Selasa, 8 Mac 2022

Cabut bateri

 Saya nk bagi sikit pesanan..

Dlm keta letak sesiap spanar size yg sama dgn nut kepala betri..

Letak tempat yg senang nk amik mcm dlm dashboard...

Sekiranya tiba2 kita terperangkap dlm banjir....first yg kita kna buat adalah cabut salah satu kepala betri dgn pantas sebelum air banjir cecah lampu keta supaya suply power betri terputus ke ecu board...

Klau xcabut...keta kita bleh rosak terok..

Ecu rosak kos yg tingi...

Wiring bleh terbakar...kos buat wiring baru..

Bulb lampu2 terbakar..

Alarm set rosak...

Spedo meter bleh rosak..

Radio rosak serta barang2 elektronik yg lain...

Kos cukup tingi nk reper...

Tanda ecu rosak apabila semua alatan elektronik dn  elektrik keta anda berfungsi dlm air banjir..

Lampu..alarm.. wiper dn lain2 akan on dgn sendiri sbb short..


Yg kedua...klau sempat tutup lubang ekszos dgn plastik..ikat dgn getah...


Bila air dh surut...jgn pasang kpla betri dn jgn trus start keta..

Tunda keta ke bengkel tuk tukar minyak injin dn minyak gear box dulu...

Blow air2 yg ada dlm injin dn ecu box...

Jgn on econ..lampu.. wiper.. dn lain2 elektronik part...

Bila pomen dh hidupkan keta anda...

Hantar keta ke tempat cuci keta..

Cuci keseluruhan dalaman keta karpet dn kusyen..

Bila dh siap cuci...keta bleh lah guna...

*Tapiiii ingat* ...jgn on semua peralatan elektronik seboleh2 nya dlm semingu...

Tungu air betoi2 kering...

Lepas semingu guna..

Sila tukar sekali lagi minyak injin dn minyak gearbox skali dgn filter nya...


Ikut nasihat sya ni..

Insyaa Allah...

Kos baiki keta anda xtingi...

Klau xlucut kepala betri semasa banjir...

*Keta anda bleh jadik totaly scrappppp......*


Sya bagi nasihat ni dari pengalaman banjir yg saya kena kt puchong tahun lepas...

Sya sempat buka kpla betri...

Keta sebelah saya xmo buka...dia kata sama ja buka ka dak....

Keta dia totaly scrap walaupon kerta baru..

Keta sya Alhamdulillah ok...

Khamis, 3 Mac 2022

Tengkujuh

 


Gambar menunjukkan kawasan pesisir sungai yang ditenggelami air pada banjir besar Terengganu pada tahun 1965, dipercayai kawasan berkenaan adalah di pesisir Sungai Terengganu berhampiran gugusan perkampungan besar Losong.


Berdasarkan kepada beberapa temuramah oleh generasi tua di Terengganu, mereka menceritakan beberapa kaedah dan teknik dalam meramal kejadian alam, terutamanya banjir yang akan melanda kawasan mereka melalui beberapa keadaan.


Bintang Tujuh Beradik

Temuramah dengan nelayan di sekitar Muara Besar Marang menjelaskan bahawa jasad samawi memainkan peranan dalam menunjukkan bermulanya musim tengkujuh. Bintang Tujuh Beradik, akan keluar di dada langit, terutamanya pada awal malam dengan kedudukan antara 30 hingga 45 darjah. Bintang berkenaan berada dalam keadaan tersusun dan selari, dengan kedudukan menegak dan rapat antara satu sama lain. Ketujuh-tujuh bintang ini didakwa sebagai punca kepada gelaran Tengkujuh yang merujuk kepada bermulanya musim monsun di Pantai Timur.


Guruh Pemberitahuan

Melalui petua ramalan generasi lama di Terengganu, pada permulaan bulan September / Oktober, guruh yang berbunyi kuat pada waktu tengah hari / sejurus sebelum waktu Zohor merupakan petanda masuknya musim hujan. Guruh berkenaan akan berbunyi, biasanya pada tengah hari dalam keadaan cuaca panas terik. Versi masyarakat darat mengatakan bahawa guruh berkenaan berbunyi di perbukitan Tanah Tinggi Terengganu manakala versi masyarakat pantai mengatakan guruh berkenaan berbunyi di Laut Besar (Laut China Selatan)


Guruh Amaran

Guruh amaran biasanya dikesan sejurus sebelum bermulanya sesi curahan hujan lebat. Bunyinya seperti dentuman gendang, dan berlarutan sehingga 30 saat sebelum berhenti. Selepas itu tiada bunyi guruh dikesan dan hujan mulai lebat, menandakan bermulanya sesi curahan hujan.


Hujan Malam Jumaat

Andainya hujan bermula pada malam jumaat dengan keadaan kaki langit yang gelap (pada pandangan masyarakat pantai), ia menandakan bahawa hujan tidak akan berhenti sehingga 'bertemu ketika' iaitu sehingga malam jumaat minggu seterusnya. Cuaca pada minggu berkenaan tidak akan menentu, dengan hujan dan mendung bersilih ganti. Keadaan seperti ini akan menjurus kepada berlakunya banjir.


Haiwan Merayap

Pemerhatian kepada tahap ketinggian aras air banjir biasanya diperhatikan kepada gerak geri haiwan, terutamanya semut. Kadar perubahan sarang dan tahap ketinggian semut berpindah sarang memberi petunjuk kepada manusia mengenai aras ketinggian air banjir.


Kitaran Banjir Teruk

Terdapat pendapat kitaran banjir teruk yang berbeza di tempat yang berbeza, terdapat kitaran 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 50 tahun dan 100 tahun sekali. Tahun berlakunya kitaran tersebut adalah berbeza di tempat yang berbeza di Terengganu khususnya. Antara yang dicatatkan di lokasi tertentu dan mempunyai rekod bertulis dan bergambar dalam simpanan Ganutalgia adalah:


1. Banjir 1926 (Bah Merah) - Keseluruhan Terengganu kecuali Besut

2. Banjir 1965/67 - Kuala Terengganu

3. Banjir 1986 - Keseluruhan Terengganu


Generasi terdahulu mempunyai pelbagai teori dan pemerhatian terhadap alam, yang memungkinkan mereka untuk terus memahami aturan kehidupan yang ditentukan oleh Allah Taala di bumi ini. Sesungguhnya kejadian banjir dan musim hujan yang melanda adalah satu ketetapan yang berlaku di dalam aturan alam, pasti berlaku di seluruh Terengganu, dan masyarakat nusabangsa Terengganu menghadapinya dengan penuh kesabaran dan kekuatan selama wujudnya negeri ini melebihi 700 tahun yang lalu.


"Kalu Takuk Kene Boh, Dok Soh Duduk Di Tranung".


#Ganutalgia

Jumaat, 25 Februari 2022

Doseter

 Imam masjid di Selangor bersuara.


https://www.facebook.com/100006089680434/posts/3038703383009288/

 

HUJJAH MENGHADAP PAGAR MASJID ESOK


Ini pandangan dari kacamata saya sebagai salah seorang pegawai masjid di Selangor.


Untuk Solat Jumaat esok, hadirlah semua ke masjid seperti biasa untuk menunaikan fardu Jumaat.


1. Seandainya dihalang oleh petugas masjid, janganlah marah mereka kerana mereka sekadar petugas yang menjalankan arahan. Sebaliknya, tanyakan baik-baik, "Adakah SEMUA pegawai masjid ini (para imam, bilal, siak, Nazir) dan AJK yg bertugas hari ini telah ada dos penggalak? Tanya baik-baik, kita datang untuk bersolat.


2. Jika memang jelas bukan 100% petugas masjid telah lengkap 3 dos, mohonlah baik2 untuk masuk. Apa beza jemaah dengan petugas sekiranya sama2 tidak boosted?


Saya sendiri pun belum ada dos penggalak. Jadi saya tidak akan halang sesiapa yg ingin bersolat di masjid saya esok. Datang sahaja. Yang penting, status Low Risk atau Casual Contact sahaja.


Jika JAIS ingin juga mengarahkan demikian, maka saya amat berharap:


1. JAIS pastikan dulu 100% AJK masjid dan surau telah dapat dos penggalak. Keluarkan laporan dan statistik mengenainya. Jika tidak dapat semua 450 masjid dan 2500 surau Jumaat pun, buat dulu di masjid surau yg telah capai 100%.


2. Namun sebelum meminta kami (pentadbir masjid) ambil dos penggalak 100%, maka kami pun mohon JAIS pastikan dulu kesemua wargakerja JAIS juga telah dapat dos penggalak. 100%. Bermula dengan Dato Pengarah, Timbalan2 Pengarah, Ketua2 Penolong Pengarah, sehinggalah staf2 operasi. Sama ada di Bangunan JAIS Shah Alam sehinggalah Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) kesemua daerah. Keluarkan laporan mengenainya.


Setelah dapat kepastian bahawa 100% warga JAIS telah ambil dos penggalak, barulah wajar diarahkan 100% warga pentadbir masjid surau ambil dos penggalak 


Setelah 2 2 ini selesai, barulah masa yang sesuai untuk MENCADANGKAN SOP yang menyatakan bahawa jemaah lengkap dos sahaja boleh hadir.


Bukan tiba-tiba keluarkan arahan tersebut dalam keadaan masih ramai yg belum ada dos penggalak.


Sama-samalah kita WALK THE TALK.


Abu Uwaees 

Imam mesjid

Pfizer Clan

Alumni Covid19 2021


___________________


*Tolong gunakan bahasa baik2 sahaja jika ingin memberi respons. Saya sangat menghormati JAIS yang sememangnya bertungkus lumur menguruskan urusan agama kita di Selangor. Hanya bab ini sahaja saya berkhilaf

Ukraine

 Ramai minta aku ulas pasal keadaan di Ukraine.


Aku tak berapa nak ulas sebab:


(1) konflik Ukraine-Russia ini tak akan membawa kepada WW3 seperti tanggapan orang ramai, so bukanlah isu besar sangat


(2) Backgrounder kepada isu ini sangat panjang. Tulis panjang panjang kat medsos ni orang bukan nak baca. Boleh baca dalam siri Dunia Tanpa Tembok. 


Basically punca masalah utama antara Ukraine dan Russia ialah: NATO.


NATO merujuk kepada North Atlantic Treaty Organization, iaitu satu pakatan yang diasaskan oleh US pada tahun 1949.


Tujuan asal penubuhan NATO adalah untuk mengekang Soviet Union atau USSR (Union of Socialist Soviet Republics), satu kesatuan negara-negara komunis yang menggabungkan Russia, Ukraine, Belarus, Georgia, Kazakhstan dan 10 buah negara yang lain.


Untuk counter balik NATO, USSR juga menubuhkan pakatan Warsaw Pact  yang dianggotai negara komunis Eropah Timur seperti Poland, Czechoslovakia, Hungary dan Romania.


Dengan itu wujud satu "buffer zone" antara NATO dan USSR yang menjamin keselamatan USSR. Kalau NATO nak serang USSR, negara-negara ni yang akan kena dulu. USSR ada ruang dan masa untuk defend.


Pada tahun 1991, USSR dibubarkan akibat pelbagai masalah ekonomi dan politik dalaman. Russia, Ukraine, Belarus, Georgia dan lain-lain jadi negara yang merdeka. 


Tapi US tak bubarkan NATO, malah siap masukkan bekas ahli Warsaw Pact dan juga bekas negara USSR seperti Estonia, Latvia dan Lithuania ke dalam NATO. 


Maksudnya apa? Maksudnya NATO ni memang nak target Russia, tak kisah lah Russia ni komunis ke tak komunis. 


Dalam sejarah, Russia pernah diserang oleh Poland-Lithuania (1609), Perancis (1812), Poland (1920) dan Jerman (1941) dari barat. Serangan 1609 dan 1941 cukup traumatik dalam memori orang Russia. So Russia memang mementingkan buffer zone yang diwujudkan pada zaman USSR.


Dengan NATO yang semakin besar ini, "buffer zone" Russia semakin mengecil. So Putin mula nak fight back.


Pada tahun 2008, apabila Georgia mengumumkan deme nak masuk NATO, perang meletus antara Russia dan Georgia.


Tapi perang tak lama (12 hari), tujuan Russia lebih kepada bagi warning, secure kawasan separatis pro-Russia (Abkhazia dan South Ossetia), pastu blah.


Sampai sekarang Georgia tak masuk-masuk NATO lagi. Bukan Georgia takut, kuasa besar NATO yang kecut. Macam Jerman yang bergantung kepada bekalan gas Russia. Nanti kang Putin potong bekalan gas, mampuih Jerman. 


Selepas Georgia, Ukraine pula gatal nak masuk NATO. Pada tahun 2014, geng pro-NATO di Ukraine menggulingkan kerajaan Yanukovych yang pro-Russia.


Berbanding Georgia, Ukraine lagi kritikal kepada Russia sebab Crimea di selatan Ukraine adalah tempat terletaknya pengkalan tentera lautnya. 


Zaman USSR, Russia boleh park tentera dan kapal dia kat situ macam tu saja. Selepas Ukraine merdeka daripada USSR, Russia kena bayar sewa kepada Ukraine untuk akses Crimea.


Kalau Ukraine masuk NATO, bukan saja Russia tak boleh pakai Crimea lagi, malah kapal perang NATO boleh memasuki Laut Hitam dan menyekat laluan Russia. Kapal Russia tak boleh keluar. Mampuih Russia.


So Putin tak boleh duduk dan tengok Ukraine bergolak saja. Selepas Yanukovych digulingkan, Putin terus menakluk ("annex") Crimea. Crimea jadi milik Russia sampai ke hari ini.


Selepas secure Crimea, Russia bagi bantuan kepada separatis pro-Russia di Donbass (Donetsk dan Luhansk) di timur Ukraine untuk kacau dan pressure Ukraine. Gaduh punya gaduh, MH17 jadi mangsa.


Selepas Zelensky jadi presiden pada tahun 2019, ketegangan Russia dan Ukraine reda sikit sebab Zelensky ni bukan dari blok pro-NATO macam Yushchenko, Tymoshenko atau Poroshenko. Tapi dia juga tak pro-Russia macam Yanukovych. So dalam isu NATO dia samar-samar.


Putin tak nak samar-samar, dia nak Ukraine bagi jaminan tak akan masuk NATO, baru Russia boleh berdamai dengan Ukraine. 


So Russia selang beberapa bulan akan hantar tentera ke sempadan Ukraine untuk psiko Zelensky. Cuma kali ini dia punya hype lain macam. 


Terutamanya US dan UK, tak relax langsung. Tak habis-habis cakap Russia nak serang, Russia nak serang. Tapi tuan punya badan (Zelensky) pula kata dia tak tau pun Russia nak serang. Siap suruh Biden relax. 


Pemimpin negara NATO yang lain berbondong-bondong jumpa Putin pujuk Russia jangan serang Ukraine. Macam Macron (presiden Perancis).


Sebenarnya negara-negara NATO ni walaupun duduk dalam satu pakatan tapi, kepala masing-masing tak sama. Perancis terutamanya tak suka kena dictate dengan halatuju US dan UK. US-UK ke kiri, maka Perancis ke kanan. US-UK duk propa pasal perang, maka Perancis propa damai.


Samada Russia betul-betul nak serang Ukraine kali ini, hanya Putin dan penasihatnya tahu. Tapi Putin ni suka psiko orang, mungkin asalnya dia tak nak serang Ukraine pun, tapi dia tengok ramai sangat orang nak dia serang, so dia serang je lah. Orang Russia ni makan beruang.


Tapi serangan terhadap Ukraine tidak menguntungkan Russia sebenarnya. Sebab long-term objective Russia adalah untuk memastikan Ukraine tak masuk NATO. Kalau serang, itu akan menguatkan hujah pro-NATO bahawa Ukraine memerlukan NATO untuk melindungi diri daripada Russia.


Penaklukan seluruh Ukraine juga tidak menepati kepentingan Russia sebab itu akan membuat Russia bersambung secara langsung dengan sempadan NATO. Padahal Russia nak elak NATO. 


So kesimpulannya:


1. Ketegangan kali ini tak akan membawa kepada perang (60% kemungkinan)


2. Dan sekiranya perang (40% kemungkinan), ia hanyalah perang yang singkat dan terhad, lebih kepada secure posisi Russia di timur Ukraine


Dan 99% kepastian bahawa serangan Russia terhadap Ukraine tidak akan mencetuskan WW3. 


Sebab Ukraine belum jadi ahli NATO. Kalau Ukraine bukan ahli NATO, ahli NATO (US, UK, Perancis dan Jerman) tak wajib mempertahankannya. 


Paling-paling pun deme condemn Russia dan suruh Russia menarik keluar tenteranya bla bla, bagi bantuan intel dan logistik saja. 


So kalau kuasa besar tak bertembung secara langsung, maka bukan World War namanya.


WW1 berlaku sebab Russia isytiharkan perang terhadap Austria (yang merupakan sekutu Jerman). WW2 berlaku sebab Jerman serang Poland (sekutu UK dan Perancis). Ukraine bukan sekutu siapa-siapa.


Ada lah negara NATO macam Estonia, Latvia dan Lithuania jadi batu api nak bantu Ukraine. Deme ni bekas negara USSR dan anggap Russia sebagai penjajah. Tapi deme ni kira bilis dalam NATO, tidak mewakili pendirian NATO. 


Jadi, tak perlu risau, WW3 belum (dan tak akan) bermula dalam masa terdekat. Tuan-puan masih perlu kerja, bayar bil, ambik anak kat sekolah dan fikir masak apa untuk dinner.

Rabu, 16 Februari 2022

Gaslighting

 Gaslighting ialah satu bentuk manipulasi yang sering berlaku dalam perhubungan yang kesat. Ia adalah jenis penderaan emosi yang terselindung di mana pembuli atau pendera mengelirukan sasaran, mencipta naratif palsu dan membuat mereka mempersoalkan pertimbangan dan realiti mereka. 

Akhirnya, mangsa gaslighting mula berasa tidak pasti tentang persepsi mereka tentang dunia dan juga tertanya-tanya jika mereka hilang kewarasan. Secara tipikal, 

1. Mereka berbohong secara terang-terangan. 

2. Mereka menafikan mereka pernah berkata sesuatu, walaupun anda mempunyai bukti

3. Mereka menggunakan apa yang dekat dan dijadikan sebagai peluru terhadap anda

4. Mereka melemahkan anda dari semasa ke semasa

5. Mereka melemparkan peneguhan positif untuk mengelirukan anda

6. Mereka tahu kekeliruan melemahkan orang

7. Perbuatan mereka tidak sesuai dengan kata-kata mereka

8. Mereka cuba pengaruhi orang lain menentang anda

9. Mereka memberitahu anda atau orang lain bahawa anda gila

10. Mereka memberitahu anda semua orang adalah pembohong

11. Rasa kekurangan pada diri atau kesalahan diri, yang dia tuduh orang lain sedemikian.