Khamis, 21 April 2022

Guru

 Katanya 

MURID BERTANYA PADA GURUNYA


"Guru, saya tahu bahawa Allah menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna kerana hanya manusia yang dikurniakan nafsu, akal dan hati dalam satu tubuh. Yang ingin saya tanyakan, kesempurnaan apalagi yang ada pada manusia?"


Guru menjawab, "Muridku, lihatlah dirimu. Bukankah Allah meletakkan otak lebih tinggi daripada mata? Itu berarti engkau harus lebih banyak berfikir daripada melihat. Berapa banyak ayat yang difirmankan Allah yang menyebutkan bahawa mengapa manusia tidak berfikir, atau menyebutkan bahawa kebesaran Allah hanya difahami oleh orang yang berakal.


Lihatlah dirimu, mata lebih tinggi daripada telinga. Itu berarti engkau harus lebih banyak melihat daripada mendengar. Bukankah banyak ayat yang difirmankan Allah bahawa banyak manusia yang tidak melihat kebesaran Allah. Atau lihatlah langit apakah engkau melihat ada yang retak?


Lihatlah dirimu, mulutmu terletak lebih rendah daripada telinga. Itu berarti engkau harus lebih sedikit berbicara, lebih banyak mendengar. Kerana mulut sebagai sumber penyakit, baik fizikal mahu pun hati. Lebih baik engkau mendengar nasihat orang atau mendengar lantunan ayat suci. Atau gunakanlah mulutmu untuk mengingat Allah, atau membaca ayat suci, atau untuk saling menasihati.


Itulah sebabnya mengapa kepala berada di posisi paling tinggi dan nafsu berada di posisi paling rendah. Di antaranya ada hati yang bolak-balik antara keburukan dan ketakwaan. Maka, gunakanlah hatimu untuk memahami ayat-ayat Allah jika engkau ingin menjadi hambaNya yang bertakwa. Maka, manakah yang akan engkau pilih, berjalan tegak dengan kepala di atas, dengan banyak menggunakan akalmu ataukah berjalan dengan kepala sejajar dengan nafsumu, seperti binatang ternak, kerana engkau mengutamakan nafsumu daripada akalmu ?"


Maka, murid pun tunduk dan menyedari bahawa selama ini tak pernah terfikir olehnya mengapa kepalanya berada di posisi paling tinggi dan nafsunya berada di posisi paling rendah.


Semoga kita sentiasa dijaga oleh Allah Ta'ala dalam setiap langkah dan diberikan saudara dan sahabat yang baik.


Semoga setiap langkah kita selalu dibimbing oleh Allah Ta'ala hingga bahagia dunia akhirat itu nyata buat kita.


Semoga kita dapat terus mensyukuri nikmat dan diberi kekuatan Allah Ta'ala untuk menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.


" Robbana Taqobbal Minna "

Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami).


Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan