Topik / Unit subjek Sains: Spore VS Msia
1. Perbandingan sepintas lalu. Jika nak pendetailan termasuk jam pengajaran, kenalah gi Spore !
# Singapore - Science Subject
Year 1: -
Year 2: -
Year 3: 4 Topics
Year 4: 5 Topics
Year 5: 7 Topics
Year 6: 6 Topics
Sum = 22 Topics
# Malaysia - Subjek Sains
Tahun 1: 10 Topik
Tahun 2: 10 Topik
Tahun 3: 10 Topik
Tahun 4: 10 Topik
Tahun 5: 10 Topik
Tahun 6: 12 Topik
Jumlah = 62 Topik
2. Anda boleh semak sendiri silibus Msia utk sahkan bilangan topik spt yang aku senaraikan, jadi aku tunjukkan foto dibawah topik bagi Spore sahaja.
3. Aku tahu, tiada siapa berminat utk buat apa yang aku buat ini, sebab mereka adalah 'pakar'. Malah ada juga yang menyatakan bahawa murid atau anak mereka tiada masalah, apa nak kecoh-kecoh.
4. Aku cuma nak menunjukkan betapa tidak realistiknya bilangan topik dan kandungan yang padat bagi dihadapkan kepada murid arus perdana, dan kepadatan ini aku bandingkan dengan banyak negara, temasuk Korea Selatan dan Australia juga.
5. Aku juga dah tunjukkan silibus di UK, yang topiknya juga separuh dari yang dihadap oleh anak-anak Msia.
6. Jika di UK, subjek sains bermakna diskusi, interaksi, inkuiri, eksperimen dan ekplorasi, diikuti dengan murid melengkapkan worksheet.
7. Sedikit topik bermakna ada cukup masa utk diskusi, amali, inkuiri dan menjadikan sains sesuatu yang menyeronokkan dan dapat dikuasai.
8. Percayalah, Singapore dan UK tidak mengajar Kemahiran Saintifik 'seteruk' yang murid Msia belajar. Mereka hanya fokus kepada hipotesis sahaja, itupun dianggap sebagai ramalan hasil eksperimen.
9. Dan... aku pun tak tahu kenapa ada topik 'Keselamatan Bilik Sains' misalnya, sedang yang ditunjukkan dalam buku terang-terang adalah 'Makmal Sains' dan murid pun tidak buat apa2 eksperimen di 'Makmal Sains' tersebut. Bilik dan Makmal Sains pun tak tahu nak bezakan...
10. Silibus Msia bukan tidak disemak, tetapi selepas disemak, bertambah lagi topik..
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran...
OT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan