Ahad, 21 November 2021

Cobit

 ""Saya mempunyai PhD dalam virologi dan imunologi. Saya seorang saintis makmal klinikal dan telah menguji 1500 sampel "sepatutnya" positif Covid 19 yang dikumpulkan di sini di S. California. Apabila saya dan pasukan makmal saya melakukan ujian melalui postulat dan pemerhatian Koch di bawah SEM (mikroskop elektron pengimbasan), kami mendapati TIADA Covid dalam mana-mana daripada 1500 sampel. Apa yang kami dapati ialah kesemua 1500 sampel kebanyakannya adalah Influenza A dan sebahagiannya adalah influenza B, tetapi tidak ada satu kes Covid, dan kami tidak menggunakan B.S. ujian PCR. Kami kemudian menghantar baki sampel ke Stanford, Cornell, dan beberapa makmal Universiti California dan mereka mendapati keputusan yang sama seperti yang kami lakukan, TIADA COVID. Mereka menjumpai influenza A dan B. Kami semua kemudian bercakap dengan CDC dan meminta sampel COVID yang berdaya maju, yang CDC katakan mereka tidak dapat berikan kerana mereka tidak mempunyai sebarang sampel.

Kami kini telah membuat kesimpulan yang kukuh melalui semua penyelidikan dan kerja makmal kami, bahawa COVID 19 adalah khayalan dan rekaan. Selesema itu dipanggil Covid dan kebanyakan daripada 225,000 yang mati telah mati akibat penyakit bersamaan seperti penyakit jantung, kanser, diabetes, emfisema dan lain-lain dan mereka kemudiannya mendapat selesema yang melemahkan lagi sistem imun mereka dan mereka meninggal dunia. Saya masih belum menemui satu sampel Covid 19 yang berdaya maju untuk digunakan.

Kami di 7 universiti yang melakukan ujian makmal ke atas 1500 sampel ini kini menyaman CDC untuk penipuan Covid 19. CDC masih belum menghantar satu sampel Covid 19 yang berdaya maju, terpencil dan tulen. Jika mereka tidak boleh atau tidak menghantar sampel yang berdaya maju, saya katakan tidak ada Covid 19, ia adalah rekaan. Empat kertas penyelidikan yang menerangkan ekstrak genomik virus Covid 19 tidak pernah berjaya dalam mengasingkan dan membersihkan sampel. Kesemua empat kertas yang ditulis pada Covid 19 hanya menerangkan bit kecil RNA yang panjangnya hanya 37 hingga 40 pasangan asas yang BUKAN VIRUS. Genom virus biasanya 30,000 hingga 40,000 pasangan asas. Dengan seteruk Covid yang sepatutnya ada di mana-mana, kenapa tiada seorang pun di mana-mana makmal di seluruh dunia yang pernah mengasingkan dan membersihkan virus ini secara menyeluruh? Itu kerana mereka tidak pernah benar-benar menjumpai virus itu, yang pernah mereka temui hanyalah kepingan kecil RNA yang tidak pernah dikenal pasti sebagai virus itu.

Jadi apa yang kita hadapi hanyalah satu lagi penyakit selesema seperti setiap tahun, COVID 19 tidak wujud dan adalah rekaan. Saya percaya China dan golongan globalis mendalangi penipuan COVID ini (selesema yang menyamar sebagai virus baru) untuk membawa kezaliman global dan keadaan pengawasan totalitarian polis di seluruh dunia, dan plot ini termasuk penipuan pilihan raya besar-besaran.”


-Rob Oswald


https://www.bitchute.com/video/9a2mmdnr3jB5/?fbclid=IwAR3whf7Pitk8DfUd-XQT7rKYLDKlBXXZvRc6IunPfFkAwYMXE2Z1LtjVImE

Umrah

 *Peraturan terkini Umrah* 


1. Hanya jemaah 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan pergi Umrah. 


2. Jemaah yang telah lengkap vaksin sahaja dibenarkan pergi Umrah. Jenis vaksin yg dibenarkan Arab Saudi ialah Pfizer, Moderna, Johnson & AstraZeneca. 

(Utk Sinovac, jemaah perlu ambil 1 dos “booster” dpd Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca sebagai syarat) 


3. Daftar jenis vaksin diambil dlm https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan bawa salinan pengesahan vaksin utk semakan pihak berkuasa Arab Saudi.  


4. Visa Umrah & visa Pelancongan dibenarkan buat Umrah. 


5. Jemaah kena install app Tawakkalna & Eatmarna dlm phone masing-masing.

(Tawakkalna – Utk pantau kesihatan & pergerakan jemaah (spt my sejahtera),

Eatmarna – Utk pohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah & solat di Masjidlharam) 


6. Muatan bilik maksimum 2 orang sahaja. 


7. Muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% utk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang. 


8. Tempahan bilik & kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej setelah tempahan dibuat.  Bayaran refund tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan apabila tiba di Arab Saudi. 


9. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah kena buat ujian PCR dlm tempoh 72 jam dari waktu berlepas dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi. 


10.Tiada kuarantin di Arab Saudi. 


11.Ibadah Umrah & ziarah Raudah perlu ada permit (diuruskan oleh agensi Umrah bagi visa Umrah sahaja). 


12.Permit ibadah Umrah & ziarah Raudah akan dipohon dari Malaysia sewaktu permohonan visa Umrah. 


13.Tiba di Arab Saudi, agensi/jemaah perlu sahkan slot ibadah Umrah & ziarah Raudah selewat-lewatnya 24 jam sebelum slot ibadah Umrah atau ziarah Raudah.

Selepas slot disahkan, tidak boleh dipinda atau batal. 

*Travel Agensi tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berpeluang menunaikan umrah/ ziarah Raudah setelah slot dipinda atau batal oleh jemaah* 


14.Ibadah Umrah & ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dlm tempoh pakej. 

Permohonan melakukan umrah kali ke-2 akan dapat slot/kelulusan selepas 14 hari dari tarikh melakukan umrah pertama. Tertakluk kepada kekosongan slot. 


15.*Bagi pemegang Visa tourist, urusan permit ibadah Umrah & ziarah Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna,* 


16.Pergerakan Ibadah Umrah & ziarah Raudah secara berkumpulan (25 org setiap kumpulan) & diiring oleh peg Saudi/wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan ibadah Umrah atau ziarah Raudah. 


17.Aktiviti ziarah, jemaah boleh turun dari bas tapi tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa oleh pihak berkuasa Arab Saudi. 


18.Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak perlu permit, hanya perlu scan Tawakkalna. 


19.Solat 5 waktu dalam Masjidilharam perlu permit. Jemaah kena mohon sendiri dalam app Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan. 


20.Sebelum balik Malaysia, jemaah kena buat ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam) sebelum tarikh/waktu penerbangan dengan keputusan negatif.  

(Kos PCR ini elah termasuk dalam harga pakej) 


21.Tawaf wada’ masih belum dibenarkan. 


22.Tiba di Malaysia, jemaah akan dikena kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

(Kos kuarantin jemaah adalah dibawah tanggungan  sendiri) 


*Semua peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.* 


*Perlindungan Insurans Covid-19* 

1. Jika jemaah positif Covid-19 di Arab Saudi,  kos kuarantin akan dilindungi insurans SR450 seorg sehari (termasuk makan 3 kali sehari) dan maksimum perlindungan 14 hari.  Jika kos kuarantin melebihi perlindungan insurans, jemaah perlu tanggung kos tersebut. 


2. Kos ujian PCR tidak dilindungi insurans. 


3.Tiket penerbangan hanya dilindungi sebanyak SR500 bagi pertukaran tarikh penerbangan sahaja. 


*Mutawif Indonesia* 

1. Mutawif Indonesia tidak boleh bimbing kumpulan ibadah Umrah / ziarah Raudah. Untuk bimbing ibadah Umrah, mutawif perlu mendapatkan sendiri permit ibadah Umrah sama seperti slot jemaah dari segi tarikh & masa ibadah Umrah dan jika dapat permit adalah tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.

Sabtu, 20 November 2021

Benar

 HATI-HATI DENGAN PRASANGKA, KERANA MATA SERINGKALI MENIPU

.

Kisah Penjahit tua dan Penjual

.

Seorang penjahit tua tinggal di sebuah desa kecil dan selalu menjahit pakaian yang sangat rapi dan indah lalu menjualnya dengan harga yang bagus dan cukup mahal..

.

Suatu hari, seorang lelaki miskin dari desa datang kepadanya dan berkata kepada Penjahit, "Tuan menghasilkan banyak wang dari pekerjaan tuan, tapi mengapa tuan tidak membantu orang miskin di desa..?"

.

Lihatlah penjual daging didesa yang tidak pun banyak wang tapi setiap hari membahagikan daging percuma kepada orang miskin.

.

Penjahit itu tidak menghiraukannya dan hanya tersenyum tenang...

.

Orang miskin itu keluar dari kedai penjahit dan mengabarkan kepada penduduk di desa bahawa tukang jahit tua itu kaya tetapi kedekut, sehingga orang-orang desa membencinya...

.

Lalu setelah beberapa waktu, penjahit tua itu jatuh sakit, dan tidak ada pun penduduk desa yang peduli kepadanya, lalu dia meninggal sendirian...

.

Hari-hari berlalu dan orang-orang desa menyedari bahawa si penjual daging tidak lagi membahagikan daging percuma kepada orang miskin...

.

Ketika mereka bertanya kepasa Penjual daging, lalu dia memberi tahu mereka bahawa si tukang jahit tua itulah yang selama ini memberi saya sejumlah wang setiap bulan untuk sedekah daging percuma kepada orang miskin, setelah dia meninggal, maka berhenti juga sedekahnya.

.

Moral of the story :

.

Orang lain mungkin akan beranggapan atau berfikir buruk tentang Anda, jangan risaukan itu tidak penting.. kerana itu tidak akan menguntungkan Anda, juga tidak akan merugikan Anda. Yang penting adalah apa yang Allah ketahui tentang Anda.

.

Jangan menilai seseorang dari apa yang Anda lihat darinya, kerana dia mungkin memiliki hal-hal baik dalam hidupnya, yg Anda tidak mengetahuinya. Selalulah berprasangka baik kepada orang lain


Aamiin Allahuma Aamiin 🤲

Khamis, 18 November 2021

Ibu dan isteri

 Antara mak dengan isteri, mana lebih penting??

.

Bila ada masalah antara mak dan isteri mesti orang akan cakap, mak ada satu je tapi isteri boleh cari ganti jadi utamakan mak lah.

.

Mak beri kehidupan pada kita, tapi isteri beri kita MAKNA kehidupan..

.

Betul dan tepat mak ada satu, tapi tak bermakna isteri yang kita sunting dari ibu bapanya boleh diganti sesuka hati. Mak wajib kita taat tapi berdosa kalau kita aniaya isteri sendiri.

.

Isteri adalah amanah, mak pula kewajiban kita sebagai anak. Dua-dua penting dan wajib di utamakan. Orang lelaki kena bijak dan ada pendirian bila berlaku perselisihan antara mereka. Kena pandang ‘sama berat’ isu antara mak dan isteri. Jangan berat sebelah pihak.

.

Masalah rumahtangga selesai baik-baik suami isteri, jangan libatkan mak ayah, lagi tak boleh kalau adik beradik atau ipar duai campur tangan. Memang tambah keruh jadinya nanti..

.

Sayangilah kedua-duanya.

Rabu, 17 November 2021

laporan pulisss






 Pada pagi hari Rabu pukul 8.04 pagi 18 /11/2021 pengetua SMK Banting Puan Rosnah binti Sarip telah menelefon saya melalui  WhatsApp call bertanyakan tentang kehadiran pelajar 3 duranta seramai lebih kurang 13 orang. Beliau pada masa tu berada di dalam lab. Boleh rujuk gambar. 

Beliau telah mengugut saya supaya mengambil suntikan vaksin supaya masalah relief kelas tidak lagi timbul untuk kelas saya. Ini telah bercanggah dengan saranan KKM yang menyatakan vaksin adalah harus dan tidak diwajibkan termasuklah juga kepada frontliners. 

Saya merasakan itu adalah satu ugutan dan ancaman secara lisan kepada keselamatan diri saya dan juga tubuh saya. Saya merasakan kehadiran saya di sekolah tidak lagi selamat selepas beliau membuat ugutan tersebut kepada saya.

Saya membuat laporan polis ini kerana beliau telah menafikan hak saya dengan cara melarang saya berjumpa dengan pelajar saya cara bersemuka di dalam kelas semata-mata kerana saya tidak mengambil vaksin dan juga sebab-sebab yang sah di sisi perlembagaan Malaysia.

saya juga difahamkan pelajar yang tidak lengkap vaksin duduk boleh hadir ke sekolah dengan cara diasingkan di bahagian belakang kelas. 

Saya sekarang diasingkan di bengkel Sains Rumah Tangga yang tidak lagi digunakan secara bersendirian . Dilarang keras berjumpa dengan guru-guru dan AKP yg lain. Pergerakan saya dibatasi. Ini telah melanggar hak asasi saya sebagai seorang yg bebas dan pelanggaran yang sangat jelas dan nyata hak saya sebagai individu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Saya ingin menuntut hak saya yang dinafikan ini di sisi perlembagaan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan yang sangat bercanggah dengan perlembagaan Malaysia yang menjamin hak asasi seseorang warganegara iaitu tiada diskriminasi. 

Tambahan Program PICK adalah program sukarela bukan mandatori.

Kenapakah saya didiskriminasi atas sebab tidak mengambil vaksin sedangkan ia program sukarela?

Sekian laporan saya. Mohon pihak tuan untuk menyiasat kes aduan saya ini.