بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Sabtu, 4 Jun 2022
Khamis, 2 Jun 2022
Kemarau
Cnp
Dari bekas pensyarah kimi-A! UMT teman
Ayahku
KEMARAU: Adakah kita bersedia?
Bagi rakan-rakan yg mengambil peperiksaan SPM pd Tahun 1974, tentu masih ingat – kita terpaksa mengambil Peperiksaan Kertas Bahasa Melayu dua kali – katanya ada berlaku kebocoran soalan peperiksaan..itu adalah kes kebocoran soalan peperiksaan SPM kali pertama dalam sejarah la agaknya.
Yang peliknya, walaupun ayahku belajar di KL, tapi takde la pulok desas desus kebocoran tu..mungkin depa takut nak bagitau ayahku kot..hu hu.
Peperiksaan kali kedua kertas BM ni sangat menggerunkan ayahku..buka jer soalan esei..tengok tajuk..semuanya blurr..rasa nak pitam jer..berpeluh semacam..tapi setelah berfikir selama 5 minit sambil mata terkebil-kebil tengok kipas siling..maka akhirnya ayahku memilih untuk menulis pasal pengalaman ayahku survive KEMARAU..satu tajuk yg ayahku tak pernah prepare pun utk esei BM tuh…ni kira berserah betoi-betoi la my dear!
Tau apa yg ayahku tulis? Ha ha..ayahku hanya tulis..Kemarau tu sebab takde air la..sbb hujan dah lama tak turun. Sebab apa hujan tak turun..ayahku pun tak tau masa tuh..El Nino ke, La Nina ke atau ENSO semua takde keluar lagi masa tu..belum wujud lagi istilah tu kat Malaysia kita nih.
So apa yg ayahku tulis? Ha ha..ayahku hanya tulis bagaimana pengalaman hidup ayahku – suka duka menghadapi kemarau panjang pada penghujung Tahun 1963 hingga akhir Tahun 1965 tuh. Itu jer! Dan yg lawaknya, diakhir esei tersebut..sambil menunggu masa exam tamat..ayahku lukis gambaran rupa sawah ayahku yg merekah (bekah tu)..ha ha.
Ayahku juga lukiskan rupa Telaga RIDA yg ada 2 buah di kampung ayahku masa tu..satu dekat rumah Almarhum Pak Ku Mat dan satu lagi dekat rumah Almarhum Pak Ku Ismail. Al-fatehah untuk arwah mereka berdua yg dgn sukarela mewakafkan tanah kampung mereka utk pembinaan Telaga Gergasi tersebut. Tanpa telaga tersebut, ayahku rasa mungkin tak ramai penduduk kampung yg boleh menceritakan pengalaman hidup masa tersebut..termasuk ayahku juga..mungkin ramai yg kembali menemui Ilahi akibat ketiadaan air utk minum dan mandi.
Apa-apa pun, ayahku tulis, kami penduduk di Sanglang, Perlis dan Kedah serta semua Kawasan pertanian di bawah Projek Pengairan Sungai Muda amat terhutang budi kepada kerajaan yg memerintah pada masa tersebut kerana telah melaksanakan projek tersebut mulai April 1966 di bawah Rancangan Malaysia Pertama (1965-1970). Projek Muda 1 siap pada Tahun 1970. Sebab itulah kami tak kisah lagi fenomena El-Nino mulai Tahun 1970 tuh..he he.
Petani juga sudah mulai dapat hidup senang hasil penanaman padi 2 kali setahun itu. Jika sebelum itu, hanya seorang shj kat kampung kami yg mampu membeli motor iaitu Almarhum Pak Ku Ismail dgn motor besarnya “Triumph”, selepas itu boleh dikatakan setiap ketua rumah sudah mampu memiliki motor Honda 90/70 sekurang-kurangnya. Alhamdulillah.
Untuk makluman, projek tersebut melibatkan kawasan seluas 96,558 hektar dengan kos RM245 juta – dapat dimanfaatkan oleh 325,000 penduduk Perlis dan Kedah. Yang bagusnya, sebanyak 47% dari kos itu atau RM114.6 juta dibiayai oleh Bank Dunia. Selebihnya ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Hebatkan!
Bagi generasi muda mungkin ada yg tidak tahu bahawa RIDA itu organisasi asal yg berperanan spt MARA sekarang. RIDA adalah singkatan dari “Rural and Industrial Development Authority” atau “Lembaga Kemajuan Luar Bandar dan Industri”. RIDA ditubuhkan pd Tahun 1951 dan akhirnya ditukarkan kpd MARA pada 1 Mac 1966.
Jika ditanya apakah nama UiTM sebelum ini..tentu ramai dapat jawab kan..iaitu ITM. Apakah nama asal ITM? Hik hik..nama asalnya adalah “Maktab RIDA”..ha ha..jangan terkejut beruk pulok.
Untuk makluman, telaga RIDA tu memang besar..setiap satunya memakan kawasan seluas 1 ekar dgn kedalaman melebihi 30 meter (100 kaki).
Agaknya tentu terbahak-bahak pemeriksa tu melihat lukisan comot ayahku tuh..tentu katanya “Tak sihat agaknya budak ni!”..Ha ha.
Tapi alhamdulillah bila keluar result BM SPM tu..ayahku masih lulus..ha ha. Ingat kan dah terbongkang!
Jadi, Kemarau ini bukan sahaja memberi kesan kpd kehidupan ayahku di zaman kanak-kanak (berumur 6-8 tahun) tetapi sehingga ayahku meningkat remaja (berumur 17 tahun)..jadi sangat mendalam. Adeih!
Mengikut Organisasi Meteorologi Sedunia (World Meteorological Organization – WMO), mentakrifkan kemarau sebagai kekurangan jumlah hujan berbanding dengan aras biasa dalam masa yg panjang.
Secara ringkasnya kemarau ini ada 4 jenis:
1. Kemarau Meteorologi
2. Kemarau Hidrologi
3. Kemarau Agrikultur
4. Kemarau Sosio-ekonomi
Kemarau jenis 1 hingga 3 tu juga dipanggil Kemarau Alam Sekitar.
Sebenarnya, ayahku bukan saja-saja nak tulis pasal kemarau ni tapi sejak beberapa minggu lepas banyak tular di media social mengatakan akan terjadi kemarau tak lama lagi sebab ada kelihatan cahaya matahari yg berbentuk tiang (sun pillars).
Sebenarnya, sun pillars ni adalah fenomena biasa iaitu sejenis dari keluarga “Halo” iaitu merupakan fenomena optic yg terhasil dari cahaya yg berinteraksi dengan kristal ais yg terapung di atmosfera.
Halo ini ada pelbagai bentuk – ada yg berbentuk gelang (ring), ada yg membentuk lengkung (arc), ada yg membentuk titik (spot) dan yg sun pillars ni berbentuk tiang.
Tiang cahaya ini boleh dibentuk oleh cahaya Matahari, Bulan atau apa-apa sumber cahaya pong..tiang lampu kat jalan pun boleh membentuk light pillar ini.
Dalam kes sun pillar ini, kita perlu ada cahaya matahari dari bawah (horizon), ada kristal ais yg jatuh dari udara terutamanya dari awan Cirrostratus..dan ada manusia yg menyaksikannya. Nak senang cerita, kristal ais tu bertindak seperti cermin (mirror) je..balikkan cahaya dari matahari/bulan kat kita. Ada ayahku sertakan Rajah tu utk senang faham. InsyaAllah.
Jadi, apa yg ayahku nak cakap adalah jangan jadikan sun pillars tu sebagai petunjuk untuk kejadian kemarau. Sun pillar tu boleh wujud bila-bila shj dan di mana shj..Anda juga boleh lihat light pillar ni kat Air Terjun Niagara semasa musim sejuk. Takde masalah!
Masa ayahku kecik-kecik dulu, orang tua-tua mengatakan bila ada banyak kali gerhana matahari/bulan dalam masa setahun tu – berkemungkinan besar terjadinya kemarau panjang kan! Emm betoi ke tuh? Menarik nih!
Sebelum tu biar ayahku senaraikan dulu tahun-tahun di mana Malaysia dan Kawasan Asia Tenggara ini mengalami kemarau akibat El-Nino. [Nota: Tahap Kemarau M = Medium/Sederhana; S = Strong/Kuat; VS = Very Strong/Sangat Kuat].
Lhat Rajah.
Tahun 1951/52-M; Tahun 57/58-S; Tahun 63/64-M; Tahun 65/66-VS; 68/69-M; 72/73-VS; 82/83-VS; 86/87-M; 87/88-S; 91/92-S; 94/95-M; 97/98-VS; 2002/03-M; 2009/10-M; 2015/16-VS; 2017/18-M.
Untuk makluman, El-Nino disebut sebagai El-Ninyo – bermakna anak lelaki dalam Bahasa Sepanyol. Manakala La-Nino disebut sebagai La-Ninya -bermakna anak perempuan. Jadi fenomena yg menyebabkan suhu dunia panas dan akhirnya akibatkan kemarau tu dipanggil “El-Nino”, manakala bila dunia terima banyak hujan dari normal tu dipanggil “La-Nina”.
Berbalik kepada cerita Tahun 1964 tu, ayahku masih ingat ada banyak kali gerhana matahari pd tahun tersebut. Hasil pencarian data, pd Tahun 1964 tu terdapat 6 kejadian gerhana: 4 kali gerhana Matahari dan 2 kali gerhana Bulan. Itu ayahku rasa petunjuk dari Allah. Dasyat kan!
Gerhana Matahari dan Bulan adalah akibat penjajaran tiga objek utama di atmosfera iaitu Matahari, Bumi dan Bulan. Lihat Rajah.
Gerhana Bulan berlaku sewaktu Bumi berada di tengah antara Matahari dan Bulan. Gerhana Bulan berlaku pada bulan penuh.
Manakala Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di tengah pulok. Gerhana Matahari berlaku pada awal bulan (bulan Islam).
Biasanya pada tahun-tahun biasa tu hanya terdapat 4 gerhana sahaja iaitu 2 gerhana Matahari dan 2 gerhana Bulan dalam setahun.
Fenomena sedikit ganjil tersebut ayahku mula cerap pd Tahun 1962 dan 1963, di mana terdapat sejumlah 5 gerhana dalam setahun – 2 gerhana Matahari dan 3 gerhana Bulan. Dan akhirnya kita ditimpa Kemarau teruk pd Tahun 1964 hingga 1966.
Selepas itu kita ditimpa kemarau pd tahap Sederhana pd Tahun 1968/69 tapi tiada kaitan dgn petanda dari gerhana.
Seterusnya Kemarau teruk terjadi lagi pd Tahun 1972/73. Petanda awal boleh dilihat pd Tahun 1971 di mana terdapat sejumlah 5 gerhana setahun: 3 gerhana Matahari & 2 gerhana Bulan. Akhirnya pd Tahun 1973, terdapat 7 gerhana: 3 gerhana Matahari & 4 gerhana Bulan – dan pd 10 Nov 1973 planet Mercury melintasi Matahari pulok. Adeih!
Banyak lagi penemuan ayahku tu..dan diringkaskan: Pd Tahun 1982/83 – kita kemarau teruk sekali lagi. Pd Tahun 1982 tu terdapat 7 gerhana: 4 gerhana Matahari & 3 gerhana Bulan.
Pd Tahun 1991/92 kita kemarau teruk juga. Dan ayahku dapati pd Tahun 1991 terdapat 6 gerhana: 2 gerhana Matahari & 4 gerhana Bulan. Pd Tahun 1992 pulok terdapat 5 gerhana: 3 gerhana Matahari & 2 gerhana Bulan.
Selepas itu terdapat lagi kemarau teruk pd Tahun 1997/98. Pada Tahun 1998 tu ada 5 gerhana: 2 Matahari & 3 gerhana Bulan.
Kemarau sederhana seterusnya adalah pd Tahun 2002/03. Cuba tengok Tahun 2001 & 2002 – ada 5 gerhana: 2 gerhana Matari & 3 gerhana Bulan.
Perkaitan seterusnya kita boleh lihat pd Tahun 2009 – ada 6 gerhana: 2 gerhana Matahari & 4 gerhana Bulan. Akhirnya kita kemarau sederhana pd Tahun 2009/10.
Kita juga hadapi kemarau teruk pd Tahun 2015/16 tetapi tiada petanda dari gerhana. Hanya planet Mercury shj yg melintas Matahari kita pd 9 Mei 2016.
Seterusnya kita hadapi kemarau sederhana pd Tahun 2018/19. Petandanya ada. Pd Tahun 2018 ada 5 gerhana: 3 gerhana Matahari & 2 gerhana Bulan. Pd Tahun 2019 ada 5 gerhana juga: 3 gerhana Matahari & 2 gerhana Bulan. Kita juga dilawati oleh planet Mercury pd 11 Nov 2019.
Pd Tahun 2020, kita ada 6 gerhana: 2 gerhana Matahari & 4 gerhana Bulan. Tapi tiada data tentang El-Nino teruk melanda kita.
Selepas ini iaitu pd Tahun 2028 akan terdapat 5 gerhana: 2 gerhana Matahari & 3 gerhana Bulan. Pd Tahun 2029 & 2030 akan terdapat 6 gerhana: 4 gerhana Matahari & 2 gerhana Bulan setahun. Adeih!
Untuk maklumat, dari Tahun 2021 hingga 2027 hanya terdapat 4 gerhana shj setahun iaitu 2 gerhana Matahari dan 2 gerhana Bulan/setahun. Jadi itu normal la my dear!
Ada satu penemuan yg ayahku dapat, agak menarik juga. Tak sabar nak kongsi nih..he he. Pd Tahun 2018 Masehi, terdapat 3 kali gerhana iaitu 2 gerhana Matahari dan 1 gerhana Bulan berlaku pada Bulan Islam yg sama iaitu Bulan Zulkaedah 1439 H. Adeih!
Cuba tengok nih!
Julai 13, 2018 (1 Zulkaedah 1439H_ - Gerhana Matahari (Partial).
Julai 27, 2018 (15 Zulkaedah 1439H_ - Gerhana Bulan (Penuh).
Aug 11, 2018 (30 Zulkaedah 1439H_ - Gerhana Matahari (Partial).
Pada Tahun 2018, kita juga alami kemarau tapi tidak seteruk 2015/16. Sbbnya Tahun 2018 tiada El-Nino..tidak spt Tahun 2015/16.
Sebab itulah agaknya umat Islam digalakkan mengadakan solat sunat 2 rakaat sewaktu gerhana Matahari/Bulan – merupakan sunat muakkad iaitu sunat yg galakkan. Gerhana bukan merupakan akibat kematian atau kelahiran seseorang tetapi menunjukkan kebesaranNya. Wallahu a’lam.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: َالَ و َدٍ وتِ أَح َ م ِ َ ْخ ِسَفانِ ل ِهلل الَي ِت ا ا َ اي ْ ن ِ م انِ َ ت َ رَ آي َ َقم ال َ و َ ْس شم ن ال َّ َّ ِ إ وا ُّ َ َصل وا و ُ دق َّ َ َص ت َ وا و ُ ِّ ر َكب َ و وا اهللَ ُ ْع َك فَاد ِ ذل ْ م ُ ت ْ أَي َ َذا ر ِ ، فَإ ِ ه ِ ات َ ي َ ح ِ ل Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Tak perlu la duk pi katok pokok supaya berbuah – bubuh baja NPK yg bagus jer berbunga dan berbuah la dia..hu hu. Jika tak jalan juga, kasi taruk hormone. Ha ha!
Sebagai bandingan kesan El-Nino – ayahku letakkan ranking dari MET-Malaysia Laporan Tahunan 2019 mengenai anomaly Suhu Tahun 2015 hingga 2019. Lihat Jadual.
Paling teruk Tahun 2016 (anomaly suhu 0.95 C, diikuti Tahun 2019 (anomaly suhu 0.92 C), Tahun 2015 (anomaly suhu 0.91 C), Tahun 2017 (anomaly suhu 0.85 C), dan akhirnya Tahun 2018 (anomaly suhu 0.79 C).
Apa maksudnya “anomaly” tu ayahku?
Nak senang beginilah. Jika dulu dari Tahun 1961 hingga 1990, purata suhu dunia adalah 14 C (atau sebenarnya 13.9 C), maka purata suhu dunia pd Tahun 2016 adalah 14.85 C..Tahun 2019 pulok 14.82 C..Tahun 2015 – 14.81 C..Tahun 2017 – 14.75 C dan 2018 – 14.69 C. Adeih..
Nak senang lagi cerita, jika Tahun 1961-1990 dulu purata suhu dunia adalah 14 C, tetapi sekarang dah jadi 15 C..ha ha..purata suhu dunia dah naik 1 Celsius dah my dear. Tu la yg skrg kita rasa panas menggelepar jika tak pasang aircond w/pun malam tu..adeih..teruk kan?
Samada kita masih ingat lagi atau tidak..jika 30 tahun dulu, masuk makmal dan baca suhu bilik..berapa? Yez..suhunya 27 C. Tapi skrg cuba sukat tengok..berapa..yez..skrg suhu bilik dah jadi 28 C. Ada takut? Fuuh..
Emm..MasyaAllah.
Untuk makluman, Gerhana Matahari (Solar Eclipse) biasanya akan berlaku sekitar 2 minggu (14 hari) selepas Gerhana Bulan (Lunar Eclipse).
SOALAN: Kenapa terjadi kemarau dan kenaikan suhu ni ayahku?
Biarlah ayahku jawab berdasarkan pengalaman yg dah 65 tahun bernafas di muka bumi ini..hik hik!
Sebabnya:
1. Kita dah musnahkan aircond semulajadi bumi iaitu hutan/pokok. Tengok je la kat umah ayahku nih..20 tahun dulu penuh pokok keliling umah ayahku..selain dari Cik Bee..monyet, beruk, biawak, kura-kura, ular tedung senduk, kala jengking sentiasa menemani ayahku sekeluarga..tu tak termasuk makhluk yg menyeringai (Big Foot). Sekarang keliling umah ayahku dah penuh dengan bangunan batu iaitu rumah jiran..panasnya memang menyengat!
2. Faktor kedua adalah pengaruh dari ENSO (El-Nino Southern Oscillation) – arus laut yg panas serta pergerakan angin di Lautan Pasifik. Ini adalah interaksi antara suhu dipermukaan laut dan atmosfera.
3. Faktor ketiga adalah factor yg mengawal Faktor 2 iaitu Pergerakan Bulan yg setiap 18.6 tahun berada serta melintasi piring atau satah Bumi pd Khatulistiwa. Piring Bulan adalah lebih kurang 5.2 darjah terpisah dgn piring Bumi mengelilingi Matahari.
4. Faktor keempat juga adalah factor yg mengawal Faktor kedua. Faktor ini ayahku panggil Faktor Matahari itu sendiri. Pada permukaan Matahari kita boleh nampak (dgn alat khas la my dear..jgn pergi duk jegil mata kat Matahari pulok – boleh buta oh) ada tompok-tompok hitam kita panggil Hale Spots. Dalam masa 11 tahun kita akan nampak banyak tompok..kemudian 11 tahun kemudian kita nampak semua tompok tersebut hilang..permukaan Matahari jadi licin..mcm pakai krim muka pulok. Lepas tu 11 tahun kemudian dia kembali bertompok semula..dan berulang-ulang hingga Kiamat. Saintis juga mendapati bahawa kutub Matahari juga berubah setiap 22 tahun…yang Utara jadi Selatan..dan yang Selatan menjadi Utara. Adeih..macam-macam.
Sainstis juga mempercayai bahawa tompok-tompok pada Matahari tersebut dipengaruhi oleh kedudukan Barycenter iaitu pusat jisim Sistem Matahari – yg sudah pastinya dipengaruhi oleh kedudukan semua planet di dalam Sistem Solar kita terutamanya oleh kedudukan planet yg besar-besar seperti “Jovian Planets” (Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune). Nota: Jovian bermaksud “Jupiter-like”.
Jadi sebab itulah Saintis percaya..bahawa El-Nino dan kemarau ini sebenarnya berulang-ulang mengikut ulangan 18-19 tahun dan 22 tahun. Ha ha..pelik kan!
Jika tak caya..meh kita cuba!
Kita mulakan dgn Tahun 1951. Amik 1951 dan campur 18, kita akan dpt 1969. Cuba tengok adakah tahun 1969 ada kemarau? Yez..tepat.
Cuba amik 1951 dan campur 22, kita dapat 1973. Adakah tahun 1973 ada kemarau? Yez..tepat.
Cuba tahun-tahun lain!
1957 + 18 = 1975 (Tiada); 1957 + 22 = 1979 (Tiada). Gagal kita..hu hu!
Cuba 1964 + 18 = 1982- Yez ada kemarau! 1964 + 22 = 1986..Yez betoi ada kemarau!
Cuba 1969 + 18 = 1987 (Yez!); 1969 + 22 = 1991 (Yez!)
Cuba 1972 + 19 = 1991 (Yez); 1972 + 22 = 1994 (Yez!)
Bagi 1982 + 18 = 2000 (Tiada); 1982 + 22 = 2004 (Tiada..tapi 2003 Ada!).
Bagi 1986 + 18 = 2004 (Tiada..tapi 2003 Ada!). 1986 + 22 = 2008 (Tiada..tapi 2009 Ada!).
Bagi tahun 1991 + 18 = 2009 (Ada!); 1991 + 22 = 2013 (Tiada..hu hu).
Tahun 1994 + 18 = 2012 (Tiada..hu hu). Tapi 1994 + 22 = 2016 (Yez..Yez).
Cuba Tahun 1997 + 18 = 2015 (Yez); 1997 + 22 = 2019 (Yez).
Hebat kita kan..ha ha..Walau pun ada satu dua tembak tak kena tu kira Cemerlang la kan untuk Nujum Moden!
Jadi, bila dah formula kita tadi tu bagus sangat (tepat hingga 75%)..apa kata kita buat ramalan untuk masa depan kita pulok..sekurang-kurangnya boleh la kita kerajaan dan Syarikat Air bersedia dari awal..jangan bila takungan/empangan nak kering baru terkejut beruk..hu hu..dah terlewat la kata orang tu nih.
Kita amik 2002 + 18 = 2020 (Belum keluar report dari MET-Malaysia lagi..tunggu). 2002 + 22 = 2024 (Tunggu dan bersiap!). AWAS!!!
2009 + 18 = 2017 (Tapi 2018 Yez); 2009 + 22 = 2031; 2015 + 18 = 2033; 2015 + 22 = 2037; 2019 + 18 = 2037; 2019 + 22 = 2041. Cukup la tuh dulu nih.
Jadi, mengikut ramalan Nujum Pak Belalang ayahku tuh kita patut beringat la bahawa El-Nino mungkin menyerang kita lagi pd Tahun 2024, 2031, 2034, 2037 dan 2041. Wallahu a’lam. Kita manusia hanya boleh berikhtiar dan merancang..tapi hanya Allah penentu segala!
Sama-samalah kita doakan agar kita semua dilindungi Allah dari segala musibah alam semulajadi serta penyakit. Aameen.
Ayahku rasa cukup dulu buat kali ini – harap takde yg pengsan..hu hu. Semoga ada manfaatnya. InsyaAllah.
#ayahkumenulis
Konspirasi
Sultan Muhammad Al Fateh mangkat setelah diberi ubat beracun yang meresapi sistem peredaran darah baginda sedikit demi sedikit tanpa sesiapa pun mengesyakinya.
Kerja meracun beliau dibuat oleh doktor peribadinya Jacob Pasha berbangsa Itali yang telah memeluk Islam.
Bapa kepada Khairuddin Barbarossa yang merupakan tentera elit Turki bersama kawan kawannya telah mengsyaki doktor tersebut. Beliau percaya ini adalah sebahagian dari konspirasi pihak gereja bagi membunuh Sultan Muhammad Al Fateh.
Eehhhh..... Dulu dulu pun ada konspirasi ka?
Konspirasi tu apa yer?
Konspirasi tu ialah pakatan jahat untuk buat sesuatu jenayah ...... Tapi orang sekarang dengar perkataan konspirasi depa macam naik bengang... Terutama bila kita bicara tentang konspirasi Yahudi ke atas umat islam. Deme dok percaya tiada pakatan jahat .... Deme percaya yahudi ni masih baik terhadap umat islam.... Pulun laaaa anti teori konspirasi sehingga bergaduh...
Mereka lupa konspirasi Firaun untuk membunuh Nabi Musa, konspirasi Namrud untuk membunuh Nabi Ibrahim, konspirasi membunuh Nabi Isa, konspirasi Musytikin mahu membunuh Nabi Muhammad s.a.w..
Andai tidak diceritakan di dalam AlQuran pasti kita pun percaya mereka semua pemerintah agung yang baik dalam memerangi puak pelampau agama.
Konspirasi Raja Dikyanus yang mengorbankan kanak-kanak dalam memaksa rakyatnya untuk menanda di lengan dan memberikan Surat Libelous sebagai tanda taat setia... Allah memberitahu melalui surah Kahfi tentang 7 pemuda dan anjing yang melarikan diri di saat 1 negara tidak menyedari konspirasi tersebut.
Bahkan konspirasi berlangsung di sepanjang sejarah manusia yang bermula saat Iblis membuat konspirasi supaya Nabi Adam dikeluarkan dari syurga dengan memakan buah larangan.
Ok sambung cerita Sultan Muhammad Al Fateh..
Kenapa gereja berbuat demikian ?
Sebab malu berikutan kejatuhan kota konstantinopel ke tangan Islam. Walaupun kota konstantinopel adalah pusat bagi kristian ortodoks berbanding gereja di Rom, Itali yang menjadi pusat kristian protestan.
Kejayaan sultan Muhammad Al Fateh merupakan satu tamparan hebat kepada agama mereka dan raja raja Eropah. Lebih lebih lagi mereka membiarkan Maharaja Konstantin XI berjuang bersendirian menentang tentera Islam. Mereka berdendam dan Doktor Jacob Pasha merupakan sebahagian dari pakatan jahat yang merancang membunuh Sultan Muhammad Al Fateh agar kekuasaannya tidak menjadi satu ancaman kepada kerajaan kerajaan kristian yang lain di Eropah.
Yaakub, bapa kepada Khairuddin barbarossa dan kawan kawannya menyusup masuk ke dalam istana sebaik sahaja berita kemangkatan Sultan Muhammad Al Fateh diumumkan. Mereka menculik Jacob Pasha dan menyeksanya. Akhirnya si jacob megaku telah memberi ubat beracun kepada sultan sehingga berakhir dengan kemangkatan. Jacob Pasha telah dibunuh oleh Yaakub dan kawan kawannya dan mayat pengkhianat tersebut dicampak ke laut.
Pandai puak ni.... Masuk islam ... Buat baik... Jadi orang kepercayaan .... Kemudian makan tuan tanpa disedari.... Inilah pengkhianat... Inilah konspirasi.
Zaman sekarang ada lagi tak pengkhianat seperti Jacob Pasha?
Atau kita bersangka baik dengan puak yahudi dan Nasrani walau Allah dah beri amaran dalam AlQuran ?
Iblis sudah bertaubat?
Takkan pandemic kobid ni konspirasi kot nooo.. kita tak baik bersangka jahat... Akhirnya terjadilah seperti apa yang terjadi kepada sultan Muhammad Al Fateh . Dibunuh doktor kepercayaan sendiri.
Pandai pandailah fikir...
Kita masih anti kepada teori konspirasi sedangkan konspirasi telah pun berlaku .
Mereka dah maju sehingga membunuh ramai manusia dalam peperangan termasuk perang biology serta menggunakan frekuensi tetapi kita masih mundur pemikiran.. Masih fikir mereka adalah baik...?
*Tipuan Iblis dalam bentuk Otoritas Global*
ﺇﻥ ﻹﺑﻠﻴﺲ ﺩﺳﻴﺴﺔً ﻛﺒﺮﻯ ﻫﻲ ﺃﻧﻪ ﻳﺠﻌﻞ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﺍﺗﺒّﻌﻮﻩ ﻳُﻨﻜﺮﻭﻥ ﻭﺟﻮﺩَﻩ. (بديع الزمان سعيد النورسي)
"Tipuan terhebat yang dimiliki Iblis adalah
meyakinkan pengikutnya bahwa dia tidak ada".
(Badiuzzaman Said Nursi)
Kredit : Rosnan Nasbon #dengan izin Puer Amisit dengan sedikit penambahan.
#Siapa yg Faham Sejarah
yg Telah Membuli
dan Menghambakan
umat Islam
TAKKAN BERSANGKA BAIK
kcuali pd ALLAH swt
#Tok M
Rabu, 1 Jun 2022
Kisah nabi
Korg tau x?
Pemuda Al kahfi yg ada 7 org tidur 309 tahun.
Bersama mereka ada seekor anjing.
Surah Al-kahf ayat 17
Korg tau x?
Allah membolak balikan badan mereka utk tidak berkulat, Allah hentikan segala mcm bulu di tubuh mereka,Allah kukuhkan pakai mereka supaya tidak reput.
Korg tau x?
Nabi Uzair tidur 100 tahun.
Bersama beliau ada seekor keldai. Keldai yg tulang pon dah hncur jd debu. (selepas 100 tahun)
Maha suci Allah, Allah tunjuk debu jd tulang di balut daging bulu. Kemudian Bercantum semula jd keldai.
Korg tau x?
Amalan yg di lakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga kedengaran tapak kaki beliau di dalam syurga adalah solat sunat wuduk.
Korg tau x?
Malam sebelum isra' mikraj dada Rasulullah saw di belah utk kali ke 2. Kali pertama ketika berusia 5 tahun. Kemudian hati baginda saw di basuh dgn air zam zam.
Korg tau x?
Perihal burraq ialah berwarna putih lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai. Kelajuan sejauh mata memandang.
Korg tau x?
Bila sampai di masjid Aqsa, Rasulullah saw solat 2 rakaat dan baginda saw menjadi imam kepada para2 nabi. Sesuai dgn pangkat beliau iaitu penghulu segala nabi dan rasul.
Korg tau x?
Selesai solat Rasulullah di dtgi 2 bekas. 1 berisi susu dan 1 berisi arak.
Rasulullah memilih susu.
Korg tau x?
Rasulullah saw dan jibril as menaiki langit yg pada nya belum ada manusia selain nabi pernah sampai.
Jibril memberi salam lalu di jwb malaikat pnjaga langit dan bertnya siapa engkau. Kemudian jibril menjwb aku jibril. Kemudian di tnya lg siapa bersama engkau dan adakah dia telah di utuskan?
Jibril menjwb Dia Muhammad dan dia telah di utuskan (berlaku pada setiap pintu langit)
Korg tau x?
Di langit pertama ada nabi adam as
Di langit kedua ada nabi isa as dan nabi yahya as
Di langit ketiga ada nabi yusuf as
Di langit keempat ada nabi idris as
Di langit kelima ada nabi harun as
Di langit keenam ada nabi musa as
Di langit ketujuh ada nabi ibrahim as dan juga baitul makmur
Di atas langit ketujuh syurga dan sidratul muntaha
Di atas syurga ada air
Di atas air ada arasyh
Di atas arasyh ada kursi
Di kanan arasyh ada lauh mahfuz
Smua nabi mengucapkan salam
Selamat datang nabi yg soleh dan rasul yg soleh
Kecuali nabi adam mengucapkan anak yg soleh dan rasul yg soleh
Korg tau x?
Ketika Rasulullah saw smpi di lngit ke 7
Beliau mendapati lelaki yg muka nya sama seperti baginda sedang dduk bersandar manakala malaikat yg lain sedang sibuk bertawaf.
Rupa2 nya amalan ibadah ni ketika di hidup di alam dunia sahaja. Yg memakan msa 50 60 70 tahun bergntung kepada usia masing2. Kmudian xde dah.
Korg tau x?
Rasulullah prgi ke syurga dan dia dapati kebnyakan ahli syurga itu adalah dikalangan mereka yang miskin.
Korg tau x?
Rasulullah saw melihat kebnyakan penghuni neraka adalah di kalangan wanita.
Korg tau x?
Neraka ada 7 tingkat manakala syurga ada 8 tingkat
Korg tau x?
Slepas smua itu Rasulullah naik ke sidratul muntaha dan jibril menunjukan rupa sebenar beliau utk sekali lagi.
Surah an najm ayat 13.
Dan bila Rasulullah ingin mengmbil perintah solat.
Berpisah lah dia dgn jibril. Jibril yg semulia mulia makhluk pon x dpt maju kedepan kerana takut kebinasaan. Hanya Rasulullah ke seorangan ketika itu.
Korg tau x?
Umat islam semakin tidak mempercayai Rasulullah saw slepas peristiwa Isra' mikraj.
Tetapi Abu Bakar ra tetap membenarkan kata² Rasulullah saw.
Korg tau x?
Ayat pertama surat nabi sulaiman kepada balqis ialah Bismillah'irahmannilrahim
Surah al-naml ayat 30.
Buatlah apa pon, Bismillah. Amik kunci, bismillah. Tekan alarm, bismillah. Bukak pntu, bismillah. Masuk kan kunci, bismillah. Duduk bismillah. Start enjin, bismillah. Masuk gear, bismillah. Korg akan rase kemanisan Basmallah td. Percayalah.
Korg xkan paham kemanisan gula itu sehingga korg amik gula itu letak dlm mulut. Mmg manis.
Korg tau x?
Mase nk pidahkan istana balqis, ifrit boleh bwk istana tu sebelum nabi sulaiman bgn dari tmpt duduk
Surah al-naml ayat 39
Korg tau x?
Mulia nya manusia ni, ada yg boleh angkat istana itu dalam sekelip mata.
Surah al-naml ayat 40.
Mulia lg kita ni dari jinn
Korg tau x?
Air di cicang x akan putus.
Ketika laut merah di belah oleh nabi musa
Ketinggian benteng laut itu setinggi gunung.
Korg tau x?
Abu Jahal adalah manusia yg mintak Rasulullah saw membelah bulan. Bila bulan terbelah kemudian bercantum. Dia herdik Rasulullah saw adalah bapak segala ilmu sihir. MasyaAllah.
Mkna kata ketika peristiwa itu ada musafir dtg utk berjumpa abu jahal, konon meraka akan jd saksi.
Esk nya bila mereka smpi mereka bercerita.
Situ yg dia herdik Rasulullah konon nya Rasulullah bukan saja boleh sihir dekat2 jauh pon boleh.
Korg tau x?
Antara perkara yg paling mengembirakan Rasulullah saw ialah bila sesorg itu ingin memeluk islam.
Korg tau x?
Abu Lahab adalah pakcik Rasulullah.
Allah abadikan surah khas utk dia.
Surah al lahab..
Korg tau x?
Surah al lahab td turun 6 bulan sebelum abu lahab mati.
Mkna kata confirm masuk neraka.
Korg tau x?
Antara pakcik kesyg Rasulullah ialah Abu Talib.
walaupon xberiman dgn Rasulullah saw, di tetap sokong dakwah Rasulullah saw.
Korg tau x?
Abu Talib ni beriman dgn Allah, percaya neraka itu benar. Tetapi dia tolak Muhammad saw sebagai utusan. Ni nk kata hidayah milik Allah.
Korg tau x?
Abu Talib mati dlm tidak beriman kepada Rasulullah saw dan Rasulullah saw bernekad akan terus mendoakan pakciknya. Kemudian turun ayat.
“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)
Korg tau x antara nikmat² besar Allah bg?
Islam!
Islam adalah nikmat besar.
Sehingga org terakhir yg keluar dari neraka itu org islam yg dlm hatinya ada "tiada tuhan selain Allah"
Korg tau x bila korg islam?
Bila mana mulut kalian menyebut shahadah dan di iring dgn solat serta beriman kepada rukun islam.
Dah tu bila last korg islam? Atau makna kata lain bila last korg solat? Solat ni Nabi amk tu atas dari langit ke 7.
Asl dari 50 smpi jd 5.
Mujur ada nabi Musa mtk Rasulullah saw naik balik mtk kurang. Naik mtk kurang. Naik mtk kurang.
Sampai Rasulullah saw malu tau x!
"wahai Musa! Aku pun tahu malu dengan tuhan aku"
Korg tau x islam?
Korg terutama nya aku, hari ini dpt islam secara 'percuma' sbb tu ak x reti hargai.
Amik remeh sbb bkn ak yg perjuangkan.
Kemanisan tu xde.
Harap2 kita bukan islam hanya di kad pengenalan.
Korg tau x mahdi?
Imam mahdi atau nama sbnr beliau Muhammad bin Abdullah.
Keturunan Rasulullah saw lelaki fasih berbahasa arab tampan akhlak baik mcm Rasulullah saw.
Korg tau x imam mahdi ni?
Rasulullah saw pesan bila kamu mendengar imam mahdi sedang di lantik.
Pergi dapat kan bai'ah dari beliau.
Walau terpaksa merangkak dalam salji.
Korg dan ak akan pergi x?
Jap Pikir dulu.
Ada anak bini, kereta, rumah x abis bayar lg.
Syg sgt ke kerja.. Ni aku lah ni..
Iman kulit bawang..
Korg tau x kenapa ramai mengaku imam mahdi?
Dorg x mampu nk tiru Nabi Isa as sbb ketika nabi isa turun,
Dia msih memegang sayap malaikat di tgn kiri dan kanan beliau.
Korg tau x nabi isa?
Antara manusia yang tidak di jadi kan dari air mani.
Termasuk Nabi Adam dan Siti Hawa
Korg tau x Nabi Isa?
Akan hidup 40 tahun berlandaskan syariat nabi Muhammad saw.
Beruntung anak cucu korg dpt jmpe Nabi. SubahanaAllah!
Tapi! Sebelum turun the last man standing ni
Dunia kena hadapi fitnah dajjal ni selama 40 hari.
1 hari bersamaan 1 tahun
1 hari bersamaan 1 bulan
1 hari bersamaan 1 mggu
Hari ke empat mcm biasa.
Apa pon korg jgn lupa solat.! Sbb solat adalah satu2 nya jambatan mendapat rahmat dan redha Allah..
Solat x turun wahyu, Rasulullah pi amik atas langit sana.
Ingat ye solat! Bru berkat.
Jgn smpi istidraj. Senang tp x berkat.
Sekadar renungan.
Isnin, 30 Mei 2022
Leadership
People get promoted because of his/her leadership.
Leadership is 100% depends on how we deal with human. Human relation.
People dont care what you know, until they know that you care.
Unless you love everbody, you can't sell to anybody.
Langgan:
Catatan (Atom)