Sabtu, 11 Disember 2021

Hutang

 


AMERIKA BERHUTANG 57,000 TAN EMAS DARI INDONESIA


The Green Hilton Memorial Agreement adalah suatu perjanjian yang sangat menggemparkan dunia. Perjanjian ini kemudiannya dikatakan telah menyebabkan terbunuhnya presiden Amerika Syarikat John Fitzgerald Kennedy (JFK) pada 22 November 1963.


Oleh kerana perjanjian ini juga, dikatakan pula kemudiannya telah memicu jatuhnya presiden Indonesia Bung Karno dari kerusi presiden setelah jaringan tambahan CIA menyusup masuk ke Indonesia.Dengan menggunakan cita-cita tinggi Soeharto, ini merupakan perjanjian yang hingga saat ini tetap menjadi misteri terbesar dalam sejarah dunia. Dek kerana perjanjian ini, hampir setiap presiden yang menjawat jawatan sebagai presiden Indonesia dibuat menjadi terlalu sibuk supaya tidak sempat mengkaji dan menuntutnya.


Perjanjian ini merupakan salah satu harta amanah rakyat dan bangsa Indonesia, bahkan perjanjian ini dilihat oleh masyarakat sebagai harta abadi umat manusia. Bayangkan saja jika 57,000 tan emas dirupiahkan? Seusai masa perang dunia berakhir, Negara-negara timur dan barat yang terlibat dalam perang memulai kembali membangun infrastrukturnya. Akan tetapi negara-negara barat kartel yahudi yang tidak mempunyai cukup dana untuk membangun lagi infrastruktur negaranya, ia melirik ke negara-negara timur Asia yang masih menyimpan banyak emas fizikal.


Emas tersebut nantinya akan mereka jadikan cagaran untuk mencetak wang yang lebih banyak dan dipergunakan untuk mengembangkan industri serta menguasai teknologi. Untuk ini, talibarut Mason yang bekerja di Federal Reserve (Bank Sentral di Amerika) bersama BIS (Bank of International Settlements) pun datanglah mengunjungi Indonesia. Melalui pertemuan mereka dengan Soekarno, mereka mengatakan bahawa atas nama kemanusiaan dan pencegahan akan terjadinya perang lagi, setiap negara harus mencapai kesepakatan bahawa emas yang dimiliki oleh negara-negara bahagian timur akan diserahkan kepada Federal Reserve untuk dikelola demi program kemanusiaan.


Sebagai gantinya, negara-negara tersebut akan menerima obligasi dan sijil emas sebagai tanda kepemilikan. Beberapa negara Asia yang terlibat dalam kesepakatan ini di antaranya adalah Cina, Filipina, Malaysia dan Indonesia. Beberapa tahun kemudian Soekarno mulai menyedari bahawa kesepakatan antara negara-negara timur dengan barat (kartel Yahudi dan lembaga kewangan dunia) tidak dijalankan sebagaimana mestinya.Anggapan Soekarno bahawa yang terjadi saat itu adalah sebuah persekongkolan Yahudi yang merupakan sebahagian daripada Freemason..


Oleh kerana yang terjadi ialah tidak ada pun program-program kemanusiaan yang dijalankan mengunakan cagaran tersebut, Soekarno telah memprotes keras dan menyedari bahawa Indonesia telah ditipu bulat-bulat. Akhirnya pada tahun 1963, Soekarno membatalkan perjanjian tersebut dan mengalihkan hak kelola emas kepada Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedi (JFK). Hal tersebut diterima baik oleh JFK mengingatkan hakikat bahawa Amerika Syarikat saat itu sedang terjerat hutang besar-besaran setelah terlibat dalam perang dunia.


Oleh kerana kekuasaan dan tanggungjawab Federal Reserve bukan pada pemerintah Amerika Syarikat yakni ianya dikuasai oleh pemilikan swasta yang juga milik orang Yahudi. Apabila pemerintah Amerika Syarikat ingin mencetak wang maka pemerintah harus meminjam terlebih dahulu dan dikenakan bunga yang dijadikan sebagai kolateral.

Pemerintah Amerika Suarikat kemudian melobi Soekarno agar emas yang tadinya dijadikan kolateral oleh kartel Yahudi dialihkan kepada pemerintah Amerika Syarikat.


JFK meyakinkan Soekarno bahawa ia bersedia membayar bunga 2.5% setahun dari nilai emas yang digunakan dan mulai berlaku dua tahun setelah perjanjian ditandatangani.Setelah dilakukan MoU sebagai tanda persetujuan , maka dibentuklah Green Hilton Memorial Agreement di Geneva (Swiss) yang ditandatangani oleh Soekarno dan John F. Kennedy yang berisikan peminjaman Amerika Syarikat daripada Indonesia emas batangan lebih dari 57,000 ton emas dalam kemasan 17 paket emas.


Tidak lama berselang setelah penandatanganan Green Hilton Memorial Agreement tersebut, presiden Kennedy telah ditembak mati oleh Lee Harvey Oswald. Setelah kematiannya para kartel bank Yahudi memindahkan cagaran emas tersebut ke International Collateral Combined Accounts for Global Debt Facility di bawah pengawasan OITC (The Office of International Treasury Control), kemudian perjanjian ini menjadi polemik hingga saat ditumbangkannya Soekarno oleh gerakan order baru yang didalangi oleh CIA dan diangkatnya Soeharto sebagai Presiden baru Republik Indonesia.


Satu-satunya aset yang ditingggalkan Soekarno sebelum ia meninggal yang berkaitan dengan Green Hilton Agreement tersebut adalah sebuah buku yang menyembunyikan ratusan akaun dan sub-akaun yang digunakan untuk menyimpan emas yang dipegang Federal Reserve. Sampai saat ini tidak ada satu rupiah pun dari bunga yang dibayarkan pada rakyat Indonesia sesuai dengan kesepakatan JFK dan Soekarno melalui perjanjian tersebut.


Hal sama juga terjadi pada bangsa China, Filipina dan Malaysia, dan kerana itulah pada awal tahun 2000-an China mulai menggugat di pengadilan New York, namun masih belum juga menunjukkan hasilnya..

Melayu

 *MENGAPA ORANG MELAYU MISKIN DAN ORANG CINA LEBIH KAYA!*


*ADAKAH ORANG CINA LEBIH RAJIN DARI ORANG MELAYU DAN ADAKAH ORANG MELAYU MISKIN DISEBABKAN SIFAT MALAS ITU SENDIRI.*


Penulis : Puan Zaharah Sulaiman

Judul Buku : Sejarah Tamadun Alam Melayu

Jawatan : Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

Lokasi : INSTAC Kuala Lumpur


Kita terlewat 10 tahun kebelakang daripada kemerdekaan berbanding dengan negara Indonesia disebabkan pemimpin Melayu terpaksa berunding banyak kali dengan British (lebih 100 kali) demi kepentingan bangsa Melayu, malangnya pemimpin kita tetap gagal akhirnya. Kegagalan ini menyebabkan terbentuk apa yang dinamakan *"kontrak sosial"* yang mengandungi rangka perlembagaan hasil campurtangan empat orang asing tanpa hadirnya orang Melayu pun didalamnya.


Umumnya, bangsa Melayu waktu itu sebenarnya tidak ridha dengan kemerdekaan itu kerana kandungan *"kontrak sosial"* itu berat sebelah yang akan merugikan orang Melayu.


Dari awal lagi British berpihak pada bangsa Cina sehingga membawa sejuta orang Cina pada waktu itu, dengan setiap daripada mereka diberi pemilikan tanah hasil *"kontrak sosial"* dengan kaum pribumi Tanah Melayu. Tanah yang mereka perolehi  adalah tanah yang bernilai seumpama emas, dan juga tanah lombong. Malangnya di kala itu, bangsa melayu hanya memiliki tanah-tanah di kampung yang bernilai amat rendah.


British telah membela kaum Cina sehingga mereka menjadi kaya-raya melalui pembiayaan Bank. Modal kaum Cina yang besar itu dibantu oleh Bank OCBC dan Hong Kong Bank.


Bangsa Cina tidak berjaya melalui kerajinan pun, tetapi kerana besarnya modal mereka tersebut, dan mereka terus menguasai kekayaan itu sehingga kini.


Pada hakikatnya, pada awal lagi bangsa Melayu adalah bangsa sangat rajin menoreh getah waktu awal pagi turut bersawah, waktu petang menganyam. Malangnya, modal mereka terlalu sikit dan pekerjaan mereka di kampung itu tidak membawa kekayaan seperti orang Cina.


Orang melayu bijak sebenarnya namun tersekat dari kemajuan kerana tiada bantuan modal.


Sekarang di Malaysia 60 peratus dari keseluruhan tanah adalah kepunyaan orang asing. 


Tanah rizab melayu di Pulau Pinang telah pupus. Manakala, di Kuala Lumpur tinggal hanya 1 peratus. Sebelum ini, penulis pernah menulis surat berkenaan perkara ini kepada Kerajaan namunnya hasilnya mengecewakan.


Tun Abdul Razak sedar tentang perkara ini atas nasihat Tun Sufian tentang kebanjiran bangsa Cina yang sangat ramai ke Malaysia ketika itu. Bagi mengimbanginya, Tunku Abdul Rahman Putra membawa orang-orang rumpun Melayu yang antaranya dari Filipina, Jawa, Sumatera dan seumpamanya berhijrah ke Malaysia.


Hasil penyelidikan penulis bangsa Melayu adalah bangsa kedua tertua selepas bangsa Arab iaitu *Bani Jawi* daripada keturunan Keturah. Anak Nabi Nuh (as) yang bernama Sam pergi ke Timur. Bangsa Melayu ramai dan hasil penyelidikannya adalah 99 peratus DNA bangsa melayu boleh dikesan pada Orang Asli New Zealand, Hawaii, Djibouti, Burma, Cambodia, Siam dan sebagainya.


Orang Utara (Cina) turun ke bawah dan pada tahun 1972 seramai 2 juta orang Melayu di  Cambodia dibunuh dalam satu tragedi penghapusan etnik. Sekarang Melayu Kemboja cuma tinggal 100 ribu orang sahaja. Vietnam itu satu asimilasi dengan bangsa Cina, yang berasal dari bangsa Melayu juga. Kalau lihat pada paras rupa mereka lebih mirip bangsa Cina. Orang Kedah pula ramai yang mati dibunuh Tai (orang Utara), ramai yang berasal daripada Patani dibunuh dengan kejam. Orang Kedah terkemudian ramai yang datang daripada Selangor, Perak dan lain-lain negeri.


Orang Melayu sangat tinggi ketamadunannya. Semasa Portugis mendarat, mereka terkejut melihat Istana Raja Melayu 3 tingkat dan beranda yang luas namun tidak pasti diperbuat daripada apa. Melaka juga mempunyai kubu tembok batu.


Orang Melayu turut terkenal dengan kepandaian dalam bidang maritim. Mereka suka mengembara dengan kapal laut. Kapal laut orang Melayu sangat besar mengalahkan saiz kapal Portugis beberapa kali ganda. 


Dicatatkan China pernah mengimport 200 buah kapal daripada Melaka.


*Sebenarnya Laut Cina*


Selatan itu nama asalnya ialah Pentas Sunda yang menandakan besarnya Kerajaan Melayu yang menguasai lautan ketika itu, malangnya sejarah itu dilenyapkan oleh  penjajah British dengan menukar namanya menjadi Laut Cina Selatan.


Di kala itu Melaka ada istana, Masjid yang elok, sebuah Masjid yang berwarna putih. British menghapuskan tapak-tapak sejarah ini dengan menggunakan jumlah wang yang besar.


*Peninggalan sejarah ini banyak dilenyapkan kerana mahu menjaga keharmonian tapi para penyelidik bersetuju mengungkitnya semula selepas kes Kulasegaran mempertikaikan bangsa Melayu bukan penduduk asal.*


Para penyelidik mahukan orang Melayu kenal sejarah yang disembunyikan dan memperbaiki bangsa Melayu agar kembali bangkit untuk bersatu agar kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin orang Melayu yang dahulu tidak berulang lagi.


*Lenyapnya Pulau Batu Putih* ke tangan mereka amat mengaibkan kerana sudah ada perjanjian terdahulu yang dipersetujui bersama, kini kita kehilangan sebuah pulau yang brnilai dari segi lokasinya.


Keadaan yang membarah dalam *kontrak social* ditambah lagi apabila British hanya memajukan kawasan penempatan Cina sahaja iaitu di kawasan bandar dengan menggunakan dana 100 juta Pound Sterling yang bersamaan dengan 1 Billion sekarang. *Waktu itu bermulalah Sekolah Cina, Sekolah Inggeris, jalanraya, lampu dan sebagainya.*


Melayu masih dikekalkan berada di kampung sedangkan kemajuan dilaksanakan hanya di bandar dengan rancaknya.


Di waktu kemerdekaan Pulau Pinang masih belum sepenuhnya merdeka kerana British memajak tanah selama 4 tahun dan berjanji untuk membayarnya, malangnya mereka mengkhianat lagi pada orang Melayu.


*British mengkhianat pada janji mereka kerana tanah-tanah Pulau Pinang yang bernilai tinggi itu tidak diserahkan kepada Kerajaan Kedah tetapi diserahkan kepada orang-orang Cina.*


Keadaan orang Melayu bertambah buruk apabila orang-orang Cina diberikan tanah itu, mereka mencagarnya di Bank OCBC dan Hong Kong Bank. 


Maka, orang-orang Cina menjadi jutawan dalam sekelip mata tanpa menumpah keringat, melalui duit Bank itu mereka membeli, membeli dan terus membeli, maka *"money makes money".*


Konspirasi British dan orang-orang Cina ini menjadikan bangsa Cina menguasai ekonomi negara kita sepenuhnya.


Akibatnya, orang Melayu terus-menerus dipinggirkan dalam ekonomi negara kita hinggalah ke saat ini.


Penulis : *Puan Zaharah Sulaiman*

Judul Buku : Sejarah Tamadun Alam Melayu

Jawatan : Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

Lokasi : INSTAC Kuala Lumpur.

Isnin, 6 Disember 2021

Kisah sultan

 



ALMARHUM SULTAN IDRIS AL-MUTAWAKKIL ALALLAHI SHAH II


Kredit : Mohd Hasrol Haffiz Aliasak


Kisah pada tahun 1983 kira-kira jam 3.00 pagi. Taubat Almarhum Sultan Perak, Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah II ibni al-Marhum Sultan Alang Iskandar Shah Kaddasullah di Masjidil haram..


"Aku Tak Minum Arak Lagi,Aku Minum Teh Cina"


Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang minum-minum.


Disebabkan adanya orang politik yang memusuhi Sultan tersebut,maka cerita yang tak betul itupun disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.


Cerita sebenarnya, mengenai Sultan ke Mekah dan bertaubat tidak pula disebutkan.


Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.


Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.


Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.


Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar – beliau mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.


“Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.


“Saya tau saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.


“Allahu Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat semuanya,” titah Sultan lagi.


“Saya syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,” tambahnya.

Demikian suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.


Saya dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar terasa sedih dan pilu dalam diri saya.

Ketika saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam, seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu saya dalam bilik di tingkat atas.


“Ada siapa bersama baginda?” saya bertanya.

“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.

Sebaik baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam hati saya.


“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.


Sebagai penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana Perak di Kuala Lumpur.


Sebaik-baik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku yang dah nak mati ni pun tak ingat.”


“…Tuanku belum nak mati, umur Tuanku panjang,” saya berkata sambil menghulurkan dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.


“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.


Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.


“Nah, minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil mengunjuk gelas kosong kepada saya.


Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.


“Tuanku sihat di Makkah?”

“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.

“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?” saya bergurau.


“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.


Saya sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada yang menghafal ayat tersebut.


“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu, di Makkah aku lupa ayat tu,” titah Sultan.


“Tak tuntut ayat tu, Tuanku, patik tuntut ayat lain,” saya berkata serius.


“Aku lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku banyak buat maksiat, doa…,” Titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah Al-Quran kepada saya.


“Allah tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.


“…tapi aku menyesal, aku bertaubat dalam masjid Haram, aku menangis kerana insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.


“Tuanku usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil senyum.


“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi…aku hanya minum air teh China macam you…” titah baginda.


Dalam pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana supaya melarang orang masuk ke biliknya.


Di tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang minum-minum dan menari kata mereka bersyukur keranaSultan telah kembali ke tanahair.


Baginda bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.


Saya menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.

“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”Sultan bertanya.


Mendengar soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata, “…Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta kali ganda dari hangat api yang ada ini.”


“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.


“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.


“You lainlah, you tak minum arak, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku…?” Tanya Sultan.


“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,” kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.


“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.


Sesuai dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu ada sehelai sejadah.


Baginda bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di dalam Masjidil Haram.


Saya tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.


Baginda tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.


Lalu saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan dan alim ulama dan orang Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan yang soleh.


“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.


“Demo tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.


Saya hampir ketawa waktu itu kerana sebai-baik saja saya mendengar titah baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.


Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.


Sayang apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri Perak mengetahuinya.


Waktu saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan bertitah “Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa tulis yang kita cakap tu.”


Beberapa hari kemudian baginda meninggal dunia sebelum meneguk air teh China dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.


Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh China untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.


Oleh sebab anika jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka air teh China dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman keras juga.


Baginda meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut.saya mendapat tahu sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar dengan isteri yang ke dua.


Sultan Perak mengidap sakit jantung disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, maka fitnah terhadap baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana banyak minum minuman keras.


Marilah kita semua menghadiahkan ‘Al-Fatihah’ ke atas roh baginda dan mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan kita mohon kepada Allah agar meletakkan rohnya bersama orang-orang yang soleh.Amin Ya Rabbul Alamin..


Semoga kisah ini sampai ke jiwa-jiwa rakyat jelata 


Kredit : Mohd Hasrol Haffiz Aliasak



Sabtu, 4 Disember 2021

Realiti

 Hai, saya Covid. Saya diciptakan dari makmal untuk menakutkan penduduk bumi dengan kehebatan saya. Pakar kata saya boleh membunuh, doktor kat Mesia pun cakap camtu..terkejut sy bila tau sy ada kuasa macam tu 😅 


Apa khabar rakyat Mesia? Sy mempunyai ramai adik beradik, anda boleh kenal nama adik-beradik sy melalui jadual varian dari who. Meskipun adik sy belum lahir tapi dah ada nama dan tarikh untuk mereka. Hebat tak? Gila la kalau tak hebat 😆 


Ingat tak dulu sy pernah menyerang wuhan? Gila babeng waktu tu menggelabah semua, macam-macam drama dia buat nak kasi sy famous. Ada tu siap buat rakaman mati ramai-ramai lepas tu masukkan dalam berita seluruh dunia, pencinta dunia yg noob mula panik. Masa tu sy belum diarah datang Mesia lagi 🤪 


Bila tiba arahan untuk sy amok dekat mesia, ada seorang misai kontot tu nampak macam hero yang menyelamatkan negara..propa je! Sekali kena sogok ke apa tiba-tiba dia naikkan statistik kes positif. Sy macam eh! serious la sy tak buat apa pun! Memang la sy ni virus tapi mana ada bunuh orang, semua mati kat hspital. Kalau sy nak bunuh kt mana-mana pun boleh kan 😏 


Si misai tu berkuasa la waktu tu, dia suruh buat pkp, pkpb, pkpd, swab test, pusat kuarantin, pusat vksin, sop, sjr, segala macam hanat lah dia buat..sy diam je, know-know eh! kes makin naik beb! Yang hairannya ramai pulak hamba vksin ikut dan percaya cakap dia. Orang gelarkan dia pakar, pakar taik kucing! Tapi sekarang dia dah diam, servis bertukar tangan kepada toldak berjambang 🧔🏾 


Ingat lagi masa tu sy difitnah di masjid seri petaling, kat situ ramai jemaah tabligh. Ramai sangat jemaah berpakaian putih berkumpul memuji kebesaran Allah. Waktu tu sy rasa sy dekat dengan Allah, Allah jugak yg izinkan sy wujud dalam agenda ni tapi tulah manusia taknak berfikir lalu sy terus difitnah sedangkan musuh Allah adalah puak kapir, bukan sy 😌 


Manusia, kau tak pelik ke bila dikatakan sy ini membunuh tapi seolah memilih tempat. Sy tak hadir di tempat-tempat hiburan yang mendatangkan keuntungan contohnya di stadium, di pusat beli-belah, wayang, tempat pelancongan, taman tema air, zoo, dewan parlimen, pusat mengundi, restoran, show tv, karaoke, disco, pub, kedai no ekor dan lain-lain 🤡 


Sy hanya hadir di masjid, surau, mekah, tanah perkuburan Islam, sekolah agama/pondok/tahfiz. Senang cerita sy hanya berada ditempat di mana hanya orang Islam sahaja yang ada. Memang sop ketat la kat tempat orang Islam. Satu lagi, sy hanya menjangkiti orang dewasa dan orang tua, kanak-kanak dan bayi sy tak usik..tapi mereka tengah rangka situasi untuk libatkan kanak-kanak. Sekolah dah buka kan? Kanak-kanak dah vaksin kan? Ha kau siap 👹 


Hari ni adik sy Omicron dah dilahirkan, tak lama lagi dia akan tiba di Mesia.. tunggu boarding pass je. Sy pesan pada semua, kali ni akan lebih teruk. Bukan sy yang huru-hara kan kamu semua ye, tapi pemimpin kamu yang menakutkan kamu menggunakan nama adik-beradik sy. Dulu dia kata Delta paling bahaya, tiba ni Omicron pulak bahaya..suka hati dia je. Sudahnya dia suh vksin lagi 🥴 


Walaupun sy dari makmal tapi sy juga makhluk Allah, semua yg ada hari ni adalah makhlukNya. Logik ke Allah izinkan sy tercipta untuk mengubah syariat dan sunnah dalam agamaNya tapi galakkan hiburan? Sekali lagi, sy bukan musuh kamu dan bukan musuh Allah, musuh kamu ada dikalangan pemimpin dan ulama' kamu. Wahai manusia, tidakkah kamu diberi akal dan fikiran? Kamulah sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah.. 


Tolonglah abaikan sy dan teruskan kehidupan kamu sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita sesama mahkluk akan menghadapi kiamat, tak lama dah.. tapi kamu manusia Islam akan disoal apakah kamu lakukan utk mempertahankan agamamu saat ia dihina? 


Dengan nama Allah dan Nabi Muhammad, fikirlah, bersatulah, dan bangkitlah. Agamamu sedang dipersenda..

Jumaat, 3 Disember 2021

Luahan SSP

 

Luahan Guru Sek Seri Puteri

Apabila wabak Covid diuji ke atas kita, hampir semua orang berasa takut dan cemas. Pergi ke mana sahaja, jiwa dihantui Covid-19.  Apabila vaksin Covid-19 ditemui, hampir semua yang sudah mendapat vaksin berasa selamat, gembira, bahagia. Ramai yang lupa siapa Berkuasa. Namun vaksin bukan pencegah. Ia hanya melemahkan symptom dan kesan. Itu masih berguna kepada manusia.  SOP masih perlu dijaga, tapi sesetengah ibu bapa tak faham.  Salahkan sekolah kerana tak benarkan anak balik bercuti.


Mendengar tangisan rakan-rakan guru yang dimaki oleh ibu bapa, mendengar rintihan hati rakan-rakan guru yang diugut oleh ibu bapa, membaca tohmahan ibu bapa terhadap guru-guru, membuatkan saya sangat risau terhadap masa depan anak-anak mereka.


 Manakan tidak, akhlak ibu bapa terhadap guru melambangkan keberkatan ilmu yang diterima oleh anak-anak mereka. Keberkatan ilmu bukan terletak pada bilangan A yang diperolehi, tetapi lebih jauh daripada itu.  Menjadi ‘orang’kah mereka, bahagiakah mereka dengan ‘kejayaan’ yang diperolehi, berbaktikah mereka kelak kepada kedua ibu bapa mereka… Di situlah antara hasil keberkatan ilmu.


Saya jadi tertanya-tanya di manakah letaknya kewarasan dan keimanan orang-orang ini yang terus menuding jari mencari kambing hitam.  Bila terjadi kes Covid di suatu sekolah, ibu bapa terus menyalahkan guru dengan tuduhan tidak menjaga SOP. Guru-guru adalah antara insan-insan yang paling ketat menjaga SOP kerana mereka sedar mereka menggalas tanggung jawab menjaga anak orang di asrama.  Mereka adalah antara insan-insan yang paling susah hati apabila murid tidak dapat belajar. Mereka adalah antara insan-insan yang selalu mengkesampingkan anak sendiri demi kejayaan anak didik di sekolah.  Hanya kerana guru kena Covid-19 tanpa disedarinya, terus guru itu ditohmah tidak menjaga SOP.  Sedangkan sepanjang pemerhatian saya beliaulah yang paling ketat menjaga SOP, kerap menjalani ujian kendiri Covid, untuk memastikan keadaan selamat.  Walaupun secara zahirnya guru ini orang kedua positif covid di sekolah, belum tentu dia yang memulakannya. Semua tahu bahawa wujudnya ‘pembawa’ virus yang tiada symptom.  Wallahu ‘alam.


Jika benar sekali pun dia punca utama; sebagai orang yang beriman, kami berusaha menjaga SOP, ambil vaksin dan buat ujian kendiri, tetapi tidak sesekali kami lupa yang Maha Mengatur ialah Allah.  Berapa ramai di luar sana yang dapat virus Covid-19 sedangkan mereka sangat berhati-hati.  Ada ibu bapa yang tuduh Virus dibawa oleh guru yang tak jaga SOP.  Ada jaminankah jika anda yang jaga SOP tidak membawa virus? 


 Berhentilah menyebarkan fitnah.

Saya rasa kasihan kepada sebahagian ibu bapa yang angkuh dan senang untuk mencemuh guru-guru.   Ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berasrama jangan menganggap guru-guru seperti orang gaji, perlu duduk dalam sekolah dan jangan ke mana-mana.  In the first place, suara-suara keangkuhan dan cemuhan ibu bapa ini keluar dari rasa DIRI SENDIRI HEBAT, guru dan pihak sekolah hanya … “lebih rendah dari aku”, “sekolah tak patut buat begitu, kalau aku, aku akan buat begini, begini”, “kenapa buat begitu”  “kenapa buat begini”, “..stupidlah kuarantin di asrama, baik kuarantin di rumah..”.  Hampir begitulah agaknya bunyi-bunyi di kalangan sebahagian ibu bapa. 

 

Tahniah kepada para ibu bapa yang kuat iman dan tawakkal kepada Allah.  Apabila saya meninggalkan anak saya di asrama atau menghadiri apa-apa program, doa saya hanyalah “ Astau di ‘ukumullah” dengan doa dan tawakkal kepada Allah.  (aku tinggalkan anakku dalam jagaan Mu Ya-Allah).  

 

“Aku titipkan kamu kepada Allah, Yang tidak akan mensia-siakan titipan (yang dijaga)Nya.”

Lantaran itu jika apa-apa musibah menimpa, takkan saya menghamburkan kata-kata kesat kepada guru, pengetua atau penganjur program.  Jika itu terjadi, sama seperti saya menghamburkan kata-kata kesat kepada Yang Maha Menjaga.

Memang saya ingin mengetuk pintu hati dan minda para pembaca ke arah satu sudut dari apa yang sedang berlaku.  Banyak lagi sudut lain yang tidak disentuh.  Mungkin di lain kali.

Jika dengan coretan ini, ada yang nak melenting.  Silakanlah. Sudah ada suara di kalangan ibu bapa, nak tukar orang itu dan orang ini… Itulah salah satu tanda keangkuhan.  Saya sekadar mengajak kita sebagai orang Islam untuk menilai dan merenung dalam-dalam sejauh mana iman & akhlak (perbuatan dan hati) menjadi pakaian kita.  


 Terima kasih kepada para ibu bapa yang menjaga lidah dan mengawal perasaan.  Terima kasih kepada ibu. bapa menjadi contoh yang baik kepada anak-anak kalian; mengenal Qudrat  dan Iradat Tuhan, memahami usaha makhluk.  Semoga anak-anak anda yang juga anak-anak didik kami “lulus” ujian covid ini sama ada positif mahupun negative.  Semoga kita semua dijauhi oleh Allah dari

perkara yg tidak diingini.