Bila bercerita tentang kelas tambahan... orang kita hanya sibuk menukar kepada nama yang glemer.
Contohnya praktis minda, peer to peer… from zero to hero dll
Tapi konsep yang teman faham ini adalah konsep songsang iaitu drilling from external not from internal.
Dalam kata mudah kita mengharapkan pelajar ada internal driven iaitu kekuatan atau semangat dari dalaman diri pelajar itu sendiri untuk belajar.
Dengan harapan dia dapat mengenal tuhan yang menciptakannya. Selain itu dia dapat berfikir sesuatu yang baru dalam hidupnya.
Yang kita nampak hanyalah mendapat pekerjaan yang setimpal dengan usaha akademik dia.
Tak lebih dari itu. Mungkin boleh dikaitkan dengan istilah 'mandul minda'
sekadar renungan
Sembang dengan seorang cikgu di sekolah.
Apa hubungan antara semakin banyak kita buat kelas tambahan dengan result periksa budak.
Mana dapatan yang menyokong semakin banyak buat kelas tambahan result budak-budak meningkat.
Teman berpegang kepada DDDM data driven decision making.
Atau ada siapa-siapa yang tahu mana2 kajian ilmiah tentang korelasi antara kelas tambahan dan juga result periksa budak.
terima kasih
Dah lari dpd norma pendidikan untuk pembentukan manusia tuan Sheh.
Budak ada 24 jam shj sehari, tak tahulah kut cikgu ada 72 jam sehari. 24 jam tu lah pelajar nak gunakan untuk hadir kelas formal, makan-minum, mandi, tidur, bersukan dll. Kalau satu subjek buat kelas tambahan 2 jam, kalau ada 5 subjek, 10 jam masa kelas tambahan seminggu.
Penjawat awam pun masa kerja rasmi mereka 40 jam shj seminggu, dan masa selebihnya untuk aktiviti kehidupan yang lain. Pelajar berapa jam pula masa untuk aktiviti pembelajaran dlm jadual mereka. Bila masa pelajar itu hendak menguruskan masanya sendiri, merancang, merujuk buku, membuat nota sebelum kelas, membuat semua 5 peringkat Nota, mencerna pelajaran, buat latihan dan berbagai-bagai keperluan pembelajaran yang perlu diamalkan supaya menjadi pelajar yang berkesan.
Kalau dapat A daripada kelas² tambahan melampau itu cuma proses menelan apa yg disuap dan memuntahkan balik semasa peperiksaan, habis peperiksaan semua yang dipelajari berterbangan ke langit biru dan dilupakan.
Mungkinkah kita boleh membentuk pelajar yang hampir berdikari sepenuhnya ketika mendapat ijazah pertama jika daripada umur 7 tahun hingga ke 17-18 tahun, pelajar di spoon-feed semahu-mahunya, tanpa masa dan kesempatan yang cukup untuk mereka berkembang secara ubah ansur secara linear (semakin berkurang utk pergantungan mereka dan semakin bertambah pula untuk kemampuan berdikari mereka)?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan