https://ohviralnews.com/siapa-mak-ayahnya-bagaimana-bainun-jumpa-ini-rupanya-asal-usul-bella/
Siapa Mak Ayahnya? Bagaimana Bainun jumpa? Ini rupanya asal usul Bella
APRIL 17, 2022
BY ADMIN
Sebelum ini, negara dikejutkan dengan berita menyayat hati mengenai seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella dipercayai didera semasa di bawah jagaan seorang pengasas pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Baru-baru ini juga, rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda, Zurianty Sudin memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa Bella ada menceritakan bahawa dia dicili, dijirus dengan air panas serta diikat.
Berita menyayat hati ini membuatkan ramai masyarakat sedih dan juga marah terhadap pelaku yang mendera adik Bella. Namun ada juga yang tertanya-tanya siapa adik Bella sebenarnya? Siapa mak ayahnya? Apa sejarah hidupnya?
Di bawah merupakan perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang sejarah hidup adik Bella.
Ramai orang tahu kisah sadih, tragis dan merobek hati tentang adik Bella. Kisah adik Bella yang luka teruk seluruh tubuh badan kerana disyaki didera.
Adik Bella ini anak Down Syndrome yang berusia 14 tahun. Adik Bella ditemui sekitar 8 tahun lalu mundar mandir seorang diri di Kuala Lumpur.
Tanpa penjaga, tanpa sesiapa. Seorang diri berjalan di setiap lorong tanpa hala tuju. Ada pihak mendakwa, adik Bella merupakan anak yatim piatu. Namun dakwaan tidak dapat disahkan secara rasmi, namun tiada pihak tampil untuk menuntut adik Bella.
Bila kes ini dilaporkan kepada JKM, pihak JKM ambil adik Bella dan tempatkan adik Bella di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah (Rumah under JKM) sampai dia umur 12 tahun.
Adik Bella kemudian di bawa ke Mahkamah Kanak Kanak untuk di sambung perintah penjagaan di sana sebab dia gembira dan bahagia tinggal di sana.
Ada penjaga yang dia panggil Abah dan Mak. Memang Abah dan Mak serta staff di sana sangat mengasihi Adik Bella ini.
Tapi semasa berada di mahkamah, kebetulan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun ada di sana untuk uruskan hal mahkamah anak-anak lain.
Bila lihat adik Bella, Siti Bainun minta hakim bagi peluang kepada dia untuk jaga Bella. Siti Bainun mendakwa, dia suka kanak-kanak Down Syndrome ini.
Sejak hari itu, adik Bella dibawa untuk menetap di Rumah Bonda sejak Julai 2020 sehingga hujung Oktober 2020 kerana Siti Bainun pun tinggal situ.
Penghuni Rumah Bonda sempat kenal dan bermesra dengan adik Bella yang menetap di sana lebih kurang 4 bulan.
Selepas itu adik Bella dibawa menetap bersama Siti Bainun di kondo miliknya. Maka sukarelawan Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar sebarang berita tentang adik Bella ini.
Sekitar bulan Februari atau Mac baru-baru ini, sukarelawan Rumah Bonda ada berjumpa dengan adik Bella di kondo. Masa ni adik Bella belum ada kesan cedera secara fizikal.
Namun adik Bella ada memaklumkan dia tak nak duduk dengan Bonda (Siti Bainun). Adik Bella banyak berkurung dalam bilik dan tak gembira seperti dia duduk di Rumah Bonda.
Sukarelawan Rumah Bonda berjumpa dengan Siti Bainun dan cakap kat dia agar pulangkan adik Bella kepada JKM memandangkan adik Bella tak happy tinggal di sana.
Siti Bainun menolak dan minta sukarelawan tersebut jangan masuk campur urusan adik Bella. Diam je lah sukarelawan ini memandangkan dia hanya sukarelawan dan Siti Bainun pengasas.
Pada 23 Jun 2021, semua penghuni Rumah Bonda termasuk anak-anak yang menetap di kondo dikuarantin kerana covid. Masa inilah semuanya terdedah.
Luka adik Bella tidak dapat disorok dari pengetahuan doktor dan sukarelawan Rumah Bonda.
Adik Bella dikatakan kena simbah air panas, dipijak lutut, dipaksa makan najis dan muntah, dibogelkan, diikat dan pelbagai jenis seksaan yang tak terbayang mata.
Di sinilah bermulanya kes adik Bella yang disyaki didera terbongkar. Namun masa tu, ia hanya diketahui oleh beberapa pihak sahaja, tidak secara meluas sehinggalah Puan Mona Din meviralkan isu ini.
Nota : Kisah ini saya dapat dari sumber sahih yang secara langsung berhubung dengan adik Bella sejak adik Bella berusia 12 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan