Isnin, 25 Disember 2023

Dugaan

 Beberapa bulan lepas, seorang kawan saya nak beli handphone baru. Setelah 7 tahun guna handphone lama, memang kena beli yang baru juga untuk memudahkan urusan harian.


Speaker rosak, bateri tahan hanya 30 minit. Kamera blur habis. 


Cuma dia minta bayar dua kali. Saya ok saja sebab dia ni memang pemurah. 0 guna )«kereta waja dulu, kalau rosak je dia lah orang pertama akan bank in atau transfer walaupun saya tahu dia bukan ada duit sangat.


Tiba-tiba satu hari dia whatsapp.


"Abu, aku bayar duit baki handphone nanti boleh?"


"Oh takpe. Take time bro. Ada masalah ke?"


"Takde. Cuma tu lah. Gaji lewat sikit"


"Bereh"


Saya pun ok saja. Moga dimudahkan urusannya. Cuma hati macam tak sedap. Ingat nak ziarah dia. Selang beberap hari, saya pun pergilah ke kedai dia sebab kebetulan ada servis laptop berhampiran kedai dia kerja.


"Azri takde. Berhenti"


"Bila bos?"


"Saya tak tahu"


Bos dia pun macam layan tak layan. Saya telefon azri terus. Lima minit bercakap, saya terus letak dan pecut ke kawasan rumahnya. Saya nak dengar sendiri dari mulutnya.


Ya.


Rupanya, dia dah berhenti kerja. Tapi dia tak bagitahu saya. Hari yang dia tak dapat nak bayar duit handphone yang dibeli, rupanya hari tu dia berhenti.


"Macam ni bu. Hari tu aku nekad berhenti sebab aku nak berniaga. Aku nak cuba kerja lain pula. Sebab kalau berniaga ni, aku ada masa dengan famili. Nak niaga depan rumah je"


Saya angguk dengar.


"Aku dah bagitahu bos sebulan awal lagi. Hari nak berhenti, bos bagi gaji. Aku pun pegang sampul macam nipis je. Biasa tebal. Sekali aku buka RM127 je ada. Gaji aku RM1200. Aku terus patah balik tanya dia. Dia kata, dia lupa nak tolak kwsp aku. Jadi, kali ni gaji dia tolak bulan-bulan yang dia tak carum"


Allahu. Terdiam saya.


"Pastu, kau minta tak? Kau tak cakap dengan bos balik?"


"Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tahan je. Aku minta ihsan dia. Kesianlah dekat aku. Sewa rumah lagi. Bil. Anak bini. Aku memang down sangat masa tu"


Azri terus pulang. Masa dia menunggang motor, tiba-tiba ada kereta hon dan minta dia berhenti sebab pemandu tu kata dia bawa motor macam orang blur. Lampu merah pun langgar je.


"Aku memang blur bu. Aku tak tahu nak cakap apa. Dengan kos hidup yang tinggi ni, aku ada hanya RM127"


Berbulan berlalu, dia tak tahu nak buat apa.


Setiap kali lepas subuh, dia akan ke surau. Lepas solat, menangis sampai tertidur. Tiada apa yang tinggal.


Satu hari, tuan rumah datang ketuk pintu. Dia terus ajak anak isteri menyorok dalam bilik. Tutup semua laptop. Dah dekat dua bulan tak bayar sewa. Dia rasa tuan rumah macam nak halau dia.


Tiba-tiba tuan rumah bersuara dari luar,


"Azri, saya bukan nak minta sewa. Bukan nak halau awak. Saya nak bagitahu, kalau awak susah takpe. Sewa bulan lepas dan bulan ni saya halalkan"


Azri bagitahu,


"Masa tu aku malu sangat. Aku keluar dan minta maaf berdiam diri pada tuan rumah"


Tuan rumah kata takpe. Ada duit nanti bayarlah. Sementara nak cari kerja ni.


Kemudian esoknya, Azri cerita dia ke surau lagi selepas subuh. Habis solat, tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang mendekati dia.


"Assalamualaikum"


"Waalaikumsalam" jawab Azri.


"Kamu ni, pakcik tengok dah sebulan lebih tak tinggal subuh di surau ya. Hari-hari ada"


Azri tersenyum saja. 


"Macamni. Pakcik ni ada kebun. Hasil jualan kebun tu pakcik memang tak ambil duitnya. Biasanya pakcik kumpul dan bagi pada sesiapa yang pakcik rasa nak bagi. Jadi, pakcik rasa nak bagi kamu lah. Boleh?"


Kawan saya Azri ni cerita sambil menahan sebak. Bertakung airmatanya.


"Kau tahu bu. Aku ikut dia balik subuh tu, dan di tangan aku, pakcik tu bagi RM2600. Dua bulan gaji aku yang bos aku tolak dan tak bayar sebulan lagi. Aku menangis sungguh. Aku terduduk kat situ juga"


Pakcik tu pesan kat aku,


Gunalah duit ni untuk mulakan hidup baru. Selesaikan semua hutang-hutang. Jangan putus asa. Allah itu Maha besar dan Maha Kaya.


Kalian,


Begitulah kasih sayang Allah pada kita. 


Biasanya, memang Tuhan akan buatkan kita menangis sungguh padaNya.


Maka, sebelum kita nak marah-marag dengan ujian, nak menyalahkan keadaan, buntu dimana nak mulakan,nak selesaikan masalah dan lain-lain,


Kembalikan dahulu semuanya kepada Allah.


Mohon sedar diri yang kita ni tiada langsung modal untuk berdepan dengan dunia dan akhirat melainkan berharap belas kasihan Allah kepada hamba yang diciptakan penuh kegagalan! 


Kita semua sedar kalau gagal tandanya tak cukup menangis lagi! 


Nak berusaha sehabis mungkin guna kederat atau tulang empat kerat itu, sesungguhnya jauh lebih mudah daripada nak memberi airmata untuk Allah, menangisi dosa dan salah kita yang banyaknya.


Dia, iaitu Allah terlalu cinta kepada rayuan hamba yang memohon itu ini dariNya. 


Tuhan tunggu itu. Menunggu hambaNya datang merayu. Bersujud dan berlutut, hingga tersembam kerana mahukan Allah dahulu.


Lalu, perlahan-lahan Allah ambil hati kita, dan Allah kembali berikan dunia semula.


Untuk kalian yang diuji begini, panduannya ada di atas.


Percayalah, keajaiban itu ada pada mereka yang percaya.


Percaya yang pertama. Beriman kepada Allah.


kredit : abu hurairah as syifa

Jumaat, 22 Disember 2023

Tender

 Tadi lalu FYP kat tiktok aku. Video tu from Amerika. Content creator tu mentioned Electrical Engineer is the highest paid job. Lebih kurang $10K sebulan or $120K per annum.

.

Aku scroll comment² kat video tu..Yelah..nak tau jugak berapa lama experience as Electrical Engineer kat Amerika tu boleh dapat gaji $10K sebulan.

.

Jawapannya: Average 5 tahun.

.

Next..kawasan mana kat Amerika yg bayar gaji Electrical Engineer $10K? 

.

Jawapannya: Ada mcm² tempat lah dlm comment tu..Tapi kebanyakkan kata "Texas".

.

Ooo..Texas..Bandar Oil and Gas..Memang lah bayar mahal.Sebab Texas tu serba serbi mahal.

.

Ok, berapa pulak gaji Electrical Engineer kat Malaysia?

.

Ikut Jobstreet, average Electrical Engineer kat Malaysia dibayar gaji RM3.6K-RM5.3K.

.

Plus Jobstreet kata TOP TWO bandar paling tinggi bayar Electrical Engineer adalah Penang (RM4.7K) dan KL (RM4.4K).

.

Hahaha..Aku tau mesti ada yg convert RM4.7K tu ke USD..Dah lah..tak yah nk convert² sgt lah! Memang gaji kita murah! 😂😂

.

Sebab apa murah? Sebab "Mentaliti industry kita semua nak murah!"

.

Sebab apa aku kata mcm tu?

.

Kalau issue tender project. The lowest bidder win!

.

Aku pernah lah experience benda ni..After technical evaluation...Mana² bidder yg fully complied technical tu. Maka kita proceed pulak for commercial evaluation..

.

Bila bukak je commercial proposal masing²..

.

1st bidder quote RM200mil

2nd Bidder RM400mil

3rd Bidder RM405mil.

.

Disclaimer: Ni contoh figure je,bukan figure sebenar. Kang ada yg boleh detect project mana pulak..hahaha.Aku just nk bgtau, walaupun semua bidders full compliance on technical. Ada HUGE COMMERCIAL gap between lowest Bidder and other Bidders.

.

Top Management dah senyum...Instruction dah diberi: "PROCEED WITH LOWEST BIDDER"

.

Aku as technical evaluator leader sangat² tak puas hati!!

.

Mana mungkin harga "the lowest Bidder" tu boleh separuh dari org lain. Sedangkan dia kata dia comply semua technical requirement!

.

So,aku highlight kat Management. Something not right somewhere, we shall do deep due dilligence checking on the lowest bidder technical proposal!

.

Management kata: Apa nak di deep due dilligence lagi???Dalam compliance sheet kata semua dia dah comply!

.

Aku still kata "NO".

.

Management kata "OK, do your way".

.

Aku pun arrange techical clarification meeting dengan the lowest bidder.

.

Team aku dig 1-1 barang yg dorang supply..Tengok sequence planning macam mana, machineries apa yg dorg pakai..bla². Pendek kata tanya line by line apa yg ada dalam technical requirement..Memang detail habis!

.

Long story cut short..

.

Korek punya korek, drill punya drill..Last² tau lah aku, barang² yg dorg quote semua barang cap ayam. China mari, India mari..Brand tak pernah dengar pun ada..

.

Proposed "Project Team"? tak capable.

.

So,as technical evaluator leader. Apa yg aku buat? Of course lah aku advise Management "NOT RECOMMENDED".

.

Tapi Management kata...Alah..proceed je lah..Kalau dorang submit variation order pun, tak kan lah sampai 100% a.k.a another RM200mil? Paling² pun 20%-30% je daripada orginal contract value.

.

Aku cakap: This is time bomb..Big problem will happen during execution..

.

Long story cut short lagi sekali..The tender awarded to "not recommended" bidder tadi..

.

And as expected...During project execution..Project jahanam, delay kemain lama. Lepas tu defect kemain banyak..huhu..

.

Tiba lah dlm 1 meeting. Aku pun menyelit.." I told you already Boss..This is what we call you pay peanut, you get monkey"

.

Boss aku punya maraaaahhh!!! "How dare you can say like that!!!" 

.

Mujur tak dibalingnya kusi meeting kat muka aku..🤣🤣

.

Kenangan betul.Hahahaha😂

.

But project is project. We need to manage it. Ada problem kita solve..Bukan lari dari problem..Finally, project tu pun completely delivered..

.

Anyway,tu baru tender punya cerita...

.

Kalau cerita procurement pulak??1st time beli mintak discount kaw² ke supplier. 2nd time beli mintak lagi discount on top of discounted price masa 1st time beli dulu..

.

Jem kepala bila aku tgk benda ni..Nak discount tu,discount lah...Tapi jgnlah sampai "BUNUH" supplier!

.

Pastu mentaliti product made in Malaysia, WAJIB kena murah. Wajib ye, aku ulang WAJIB!!!!

.

Tapi Made in USA and Made in England 10x ganda mahal pun tak pe. Padahal standard compliance sama.

.

With mentality

"The lowest Bidder win"

"Buang harga,win project 1st,manage all shit later"

"We only do easy job,let others nation do the difficult one"

.

Kau rasa lagi 10tahun, kita boleh bayar Engineer kita setaraf Engineer Amerika tak???

.

Renung²kan lah...

.

#IrARB

P/s: Nak ubah industry kita, mentaliti kita kena berubah dulu.

Ahad, 26 November 2023

Value dirimu

 Seorang pelajar sedang membersihkan aquarium gurunya sambil memandang ikan arwana dengan takjub.


Tanpa disedari, gurunya sudah berada di belakangnya..

"Kamu tahu berapa harga ikan itu?". Tanya gurunya.


"Tidak tahu". Jawab si pelajar itu..


"Cuba kamu tawarkan kepada jiran sebelah !!". Perintah gurunya.


Ia mengambil gambar ikan tersebut dan menawarkan kepada jirannya..

Kemudian dia kembali menghadap gurunya .

"Ditawarkan berapa harga?" tanya gurunya.

"RM15  ". Jawab pelajar itu.


"Cuba tawarkan pula ke kedai ikan hiasan !!". Perintah gurunya lagi..


"Baiklah guru ". Jawab pelajar itu.

Kemudian ia pergi lah ke kedai ikan hiasan..


"Berapa ia menawar ikan itu?". Tanya gurunya..


"RM450 ". Jawab pelajar itu dengan gembira, ia mengira gurunya akan melepas ikan itu..


"Sekarang cuba tawarkan kepada Si Fulan, bawa ini sebagai bukti bahwa ikan itu sudah pernah ikut pertandingan". Perintah guru lagi..


"Baik guru ". Jawab pelajar itu.

Kemudian ia pergi menemui si Fulan yang dikatakan gurunya.

Setelah selesai, ia pulang menghadap sang guru.


"Berapa ia menawar ikan itu ?".


"RM14,500 ".


Ia terkejut sendiri menyaksikan harga satu ikan  yang berbeza beza. 


"Nak, aku sedang mengajarkan kepadamu bahawa kamu hanya akan dihargai dengan benar ketika kamu berada di lingkungan yang tepat..".


"Oleh karena itu, jangan pernah kamu tinggal di tempat yang salah lalu marah karena tidak ada yang menghargaimu.. Mereka yang mengetahui nilai kamu itulah yang akan selalu menghargaimu..".


كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِي نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا

Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita.


وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.


وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا

Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita.


وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا

Kita adalah peribadi yang menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita.


وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا

Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri akan kita.


لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ، فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ

Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah-lelah agar nampak baik di mata orang lain.


يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ ، رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك

Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak akan pernah tergapai.


وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك ، فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ

Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai, maka tinggalkan segala upaya mencari keredhaan manusia, dan fokus saja pada redha Allah .


 

.kredit to penulis asal. 


ان شاء الله

Nompo

 Adat wong jowo


Asal mantu... nompo

Angger sitik jenenge orak ono


Wae akeh    ... eneng jeneng


Jom baiki ikut syariat


Benda tu kan hadiah seikhlas hati

Angger wae seketep ...yok ditampani


Lotong

.........................       


teman bila mantu

Teman jemput dtg je


Klu nak bg hadiah

Masukkan kat tabung anak yatim


Wat signboard sing geden...

Wong sing mantu orak nompo


Jemput kon mangan wae...

Wes warek... balik


Koyo kuwi tho...


Ni citer teman ke 8 kot...

Wes podo kelalen

Rabu, 15 November 2023

Vanpayer

 BESI BURUK BERGERAK. 


Saya letak downpayment kereta ini RM50000. Beli plat number hampir RM10000. Pasang skirting dan lain-lain dalam RM5000. Total RM65000.


RM65000 yang saya sangkakan ianya sebagai satu kejayaan. RM65000 yang saya sangkakan sebagai satu kemajuan dalam karier. Walhal menjadi satu bebanan di dalam kehidupan. 


Saya bukan seperti orang lain yang bergerak menggunakan kereta. Kadang kala dalam sebulan tidak sampai 10 kali kereta bergerak. Sifat dan jiwa saya banyak bergerak menggunakan motor. Lagi-lagi pula kini saya tinggal di Kuala Lumpur. SO TIDAK BERBALOI LANGSUNG MENGGUNAKAN KERETA. 


Bergerak atau tidak Vellfire ini, bulanan tetap kena bayar pada bank sebanyak RM3300. Roadtax + insurans hampir RM10000 setahun. 


Di sini saya mula terfikir. Untuk apa lagi saya simpan ‘ kejayaan ‘ ini. Dan saya mula renung ke dalam diri ini untuk apa saya simpan Vellfire ini. Di mata orang terlihat saya berjaya. Di mata sendiri hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya menjadi hamba kerja untuk menampung bulanan kereta ini. 


Saya mengambil keputusan menjual kereta ini. Ternyata keputusan saya tepat kerana saya dapat berjimat hampir RM5000 sebulan. Kini hidup saya tenang tanpa hutang. Kini jiwa saya tenang untuk menjalani kehidupan seperti orang-orang biasa. 


Nak beli kereta mewah tidak salah. Yang salahnya apabila kita terpaksa bekerja keras hingga tidak dapat ketenangan dalam kehidupan demi untuk membayar SEBUAH BESI YANG AKAN MENJADI BURUK SATU HARI NANTI. 


KERETA BUKANLAH SATU KEJAYAAN. TETAPI KERETA ADALAH SATU BEBANAN DI DALAM KEHIDUPAN.