibu, adalah ahli astrologi Yahudi, Kabbalis, dan ahli fizik yang tinggal di istana Rene de Anjou, sekaligus menjadi guru dari Rene de Anjou dalam bidang esoteris yang mempunyai minat sangat besar terhadap misteri The Holy Grail.


Rene de Anjou sendiri merupakan kekasih dari Jeanne d'Arc, kuda perempuan Perancis yang di tahun 1429 menghadap komander pasukan Perancis di Benteng Vaucouleurs untuk menyatakan dirinya dianugerahi 'visi keilahian' untuk menyelamatkan Perancis daripada penjajahan Inggeris dan meyakinkan bahawa putera tertua raja akan menggantikan Charles VII , dan akan dinobatkan menjadi raja.


Melihat latar belakang keluarganya, Nostradamus memang berasal dari keluarga yang terpandang di Provence.


Nostradamus meninggal dunia pada tarikh 2 Julai 1566 dan dikebumikan di Fransiscan Chapel yang sebahagiannya kini telah menjadi restoran La Brocherie. Jasad Nostradamus ketika Revolusi Perancis berkobar dipindahkan ke Collégiale Saint Laurent, Perancis, hingga kini. Karyanya yang paling luar biasa, Les Propheties (Ramalan) mengandungi keseluruhan ramalan Nostradamus sejumlah 6.338 ramalan. Dalam perjalanan waktu, ramalan Nostradamus banyak yang tepat, namun lebih banyak lagi yang gagal.


The Holy Blood and The Holy Grail menulis bahawa Gérard de Sede meyakini Nostradamus adalah seorang ahli dari sebuah rangkaian rahsia antarabangsa yang terdiri dari para duta besar, mata-mata, pedagang, dan lain-lain yang mempunyai pengaruh besar dalam konflik perebutan takhta antar dinasti di Perancis pada masa hidupnya.


"Ada banyak fakta yang menyatakan Nostradamus memang seorang agen rahsia yang bekerja bagi Francois de Guise dan Charles, Kardinal Lorraine. ..banyak Ramalan Nostradamus mungkin saja sama sekali bukan ramalan. Apa yang diucapkannya hanyalah mesej-mesej tersembunyi, bersandi, jadual, penggunaan, senarai perjalanan, dan rancangan untuk suatu tindakan. Ramalan Nostradamus sebenarnya bukanlah ramalan, akan tetapi sebuah acuan pada masa lampau, seperti zaman Kesatria Templar, Dinasti Merovingian, dan sejarah Dinasti Lorraine, "demikian Baigent.


Mengapa kita menyinggung Nostradamus dalam kaitannya dengan The New World Order yang terus dilakukan dengan intensif oleh Bush? Kisah tentang Nostradamus membawa kita kepada Huntington yang dikenali dengan karyanya "The Class of Civilization" (Benturan Antara Peradaban). Seperti juga ramalan Nostradamus, tesis yang dikemukakan Huntington sebenarnya bukan tesis melainkan sebuah senario bagi Amerika di dalam mengambil dasar luar negerinya selepas Perang Dingin. Huntington sendiri tercatat sebagai anggota dari CFR, Council on Foreign Relation, sebuah lembaga kajian luar negeri AS yang sangat berpengaruh yang dipenuhi para agresif seperti Paul Wolfowitz dan sebagainya.


Edward Griffin bahkan memastikan bahawa hampir seluruh pemimpin Amerika berasal dari kumpulan kecil ini. "Termasuk di antara mereka adalah presiden-presiden kita dan para penasihat mereka, ahli-ahli kabinet, duta besar-duta besar, ahli-ahli penting dari Federal Reserve, pengarah-pengarah dari bank-bank besar dan institusi-institusi pelaburan, rektor- rektor dari universiti-universiti, dan pimpinan-pimpinan akhbar-akhbar metropolitan, pejabat-pejabat berita, dan rangkaian-rangkaian televisyen.


Tidak berlebihan untuk menggambarkan kumpulan ini sebagai kerajaan tersembunyi (hidden government) dari Amerika Syarikat, "kata Griffin. Buku Huntington, 'Benturan Antara Peradaban', sendiri sebenarnya berbentuk sebuah artikel yang dimuatkan dalam majalah CFR "Foreign Affairs 'edisi Musim Panas 1993.


Baik Nostradamus maupun Huntington, dua ahli nujum yang hidupnya dipisahkan masa hampir lima abad, sama-sama agen dari Ordo Kabbalah, pewaris dari sebuah aliran purba bernama The Broterhood of Snake yang membentuk dewan penyihir tertinggi Firaun. Cita-cita mereka ditorehkan dalam simbol negara Amerika Syarikat: E Pluribus Unum (Dunia di bawah Satu Pemerintahan) dan Annuit Coeptis - Novus Ordo Seclorum (Konspirasi Kita - Tata Dunia Baru). Dunia, oleh Amerika dengan semua sekutunya, tengah digelindingkan menuju satu arah, satu ideologi, satu keyakinan, satu nilai: Pax Americana.


Aliran Kabbalah sekarang ini mengejawantah, dipandu dari balik skrin untuk menakluk dunia, oleh 13 dinasti berpengaruh dunia, iaitu: Dinasti Astor, Dinasti Bundy, Dinasti Collins, Dinasti DuPont, Dinasti Freeman, Dinasti Kennedy, Dinasti Li (China), Dinasti Onassis, Dinasti Rockefeller, Dinasti Rothschild, Dinasti Russell, Dinasti Van Duyn, dan Dinasti Merovingian (Kaum bangsawan Eropah yang dipercayai kaum Kabbalis merupakan pewaris darah Yesus). Suka atau tidak, inilah dunia kita sekarang.


HARI AKHIR


Merupakan suatu kebetulan atau tidak, perbincangan mengenai Hari Akhir atau yang di Barat lebih dikenali sebagai 'Armageddon' dan di dalam gereja-gereja disebut sebagai 'The Second Coming' atau 'Maranatha', yaitu kedatangan Yesus untuk kedua kalinya ke bumi dalam bentuk 'Tuhan 'seutuhnya, sudah beberapa tahun kebelakangan ramai diperbincangkan orang.


Dari bilik-bilik mewah di Rumah Putih, sehingga surau-surau kecil di kampung-kampung Bumi Pasundan. Dari Presiden Amerika Ronald Reagan dan Bush, hingga ke Komuniti Eden di Pasar Senen, Jakarta. Kita semua sepakat, percaya atau tidak, Hari Akhir akan tiba dan jika ia tiba, siapa pun dan kekuatan apa pun, tidak akan ada yang mampu untuk menghalangnya. Sejak kapan sesungguhnya Hari Akhir itu bermula dan kapan berakhir?


Allah SWT telah menegaskan bahawa Islam adalah agama terakhir yang diturunkan untuk seluruh manusia. Nabi Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul terakhir untuk seluruh insan di bumi. Dan umat Islam adalah umat akhir zaman. Sebab itu, sesungguhnyalah, sejak Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasulullah, maka sejak itu pula umat manusia telah memasuki apa yang dinamakan fasa Akhir Zaman.


Menurut hadis sahih, masa akhir zaman ini terbahagi menjadi lima. Pertama, Masa Kenabian, ini terjadi pada masa Rasulullah SAW masih hidup. Kedua, Masa Khulafaur Rasyidin, bermula dari Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali ra Ketiga, Masa Raja-Raja yang menggigit (maalikan 'adhan), yaitu masa setelah wafatnya Ali bin Abi Talib ra sampai kepada runtuhnya Daulah Khilafah Utsmaniyah (1924). Ini merupakan masa yang panjang. Keempat, Masa Penguasa Diktator atau maalikan jabariyan. Dan kelima, Masa Kembalinya Sistem Khilafah. Sekarang, umat manusia tengah menjalani masa Penguasa Diktator. Walau masa ini berat, namun sunnatuhllah mengisyaratkan bahawa suatu ketika penguasa zalim ini akan dapat dikalahkan, walau penguasa zalim ini disokong oleh kekuatan tentera Yahudi yang berjumlah puluhan ribu.


Tentera Yahudi akan terus diburu oleh kaum Muslimin hingga mereka bersembunyi di banyak tempat. Namun batu dan pokok pun-yang sesungguhnya merupakan sebahagian dari tentera Allah, enggan dijadikan tempat persembunyian tentera Yahudi.


"Hai kaum Muslimin, di belakangku ada Yahudi yang bersembunyi!" Ujar mereka. Semua pokok berbuat hal itu, kecuali pohon gharqad, semacam kaktus besar yang sekarang banyak ditanam di wilayah pendudukan Zionis-Yahudi di Palestin. Kaum Zionis meyakini hal ini sehingga sejak lama mereka telah dengan sengaja memperbanyak penanaman pokok ghargad di Tanah Palestin, sebagai langkah jangkaan.