Khamis, 11 November 2021

PETUA BUANG ENERGI NEGATIF/GANGGUAN JIN

 


Di dalam kediaman/ pejabat/kedai. Cara-caranya. Letak garam kasar + cuka dalam gelas jernih dan baca surah yang di share. Letak dan biarkan terdedah.


Letak di bahagian yang selalu rasa aura negatif atau tempat laluan kelibat jin. Biarkan selama 24jam. Bila kotor basuh & tukar yang baru sampai air cuka garam jadi putih, bermakna aura negatif/jin sudah tidak ada lagi.


Bahan-bahannya :

Garam, Cuka & Gelas putih.


Baca :

- Al Fatihah 7x

- Al Ikhlas 1x

- Al Falaq 1x

- Al Kafirun 1x

- An nas 1x

- Ayatul Kursi 3x

- Surah Yassin Ayat 9 6x


Kemudian hembus di dalam bahan tadi. Niat untuk usir benda negatif/jin. Biarkan selama 24jam. Dengan izinnya akan hilang InsyaAllah.


Semoga bermanfaat.


🚸 https://t.me/PreppingAkhirZaman

Rabu, 10 November 2021

Merpati

 SIRI PARA JIN: DUA JIN NABI SULAIMAN DI CAMPAK OLEH MALAIKAT


Dikisahkan bahawa pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman, terdapat seorang lelaki berketurunan Nabi Yehuda bin Nabi Yaaqub yang mempunyai sebatang pohon yang besar di tepi rumahnya. Pohonnya yang rendang telah membuatkan sepasang burung merpati membina sarang di atas pohon tersebut dan mengeluarkan beberapa biji telur untuk ditetaskan.


Pada suatu hari, keluarga lelaki itu kekurangan makanan lalu sang isteri menyuruh suaminya mengambil kesemua telur burung merpati untuk dijadikan makanan untuk anak-anaknya. Tanpa berlengah, lelaki itu pun memanjat pohon tersebut lalu mengambil kesemua telur merpati yang ada di situ lalu membawanya masuk ke dalam rumah. Ketika sang ibu merpati pulang ke sarang dari mencari makanan, ia merasa terperanjat kerana kesemua telur yang dieramkannya telah tiada. Maka hal itu telah diajukan oleh pasangan merpati tersebut kepada Nabi Sulaiman lalu ia menceritakan peristiwa yang terjadi.


Untuk menyelesaikan masalah ini, Nabi Sulaiman pun memanggil lelaki tersebut supaya datang mengadap. Setelah lelaki itu mengadap Nabi Sulaiman, Nabi Sulaiman pun memberitahu kepada lelaki tersebut tujuan beliau memanggilnya lalu Nabi Sulaiman pun menasihati lelaki itu supaya tidak mengulanginya lagi. Lelaki itu pun bersetuju dengan syarat yang dikenakan. Beberapa hari kemudian, sang isteri lelaki tersebut menyuruh suaminya agar mengambil telur merpati untuk dimasak. Lelaki itu oun berkata kepada isterinya: "Wahai isteriku, sesungguhnya aku tidak akan mengambilnya kerana aku sudah berjanji kepada Nabi Allah Sulaiman untuk tidak mengulanginya lagi".


Isteri lelaki tersebut pun berkata dengan nada yang hampir keras: "Wahai suamiku, apakah engkau menyangka bahawa Nabi Allah Sulaiman akan memperdulikan dirimu atau merpati itu? Sedangkan baginda sedang sibuk dengan urusan kerajaannya". Mendengar apa yang disampaikan oleh isterinya, lelaki itu pun mendiamkan dirinya. Sang isteri tidak berhenti-henti memujuk suaminya agar mengambil telur merpati itu. Akhirnya lelaki tersebut termakan dengan pujuk rayu isterinya. Dia segera memanjat pohon itu lalu mengambil kesemua telur merpati.


Merpati yang baru balik dari mencari makanan terperanjat kerana kesemuanya telurnya sudah tiada. Merpati yakin bahwa telurnya telah diambil oleh lelaki itu lalu merpati pun pergi menemui Nabi Sulaiman dan menceritakan apa yang berlaku. Apabila Nabi Sulaiman mendengar semua rintihan merpati, beliau pun segera memanggil Jin yang menjaga penjuru barat dan penjuru timur. Nabi Sulaiman memerintahkan kedua-dua Jin supaya mengawal pohon yang ada di tepi rumah lelaki tersebut. Sekiranya lelaki itu ingin mengambil telur merpati itu halanginya dengan menarik kedua kakinya.


Tiba suatu masa, datang lah seorang lelaki yang tidak dikenali datang ke rumah lelaki tersebut. Lelaki misteri itu memohon agar diberikan sedikit makanan lalu lelaki itu pun memberikan sebuku roti bersama telur yang di masak. Lelaki misteri itu pun mengucapkan terima kasih dan berdoa agar lelaki itu diberi kesihatan dan keselamatan. Keesokan harinya, lelaki itu ingin mengambil telur merpati lagi untuk di masak. Saat ketika ia hendak mengambil telur tersebut, lelaki itu merasakan kakinya tidak boleh bergerak. Apabila ia meletakkan telur itu semula kakinya terasa ringan semula dan hal itu berlaku untuk beberapa kali sehinggalah Allah Taala memerintahkan dua Malaikat untuk membantu lelaki tersebut. Malaikat itu pun mencekak kepala Jin tersebut lalu mencampaknya ke penjuru timur dan satu lagi ke penjuru barat. Maka selamatlah lelaki itu dari tipudaya Jin.


Burung merpati pun mengadap Nabi Sulaiman sekali lagi untuk menyampaikan tentang telurnya telah dicuri. Nabi Sulaiman merasa curiga kenapa dua orang Jin yang diperintahkan untuk menjaga pihon itu tidak menjalankan tugas yang diberi? Nabi Sulaiman pun memerintahkan kedua Jin itu datang mengadap untuk diberi hukuman. Apabila kedua Jin mengadap Nabi Sulaiman, maka baginda merasa amat marah. Salah seorang Jin menceritakan tentang apa yang terjadi kepada mereka. Setelah mengetahui perkara sebenar, Nabi Sulaiman bermunajat kepada Allah Taala lalu Allah Taala memberitahunya bahawa Allah Taala memberi keselamatan ke atas lelaki itu kerana ia sudah melakukan kebaikan dalam bersedekah dengan telur merpati tersebut. Mendengar firman Allah yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail, Nabi Sulaiman tertunduk malu di atas apa yang berlaku sementara lelaki yang memiliki pohon itu tetap meneruskan tugas hariannya dalam memelihara ahli keluarganya.


#MAMR

pencen

 

wahai anak adam....

renungkanlah kata-kata ini.... takut² lepas ini kita tidak ketemu lagi...

 

Sebagai kakitangan kerajaan adalah perkara biasa dan rutin apabila genap umur 60 tahun nak tak nak wajib bersara....<< itu pun klu panjang umur>>> tak gitu...?? yang penting bila kita nak bersara sebagai manusia... @ bersara dari hidup dengan kata lain <<<<MATI....>>> cukup ke amalan² baik untuk dibawa ke kubur...??

 

Berdoalah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebajikan sesama manusia... agar الله memberi kita semua HIDAYAH. Tanpa hidayah manusia tidak mampu menjadi insan kamil yang layak mentadbir muka bumi الله ini... TAKBIR..!!! Selepas mendapat hidayah... barulah datang nya ILMU.... contoh ilmu kimi-A! itu M U D A H.... Selepas belajar ilmu kimi-A! itu mudah barulah anda sebagai pelajar matrik FAHAM konsep dan YAKIN bahawa kimi-A! itu memang sangat2 mudah... Insya 4W1.

 

Selepas faham barulah anda boleh amalkan ilmu yang anda pelajari dengan cara mengajar ilmu kimi-A! itu mudah pada roomate anda.... tak gitu....??? Seterusnya Apabila kita faham suatu ilmu barulah jiwa kita hidup dan segar.... mata hati akan celik.... barulah kita faham kenapa kita MESTI belajar ilmu kimi-A! itu mudah sampai kita faham.... seterusnya skor A pada PSPM I & II nanti... Ketika kita faham dengan sebenar2 faham maka kita akan nampak segala apa yang terHIJAB di hati kita selama ini... contohnya atom @ zarah kenapa elektron duk kat luar keliling nukleus yang di dalamnya proton dan neutron.. siapa yang suruh elektron beredar keliling nukleus...??

 

Mesti anda terfikir yang elektron tu tak tau penat ker...?? sebenarnya elektron itu berzikir dan bertasbih kepada 4W1. Takbir...!!! Itulah SUNNATULLAH... hanya ada dua sahaja hakikat kehidupan pencipta dan ciptaan @ alam @ makhluk. << الله menciptakan alam ini dari tiada kepada ada....>> seterusnya akan terbongkarlah segala rahsia alam ilmu kimi’A’ itu mudah yang kita tidak pernah tahu selama ini... kesannya hati kita yang selama ini keras macam simen konkrit akan mudah jinak dan patuh pada perkara kebaikan.... contohnya wat tutoran tanpa disuruh dan menjawab soalan past year dengan penuh rela hati dan keceriaan... datang ke kuliah tepat pada masa dan tidak tidur di kuliah. ingat ilmu kimi-A! itu N U R @ cahaya yang datang dari الله dan pensyarah sebagai asbab sahaja. Ilmu tidak akan masuk ke hati para pelajar yang penuh dengan titik-titik noda dan dosa.

 

الله mengajar manusia dengan menyuruh manusia BACAlah dengan nama tuhanmu yang menjadikan. KEYAKINAN itu penting yang ilmu kimi-A! itu mudah الله ماشأء.... ان شأ‌الله ...A!!!! keyakinan datang tanpa perlu kita fikir dan peningkan... setelah kita berAMAL... turunlah hidayah maka datangnya ilmu seterusnya kita faham dan kita amalkan... barulah kita yakin perkara yang hak dan perkara yang batil...!!! bersolat 5 waktu secara berJEMAAH... membaca al Quran & wat amalan2 sunat....itulah jawapan KUNCI kepada persoalan kenapa ilmu kimi-A! itu mudah.... <<< naper…? Masih nak beranggapan yang kimia itu susah…??>>>

 

kesimpulannya... segalanya MUDAH semudah ilmu kimi-A! itu memang sangat mudah jika anda menJAGA AMALAN anda.... HORMAT PENSYARAH anda... dan yang paling penting PASTIkan ilmu kimi-A! itu mudah yang anda belajar di matrik BERKAT. Jika tak ilmu kimi-A! itu mudah akan meLAKNAT anda. Yang penting semakin anda belajar kimi-A! itu mudah anda sepatutnya semakin TUNDUK dan patuh menyerah kepada tuhan mu tuhan seru semesta alam.... yang bagi anda pandai bukan pensyarah anda.... pensyarah anda hanya asbab... الله yang beri anda pandai dalam ilmu kimi’A’ itu mudah. anda nak berlagak lagi ker...?? <<< nak pandai kena berusaha tau... pastu barulah berdoa bukan nya main game di asrama dari pukul 10 malam sampai 5 pagi.

 

renungkanlah dan fikirkanlah.... gunakan AKAL anda... bukan nya perasaan anda...kepandaian anda langsung tidak berguna andai anda malas belajar tahap gaban tapi rajin tahap cipan bermain game komputer. yang penting di sini.... adalah ..... siapa kata ilmu kimi’A’ itu susah.....???

A. makcik cleaner

B. auntie konduktor bas kinta...

C. pak guard...

D. diri sendiri yang selama ini syok sendiri macam dia lah seorang ajelah yang pandai

 

adios amigos .... zaaaz.....last but not least... always think in your mind u r the best among the best.... !!! fikirkan boleh.... ANDA PASTI BOLEH....<<boleh aper..??>> pandai kimi-A! itu mudah lah.... ان شأ‌الله

Selasa, 9 November 2021

Doa

 _Fb Jakim_


*Doa Dia untuk Aku, Doa Aku Untuk Dia*


Jika lalu di kawasan universiti, doakan para pelajarnya nanti mendapat pekerjaan.


Jika lihat para peniaga tepi jalan, doakan agar urusan perniagaan mereka laris.


Jika bertembung dengan orang yang sedang susah, doakan agar dipermudahkan segala urusan mereka.


Jika lihat orang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, doakan mereka kekal bermotivasi dan dilancarkan urusan mereka dan syarikat mereka berkerja.


Jika dengar berita ada orang diberhentikan kerja, doakan agar mereka diberi rezeki yang melimpah ruah.


Jika nampak orang tidak sihat, doakan kesembuhan mereka.


Jika baca tulisan mereka yang terpengaruh dengan perkara salah, doakan agar mereka diberikan ilmu dan kefahaman yang benar.


Dan segala apa yang kita lihat di sekeliling kita.


Doakan saya, doakan kita semua.


Nabi ﷺ bersabda:


دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ


Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. Hadith Riwayat Muslim 


Kini adalah masa yang paling sesuai untuk mendoakan orang lain, dalam diam dan sembunyi

Isnin, 8 November 2021

Rich or poor?

 Elon Musk explains why his daughter can’t marry a poor man.


A few years ago there was a conference in the United States on investment and finance. One of the speakers was Elon Musk and during the question and answer session, he was asked a question that had everyone laughing. 


If he, the richest man in the world, could accept that his daughter marry a poor or modest man. 


His answer can change something in everyone.


Elon Musk - First of all, understand that 

Wealth does not mean having a fat bank account. Wealth is primarily the ability to create wealth.

Example: Someone who wins the lottery or gambling. Even if he wins 100 millions is not a rich man: He is a poor man with a lot of money.  That's the reason why 90% of the lottery millionaires become poor again after 5 years.


You also have rich people who have no money.

Example: Most entrepreneurs.

THEY are already on the road to wealth even though they have no money, because they are developing their financial intelligence and that is wealth. 


How are the rich and the poor different?


To put it simply: The rich may die to become rich, while the poor may kill to become rich.


If you see a young person who decides to train, to learn new things, who tries to improve himself constantly, know that he is a rich man.


If you see a young person who thinks that the problem is the state, and who thinks that the rich are all thieves and who criticizes constantly, know that he is a poor man.


The rich are convinced that they just need information and training to take off, the poor think that others must give them money to take off.


In conclusion, when I say that my daughter will not marry a poor man, I am not talking about money. I'm talking about the ability to create wealth in that man.


Excuse me for saying this, but most criminals are poor people. When they are in front of money, they lose their mind, that's why they rob, steal etc... For them it is a grace because they don't know how they could earn money by themselves.


One day, the guard of a bank found a bag full of money, he took the bag and went to give it to the bank manager.


People called this man an idiot, but in reality this man was just a rich man who had no money.


One year later, the bank offered him a job as a receptionist, 3 years later he was a customer manager and 10 years later he manages the regional management of this bank, he manages hundreds of employees and his annual bonus exceeds the amount he could have stolen.


Wealth is first of all a state of mind.


*So … are u rich or poor?*

✔️🎯