Nak tahu apa sebab orang tak singgah?
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Khamis, 14 April 2022
Teknik niaga
Selasa, 12 April 2022
Surat Untuk PM
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
SURAT DARI PENDIDIK KELUARGA MALAYSIA 🇲🇾
BUAT YANG AMAT BERHORMAT DATUK SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
(PERDANA MENTERI MALAYSIA)
PER: MOHON BATALKAN GP3.0 KPM KERANA BERLAKU DISKRIMINASI MELAMPAU DI SEKOLAH.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera YAB Perdana Menteri.
Izinkan kami berkongsi luahan rasa secara langsung dengan YAB Perdana Menteri, dan mohon YAB luangkan masa membaca isi surat ini dengan hati terbuka dengan semangat keluarga Malaysia 🇲🇾
Kami ingin menarik perhatian berhubung beberapa perkara yang sedang berlaku kepada guru - guru sekarang ini.
Surat ini dikarang dengan sangkaan baik bahawa YAB Perdana Menteri tidak diberitahu bahawa berbagai tekanan telah kami lalui dan sedang hadapi sejak bulan Oktober 2021 hinggalah ke hari ini gara-gara garis panduan (GP3.0) yang dikeluarkan oleh KPM.
Walaupun pernah dibangkitkan dalam Parlimen pada 05 Oktober 2021 tentang diskriminasi melampau terhadap cikgu di sekolah, hingga ke hari ini perkara tersebut masih lagi berlaku.
Lantaran Menteri Pendidikan pun tahu tetapi beliau tetap mendiamkan diri... seolah sengaja menggalakkan pentadbir (guru besar dan pengetua) terus membuli guru-guru untuk menjadi sebahagian daripada program vaksinasi, sedangkan dasar kerajaan yang diumumkan sebelum ini masih bersifat
"Sukarela" sehingga ke saat ini.
Di antara tekanan yang sedang kami hadapi adalah:
1) Dibuli dengan ditempatkan di bilik yang kotor (setor sebelah tandas dan dalam kabin yang panas).
2) Dihalang dari menggunakan laluan dan tandas sedia ada.
3) Pentadbir menengking dan menghina dengan kata - kata yang memalukan, seolah pentadbir tidak berpelajaran.
4) Pentadbir membuat ugutan akan ditukar sekolah dan juga dibuang kerja.
5) Tidak diberikan jadual mengajar dan tidak dibenarkan mengajar bersemuka walaupun cikgu tersebut dalam keadaan sihat sejahtera.
6) Ada juga guru besar menghalang cikgu dari mengetip perakam waktu datang dan balik dari sekolah.
7) Terkini didapati pihak pentadbir telah menyekat imbuhan RM700 yang diumumkan oleh kerajaan.
8) Pentadbir juga menyekat imbuhan RM100 yang diumumkan oleh kerajaan YAB Perdana Menteri Keluarga Malaysia 🇲🇾
*Mereka beralasan ianya adalah atas arahan dari JPA dan juga KPM sendiri. Apakah ini benar?
9) Guru Besar arahkan datang awal dan pulang lewat daripada guru - guru lain.
10) Tidak dibenarkan bergaul dengan warga sekolah.
11) Tidak boleh hadir mesyuarat dan sebarang aktiviti sekolah
12) Disuruh membuat ujian RTK sedangkan ianya bercangggah dengan SOP yang ditetapkan oleh KKM dan MKN
13) Guru besar memberikan markah penilaian prestasi yang rendah @ kurang dari 90% bagi tahun 2021. Penurunan ini adalah sangat keterlaluan berbanding tahun tahun sebelumnya. Ini adalah sangat zalim kerana beliau tidak memberikan justifikasi yang munasabah.
14) Membuat tuduhan bahawa guru-guru yang tidak mengambil vaksinasi memberi ancaman kepada warga sekolah. Tuduhan ini sangat tidak berasas malah bercanggah dengan maklumat dari KKM dan MKN.
15) Tidak membenarkan dan tidak meluluskan CRK kepada guru yang tidak mengambil vaksinasi.
Inilah di antara tekanan diskriminasi yang sedang berlaku di sekolah di seluruh negara.
*Situasi tegang ini telah pun kami laporkan ke PPD, JPN dan juga SISPA KPM. Adalah sangat mendukacitakan kerana mereka langsung tidak mengambil tindakan terhadap pentadbir tersebut. Malah Menteri Kanan Pendidikan juga turut diam membisu tanpa sebarang pembelaan terhadap cikgu yang didiskriminasi ini. Sepatutnya beliau menyemak kembali GP 3.0 yang sangat menghina kami sebagai guru yang bertauliah malah ada yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun. Lebih mendukacitakan, ada dalam kalangan rakan guru yang berpencen tanpa diraikan oleh pihak sekolah gara-gara tidak mengambil suntikan vaksinasi.
Sesuatu yang sangat mendukacitakan adalah dalam isu yang sama, ianya tidak berlaku di premis kerajaan yang lainnya. Kenapa hanya Menteri KPM membiarkan pentadbir membuli sedemikian rupa?
*Realitinya sekarang ini, kami dilayan seperti pembawa penyakit sedangkan orang yang sudah divaksin ataupun tidak, keduanya mempunyai peluang yang sama untuk dijangkiti. Mereka yang telah divaksinasi adalah yang paling ramai dijangkiti, dikuarantin hingga menjejaskan jadual pembelajaran pelajar.
Inilah diantara rentetan salahguna kuasa yang sedang berlaku di sekolah di seluruh negara. Semoga ianya mendapat perhatian khas dari YAB Perdana Menteri.
*Punca kepada berlakunya diskriminasi dan salahguna kuasa ini adalah daripada *GP3.0 @ Garis Panduan yang diedarkan oleh pihak atasan KPM!
Kini setelah 6 bulan (sejak Oktober 2021) keadaan cikgu masih tetap "dikurung" oleh pentadbir hanya dengan alasan GP3.0 masih berkuatkuasa.
Sikap menteri KPM yang berdiam diri dan keegoan guru besar dan pengetua yang menjadikan suasana tegang disekolah memang patut diambil tindakan.
(*Teringat pada 8 Mac 2022 yang lalu, YAB Perdana Menteri umumkan bahawa semua individu boleh bekerja tanpa mengira status vaksinasi*)
*Namun Ketua Pengarah JPA dan Menteri KPM yang di bawah YAB Perdana Menteri seperti lebih berkuasa dan sesuka hati membuat tindakan dan arahan sendiri yang berbeza dengan dasar kerajaan yang memberi peluang kepada penjawat awam untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi tanpa mengira status vaksinasi.
Sehubungan dengan itu kami berharap moga YAB Perdana Menteri dapat membatalkan GP3.0 itu yang terbukti berlakunya diskriminasi melampau di sekolah.
Situasi ini sangat bertentangan dengan laungan YAB Perdana Menteri "Sayangi KELUARGA MALAYSIA" 🇲🇾
***
Selain itu, kami juga ingin menarik perhatian YAB PM tentang situasi menekan yang sedang dilalui oleh guru-guru KAFA di seluruh negeri. Hak mereka juga dinafikan sewenang-wenangnya oleh Majlis Agama Negeri.
Adalah tidak wajar, dalam keadaan negara menuju ke fasa endemik, guru-guru ditekan dan ditindas sebegitu rupa di mana elaun mereka tidak dibayar tetapi masih diarahkan untuk bekerja seperti biasa.
Di manakah lunas undang-undang dilaksanakan dalam kes ini? Semoga ada pembelaan dalam isu guru- guru yang disekat dari mengajar dan bersemuka, kami amat berharap agar isu guru-guru KAFA dapat diselesaikan dengan kadar segera.
Untuk makluman YAB PM, bukan sahaja para guru sahaja yang didiskriminasi, tetapi juga AKP yang memilih untuk tidak divaksin atas faktor kesihatan, atau pelbagai faktor lain turut menerima nasib yang sama iaitu diasingkan dari bergaul dengan staf yang lain.
Di manakah perginya naluri sebagai manusia, adakah asbab vaksin manusia berubah tingkah dan laku untuk berfikir secara waras. Mengapa perlu diasing dan disekat, walhal YAB PM sendiri pernah menyebut di dalam Parlimen, risiko jangkit dan menjangkiti adalah sama tidak mengira status vaksinasi seseorang.
Tambahan pula, YAB PM sudah mengumumkan negara telah beralih menuju ke fasa endemik, maka sangat tidak wajar untuk melihat status vaksinasi untuk bekerja.
Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, kami amat berharap YAB PM dapat mengarahkan pihak yang terlibat seperti KPM, JPA menarik semua Garis Panduan 3.0 dan SP Bil 4 yang sangat tidak selari dan selaras dengan MySop yang telah diumumkan oleh YAB PM sebelum ini.
Segala keluh kesah kami diharap mendapat perhatian daripada YAB PM sebagai seorang pemimpin Islam yang WAJIB berlaku adil.
Sekian, terima kasih.
*
dari kami pendidik yang didiskriminasi oleh menteri keluarga Malaysia 🇲🇾
*
13 April 2022
Sabtu, 9 April 2022
PT3
Ubah
Peperiksaan awam banyak yang mansuh,
Kurikulum yang ada nampak dah lusuh,
Peranan cikgu macam pengasuh,
Rasa tertekan jiwa pun rusuh.
UPSR dan PMR sudah tak ada,
Tapi tugas cikgu berlipat ganda,
Wajarlah tempoh pendidikan dipinda,
Dipendekkan setahun agak berpada.
Sepuluh tahun tempoh persekolahan,
Tiba masanya buat perubahan,
Umur enam belas sudah berdaya tahan,
Kemenjadian murid tak usah ditahan.
Subjek diajar kurang berkaitan,
Menjana insaniah tiada peningkatan,
Sistem di luar menjadi ikutan,
Hingga terabai nilai tempatan.
Mata pelajaran sering bertambah,
Konon nak cetus minda bercambah,
Tanpa kajian semua nak ubah,
Cikgu mengajar macam nak rebah.
Pendidikan kita tak pernah sunyi,
Setiap waktu ada saja bunyi,
Cikgu pun risau rasa nak sembunyi,
Walau tertekan buat-buat menyanyi.
Ghazali Lateh
9/4/22
Jumaat, 8 April 2022
How to fish
Didik Pelajar "How To Fish"
==================
Kesilapan besar sebahagian daripada ahli masyarakat termasuk pendidik hari ini adalah terlalu ingin menonjolkan ramainya pelajar yang mendapat gred yang hebat daripada setiap peperiksaan tanpa mengira peringkat, walau pun pada hakikatnya kemudiannya pelajar itu gagal mengekalkan kehebatan itu apabila berada di peringkat lebih tinggi atau ketika berada di alam pekerjaan. Keadaan ini cuba dimanfaatkan oleh golongan tertentu untuk memenuhi cita-cita memaparkan angka-angka sasaran untuk menonjolkan kononnya kehebatan pengurusan atau pengajaran mereka masing-masing. Dalam menjustifikasikan pelaksanaan kepincangan ini, kadang-kadang ramai juga yang suka menyalahkan orang lain seperti nyanyian lagu "bangau oh bangau ..." itu, dan terlalu sedikit yang ingin meneliti dan mengkaji punca permasalahan dan berusaha memperbaiki kepincangan itu.
Pada hari ini secara umumnya, "gred" adalah sesuatu yang mengukur kemampuan penguasaan pelajar terhadap kandungan pelajaran yang diajar, tetapi biasanya tidak mampu mengukur penguasaan dan amalan kemahiran belajar dan sikap pelajar mengikut aras umur mereka. Mungkin ramai pelajar yang mendapat gred A dalam peperiksaan, hanya mendapat D dalam amalan kemahiran belajar (yang sememangnya tidak diukur). Jarang sekali pelajar akan mendapat A dalam peperiksaan dan mendapat A juga dalam kemahiran belajar dan sikap. Kemahiran dan pembinaan sikap yang baik hanya boleh dicapai jika proses dan pendekatan pendidikan itu tepat dengan keperluan untuk aras umur / peringkat pelajar yang berkenaan.
Kita perlu mendidik pelajar dengan pendekatan 'how to fish', bukan mendidik dengan 'give /feed them fish'. Jika kita guna pendekatan 'how to fish', InsyaAllah mereka mempunyai kemahiran dan mampu untuk meneruskan hidup dan tidak akan mati kelaparan jika tidak ada yang memberi 'fish'. They still can use their skill to fish and get their own fish.
Dalam konteks 'How to fish', pemberian handout / nota perlu tindakan penelitian semula secara serius. Jika ia membawa kepada 'give them fish', maka perlulah ia diberhentikan. Tetapi jika pemberian handout boleh membantu dalam proses untuk memperkuatkan skill 'how to fish', maka adalah kemunasabahannya untuk diberikan 'handout'.
Pemerhatian menunjukkan ramai pelajar yang mengusung (membawa) nota yang dibekalkan pensyarah / guru yang penuh dengan tandaan 'highlighter' dibawa ke sana dan ke mari, tanpa mereka berusaha membuat nota sendiri. Apakah sebenarnya kemahiran yang pelajar seperti ini miliki? Ia akan lebih tertumpu kepada membaca nota itu dengan menghafal membuta tuli dan tidak mengamalkan proses untuk menulis semula bahan yang dibaca dan merumuskan apa yang dipelajari. Ia akan memusnahkan amalan pembelajaran yang sangat penting untuk masa depan kejayaan berterusan pelajar.
Pelajar perlu buat nota sendiri (yang unggul mengamalkan lima (5) fasa membuat nota, iaitu nota sebelum kelas (menggunakan sinopsis kursus dan buku rujukan yang disenaraikan), nota semasa kelas (boleh memberikan lebih tumpuan kepada perkara yang disampaikan pensyarah, menyalin keyword atau poin penting sahaja secara ringkas), nota selepas kelas (berdasarkan ingatan, kefahaman dan rujukan kepada buku-buku rujukan yang disenaraikan), melengkap dan menambah nota (memperkayakan nota dengan merujuk kepada pelbagai sumber) serta memadatkan / memindahkan nota ke bentuk lain seperti kad-kad kecil, rakaman suara, membuat carta peta minda, membuat nota satu muka-surat dan sebagainya (merumus dan memadatkan nota)), mengatur penggunaan masa dengan pertimbangan yang tepat (membuat senarai keutamaan dalam pembelajaran dan tindakan) melalui pembinaan jadual waktu peribadi, mengamalkan proses pencernaan (memproses bahan yang diterima untuk menjadi ilmu sendiri, membuat nota dengan ayat sendiri, berusaha menerbitkan formula yang boleh diterbitkan untuk mengurangkan hafalan membuta-tuli, berlatih menjawab soalan sama ada untuk aras rendah atau aras tinggi mengikut hiraki pengkelasan taksonomi Bloom, mengkaji persamaan dan perbezaan, mengkaji hubungkait antara konsep2 yang dipelajari, dan lain-lain).
Jika anda bandingkan situasi di mana seseorang yang sampai ke satu tempat tertentu dengan memandu sendiri berbanding dengan memandu dengan bantuan orang lain di sebelahnya atau menggunakan alat GPS. Pada pendapat anda, keadaan manakah akan membolehkan pemandu itu lebih cepat sampai ke tempat yang sama sekali lagi tanpa bantuan seperti yang diterima pada kali pertama itu? Saya yakin pemandu yang memandu dengan situasi pertama akan sampai ke tempat itu lebih awal kerana banyak perkara telah dipelajari semasa perjalanan pertama itu walaupun beliau mungkin mengambil masa yang agak lebih panjang. Itulah perumpamaan untuk orang yang belajar. Seorang yang belajar lebih 'independent' berbanding dengan seorang yang belajar terlalu bergantung kepada guru dan orang lain akan menguasai bahan yang dipelajari dengan lebih baik.
Dalam standard yang digariskan oleh UNESCO untuk Students Learning Time (SLT), masa belajar sendiri oleh pelajar itu juga dikira untuk memastikan mereka menjadi manusia terpelajar yang mampu meneruskan pembelajaran sepanjang hayat yang akhirnya mampu membuat penyelidikan dan inovasi untuk kemajuan negara dan manusia sejagat. Dalam pelaksanaan konsep SLT, contihnya satu jam kuliah rasmi memerlukan dua jam pelajar belajar sendiri. Ini boleh dikaitkan dengan proses membuat nota. Dua jam masa pelajar belajar sendiri itu berkaitan dengan menyediakan nota sebelum kuliah (satu jam) dan menyediakan nota selepas kuliah (1 jam). Untuk satu jam tutoran rasmi, pelajar juga memerlukan dua jam untuk belajar sendiri. Jika digabungkan semua mod pengajaran dan pembelajaran itu, peruntukan masa dalam SLT untuk kuliah, tutoran dan amali itu maka ia mampu memberikan ruang secukupnya untuk pelajar membina kemahiran yang akhirnya mampu belajar sepanjang hayat.
Dalam konsepsualasi proses pembelajaran yang saya bangunkan, saya merumuskan pada tahap umur pelajar 18 tahun, seharusnya pelajar memiliki tahap berdikari lebih kurang 80 peratus, dan tahap pergantungan mereka kepada pensyarah atau guru dan orang lain adalah lebih kurang 20 peratus. Kedua-dua perkara ini akan berbeza dan berubah mengikut umur pelajar. Pelajar yang berumur lebih kurang 12 tahun seharusnya mempunyai tahap daya usaha sendiri dan kebergantungan kepada orang lain sebanyak 50 peratus. Model ini dibina berdasarkan sifat manusia itu sendiri di mana seorang bayi yang baru lahir bergantung sepenuhnya kepada ibubapa, manakala seorang graduan yang baru tamat ijazah pertama pada usia 23 - 24 tahun sepatutnya mempunyai tahap berdikari hampir 100 peratus, dan pergantungan kepada orang lain seharusnya hampir sifar (kerana inilah sifat yang diperlukan majikan daripada staf baru mereka). Berdasarkan model ini, di manakah kedudukan pelajar-pelajar yang dididik pada hari ini? Saya memang amat yakin, sebahagian besarnya telah tersasar jauh sebab itu kualiti lulusan hari ini banyak dipersoalkan oleh pelbagai pihak terutamanya majikan dan pengurusan kanan korporat.
Di sini saya tidak bincangkan secara terperinci berkenaan pengkelasan taksonomi Bloom kerana ia lebih kepada kemahiran kognitif yang berkaitan juga dengan penguasaan kandungan dan proses mental. Kalau kemahiran proses asas pembelajaran seperti dibincangkan di atas tidak dikuasai, kemahiran kognitif tidak akan membawa makna yang besar kepada lulusan yang dihasilkan. Pelajar mungkin mendapat ijazah dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5, tetapi tidak mampu untuk membuat persediaan, menyediakan nota dan minit yang baik ketika bekerja kelak, kerana mungkin graduan itu lulus dengan baik kerana bantuan yang terlalu banyak daripada pensyarah atau sistem pendidikan itu sendiri.
Oleh kerana sifat itulah maka penekanan amalan 'How to fish' itu sangat perlu diutamakan untuk menjadikan pelajar itu mampu berdikari bersesuaian dengan peringkat umur dan keperluan hidup mereka.
Semoga berfaedah.
==========
Nota:
1) Terima kasih kerana sudi membaca coretan berdasarkan cerapan dan pengalaman saya ini.
2) Ditulis pada 18 Januari 2021 atas nama pengarang Ed Dev.
Isnin, 4 April 2022
Cerap bulan
4, 2007, 2008).
Bukan sekadar banyak formula, malah golongan yang berpegang pada Hisab juga terpecah kepada 2 mazhab utama, iaitu mazhab yang berpegang pada Imkanur Rukyah, dan juga mazhab yang berpegang pada Manazil Al-Qamar. Kedua-dua mazhab ini pula sesama mereka mempunyai formula yang berbeza-beza. Jadi bagaimana seseorang itu boleh mengatakan Ilmu Hisab lebih tepat daripada mencerap hilal?
Sekali lagi ditegaskan, ilmu Hisab tidak ada kaitan dengan fasa bulan. Ini telah disebut sendiri oleh Ibnu Taimiyah (ibn Taimiyyah, 1987: 463-0464) bahawa Ilmu Hisab hanya mampu mengira berapa sudut bulan dari matahari tetapi itu tidak menjamin adakah anak bulan akan terbentuk kerana terbentuknya anak bulan bergantung pada penerimaan cahaya matahari oleh bulan yang mampu dilihat oleh penduduk bumi.
Jika pihak berkuasa masih mempertahankan hujah boleh menggunakan Hisab, saya cabar pihak berkuasa menghentikan semua pengumuman puasa dan raya kerana sudah tidak lagi relevan, baik tengok kalendar sahaja. Saya juga cabar pihak berkuasa berhenti membazir duit rakyat untuk mengupah orang pergi tengok anak bulan kerana tarikh raya sudah diketahui dengan Hisab (ilmu astronomi)