Jumaat, 26 November 2021

Nota Bantahan 3.0

    


BANTAHAN TERHADAP GARIS PANDUAN 3.0

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya…………………………………………., membantah arahan yang telah diterima secara lisan daripada majikan terhadap garis panduan 3.0 kerana arahan yang diberikan oleh majikan tidak melalui surat rasmi dan tidak bertandatangan. Sebagai penjawat awam ia amat penting bagi saya kerana boleh dijadikan bukti sekiranya terdapat pertuduhan bahawa saya telah tidak menjalankan tugas hakiki saya di sekolah iaitu mengajar. Saya juga adalah seorang penjawat awam yang mempunyai hak yang terlindung di sisi Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahagian 2, Kebebasan Asasi yang menyatakan bahawa penjawat awam terlindung mengikut:

Perkara 5 berkaitan “Kebebasan Diri”

Perkara 8 berkaitan “Kesamarataan”

3. Selain itu, selaku penjawat awam kerajaan persekutuan, saya mempunyai hak mengikut Bahagian 10, Perkhidmatan Awam di bawah: 

Perkara 132 berkaitan “Perkhidmatan Awam”

Perkara 135 berkaitan “Sekatan Pembuangan Kerja dan Penurunan Pangkat”

Seksyen 186 berkaitan “Menghalang Tugas Penjawat Awam”

Selain itu juga terdapat Akta-akta lain yang turut menyokong seperti:

Akta 342 berkaitan “Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit”

4. Justeru itu, dengan penuh hormat saya ingin mengemukakan bantahan terhadap Garis Panduan 3.0 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) yang kerana ianya telah bercanggah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

5. Saya membantah terhadap:

5.1- Sekatan Mengajar Bersemuka

Sekatan ini adalah tidak wajar kerana ianya menghalang saya dari menjalankan tugas hakiki saya sebagai seorang guru di mana sekatan ini juga secara tidak langsung telah menafikan hak saya sebagai penjawat awam dan tidak berpelembagaan. Rasionalnya larangan ini telah menyalahi etika kerana menghalang saya dari menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang guru dengan alasan yang tidak jelas, tidak telus dan tidak jujur untuk diterima bahkan tidak dapat membuktikan kewajaran mengapa saya dilarang mengajar bersemuka? Jika alasan “saya tidak divaksin”, ianya sangatlah tidak wajar kerana murid-murid juga adalah golongan yang belum divaksin dan atas dasar serta keperluan apakah tindakan ini dibuat kepada saya? 

Saya juga memberi jaminan bahawa saya adalah seorang guru yang sihat tubuh badan, tidak mempunyai penyakit berjangkit, berakal, waras serta berpendidikan dan untuk itu saya bertegas untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pendidik iaitu “ mengajar secara bersemuka”. 

Saya juga sangat tidak berpuas hati dan membantah dengan tindakan pentadbir yang telah memberikan bebanan tugas dan tanggungjawab saya iaitu dengan memberi relief kelas mata pelajaran yang saya ajar kepada rakan sejawat saya sedangkan saya hadir ke sekolah dan saya seorang yang sihat. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakan sekerja saya dan boleh mengakibatkan ketidakharmonian dalam hubungan kami.


5.2- Bilik Pengasingan

Pengasingan ini bersifat diskriminasi di mana ia merupakan satu penghinaan ke atas pendidik yang memilih untuk menolak vaksin Covid 19 dan juga bertujuan untuk memberikan tekanan terhadap emosi saya dan saya sangat yakin nahawa ia bukanlah di buat atas dasar faktor keselamatan semata-mata kerana hal ini telah jelas bahawa kedua-dua individu samada sudah divaksin atau tidak divaksin sama-sama berpotensi untuk dijangkiti virus covid 19 dan juga boleh menjangkiti individu lain dan dalam erti kata lain “vaksin tidak mampu membendung wabak covid 19”. Kenyataan ini juga telah dibuat dan diperakui oleh Yang Amat Berhormat  Perdana Menteri  dalam sidang Parlimen menjelaskan bahawa; “individu divaksin juga boleh dijangkiti dan menjangkiti orang lain”. Jelas di sini menunjukkan bahawa tidak ada beza antara individu divaksin dan tidak divaksin dalam isu “wabak covid 19”. Persoalannya adakah tindakan mengasingkan ini merupakan “ Medical Apartheid”? Seandainya jawapannya adalah ya, ianya sangatlah memalukan institusi pendidikan  dan sesungguhnya tindakan dan layanan yang tidak sama rata dikalangan pekerja oleh majikan adalah pengaruh yang tidak wajar dan boleh mewujudkan perpecahan dikalangan pendidik serta hubungan yang tidak harmoni malah menjadi taulan yang tidak baik kepada murid-murid di sekolah.

5.3- Sekatan Menggunakan Tandas

Ini merupakan peraturan yang paling naif yang cuba untuk dikuatkuasakan di sekolah-sekolah ke atas guru yang memilih untuk menolak untuk divaksin. Larangan ini sepatutnya tidak wajar digunapakai kerana virus covid 19 tidak berjangkit melalui perkongsian tandas. Pengetahuan terhadap fakta yang betul dan tepat sangatlah mustahak dan perlu dicari gali untuk menjalani kehidupan yang lebih harmoni agar tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak relevan dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan. Selama ini pun kita tidak mengasingkan individu yang dijangkiti HIV atau AIDS kerana kita telah diberi kesedaran bahawa AIDS berjangkit melalui berkongsi jarum suntikan dan seks rambang. Perkaitan dan persoalannya di sini ialah, adakah hanya kerana saya memilih untuk tidak divaksin menjadi punca larangan perkongsian tandas? Jika jawapannya adalah ya, saya berani mengatakan bahawa fakta tidak selari dan selaras dengan tindakan kerana tidak ada bukti untuk menuduh golongan tidak divaksin adalah golongan yang bahaya dan patut dijauhi dan di asingkan. 

5.4- Arahan RTK-antigen dan Kit Ujian Kendiri(saliva)

Saya tidaklah membantah jika arahan ini digunapakai untuk tujuan keselamatan umum warga sekolah khususnya demi keselamatan anak didik yang saya kasihi, namun persoalannya ialah adakah  saya sahaja yang berpotensi untuk dijangkiti  dan menjangkiti virus covid 19? Jika jawapannya ialah tidak, ia merupakan satu tindakan yang dibuat ke atas saya semata-mata bertujuan untuk memberi tekanan dari sudut emosi dan kewangan kerana saya yakin dan percaya jika arahan ini dibuat atas dasar keselamatan sepatutnya semua warga sekolah di arahkan untuk menjalankan ujian kendiri dan secara berkala sebelum mengajar bersemuka demi memastikan keselamatan terjamin dan juga sebagai langkah yang paling rasional dan tepat untuk mengelakkan berlakunya kes jangkitan virus covid 19 dikalangan warga sekolah. Hal ini kerana telah jelas bahawa kesemua berpotensi untuk jangkit menjangkiti. Tambahan pula arahan ini dikenakan ke atas saya sahaja secara berkala iaitu 2 kali seminggu dan melalui pembacaan saya hanya jika kita bergejala sahaja kita perlu menjalani ujian tersebut. Atas alasan apakah dan tujuan apakah saya dipaksa berbuat demikian? Saya bertegas untuk menolak melakukan ujian ini jika saya dalam keadaan sihat dan saya berjanji akan menjalankan ujian kendiri jika saya merasa tidak sihat dan kurang selesa.

5.5- Arahan Memakai Pelitup Muka Berganda dan juga Face Shield

Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah, atas tujuan apakah saya diminta untuk memakai pelitup muka berganda dan juga face shield? Adakah pemaikaian pelitup berganda ini bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan? Adakah juga ia bertujuan untuk memastikan bahawa tidak akan berlaku penularan jika memakai pelitup muka berganda-ganda? Jika jawapannya ialah ya, maka arahan ini mestilah dikuatkuasakan ke atas semua warga sekolah dan bukanlah hanya ke atas saya seorang sahaja kerana semunya berisiko untuk menularkan virus covid 19.

Jika alasan kerana saya tidak mengambil vaksin adalah antara sebab saya di arah memakai pelitup muka berganda-ganda adalah tidak adil dan tidak rasional bahkan tuduhan bahawa golongan tidak divaksin boleh mengancam golongan yang divaksinasi adalah meleset dan tidak berfakta.

Sila rujuk jurnal perubatan yang bertarikh 20 November 2021, The Lancet telah menerbitkan amaran kepada kerajaan peringkat seluruh dunia supaya berhenti membuat dakwaan palsu “golongan tidak divaksinasi mengancam golongan yang divaksinasi dan berisiko dijangkiti COVID 19.”

(http://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIISO140-6736(21)02243-1/fulltext). 

YB Senator Dr Radzi Jidin juga dalam ucapannya pada 05 Oktober dalam sesi penggulungan RMK-12 dalam dewan yang mulia di Parlimen ada menyebut  berkaitan isu vaksin dikalangan kakitangan awam yang menolak untuk divaksin telah menegaskan bahawa “Pihak Kementerian tidak tolerate, pihak Kementerian bertegas bahawa tidak sepatutnya berlaku sebarang diskriminasi di mana-mana Kementerian Pendidikan Di Malaysia”. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya dan ini sangat menunjukkan bahawa pihak kementerian juga telah melakukan satu tindakan yang tidak selaras dengan ucapan.

Sekali lagi saya menegaskan di sini bahawa saya amat jelas dan faham dengan pilihan saya untuk menolak suntikan vaksin Covid 19 “Experimental Vaccine Covid 19” yang masih dalam fasa ujikaji yang berakhir antara tahun (2022-2023). Oleh yang demikian, saya tidak mahu mengambil sebarang risiko yang boleh memudharatkan tubuh badan saya yang Allah kurniakan memandangkan vaksin Covid 19 adalah masih dalam fasa kajian dan bermacam-macam kemungkinan boleh terjadi kerana bila wujudnya “consent letter”  ini bermakna segala kesan sampingan samada ringan atau berat dan samada kesan jangka masa singkat atau panjang semuanya adalah atas tanggungan saya sendiri dan tidak ada satu pihak pun yang akan dipertanggungjawabkan natijah daripada persetujuan saya. Atas kesedaran inilah saya nekad untuk membuat pilihan yang tepat demi kelangsungan hidup tanpa memilih sesuatu yang meragukan saya. Saya juga yakin adalah tidak salah jika saya memilih untuk tidak divaksin kerana Dasar Vaksinasi Covid 19 Negara juga adalah masih sama iaitu secara “PERCUMA” DAN“SUKARELA”.

Rujuk ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan

https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/vaksin-covid-19-tiada-paksaan-tidak-langgar-akta-342-jika-tidak-ambil-takiyuddin-286533%3famp=1

Saya amat yakin dan percaya bahawa puan sangat-sangat terbuka dan faham dalam isu hak dan pilihan dan saya sangat berharap layanan yang sama rata diberikan terhadap saya walaupun saya telah memilih untuk menolak suntikan vaksin Covid 19 demi menjamin keharmonian semasa berada ditempat kerja. Amalan “MEDICAL APARTHIED” iaitu “menyisihkan” saya hanya kerana saya tidak divaksin tidak seharusnya berlaku kerana saya juga sama seperti guru lain, seorang yang sihat tubuh badan, waras akal dan fikiran serta berpendidikan.


SEKIAN. 


YANG BENAR,

……………………………………..

( )

Khamis, 25 November 2021

Link rujukan

 Simpan link ni utk rujukan masa dpn jika ia diperlukan/digunakan sbagai lampiran fakta.


Dasar Kerajaan ttg PICK (muka surat 15):

https://www.vaksincovid.gov.my/pdf/Program_Imunisasi_COVID-19_Kebangsaan.pdf


PP Bil. 4 2021:

https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2021/pp042021.pdf


Surat Edaran yang berkaitan dgn PP Bil. 4 2021:

https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2021/se28102021.pdf


nota: jika link di atas tak dpt di akses, ini bermakna fail PDF tersebut telah dihapuskan.

Repot


 

Tatatertib


 

Rabu, 24 November 2021

Air

 AIR: Dari mana asal usul mu!

Cnp dari fb pensyarah teman

ayah ku




Yang manakah memberikan kesan paling besar terhadap anda jika berlaku kehilangannya – facebook, TV, makanan, air dan udara? Pastinya bukan facebook kan..ha ha!


Selain dari makanan dan udara, keutamaan kita pastinya AIR kan..


Bagi manusia, jika dari segi berat, 60% adalah air. Tetapi nilainya berubah mengikut jantina, umur dan di mana kita tinggal.


Misalnya, kandungan air bagi lelaki dewasa adalah 60%, tetapi bagi wanita kurang sikek ie 55% shj..sorry kat kaum wanita! Kandungan lemak wanita lebih sikek – lebih 5% dari lelaki!


Umur juga mainkan peranan dalam peratusan air juga..misalnya baby baru lahir, kandungan airnya 78%..selepas umur setahun turun ke 65%..tu yg tembem pipinya tuh..he he! Geram tengokkan!


Organ dalam badan kita pun banyak komponen airnya: Otak dan jantung terdiri dari 73% air; Paru-paru 83%; Kulit 64%; Otot dan buah pinggang 79%...malahan tulang pun ada 31% air. Fuuh..


Soalan: Kenapa air sangat penting utk badan kita?


Kepentingannya adalah disebabkan kelebihan air yg boleh melarutkan banyak bahan spt nutrient, mineral dan pelbagai bahan kimia utk proses biologi dlm badan. Karbohidrat dan protein yg digunakan oleh badan dimetabolise dan diangkut oleh air dalam aliran darah.


Selain dari mengangkut makanan tadi, air juga sgt penting utk mengangkut segala bahan buangan (waste material) keluar dari badan kita. MasyaaAllah.


Sebab itulah dalam perubatan tradisional Melayu yg banyak dipengaruhi oleh perubatan Yunani/Greek, air adalah satu elemen penting selain dari tanah, api dan angin. Untuk makluman, Yunani atau Unani adalah berasal dari perkataan Greek “Ionia” iaitu nama satu tempat di bahagian pantai barat Anatolia, Turki sekarang. Lihat peta!


Seperti yg kita sedia maklum, perubatan tradisi Melayu/Cina/India/Yunani dan lain-lain ini mengambilkira interaksi antara manusia dan alam sekeliling seperti fauna & flora serta batu/mineral.


Maka sebab itulah perubatan Melayu menggunakan 4 elemen dan 4 humor iaitu Tanah/Suddawi, Air/Balpawi, Api/Suprawi dan Angin/Dammawi. Lihat Rajah. Siapa yg berminat boleh baca tulisan Dr Jamia Azdina Jamal bertajuk “Malay Traditional Medicine: An overview of scientific and technological progress” – tahun 2006.


Soalan: Bagaimana pula kandungan air di Bumi bertuah kita?


Air meliputi 71% dari permukaan Bumi dan 96.5% dari jumlah air adalah merupakan air laut. Jumlah air di Bumi adalah 1.386 billion km padu (=1.386E21 Liter = 1.386E21 kg). {Ini kerana 1 km padu = 1 trillion liters}. 


Dari sejumlah tersebut, sebanyak 12,900 km padu (=1.29E16 L = 1.29E16 kg) merupakan wap air yg berada di atmosfera kita.


Dan yg menariknya, bagi air tawar, jumlah air tawar yg berada di dalam tanah (ground water) adalah lebih tinggi dari yg berada di permukaan (tasik, sungai, sawah, paya etc). Jumlah air di dalam tanah adalah 8,400,000 km padu (= 8.40E18 L = 8.40E18 kg). 


Sila lihat Jadual pecahan peratusan air di Bumi utk perincian. Sangat menarik!


Soalan: Dari manakah datangnya sumber air yg ada di Bumi ini?


Terdapat 4 kemungkinan bagaimana Bumi mendapat air utk hidupan serta stock di laut, sungai, tasik, lapisan ais, air bawah tanah, atmosfera dan lain-lain.


Kemungkinannya dari:

1) Komet

2) Asteroid

3) Wujud semasa pembentukan Bumi

4) Kesemua di atas! Ha ha..


Soalan: Bagaimana kita nak tahu air tu datang dari mana?


Boleh tak kita tanya air tu “Mu datang dari mana?”..he he.


Bagaimana kita nak tahu dia datang dari mana? Yez…air ni ada marker sebenarnya! Marker yg kita gunakan adalah kandungan deuterium/D/hydrogen-2/H-2.


Hidrogen biasa, kita panggil protium/Hidrogen/H/Hidrogen-1/H-1. 


Hidrogen biasa (H) hanya mempunyai satu proton. Tetapi deuterium (D) ada satu proton dan satu neutron. Sebab tu D dipanggil sebagai “atom berat” atau “heavy atom”.


Jadi molekul “air biasa” (ordinary water) kita tulis sbg H-O-H atau H2O. Ia mengandungi dua atom hydrogen dan satu atom oksigen.


Manakala air yg ada satu atom berat hidrogen kita tulis sbg H-O-D/HDO atau kita panggil “air separuh berat” (semiheavy water). Ia mengandungi satu atom hidrogen, satu atom deuterium dan satu atom oksigen.


Jika kedua-dua atom hidrogen digantikan dgn deuterium, maka kita akan tulis sbg D-O-D/D2O atau kita panggil “air berat” (heavy water). Ia mengandungi dua atom deuterium dan satu atom oksigen.


Bagi air biasa di Bumi kita ini, kandungan atom deuterium adalah sebanyak 156 bagi setiap satu juta atom hidrogen biasa atau 156 ppm relative kpd atom H atau 0.0156% atau ratio D/H = 156E-6. Atau secara mudahnya satu atom deuterium bagi setiap 6420 atom hidrogen biasa.


Secara puratanya badan kita mengandungi hanya sekitar 5 g deuterium dan ianya masih tidak merbahaya. Sebabnya air berat ini bukan radioaktif. 


Tetapi jika lebih dari 50% air dalam badan digantikan dgn air berat ini, maka sel tidak lagi boleh berfungsi dan boleh membawa maut! Fuuhh…ini kes berat!


Soalan: Boleh ayahku ceritakan dgn ringkas kandungan deuterium yg diperolehi dari komet yg pernah datang melawat dekat dgn Bumi kita?


Yez my dear!


Dapatan kajian literature terhadap beberapa jenis komet:


1. Komet C/1995 O1 Hale-Bopp; Ratio D/H = 330E-6; Orbital Period (OP) = 2520 – 2533 tahun; Ratio dgn Deuterium di Bumi = 2.1 kali ganda (= 330/156).


2. Komet 1P/Halley; Ratio D/H = (60 – 480)E-6/purata = 270E-6; OP = 75 - 76 tahun; Ratio dgn D di Bumi = 1.7 kali ganda (= 270/156).


3. Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko; Ratio D/H = 530E-6; OP = 6.44 tahun; Ratio dgn D di Bumi = 3.4 kali ganda (= 530/156) .


4. Komet 103P/Hartley 2; Ratio D/H = 161E-6; OP = 6.46 tahun; Ratio dgn D di Bumi = 1.0 kali ganda (=161/156) .


Secara ringkasnya, kita boleh membuat kesimpulan bahawa komet bukanlah pembekal utama air kepada Bumi…yupp..menarik kan! Sebabnya air yg ada di komet kebanyakannya tidak berpadanan dgn kandungan deuterium dengan air di Bumi..hampir semuanya 2 hingga 3 kali ganda lebih tinggi dari air di Bumi kecuali  beberapa komet seperti Komet 103P/Hartley 2 yg hampir sama dgn ratio D/H air di Bumi.


Berdasarkan nilai ratio D/H ini, kita juga boleh mengetahui bahawa Komet Hartley 2 adalah berasal dari kawasan sekitar planet Jupiter sahaja atau jauh sedikit ke Kawasan yg kita panggil Kuiper Belt (Lingkaran Kuiper). 


Manakala komet-komet lain seperti Hale-Bopp, Halley dan Churyumov-Gerasimenko yg mempunyai nilai D/H yg tinggi pula pada asalnya mungkin terbentuk dari kawasan yg jauh dari Matahari seperti dari Awan Oort (Oort Cloud) dan kemudiannya ada sebahagiannya terpelanting masuk ke bahagian dalam sistem Solar (atau ke Kuiper Belt) (seperti komet Halley dan komet Churyumov-Gerasimenko). Lihat Rajah!


Jika ingin dapatkan maklumat terperinci berkenaan dgn komet ini boleh lihat penulisan ayahku beberapa hari lepas iaitu pada Aug 15, 2021 bertajuk “Komet dan Kelangsungan Hidup Manusia”.


Kesimpulannya, air di Bumi ini adalah unik – kehebatan Sang Pencipta. MasyaaAllah. 


Bagi ayahku air di Bumi ini wujud sejak azali lagi bersama pembentukan Bumi 4.6 billion tahun dahulu. Komet dan asteroid kemudiannya mungkin menambah sedikit lagi air ke Bumi bertuah kita ini mungkin semasa “Late Heavy Bombardment” sekitar 4.0 hingga 3.8 billion tahun dahulu. Wallahu a’lam.


Kewujudan deuterium dalam air, bukan shj boleh membantu kita mengetahui yg air di Bumi bukan berasal dari komet sepenuhnya tetapi juga dapat mengetahui asal usul komet itu sendiri – samada memang ianya berasal dari sekitar Jupiter/Kuiper Belt atau memang berasal jauh dari Kawasan Oort Cloud. Wallahu a’lam.


Keberkesanan air dalam bidang perubatan tradisional Melayu/Yunani mungkin juga ada kaitannya dengan kandungan atom istimewa deuterium ini. Wallahu a’lam.


Sekian dulu buat kali ini. Hargailah air. Ia adalah suatu amanah untuk kita jaga. 

Harap penulisan ini ada manfaatnya!


Terima kasih.


Nota:

Sumber foto dari Google.


#ayahkumenulis