Kobit
Kehadiranmu
Memporak-perandakan kehidupan
Membawa seribu duka nestapa
Manusia berbalah kerana mu Putus saudara putus sahabat
Angkaramu
Manusia hilang punca
Manusia alpa
Manusia rakus
Menyeleweng kuasa
Berasa kuasa boleh bawa ke mati
Hilang sudah nilai manusiawi
Kami di kurung
Kami diasing
Kami dipulau
Kami hilang kawan
Engkau sebenarnya
Membuka mata dan hati
Siapakah manusia
Yang berpura-pura
Siapa Kawan
Siapa lawan
Kita bukan kawan
Kita bukan lawan
Ayuh
Bangkitlah
Bangunlah
Wahai manusia bebaskan dirimu
Dari pseudo sains
Walaupun kita golongan minoriti
Jangan undur walau selangkah
Selagi hidup selagi berjuang
Pada tanggal 30 April 2022
Golongan terasing
Kembali menikmati
Kebebasan dan kemenangan
Yang direnggut secara rakus
Oleh para penguasa
Yang Terkesima
Dengan kilauan palsu
Hidup bermaruah
Mati mulia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan