Khamis, 12 Januari 2023

Guru yang lesu

 (1) Kes seorang murid tingkatan tiga yang memukul guru disiplin dengan penyapu kerana mengunting rambut beliau yang panjang telah menunjukkan kepada kita satu kekeliruan besar tentang konsep pendidikan yang kita amalkan. 


(2) Apakah konsep pendidikan sudah berubah dari PENDIDIKAN kepada HANYA PENGAJARAN? 


(3) Jawapnya- YA, telah berubah. Tanpa sedar, bila sistem pendidikan kita mula mementingkan prestasi akademik lebih dari segala-galanya. Bila pencapaian akademik dijulang sebagai kejayaan pendidikan dan menjadi kayu ukur kualiti sekolah dan sistem pendidikan. 


(4) Kita selalu dengar tentang berbagai inovasi pengajaran (PAK21, KBAT etc), tapi pernahkan kita mendengar tentang inovasi besar dalam pembentukan adap, akhlak dan adap murid-murid di sekolah? 


(5) Kita selalu meraikan murid-murid yang cemerlang peperiksaan, tapi pernahkah kita raikan murid-murid mithali adap, sahsiah dan akhlak? Kalau pun ada, itu tidaklah sehebat sanjungan kita pada pencapaian akademik. 


(6) Jadi bila konsep pendidikan itu sendiri sudah berubah dari pendidikan kepada sekadar pengajaran mengikut mata pelajaran, adakah peranan guru-guru hari ini masih lagi perlu dikekalkan sebagaimana guru-guru di era 60an, 70an dan 80an?


(7) Dulu, peranan guru diterima oleh seluruh ahli masyarakat sebagai pendidik. Ibubapa menghantar anak-anak untuk dididik oleh guru dengan semangat 'kalau anak saya lakukan kesalahan atau malas belajar, cikgu rotan dan dendalah anak saya. Asalkan jangan buta, pekak atau patah anggota badannya.' Saya serahkan anak saya untuk cikgu didik menjadi orang yang berguna'. 


(8) Hari ini, semangat itu semakin tiada lagi. Kisah ibubapa 'menyerang' guru-guru yang mendenda anak-anak mereka sudah kerap berlaku. 


(9) Malah jangankan merotan atau mendenda, jika ada guru-guru mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan anak-anak juga sudah cukup untuk dijadikan alasan untuk sesetengah ibubapa 'menyerang' pihak sekolah dan guru.


(10) Zaman berubah. Apakah peranan guru juga patut berubah? Dari seorang pendidik kepada seorang pengajar? 


(11) Apakah hari ini guru-guru sepatutnya hanya mengajar isikandungan mata pelajaran sahaja? Tanpa perlu lagi guru mendidik murid-murid tentang adap, sopan, disiplin dan akhlak? 


(11) Malah bukan rahsia lagi ada sesetengah guru telahpun mempunyai prinsip, 'kerja aku masuk kelas, mengajar ikut buku teks, habis waktu aku keluar kelas, sampai waktu habis waktu sekolah, aku balik rumah. Cukup bulan aku ambil gaji. Perangai, akhlak atau adap murid bukan kerja aku. Itu kerja mak bapak mereka sendiri."


(12) Sistem pendidikan kita sudah tidak jelas tentang hal ini. Apakah seorang guru hanya perlu mengajar mata pelajaran mereka sahaja. Atau selain mengajar, guru juga bertanggungjawab mendidik murid-murid tentang akhlak, adap, sopan dan  disiplin? 


(13) Tiada keselarasan pendirian tentang hal ini. Terserah pada guru itu sendiri. Nak mendidik boleh, nak setakat mengajar pun boleh. Akibatnya, ibubapa sendiri ikut tidak jelas. Murid-murid juga tidak jelas. Lalu dipukulnya guru yang mahu mendidik dengan batang penyapu.

Apply

 BAKAL BOSS LAPAR LIKE 


1. Jika kau nampak iklan jawatan kosong yang tak lengkap infonya...


2. Fikir dululah sebelum apply kerja situ. Apatah lagi kalau kau kena maki bila cuba minta penjelasan.


3. Pada aku syarikat macam tu tak tahu hala tuju. Macam line aku dalam bab 3 dimensi...mesti kena state awal-awal syarikat cari pekerja dalam bidang apa dan software apa.


4. Walaupun asas knowledge tu semua sama, kau nak suruh seseorang lompat 3Ds MAX belajar Maya belajar Blender, lompat gi Sketchup, Viz, SolidWorks, ZBrush lepas tu dimintaknya Autocad pulak....kau gila?


5. Kau analogikanlah macam bengkel. Ada bengkel kereta persendirian, dia ambik semua jenis kereta. Ada bengkel yang hanya ambik kereta jenama tu saja. Kalau Mercedes, dia hanya repair brand tu aje.


6. Mana satu kau lebih yakin untuk hantar kereta? Mana satu yang lebih specialist jika kita banding dua-dua jenis bengkel? Kau rasa bengkel mana boleh solve problem dengan lebih baik?


7. Bila ada syarikat tawar jawatan tapi syarikat tu sendiri tak berani nak state out apa mereka cari dalam iklan tu, itu petanda awal kerja kau ada pelbagai variasi dan majikan tu nak kau jadi 'pekerja am.' Term betul dia 'generalist.'


8. Kau akan diexpect perform dan mampu proses benda unexpected bila-bila masa boss kau nak. Skop kerja kau besar dan limitless. Kau akan kena buat kerja 2-3 orang serentak.


9. Padahal kalau kau semakin handal, kau punya job scope jadi semakin fokus sebab kau dah 100% power dalam bidang tu. Kau akan jadi orang rujukan kerana orang tahu kau pasti ada solusi dia.


10. Syarikat yang suka pekerja dia berdepan cabaran dan masalah, kemudian gebang bayar gaji tinggi ni, satu benda annoying biasanya akan berlaku....


11. Tiap-tiap kali ada masalah, boss akan ingatkan kau "hak eleh, takkan benda ni takleh setel? AKU BAYAR GAJI KAU TINGGI KOT..." 


12. Lagilah kalau bakal boss kau kaki lapar like media sosial, suka engage orang awam tentang company dia on a very personal level. Silap-silap kau jadi bahan status dia.


13. Biasanya, a proper company will do proper with any potential candidate. Banyak petunjuk boleh kita guna untuk detect sama ada company tu proper atau tidak. 


14. Salah satu petunjuknya adalah 'adakah boss syarikat tu suka malukan orang lain openly dalam media sosial?' Jika ya, nasihat aku...elakkanlah. 


15. Kau nak try jugak, terpulang kepada kau lah.

Isnin, 9 Januari 2023

Ketam

 Bila bercerita tentang kelas tambahan...  orang kita hanya sibuk menukar kepada nama yang glemer. 


Contohnya praktis minda,  peer to peer… from zero to hero dll


Tapi konsep yang teman faham ini adalah konsep songsang iaitu drilling from external not from internal. 


Dalam kata mudah kita mengharapkan pelajar ada internal driven iaitu kekuatan atau semangat dari dalaman diri pelajar itu sendiri untuk belajar. 


Dengan harapan dia dapat mengenal tuhan yang menciptakannya.  Selain itu dia dapat berfikir sesuatu yang baru dalam hidupnya. 


Yang kita nampak hanyalah mendapat pekerjaan yang setimpal dengan usaha akademik dia. 


Tak lebih dari itu. Mungkin boleh dikaitkan dengan istilah 'mandul minda'


sekadar renungan


Sembang dengan seorang cikgu di sekolah. 


 Apa hubungan antara semakin banyak kita buat kelas tambahan dengan result periksa budak. 


 Mana dapatan yang menyokong semakin banyak buat kelas tambahan result budak-budak meningkat. 


Teman berpegang kepada DDDM data driven decision making. 


Atau ada siapa-siapa yang tahu mana2 kajian ilmiah tentang korelasi antara kelas tambahan dan juga result periksa budak. 


 terima kasih


Dah lari dpd norma pendidikan untuk pembentukan manusia tuan Sheh. 

Budak ada 24 jam shj sehari, tak tahulah kut cikgu ada 72 jam sehari. 24 jam tu lah pelajar nak gunakan untuk hadir kelas formal, makan-minum, mandi, tidur, bersukan dll. Kalau satu subjek buat kelas tambahan 2 jam, kalau ada 5 subjek, 10 jam masa kelas tambahan seminggu.

 Penjawat awam pun masa kerja rasmi mereka 40 jam shj seminggu, dan masa selebihnya untuk aktiviti kehidupan yang lain. Pelajar berapa jam pula masa untuk aktiviti pembelajaran dlm jadual mereka. Bila masa pelajar itu hendak menguruskan masanya sendiri, merancang, merujuk buku, membuat nota sebelum kelas, membuat semua 5 peringkat Nota, mencerna pelajaran, buat latihan dan berbagai-bagai keperluan pembelajaran yang perlu diamalkan supaya menjadi pelajar yang berkesan. 

Kalau dapat A daripada kelas² tambahan melampau itu cuma proses menelan apa yg disuap dan memuntahkan balik semasa peperiksaan, habis peperiksaan semua yang dipelajari berterbangan ke langit biru dan dilupakan. 

Mungkinkah kita boleh membentuk pelajar yang hampir berdikari sepenuhnya ketika mendapat ijazah pertama jika daripada umur 7 tahun hingga ke 17-18 tahun, pelajar di spoon-feed semahu-mahunya, tanpa masa dan kesempatan yang cukup untuk mereka berkembang secara ubah ansur secara linear (semakin berkurang utk pergantungan mereka dan semakin bertambah pula untuk kemampuan berdikari mereka)?

Sabtu, 7 Januari 2023

ACR50


 Sekadar berkongsi pengalaman pahit membaiki kereta di TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI.


27/12/2022

Alhamdulillah diberikan rezeki untuk memiliki kereta ini. Jadi buat keputusan untuk buat checking dekat Toyota CBU Specialist utk check kereta sbb bli kereta 2nd hand. 29/12/2022 excited dpt bawak kereta besar dan bertolak dari Gua Musang ke Bangi.


30/12/2022

Sebelum jam 9.00 pagi lg dah sampai dkt TOYOTA CBU SPECIALIST sbb excited sgt nk repair kereta kn..padahal kereta xde masalah apa2 pon..Cuma nak checking takot ade barang yg x nampak sbb xreti sgt mengenai kereta ini. So dalam lebih kurang 9.15@9.30 baru kereta di bawa masuk ke bay utk checking. Ulang-alik masuk bay tgk kereta mase checking. Pastu dlm lebih kurang pukul 10.15 pergi dekat kereta dan diberi penerangan mengenai kerosakan pada kereta. Banyak la jugak brg yg perlu ditukar kalau ikut list yg mekanik tunjuk. Then buat keputusan untuk tukar gasket sbb katenye head enjin ade leaking, pastu mekanik suruh tukar engine breather hose, katenye kalau bukak head enjin, kena tukar breather hose sekali sbb breather hose akan pecah. So aku yg bodoh pasal kereta nie pon ikut je lah ape yg die suruh tukar. Then mekanik suruh tukar v-belt sbb katenye belt dah jd warna coklat dah. Disc brake katenye kena skim jugak sbb dah bengkok dah..bila skim disc brake, die suruh tukar brake pad skali sbb takot disc brake yg skim tu bengkok smula. Then mekanik cakap kene servis ekon sbb xtaw keadaan ekon mcm mane kn..pastu tukar dua-dua filter sbb dah banyak habok. So sy mmg suruh tukar la..ade lg yg disuruh tukar seperti engine mounting 4 pcs, steering rack, steering column. Tapi sy decide utk tak tukar lagi sbb mekanik ckp still boleh pakai. So tukar dan servis yg penting je dlu. Tu pon kire2 dah 1700++..


Kemudian keluar makan dekat kedai berdekatan. Then dalam jam 10.51 pagi, yg jaga kaunter call cakap mounting kereta kena tukar sbb yg sebelah kiri dah pecah teruk tapi tak boleh tukar 1, kena tukar empat-empat skali tukar. Dan bila tanya harga berapa, die cakap 2250. So decide utk tukar sbb xnk jadi apa2 bila balik kelantan. Then decide utk amek grab balik hotel sbb katenye mungkin lambat siap lebih kurg jam 6 ptg. Jam 3.06 ptg, yg jaga kaunter call suruh tgk video yg dihantar. Video mengenai disc brake yg masih bengkok walaupon dah 3x skim. So sy buat keputusan, disc brake masih lagi bengkok, tak perlu tukar brake pad sbb kalau tukar brake pad pon disc brake bengkok, akan merosakkan brake pad yg baru..


Lebih kurang hampir jam 6 ptg sampai di TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI bersama isteri dan anak-anak. Kereta masih belum siap. Lebih kurg jam 6.30 baru nampak kereta dah siap di test mekanik dan dah siap utk deliver dekat owner. Katenye kereta dah cek dan dah siap. Terkejut dengan bayaran yang dikenakan. Jumlah bayaran RM5070 (refer gambar resit). Dalam kiraan cuma bawah 4000. Rupenye harga mounting dah jadi lain dari masa penerangan waktu pagi. Waktu penerangan pagi pukul 1030 pagi, die cakap RM2250(refer gambar wasap ditulis utk reminder diri sendiri). Tapi dalam resit RM2550. Beza sampi 300. Then 1 lagi yg mengejutkan bila brake pad still ditukar walaupon mase yg jaga kaunter call dah bagitahu jangan tukar pakai yg lama. Katenye brake pad yg lama dah pecah tapi takde bukti pon tunjuk depan mata yang brake pad lame aku dah pecah. Hadoi..


Dah settle bayar online boleh plak MAE aku buat problem xleh share receipt. Tapi payment dah settle. Dapat kunci terus jalan keluar bawak isteri dan anak-anak jalan2 area bangi cari makan, cari barang-barang sikit. So jalan pergi Kompleks PKNS bangi masuk parking underground. Mase drive kereta, brake ade bunyi, so fikir mayB brake baru. Then ade bau hangit yg kurg menyenangkan. So biarkan je dlu lah..balik hotel di Bangi Gateway, mandi dan keluar minum dengan kawan. Dalam jam 10.08 pm call yg jaga kaunter tu kenapa masa drive ade keluar asap dkt ekzos, ade bau hangit. Jawapan yang diberikan adalah biase lah tu sebab tukar gasket baru ade bau sikit. So aku yg bodoh nie pon percayalah sbb xtaw ape2 pasal kereta nie. 


31/12/2022

Keesokan harinya, dalam jam 11 pagi checkout hotel, terdetik nak cek minyak enjin. Memang terkejut sbb minyak enjin dah hilang lebih dari separuh. So call yg jaga kaunter tu lebih kurg pukul 12.42pm tanya kenapa minyak enjin boleh kurg. Jawapan yg jaga kaunter tu cakap diorg x usik bawah enjin pon sepatutnya xde leaking la kn dan bukan salah diorg la minyak enjin kurang. So die suggest untuk aku tambah minyak enjin. So aku pon berhenti di Setiawangsa sbb situ je tahu kawasan rumah lama, cari kedai servis kereta, tambah minyak enjin jenama yg sama dengan minyak kereta yg tertulis dekat cermin. Minyak Castrol Edge 5w-40 1 liter yg harga 80 sebotol. Isi sebotol lebih kena beli 2 botol RM160.


Dah isi minyak enjin, singgah rumah kawan lama..Then dalam pukul 5 petang baru gerak balik kelantan. Sepanjang perjalanan bau hangit. Bila dah start maghrib, bila berhenti kt traffic light akan nampak ekzos berasap dari cermin sisi. Rase kereta makin lama makin berat. Jadi lain xbest bawak berat.Dengan kebodohan yg ade pd aku sbb percaya dengan apa yg diberitahu , tukar gasket baru biase la tu bau hangit, drive sampai la ke rumah di Gua Musang.

Sesampainya di rumah Gua Musang, bukak bonet depan, habis berasap enjin. Bau hangit mmg keluar dari situ (boleh refer pada video). Boleh tengok pada gambar, minyak leaking yg kena pada paip aircond dah mengeras. Mmg rase frust giler bile kereta yg baru je beli, hantar dekat specialist jadi mcm nie. So on the spot ambil gambar dan sent semua pada yg jaga kaunter. Xde respon sbb dah malam. Esoknya ahad dan isnin cuti. Jadi usaha pm dekat FB TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI. Dan admin page respon dan call on the spot. Jawapannya masih sama, die dah tanya mekanik cakap dah cek semua xde masalah. So die cakap apa2 kena tunggu hari selasa sbb hari selasa cuti. Tapi enjin kereta aku dah rabak habis minyak hitam bersepah menitik dalam bonet depan kereta. Alhamdulillah Allah gerakkan hati suh topup minyak enjin pagi sblm gerak..kalau x topup nie mmg jem terus enjin, tersadai tepi jalan la jwbnye..


01/01/2023

Hari keesokan harinya ajak kawan pomen tengok enjin, die ckp nie leaking sbb pasang gasket xbetul. Mungkin terkepit atau terkeluar. So decide utk x buat apa2 tunggu hari selasa smpi Toyota CBU Specialist Bangi bukak.


03/01/2023

Tunggu punya tunggu, hari selasa, TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI x call pon..pukul 10.21 pagi decide utk call sendiri tanya macam mane nk selesaikan masalah ini..Fuh jawapan nya adalah aku kena bawak kereta pergi bengkel diorg dkt bangi utk buat balik. Owh itu kerja gile.aku bukan duduk Setiawangsa senang2 nk g Bangi. Kos perjalanan, masa perjalanan nak g Bangi utk baiki semula kesilapan yang dibuat oleh TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI aku kena tanggung sendiri. Memang aku mengamok la mase call tu. Then die cakap nk bincang dulu dengan bos die. Okay aku bagi masa. Pukul 12.27 tengahari(boleh rujuk screenshot wasap) die wasap mintak nombor akaun nak refund RM440 utk gasket dan V-belt yg kena minyak enjin tu. Aku pon bls la tanye hos yg baru tukar, mounting yg baru tukar, minyak hitam yg keluar macam mane. Aku tukar yg baru, kena minyak enjin panas, ko bleh ckp mende tu boleh pakai lagi. Memang taik la..masalahnya sekarang mende tu aku tukar baru, aku nak dalam keadaan baru la. Baru pakai sehari dah kena minyak enjin panas. So aku mmg panas giler, aku mmg mengamok, then aku suruh manager die call aku.


So pukul 2.17 pm, manager die perkenalkan diri, name mende dah x ingt dah die call aku. So cara percakapan mmg org baik bagus lah. Nak selesaikan cara baik. Solution pertama yang diberikan adalah die mintak jasa baik aku untuk hantar kereta aku ke bengkel TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI semula. Then aku jawab, kos perjalanan dan berapa, tol, minyak, makan, hotel. Aku cakap 30/12/2022 aku habis 6000 lebih utk repair kereta aku alih-alih jadi macam nie. So die pon bagus, mintak maaf atas kesilapan yang berlaku. Aku pon cakap la aku xkn hantar dah ke TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI sbb xde masa.


So solution kedua diberikan manager tersebut adalah die akan arrange towing untuk ambil kereta aku dan hantar ke bengkel  TCBUS BANGI. Die mintak nombor plat kereta aku, die akan call insuran kereta aku utk arrange ambil kereta aku. Ehhh aku tanye kenapa nak gune towing insuran kereta aku. Die cakap kn kereta ade towing, boleh gune. So aku decide aku xnk gune towing aku dan aku decide aku dah xpercaya dengan bengkel TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI. Aku xkn hantar dah untuk repair bila dah jadi macam nie. Kali pertama hantar pasang gasket head boleh terkepit..adoi..memang aku cakap ini kali pertama dan kali terakhir aku hantar dekat TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI. So aku cakap aku still berkeras aku nk refund jugak macam mane pon. So die cakap die kan call aku balik hari Rabu pagi.


04/01/2023

Pukul 10.36 pagi die call tapi aku tgh keje. So aku call balik jam 11.01 pagi. Manager ni masih ulang yg sama mintak jasa baik utk setuju towing kereta ke bangi. Aku juga berkeras dengan keputusan aku untuk tidak hantar kereta ke bengkel TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI  sbb aku dah xpercaya dengan hasil kerja mereka bila enjin leaking yg terok. So aku pulak suggest aku punye solution suruh diorg hantar mekanik diorg ke Gua Musang utk repair semula kereta aku. Die agak marah dengan idea aku nie sbb die cakap susah la sbb barang xde, aku cakap bawak la sbb nie bukan salah aku. So die letak call utk bincg. Aku pon wasap manager nie( boleh refer screenshot). Aku cakap sama ada diorg hantar mekanik ataupon refund duit ikut harga barang yg rosak mcm gasket, hos yg kena minyak hitam, v-belt dan mounting belakang beserta minyak hitam. Alhamdulillah manager respon pada wasap die ckp akan maklum semula dan die still mintak maaf.


So aku call die tanya macam mana keputusannya, die cakap akan call sebelum asar. Tunggu punya tunggu xcall..aku yg call pukul 4.29pm die cakap die akan bagitahu sebelum jam 6. Pukul 6  xcall jugak..aku yg call die pukul 6.03 pm so die cakap xde keputusan sbb kena berbincang dlu.


Okay saat yg aku tunggu tiba..6.49pm die call bagitahu, diorg setuju utk refund duit atau barang ikut nilai yg dah bayar. Alhamdulillah aku suke jugak la dengar. Tapi die cakap kalau nak tukar mounting kena pergi jugak bengkel TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI. So aku setuju dengan keputusan ni. Die pon suruh aku hantar nombor akaun dan die cakap lepas isyak die akan transfer sbb die tgh drive dari kuala selangor ke bangi. So aku buat keputusan utk hantar no.akaun aku dkt die lepas isyak.


Pukul 8.55 pm aku hantar no.akaun dekat wasap..xde respon..pukul 10.41 wasap tanye bile nk selesai, xde respon. So decide utk call 11.03 pm..10x x angkat..mmg kecewa sbb x selesai jugak hari tersebut..


05/01/2023

Keesokan harinya call manager pukul 9.21 am tanya bile nk settle. Die cakap akn call back. 9.31 am manager tu call semula dan die cakap pukul berapa hantar no.akaun, so akau ckp la kate lepas iyak, aku hantar la lepas isyak. Die cakap lawyer diorg akan settle, lawyer diorg akan call dalam pukul 11 pagi. Aku tunggu, call semula tapi manager nie dah x angkat dah. So masalah aku nie sampai masa ini dan saat ini masih belum settle. So aku decide utk kongsi pengalaman aku bila aku repaie kereta di TOYOTA CBU SPECIALIST BANGI. Kereta aku masih tersadai xgerak dari hari sabtu malam lg..Dah dekat seminggu belum settle..Semalam aku pon dah call tribunal tuntutan pengguna. So ttpm suruh aku bawak kereta ke bengke terdekat utk buat report kereta tersebut tidak dibaiki dengan betul. Insya Allah esok @lusa aku akan bawak pergi bengkel utk buat report dan kalau xde masalah aku akan buat tuntutan tribunal pengguna. doakan aku..kalau rajin aku buat tuntutan..hahaha

Sabtu, 24 Disember 2022

Batu Belah

 Siri Lagenda dan Misteri di Tanah Melayu.


Lagenda dan Misteri Batu Belah, Batu Bertangkup


Kisah Batu Belah Batu Bertangkup merupakan sebuah kisah lagenda yang terkenal buat masyarakat Melayu, khususnya di Malaysia. Ia meceritakan tentang kisah sepasang suami isteri yang miskin, Si Kantan (suami) dan Si Tanjung (isteri) yang dipercayai menetap di Bukit Berapit, kira-kira sebatu dari Pangkalan Kapar, Klang. Mereka berdua menyara hidup dengan mengambil upah menganyam atap nipah, bersawah, menganyam tikar, menangkap ikan sungai dan sebagainya sehinggalah berjaya memiliki sebidang tanah dan sebuah rumah.


Pada suatu hari, mereka pergi ke pinggir hutan untuk mencari sayur. ketika sedang asyik memetik daun cemperai, mereka terdengar akan suara yang kuat lagi menggerunkan. Si Kantan memberitahu kepada isterinya bahawa itulah gua Batu Belah Batu Bertangkup sebagaimana pernah diceritakan oleh datuknya suatu ketika dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, seorang anak perempuan Si Bunga Melur namanya dan seorang lagi anak laki-laki Si Pekan gerangannya. Namun, sayang Si Kantan telah meninggal dunia sewaktu anak-anak mereka masih kecil, ini menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung.


Pada suatu hari, Si Tanjung telah berjaya mengail seekor ikan tembakul sementelah dia mengidam telur ikan tersebut. Disuruhnya Si Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Si Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan amat terkecil hati.


Tanpa memikir panjang dan membuat keputusan terburu-buru, Si Tanjung akhirnya lari meninggalkan rumah, sambil memanggil-manggil nama "Batu Belah Batu Bertangkup" untuk memakan dan menelannya. Walaupun dirayu belas kasihan dengan tangisan oleh Si Bunga Melur yang terus berlari sambil mendukung Si Pekan. Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Si Melur pun jatuh pengsan.


Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur sedang bermimpi didatangi seorang tua menasihatinya supaya tidak pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya disuruh mengambil tujuh helai rambut ibunya yang terjulur itu serta membawa telur ayam yang mahu dibuat lauk ibunya itu. Dia hendaklah berjalan mengikut arah kakinya dan membakar sehelai daripada rambut ibunya setiap kali hendak tidur. Si Melur mendukung Si Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga sampai ke rumah Dato’ Penghulu. Orang tua itu bersimpati dan ingin memelihara mereka. Sewaktu tidur, Si Bunga Melur bermimpi didatangi orang tua yang sama menyuruh dia meneruskan perjalanan ke kampung yang ketiga.


Si Bunga Melur dan adiknya Si Pekan meneruskan perjalanan sehingga tiba di Kampung Bukit Perah Lantan, mereka menemui Tok Batin yang melayani mereka dengan baik. Malam itu Si Pekan menangis tanpa henti walaupun dijampi Tok Batin sehinggalah dikalungkan dengan sekeping besi kuning di lehernya. Keesokan harinya Si Bunga Melur meneruskan perjalanan ke Kampung Bukit Kapar dan menumpang bermalam di rumah keluarga seorang petani dan tinggal di situ beberapa malam. Petani itu menceritakan kepada Si Bunga Melur tentang kegemaran Ratu Jayang Sakti menyabung ayam.


Tinggal satu kampung lagi untuk dituju. Si Bunga Melur dan adiknya meneruskan perjalanan dan tiba di Kampung Kerayung Tamarulan, di sini mereka bertemu dengan Nenek Kebayan yang tertarik dan bersimpati dengan penderitaan mereka berdua. Pada malam itu, Si Bunga Melur sekali lagi bermimpi didatangi orang tua yang sama. Kali ini menyuruh Melur meletakkan telur yang dibawa itu ke dalam sangkar ayam di belakang rumah. Tujuh hari lagi telur itu akan menetas dan peliharakanlah anak ayam itu sebaik mungkin. Orang tua itu meramalkan Si Pekan kelak akan menjadi juara ayam tersohor dan meminta Si Bunga Melur meletakkan besi kuning kalung Si Pekan ditaji ayam apabila hendak bersabung kelak.


Beberapa tahun telah berlalu kedua-dua mereka telah meningkat remaja. Si Bunga Melur kelihatan begitu cantik dan pandai mengubah bunga serta anyaman lain untuk dijual oleh Nenek Kebayan sementara Si Pekan sentiasa menang di gelanggang sabung ayam. Kemasyurannya sampai kepada pengetahuan Ratu Jayang Indera Sakti, raja negeri tersebut. Akhirnya Si Pekan diundang bersabung dengan ayam raja di istana. Bertemu ayam Jalak Bukit Berapit kepunyaan Si Pekan dengan ayam raja. Pertaruhannya, Si Pekan akan menjadi hamba raja sekiranya kalah dan berkehendakkan makanan serta pakaian dari istana jika menang.


Seperti biasa, ayam Si Pekan dapat membunuh ayam raja. Hulubalang dan bentara diperintahkan membawakan makanan dan pakaian ke rumah Nenek Kebayan. Di sana mereka terpandang akan kecantikan dan budi pekerti Si Bunga Melur, kakak Si Pekan lantas apabila pulang mereka pun menyembah maklum kepada Sang Ratu. Si Bunga Melur diperintahkan ke istana dan raja akhirnya tertawan dengan kejelitaan dan kesantunan Si Bunga Melur. Si Bunga Melur dikahwinkan dengan raja lalu diangkat sebagai permaisuri. Pada suatu hari Si Bunga Melur dilihat raja bermuram durja dan sentiasa termenung. Raja ingin tahu apa yang difikirkan oleh permaisuri baginda apabila melihat isterinya sedemikian rupa. Akhirnya Si Bunga Melur pun menceritakan tentang Batu Belah Batu Bertangkup yang telah menelan ibunya itu. Rombongan raja hadir ke hadapan gua batu tersebut dan raja sendiri memanah ke dalam gua yang menyeramkan itu. Sejak dari itu tiada terdengar lagi suara seram dan sebarang pergerakan dari batu tersebut.


Sejarah Sebenar Batu Belah, Batu bertangkup


Cerita mengenai batu belah batu bertangkup yang berpuaka itu bagaimanapun adalah tidak tepat dari segi sejarah. Sebenarnya, sebelumnya terdapat sebatang pokok Binjai yang berpuaka dan bukannya batu bertangkup sebagaimana diperkatakan dari mulut ke mulut sebelum ini. Pokok Binjai tersebut dipercayai didiami makhluk halus (jin) dan sering mengganggu orang yang lalu lalang di kawasan berhampiran.


Setelah mendapat bantuan daripada seorang pawang Bugis yang mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi, Daeng Mekasar namanya, makhluk halus itu kemudiannya dapat ditewaskan dan jin tersebut dikurung di dalam batu berkenaan. Gangguan telah tiada, namun batu itu mula menjadi sebutan.Beberapa tahun kemudian barulah timbul kisah mengenai keluarga Pak Uda Daik dan isterinya Mak Timah yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Mawar dan seorang anak lelaki bernama Pekan.


Ketika Mak Timah mengandungkan Pekan dahulu, Mak Timah pernah mengidam telur ikan Tembakul tetapi tidak kesampaian. Pak Uda pula meninggal dunia selepas ditimpa sebatang pokok yang tumbang akibat hujan lebat dan ribut semasa mencari telur ikan tersebut. Setelah kematian Pak Uda, Mak Timah bersama dengan anak-anaknya telah meninggalkan Lubuk Binjai menghala ke Sungai Kerayong di utara Kapar.


Mak Timah memang pernah dikatakan merajuk kerana kempunan telur ikan tembakul. Bagaimanapun tiada keterangan dan bukti yang mengatakan Mak Timah mati ditelan batu belah batu bertangkup.


Begitu juga dengan cerita yang mengatakan anak lelaki mereka yang bernama Pekan berlaga ayam dan berkahwin dengan anak sultan, juga boleh dipersoalkan kebenarannya. Hal ini memandangkan tiada catatan sejarah yang menunjukkan puteri sultan berkahwin dengan pemuda yang bernama Pekan atau sultan berkahwin dengan Mawar kerana pada masa kejadian, Selangor dikatakan berada di bawah pemerintahan diantara Sultan Muhammad atau Sultan Abdul Samad.


Dalam pada itu, berlaku perang saudara di antara Raja Mahadi dan Tengku Kudin iaitu menantu Sultan Abdul Samad pada pertengahan kurun ke-19. Ketika peperangan itulah, Bukit Binjai dijadikan sebagai salah satu kubu pertahanan Raja Mahadi sebelum dirampas oleh pasukan lawan.


Pada akhir kurun ke-19, barulah kawasan berkenaan dibuka oleh Datuk Panglima Garang Salleh Datuk Man, Datuk Kaya Baduk Datuk Kaya Mohd Ali Orang Kaya Klang bersama Raja Hassan Raja Ibrahim, Penghulu Wan Hassan Datuk Bentara Kiri Amar Diraja Wan Muhamad Salleh, Datuk Maharaja Lela Abdul Ghani Datuk Maharaja Lela Meka’ dan Datuk Panglima Perang Kiri Sedia Diraja Wan Idris Datuk Bentara Kiri Amar Diraja Wan Muhamad Amin.


Bukit Binjai dan Kampung Sungai Binjai akhirnya dinamakan dengan nama Bukit Batu Belah dan Kampung Sungai Pinang.


Rujukan Sumber

 

1)A biography of Malaysian writers, Baharuddin Zainal


2) Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Volume 19, Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Malaysian Branch


 3)"salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-30. Dicapai pada 2016-12-29.