Dalam agama nabi saw tak pernah tarbiyah para sahabat supaya hidup dgn penuh paranoid,bersangka-sangka dan takut-takut.
Bahkan nabi saw sendiri tarbiyah sahabat ra utk hidup dlm keadaan gembira. Nabi saw pembawa berita gembira utk org beriman.
Sewaktu peperangan khandak, umat islam terpaksa berlapar. Dahlah lapar, taktik peperangan mengorek parit pulak. Waktu tu nabi saw sendiri ikat batu pd perut baginda. Nak gambarkan begitu lapar. Para sahabat ada yg moral hampir down.
Nabi saw terus sampaikan berita gembira, tatkala baginda sedang mengorek parit dan baginda bertakbir dua kali. Bila sahabat ra semua bertanya kenapa baginda takbir? Baginda lantas jelaskan bahawa rom dan parsi akan tunduk kepada islam.
Masa tu Rom dan Parsi adalah simbol kekuatan sesebuah ketamadunan yg ada. Nabi saw naikkan moral dan semangat para sahabat. Para sahabat yg benar2 beriman akan percaya dan taat. Akhirnya peperangan ini dimenangi oleh umat islam.
Bila para sahabat bersedih, x boleh sambut perayaan zaman jahiliyah, nabi saw sabda islam ada perayaan juga. Eidul fitri dan eidul adha. Para sahabat ra gembira.
Bila nabi saw sebutkan taun penyakit yg sangat bahaya. Sehingga ke zaman ni pun nama penyakit tu tetap sama, iaitu taun. Begitu bahaya penyakit tersebut. Para sahabat risau. Nabi saw sebut berita gembira, sesiapa yg mati akibat taun dikira syahid.
Bila turunnya perintah kena jauhi zina. Salah satu aktiviti zaman jahiliyah. Nabi saw sampaikan berita gembira, nikahlah 1,2,3 atau empat. Para sahabat gembira. Bahkan kita semua gembira tuan2.
Nabi saw adalah pembawa berita gembira. Kerana kegembiraan itu adalah agama.
Aku x faham bila zaman skrg kita boleh hidup dgn bawa berita yg buat org panik. Buat org paranoid. Sebenarnya tu ajaran siapa
X perlulah kau harapkan dunia akan huru hara mengikut cara dan kehendak tekak. Sbb janji Allah tetap akan tiba. Berita gembira dan berita sedihnya. Dgn cara yg Allah pilih. Bukan dgn cara yg kita harapkan.
Ada sebahagian ideology di sosial media ni dia gelar diri dia menongkah arus. Dia gelar diri dia nak keluar sistem. Sehingga dia x perasan dia dh terkena talbisul iblis, dia harapkan keadaan akan jadi huru hara mcm yg dia bayangkan.
Semua akan berlaku mengikut acuan Allah. Bukan kehendak kita. Allah tidak berhajat pd makhluk.
Aku start tulis di fb berkenaan cucukan air suci tu sejak hannah lahir laa.... Zaman tu org ckp itu dan ini kalau x cucuk. Xde org nak bahaskan isu ni secara terbuka. Sbb tu aku tubuhkan group MKT utk bahas isu ni secara terbuka. Masa tu ramai org x setuju.
Aku dh malas dh nak ckp sbb matlamat aku dh tercapai. Tetiba yg baru jumpa ni beriya sampaikan x boleh tgk org gembira. Sbb harap sgt dunia ni huru hara.
Pastu edit video penceramah mana2. Potong bab yg dia nak jer. Dia x perasan sebenarnya dia dh buat kerja fitnah sebarkan benda yg x habis.
Sembang nak keluar sistem. Suruh stop gula putih pun menggigil. Demam bedal gak pcm. Anak duduk lg dlm sistem pendidikan sekular. Benda ni la kena ubah. Kita ubah diri kita keluarga kita berubah.
Sbb tu aku x peduli pandangan org dari dlu. Kau tu baru kenal aku setahun dua ni. Aku ke depan bahas isu ni dari dlu lg. Aku bukan pejuang halal. Aku sokong halalan toyyiban. Sbb bab halal pun ada besa antara produk halal dan produk cop halal. Banyak benda kena jelas.
Aku dari dlu x peduli pandangan kawan2. Keluarga semua. Ini baru kena kecam sikit mental dh koyak.
Sbb tu suruh beramal. Stop gula putih. Suruh memanah. Suruh mulakan pendidikan di rumah.
Kemudian x payah nak sibuk lari naik gunung. Survival bukan cuma masuk hutan. Dlm bandar pun banyak ilmu survival. Kalau semua masuk hutan abes tu usaha agama ni siapa nak buat? Tu tugas hakiki kita tu.
Ko nampak x iblis berjaya bisik supaya ko abaikan tugas. Tidak amanah dgn Allah sbg majikan yg bg tugas.
Aku x gigih nak bg org keliling faham. Aku buat jer. Konsep aku 'watch n learn'. Biar diorg tgk sendiri. Konsep aku bukan nak fahamkan org. Sbb faham ni kerja Allah. Aku sampaikan n aku chow. Kau banyak makan gula putih, suka tgk hiburan so sistem otak ko x faham, so tu bukan kerja aku nak bg faham.
Nabi saw tak risau pun para sahabat yg miskin2. Nabi saw xde sibuk suruh sahabat yg kaya raya supaya hantar bantuan pun. Sbb apa?
Sbb nabi saw dh tarbiyah sahabat semua supaya gembira. Nabi saw dh beri benda plg bernilai pd depa. Iaitu iman dan amal.
Dgn ada dua benda ni para sahabat jadi mulia walaupun miskin. Sbb bila ada hidayat semua benda mereka nampak nikmat.
Sbb nabi saw tahu yg beri rezeki tu bukan org kaya tp Allah.
Ko kena pandai beza antara pasrah dan redha. Ko kena pandai beza antara hati2 dan takut2. Ko kena pandai beza antara paranoid dan beramal.
Org beramal dia x paranoid. Sbb dia tahu Allah ada. Dia tahu dia cuma kena jaga amal. Allah akan jaga semua.
Benda ni tarbiyah yg aku buat setiap hari dlm keluarga aku dan team aku. Aku pun lemah. Tp bila ckp dgn diri Allah ada. Maka alhamdulilah.
Nabi saw x pernah sebar berita hebatnya perancangan musuh. Nabi saw biar musuh tahu hebatnya perancangan Allah utk org islam.
Nabi saw x pernah ajar sahabat supaya besarkan masalah melebihi besarnya Allah.
Kau nak dtg team up dgn Rumah Panahan. Make sure kau buang semua ketakutan dan paranoid. Sbb kat sini aku melatih diorg bina kekuatan. Bukan paranoid.
Punyalah paranoid smpai beli seluar dlm mall pun dia dh kira seronok sangat. Deyy... Shopping mall tu pasar jer la. Bukan sumber keseronokan pun. Alahaii..😅
Dua tahun pKP ni plg seronok sbb ramai org terkurung dan paranoid tp aku ajar anak aku terbang spt burung.
Jemputan besday hannah plg meriah pun masa negara tengah ketat dikurung. Aku jemput siap buat majlis kat tempat berkuda lg. Siap ada nasyid lagi.
Paranoid bukan sebahagian ajaran islam. Tp tu agenda musuh islam. Supaya kau lemah. Kau x buat dakwah secara terang2.
Nabi saw ajar sahabat bina kekuatan bukan ketakutan.
Nabi saw sentiasa cuba nak berbeza dgn org yahudi dan nasrani. Tp kita pulak arini jadikan org nasrani sbg rujukan akhir zaman. Sbb tu gagal. Sbb setel hanya guna akal. Yg tidak diikat dgn amal.
Sbb tu kena jaga amal. Baru amal memimpin akal.
Sbb tu kena jaga amal. Bukan meramal.😘
Islam menang dgn amal.
Gula putih tu tinggal. Baru karat ketakutan tu tanggal. Gula putih pun menggeletar nak tinggal. Sbb tu apa org ckp semua gagal faham.🥱
Tiada ulasan:
Catat Ulasan