Sabtu, 23 April 2022

BIKABM

 MEMOHON MAKLUM BALAS PEMULANGAN SEMULA BAYARAN INSENTIF KHAS ALAT BANTUAN MENGAJAR (BIKABM).


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.


2. Saya MOHAMAD SHEHDI BIN RAGIUN, guru dari SMK Banting ingin memohon penjelasan dan maklum balas daripada pihak tuan tentang pemulangan semula BIKABM yang berjumlah RM 100.00.


3. Merujuk surat tuan bertarikh 24 Mac 2022 dengan no rujukan KPM.400-4/3/8 jld.3(44), mana-mana pegawai yang 

         a) tidak melaksanakn PDPR bagi tahun 2021 Dan

         b) pegawai tidak lengkap vaksin


adalah tidak layak dibayar BIKABM.


4. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perkara berikut:


        a) Apakah perkaitan antara vaksin dengan pelaksanaan PDPR? Kita sedia maklum bahawa pelaksanaan PDPR adalah di rumah dan semua guru sama ada divaksin atau tidak divaksin, boleh dikatakan telah menjalankan PDPR bagi tahun 2021.

        

        b) Adakah pegawai yang tidak divaksin tetapi melaksanakan PDPR bagi tahun 2021 tidak layak dibayar BIKABM?

        

        c) Bagaimana pula pagawai yang lengkap divaksin tetapi tidak melaksanakan PDPR 2021, adakah pegawai ini layak dibayar BIKABM?

        

Diharap perkara ini mendapat maklum balas daripada pihak tuan.


Sekian,terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan