Apabila menerima panggilan temuduga tentu sekali ada beberapa persediaan yang difikirkan.
Antaranya pakaian, sijil dan dokumen seperti butiran peribadi (CV) berlegar dalam fikiran.
Terfikir juga soalan soalan yang bakal ditanya nanti dan sudah pasti jawapannya mesti padu.
Rasa gementar semakin kencang apabila semakin hampir dengan tarikh temuduga.
Adalah lebih baik dibuat sedikit persediaan terutamanya jawapan kepada soalan-soalan yang menjadi kebiasaan ditanya oleh panel penemuduga.
10 Soalan Temuduga Kerja Yang Popular:
1. Ceritakan Serba Sedikit Tentang Diri Anda
Jawab dengan tertib dan ringkas seperti memperkenalkan nama, tempat tinggal dan pendidikan.
Yang penting ialah tampilkan ketenangan dan tidak gugup.
Keyakinan kepada jawapan menjadi perhatian pertama penemuduga.
Tidak perlu cerita meleret senarai sekolah dan kolej kerana semua itu telah dimuatkan dalam CV.
Elemen yang mencari fokus penemuduga adalah:
a)Pengalaman bekerja,
b) Kesediaan dan azam bekerja
c) Disiplin pertuturan
2. Kenapa mohon Bekerja Di Sini?
Anda mesti memiliki sedikit sebanyak maklumat tentang jawatan dan syarikat.
Jawapan biasa diberikan ialah untuk menimba lebih banyak pengalaman bekerja. Dan ingin menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Jawapan mesti kearah kemajuan syarikat.
3. Pengalaman kerja
Cuba kaitkannya dengan jawatan yang dimohon sekarang. Dengan cara ini, para panel dapat menilai pengalaman serta kematangan anda. Ia juga akan membuatkan bakal majikan faham pengalaman yang anda miliki.
Kalau ada sesuatu yang penting dan belum anda kuasai, yakinkan mereka bahawa anda bersedia untuk mempelajarinya.
4. Mengapa berhenti dari syarikat sebelum ini.
Jawapan yang ringkas untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam bidang baru.
Ini memberi keyakinan kepada panel sikap diri yang sentiasa inginkan peningkatan.
5. Apakah Kelebihan Anda Jika Diberi Jawatan Ini
Soalan ini untuk menguji calon tahap azam untuk bekerja kuat.
Jawap dengan ringkas kerana ingin melakukan yang terbaik memajukan syarikat
6. Gaji dipohon
Gaji dipohon mesti dinyatakan dengan jelas. Kebiasaannya penemuduga akan bertanya jikad ditawarkan gaji lebih rendah bagaimana.
Jawab dengan ringkas gaji atas budi bicara syarikat berdasarkan prestasi nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan