Ahad, 19 Jun 2022

Jurutera

 Masa dekat universiti saya kayuh dengan laju supaya setiap semester dapat dekan. Tujuannya bila saya grad saya dapat bekerja dengan syarikat MNC dalam industri berat. Dekat universiti juga saya ambil subjek bahasa kedua adalah bahasa arab. 


Bila saya grad dari universiti dengan ISM kelas pertama dalam bidang kejuruteraan mekanikal.  Saya kerja dulu apa yang ada di depan mata sebelum dapat tawaran kerja. Dalam masa yang sama saya tingkatkan lagi kemahiran komunikasi dengan belajar bahasa mandarin. Maka sebelum jadi jurutera saya persiapkan diri dengan 4 bahasa iaitu melayu, inggeris, arab dan mandarin. 


Bila saya dapat kerja dekat industri shipbuilding. Saya tak jadi jurutera terus tapi jadi technician dulu. Selama 3 tahun saya jadi mechanical technician banyak saya lengkapkan diri dengan certificate dalam kerja mechanical. Seperti Advanced Semi - Automatic Plasma Cutting, Advanced Arc Semi - Automatic Welding dan NDT (UT & RI). Ketika ini  baru saya daftarkan diri sebagai graduate engineer. 


Selepas 3 tahun saya jadi technician saya lompat pula ke posisi mechanical engineer melalui proses rundingan bersama HRM dan Engineering Manager. Bila saya diterima mereka bayar gaji saya bermula Rm 7100. 5 tahun pertama saya jadi mechanical engineer saya lengkapkan diri  dengan banyak certificate. Seperti Project Management Professional (PMP) dan Automated Robotic Welding Systems. 


5 tahun pertama bekerja sebagai jurutera sudah miliki banyak certificate. Kemudian saya lompat pula ke industri oil n gas (downstream). Maka ketika ini gaji saya saya makin tinggi sebagai senior mechanical engineer. Kenapa saya tak minat sangat buat kelayakan professional engineer sebab gaji murah. Macam saya kerja dekat industri shipbuilding dulu saya graduate engineer dibayar gaji Rm 7100 dan professional engineer dibayar gaji Rm 4800. Maka baik lengkapkan diri dengan kemahiran di tangan secara kompeten. Saya bela kelayakan graduate engineer selama 12 tahun bekerja sebagai mechanical engineer. 


Saya tak tunggang sijil degree semata2 sepanjang jadi jurutera. Tapi tunggang 5 kemahiran utama Technical, Communication, Problem-solving, Critical thinking dan Leadership.


Dekat universiti saya berusaha bina 4 perkara.


1. Academic

2. Soft skill

3. Creativity

4. Leadership 


Dekat industri saya berusaha bina 3 perkara.


1. Hand on skill

2. Competency

3. Motivation


Maka dapatlah gaji yang saya impikan pada zaman sekolah.


Nasihat kepada yang baru dapat keputusan SPM. Jika nak sambung belajar bidang kejuruteraan disebabkan menganggap kerjanya mudah dan gaji mahal. Lupakan...


Ramai-ramai orang teknikal kena ambil alih politik negara, baru ada perobahan. Agaknya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan