Selasa, 12 April 2022

Surat Untuk PM


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SURAT DARI PENDIDIK KELUARGA MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ    


BUAT YANG AMAT BERHORMAT DATUK SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

(PERDANA MENTERI MALAYSIA)             


PER: MOHON BATALKAN GP3.0 KPM KERANA BERLAKU DISKRIMINASI MELAMPAU DI SEKOLAH. 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera YAB Perdana Menteri.

Izinkan kami  berkongsi luahan rasa secara langsung dengan YAB Perdana Menteri, dan mohon YAB luangkan masa membaca isi surat ini dengan hati terbuka dengan semangat keluarga Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 


Kami ingin menarik perhatian berhubung beberapa perkara yang sedang berlaku kepada guru - guru sekarang ini. 


Surat ini dikarang dengan sangkaan  baik bahawa YAB Perdana Menteri tidak diberitahu bahawa berbagai  tekanan telah kami lalui dan sedang hadapi sejak bulan Oktober 2021 hinggalah ke hari ini gara-gara garis panduan (GP3.0) yang dikeluarkan oleh KPM. 


Walaupun pernah dibangkitkan dalam Parlimen pada 05 Oktober 2021 tentang diskriminasi melampau terhadap cikgu di sekolah, hingga ke hari ini perkara tersebut masih lagi berlaku. 


Lantaran Menteri Pendidikan pun tahu tetapi beliau tetap mendiamkan diri... seolah sengaja menggalakkan pentadbir (guru besar dan pengetua) terus membuli guru-guru untuk menjadi sebahagian daripada program vaksinasi, sedangkan dasar kerajaan yang diumumkan sebelum ini masih bersifat 

"Sukarela" sehingga ke saat ini. 


Di antara tekanan yang sedang kami hadapi adalah: 


1) Dibuli dengan ditempatkan di bilik yang kotor (setor sebelah tandas dan dalam kabin yang panas).


2) Dihalang dari menggunakan laluan dan tandas sedia ada.


3) Pentadbir menengking dan menghina dengan kata - kata yang memalukan, seolah pentadbir tidak berpelajaran.


4) Pentadbir membuat ugutan akan ditukar sekolah dan juga dibuang kerja.


5) Tidak diberikan jadual mengajar dan tidak dibenarkan mengajar bersemuka walaupun cikgu tersebut dalam keadaan sihat sejahtera. 


6) Ada juga guru besar menghalang cikgu dari mengetip perakam waktu datang dan balik dari sekolah. 


7) Terkini didapati pihak pentadbir telah menyekat imbuhan RM700 yang diumumkan oleh kerajaan. 


8) Pentadbir juga menyekat imbuhan RM100 yang diumumkan oleh kerajaan YAB Perdana Menteri Keluarga Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 


*Mereka beralasan ianya adalah atas arahan dari JPA dan juga KPM sendiri. Apakah ini benar? 


9) Guru Besar arahkan datang awal dan pulang lewat daripada guru - guru lain. 


10) Tidak dibenarkan bergaul dengan warga sekolah. 


11) Tidak boleh hadir mesyuarat dan sebarang aktiviti sekolah 


12) Disuruh membuat ujian RTK sedangkan ianya bercangggah dengan SOP yang ditetapkan oleh KKM dan MKN 


13) Guru besar memberikan markah penilaian prestasi yang rendah @ kurang dari 90% bagi tahun 2021. Penurunan ini adalah sangat keterlaluan berbanding tahun tahun sebelumnya. Ini adalah sangat zalim kerana beliau tidak memberikan justifikasi yang  munasabah.


14) Membuat tuduhan bahawa guru-guru yang tidak mengambil vaksinasi memberi ancaman kepada warga sekolah. Tuduhan ini sangat tidak berasas malah bercanggah dengan maklumat dari KKM dan MKN. 


15) Tidak membenarkan dan tidak meluluskan CRK kepada guru yang tidak mengambil vaksinasi. 


Inilah di antara tekanan diskriminasi yang sedang berlaku di sekolah di seluruh negara. 


*Situasi tegang ini telah pun kami laporkan ke PPD, JPN dan juga SISPA KPM. Adalah sangat mendukacitakan kerana mereka langsung tidak mengambil tindakan terhadap pentadbir tersebut. Malah Menteri Kanan Pendidikan juga turut diam membisu tanpa sebarang pembelaan terhadap cikgu yang didiskriminasi ini. Sepatutnya beliau menyemak kembali GP 3.0 yang sangat menghina kami sebagai guru yang bertauliah malah ada yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun. Lebih mendukacitakan, ada dalam kalangan rakan guru yang berpencen tanpa diraikan oleh pihak sekolah gara-gara tidak mengambil suntikan vaksinasi.


Sesuatu yang sangat mendukacitakan adalah dalam isu yang sama, ianya tidak berlaku di premis kerajaan yang lainnya. Kenapa hanya Menteri KPM membiarkan pentadbir membuli sedemikian rupa?


*Realitinya sekarang ini, kami dilayan seperti pembawa penyakit sedangkan orang yang sudah divaksin ataupun tidak, keduanya mempunyai peluang yang sama untuk dijangkiti. Mereka yang telah divaksinasi adalah yang paling ramai dijangkiti, dikuarantin hingga menjejaskan jadual pembelajaran pelajar.


Inilah diantara rentetan salahguna kuasa yang sedang berlaku di sekolah di seluruh negara. Semoga ianya mendapat perhatian khas dari YAB Perdana Menteri. 


*Punca kepada berlakunya diskriminasi dan salahguna kuasa ini adalah daripada *GP3.0 @ Garis Panduan yang diedarkan oleh pihak atasan KPM! 


Kini setelah 6 bulan (sejak Oktober 2021) keadaan cikgu masih tetap "dikurung" oleh pentadbir hanya dengan alasan GP3.0 masih berkuatkuasa. 


Sikap menteri KPM yang berdiam diri dan keegoan guru besar dan pengetua yang menjadikan suasana tegang disekolah memang patut  diambil tindakan.


(*Teringat pada 8 Mac 2022 yang lalu, YAB Perdana Menteri umumkan bahawa semua individu boleh bekerja tanpa mengira status vaksinasi*) 


 *Namun Ketua Pengarah JPA  dan Menteri KPM yang di bawah YAB Perdana Menteri seperti lebih berkuasa dan sesuka hati membuat tindakan dan arahan sendiri yang berbeza dengan dasar kerajaan yang memberi peluang kepada penjawat awam untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi tanpa mengira status vaksinasi. 


Sehubungan dengan itu kami berharap moga YAB Perdana Menteri dapat membatalkan GP3.0 itu yang terbukti berlakunya diskriminasi melampau di sekolah. 


Situasi ini sangat bertentangan dengan laungan YAB Perdana Menteri "Sayangi KELUARGA MALAYSIA" ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 


***

Selain itu, kami juga ingin menarik perhatian YAB PM tentang situasi menekan yang sedang dilalui oleh guru-guru KAFA di seluruh negeri. Hak mereka juga dinafikan sewenang-wenangnya oleh Majlis Agama Negeri. 


Adalah tidak wajar, dalam keadaan negara menuju ke fasa endemik, guru-guru ditekan dan ditindas sebegitu rupa di mana elaun mereka tidak dibayar tetapi masih diarahkan untuk bekerja seperti biasa. 


Di manakah lunas undang-undang dilaksanakan dalam kes ini? Semoga ada pembelaan dalam isu guru- guru yang disekat dari mengajar dan bersemuka, kami amat berharap agar isu guru-guru KAFA dapat diselesaikan dengan kadar segera.


Untuk makluman YAB PM, bukan sahaja para guru sahaja yang didiskriminasi, tetapi juga AKP yang memilih untuk tidak divaksin atas faktor kesihatan, atau pelbagai faktor lain turut menerima nasib yang sama iaitu diasingkan dari bergaul dengan staf yang lain. 


Di manakah perginya naluri sebagai manusia, adakah asbab vaksin manusia berubah tingkah dan laku untuk berfikir secara waras. Mengapa perlu diasing dan disekat, walhal YAB PM sendiri pernah menyebut di dalam Parlimen, risiko jangkit dan menjangkiti adalah sama tidak mengira status vaksinasi seseorang. 


Tambahan pula, YAB PM sudah mengumumkan negara telah beralih menuju ke fasa endemik, maka sangat tidak wajar untuk melihat status vaksinasi untuk bekerja. 


 Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, kami amat berharap YAB PM dapat mengarahkan pihak yang terlibat seperti KPM, JPA menarik semua Garis Panduan 3.0 dan SP Bil 4  yang sangat tidak selari dan selaras dengan MySop yang telah diumumkan oleh YAB PM sebelum ini.


Segala keluh kesah kami diharap mendapat perhatian daripada YAB PM sebagai seorang pemimpin Islam yang WAJIB berlaku adil. 


Sekian, terima kasih.


*

dari kami pendidik yang didiskriminasi oleh menteri keluarga Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 

*


13 April 2022

Tiada ulasan:

Catat Ulasan