Jumaat, 12 Januari 2024

Drift

 Segelas air dan menjadi pemandu yang bagus

----

Pernah tengok katun Initial D ? Alaa katun yang mengisahkan seorang budak 17 tahun yang bawa kereta zaman 1980an warna putih untuk hantar taufu milik kedai bapak dia ke hotel di atas bukit ?

Kalau tak pernah, subscribe Amazon Prime, ada 5 season cerita ini dah dah ada english sub.


Katun ini kisah asas dia adalah skill pemanduan, jadi pihak produksi sengaja pilih kereta paling slow dan purba. Teknologi 80s nak lawan 90s ?? On paper memang kalah teruk AE86 tu kalau nak dibandingkan dengan jentera moden lain.


Tapi ini kisah pasal skill pemanduan :D 


Jadi mudah nak faham bab teknikal rahsia pemanduan.


DK ( Drift King ) dilantik sebagai penasihat teknikal untuk versi manga dan anime.


Kenal tak DK ? Nama beliau ialah Keiichi Tsuchiya 

- 2001 All Japan GT  Runner up

- R32 factory Nissan race driver 

- test FD2R sampai kalahkan R34 sebanyak 4 saat di Suzuka ( stock to stock di trek besar dan favor top speed ) 

- 2 kali menang Le Mans ( https://www.24h-lemans.com/en/track-record/driver/keiichi-tsuchiya-6103 ) 


- kereta pergi pasar ialah Toyota Trueno AE86 GT Apex Panda


- sentiasa dikaitkan dengan Drift , salah satu tonggak yang popularkan sukan Drift 


Jadi ilmu yang dia turunkan di dalam Initial D nih ialah proven dan disampaikan dalam bentuk paling mudah.


Ilmu no 1 yang saya kupas ialah teknik braking guna gelas air sebagai indicator


Dia ada bercerita pasal kena pusingkan air macam jadi pusaran sewaktu ambil selekoh, tapi itu terlalu advance. 


Kita borak pasal accelerate dan brake aja dulu 


Jadi salah satu rahsia pemanduan ialah smooth driving.


Asas smooth driving ialah weigh transition atau weight shift yang sempurna.


Saya bagi satu analogi,


Anda bawa kereta dengan sorang penumpang

Anda bawa agak laju

Tiba tiba lampu isyarat mula merah

Anda terus aja brek

G force diapply ke penumpang

Penumpang pun pening


Ok ulang balik senario yang sama di atas tapi ubah di bahagian braking

....

Anda bawa agak laju

Tiba tiba lampu isyarat mula merah

Anda menggunakan skill untuk brek

Brek secara gradual & teknik rahsia

Penumpang tak tau pun kereta dah brek

Dia main henpon & tak pening kepala


Amacam , faham tak ?


Apa yang berlaku di senario ke-2 ialah, pemandu tahu bagaimana nak elakkan g force disampaikan ke penumpang. 


Jadi bagaimana nak berlatih ?


Ambil segelas air dan letak di cup holder. Ativa telah didatangkan dengan 2 cup holder , jadi boleh letak dedua 😃


Try letak air separuh aja dulu


Semasa kereta mula bergerak, misi dia ialah taknak bagi air tumpah, jadi kenalah tekan minyak slow slow dahulu.


Kemudian semasa brek, pun taknak bagi air tumpah, jadi brek kena awal dan apply brek sikit sikit supaya air tak tumpah.


Budak Jepun dalam katun tu hari hari ye drive hantar taufu selama 5 tahun.


Jadi ilmu ini perlukan masa untuk diasah

Ahad, 7 Januari 2024

Pencen

 Orang baru lepas Pencen jangan buka Restoran!


Saya lihat terlalu ramai orang lepas pencen terima duit ratus ribu dalam simpanan dia lepas tu dia buka Kedai Makan atau Restoran.


Dia sebelum ni kerja makan gaji dan tiada pengalaman berniaga. Bila ada duit, dia rasa nak ada 1 bisnes yang boleh dia buat sesuatu dan menghabiskan hari tua dengan gandakan duit yang ada.


Ada juga yang tanya anak, nak buat bisnes apa. Anak pun cadang buka kedai makan paling senang. Anak yang tiada pengalaman berniaga kata dia boleh uruskan.


Apa yang berlaku, mereka mula cari kedai dan habiskan duit dekat renovate kedai bagi cantik. Ada juga dia punya syoq nak renovate kedai, dari jauh ingat butik pengantin, rupanya restoran.


Meja kerusi tak nak mengalah. Macam kerusi sultan brunei. daun-daun atas siling terjuntai dah macam hutan amazon.


Duit tengah ada kan.. Puas lihat kedai nampak gah. Lepas tu buat 5-10 menu makanan. Ambil pekerja ramai. Launching kedai pun orang tak perasan kedai wujud sebab tak ada ilmu launching.


Mula post di dalam group kawasan setempat. Ada yang datang tapi tak ramai sebab nampak kedai macam mewah. Orang ingat harga mahal. Sales tak banyak, mula rasa penat dan stress.


Lepas 6 bulan berniaga mula pening kepala sebab sales tak seperti yang diharapkan. Sewa kedai beribu kena bayar. Pekerja ramai kena bayar. Akhirnya tutup.


Mula lah bergaduh laki bini di umur yang senja. Hubungan dengan anak-anak mula tak elok. Dari bahagia dah jadi macam kat neraka.


Ini yang kita tak mau dan berlaku.


Saya memang tak galakkan orang pencen yang tak ada pengalaman berniaga ni, untuk buka bisnes restoran kecuali dia memang ada sedikit pengalaman sebelum ni dan ada anak yang memang berniaga dengan cemerlang.


Kalau teringin sangat-sangat dah nak berniaga makanan, mula dengan buka gerai atau payung tepi jalan. Test jual 1-2 makanan dahulu. Paling mudah berniaga pagi macam nasi lemak.


Kalau ramai beli, hasil memuaskan dalam tempoh 6 bulan, baru lah fikir nak ke next level. Duit simpanan tak rugi, kepala pun tak stress tapi tetap penat juga atas faktor umur.


Di usia tua dan dah pencen ni, pada pendapat saya, elok duit yang ada ratus ribu tu buat beli tanah dan bina rumah pintu atau bina rumah buat homestay. 


Buat sikit-sikit dulu. Jangan la p buat 5-10 biji sekali gus. lagi satu, jangan salah pilih kontraktor pulak.


Nak buat pula jangan jauh sangat dari tempat kediaman. Mudah nak uruskan dan pantau.


Sekurang-kurangnya tanah dan rumah adalah hak kita. Tak la rasa rugi sangat dan nampak depan mata. Tak hilang.


Sebulan dapat  RM1500-RM3000 (bergantung kepada berapa unit rumah pintu atau berapa ramai sewa homestay) sebulan bagi orang pencen kira ok dah tu dari tak dapat langsung duit sampingan.


Hidup di usia tua dengan kesihatan yang makin menurun, tak perlulah habiskan duit yang diterima ratus ribu tu dengan buka restoran.


Ramai dah dok tengok bisnes lingkup sebab tak ada pengalaman tapi ada duit demi memenuhi impian sendiri atau impian anak.


Jadi, hargai dan gunalah duit pencen yang anda terima segedebuk tu di tempat yang betul. Jadi ejen MLM ka, ejen insurans ka, forex pun jangan join sebab tenaga dah tak sekuat dulu.


Tua-tua ni nak tenang je.


Gambar: Sumber Google

Sabtu, 6 Januari 2024

Flight

 Izinkan saya berkongsi tentang kebesaran Allah. Hanya seminit dua diperlukan. Boleh ya. 


Cuba kawan-kawan lihat ratusan butang dan skrin yang besar untuk dirujuk oleh juruterbang. Setiap satu butang ada fungsi tersendiri. Ia begitu kompleks hanya untuk bantu pesawat untuk navigate terbang sahaja!


Dan harga sebiji pesawat seperti dalam gambar Airbus-A380 ini kira-kira USD 200 juta! 


Tabik hormat kepada pilot yang saya kenali antaranya Captain Gazze Azri dan Captain Mohd Ezairol Rezan Zainol. 


Macam mana la dorang boleh hafal fungsi butang ni semua. 


Nah, cuba kita bandingkan pula dengan saiz seekor burung pipit, burung helang, burung merpati, burung hantu dan burung enggang.


Mereka ada otak sebesar biji tembikai sahaja. Dan ianya cukup untuk lakukan proses pengiraan yang rumit ini dibuat!! 


Ia melibatkan kelajuan, ketinggian, muatan, berat, arah, kompas, timing, radar untuk mencari makanan dan melarikan diri daripada musuh. 


Dalam salah satu rancangan National Geographic yang saya tonton, seekor burung helang yang membuat ‘maneuver’ dari langit untuk tangkap ikan di laut boleh capai kelajuan 160 kilometer sejam! Dan ia tak terhempas!


Kita kalau naik motosikal, bawa kelajuan sama dan brek mengejut. Kalau tak terpelanting atau skidding memang tak sah. 


Tak cukup dengan itu, fikirkan pula cara burung buat ‘perfect landing’ ke dahan pokok dalam altitud kelajuan tinggi. Jarang pula burung terhempas langgar pokok atau terbabas ke tanah. 


Uniknya, burung-burung lakukan semua ini tanpa bantuan menara pengawasan, radio, satelit atau GPS! Masya Allah. Dan semestinya semakin kecil objek itu untuk mempunyai keupayaan seperti sebuah kapal terbang. 


Berapa juta agaknya nilai teknologi yang ada pada semua jenis burung itu. 


Kawan-kawan,


Allah Taala berfirman dalam surah Al Mulk (ayat-19):


https://quran.com/en/al-mulk/19


"Tidakkah mereka melihat burung-burung yang berada di atas mereka dengan sayap yang terbentang dan [kadang-kadang] berlipat-lipat? 


Tidak ada yang mengangkatnya kecuali Yang Maha Penyayang. Sesungguhnya Dia Maha Melihat dari segala sesuatu".


Allah Maha Berkuasa, Makhluk Tiada Daya Upaya.


Begitulah. 

Hafizul Hakim

Bengkel

Cnp

 Starter pack org bodo "kaki lipak" bila nk bukak bengkel kete :


1. Wajib bahlol, kete axia di rekemennye suruh pakai 20w-50. Kete gearbox cvt di suruhnya taruk atf sp3 sbb kt kedai xde myk cvt katenye.. 


2. Bila org tanya harga upah dia buat muka siamang lapar mcd. Tanye je kot... xkan nk buat terus tanpa tau harga. Xpun bile org konfius die bebel ape kt wasap die reply "ha tnye lagi?". Beberapa bulan kemudian dia post kisah sedih kt grup bmf ckp "Sy sedih la dh dekat setahun sy bukak bengkel, makin lama makin sendu, camne ye guys?" pstu jadi la isu melayu x sapot melayu... 


3. Segala jenis upah harga mengalahkan nk servis kapal selam. Upah tukar myk hitam rm50, upah tukar myk gear rm100, upah tukar timing belt rm500, upah tukar bering rm150 utk sbelah, upah tukar motor kipas rm200, upah tukar coolant skali flush rm250 - 400 habis citer sume harga boleh buat yahudi patah balik Israel. 


4. Bengkel alat x lengkap, bumbung bocor sana sini, tandas dh mcm tmpt pembunuhan kes bunuh 10 tahun lepas. Tapi kete owner steady pakai alphard latest model. Katanya baru pindah masuk jdi x smpat nk repair sgt keadaan kedai tu. Bila org tnya bengkel dulu2 kt mana duk putar alam jawab lain smbil mata pandang ke lain. Mgkin byk kali pindah sbb byk org cari sbb byk menipu sbb tu xnk bgtahu bengkel dlu kt mana dan nama apa.   


5. G kedai oder sup gearbox.


6. Tempat menunggu utk pelanggan kasi kerusi yg otw nk roboh, nak lagi mujarab dia susun kerusi kedai tomyam berderet kt tengah2 panas. Biarpun kt tepi bengkel ada tempat redup berbumbung "ori punya bahlol👍🏼"


7. Orang bayar utk minyak fully synthetic, bila kastemer g jauh ckit utk isap rokok john kejap automatik jadi babi duk tuang minyak brand bukan2 mcm "Kmax" 15w 40. Tpi resit tulis castrol edge 5w 40 rm300.. bila kantoi tuang myk cap ayam dia putar ckp "sy saje letak myk ni bang sbb nk flush kejap sbelum letak myk edge tu, mjur abg ingtkan". Padahal dh siap tutup bonet..


8. Kat bengkel wajib ade beberape ekor macai utk jadi kaki bekap stok buat bertekak dgn kastemer bila kantoi buat keje bodo dan menipu. 


9. Suka duk bebel ckp kuat2 kenapa mcm tu kenapa mcm ni, marah mcm org suruh dia buat keje free. Padahal kes dia cuma lajak 500km je utk servis tukar myk hitam... duk bebel mcm org tu lajak 100ribu km... 


10. Bila org g bengkel cina kt sbelah kedai dia, dia buat muka mcm nk telan bila pandang kita. Lagi best bila kita ckp kuat2 sampai dia dengar "apa boss? upah tukar myk hitam dan atf suma rm50!!??". Lagi la dia pandang sampai nk terkeluar bijik mata. Maklomlah kedai dia upah tukar myk hitam dan atf saja dah jejak rm120, nk kata pekerja ramai, ade sekor due je. Hat cina tu pekerja ada 4,5 org tpi hrga murah dan cepat tmpt tggu ade ekon siap.. Silap2 klu baiki bende2 rumit mau2 tokey bagi sorg tukang urut sementara menunggu. 


Renungan

 IMPAK PALATAO SEJARAH

Sejak beberapa tahun ini memang muncul ramai palatao dalam pelbagai bidang. Selain dari bidang agama, bidang sejarah juga antara yang sering muncul palatao.


Berkenaan perkataan palatao, saya tiada definisi tepat. Pertama kali dengar beberapa tahun lepas dari lidah Abu Ubaidah (bukan H4M45). Rupanya beretomologikan kalimah Kepala + Tau = Palatao. 


Mungkin definisi peribadi saya tentang makna palatao ialah, orang tak tahu yang buat² tahu apa yang dikatakan atau orang yang memandai-mandai ulas isu yang dia sendiri tidak tahu.


Jika definisi saya ini tepat, maka perbuatan ini ialah perbuatan yang sebenarnya menipu, berdusta dan berbohong. Hal ini jelas dari dalil,


كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya. [Riwayat Muslim]


MUSIBAH PALATAO

Muncul nama-nama seperti Auni, Rofa dan Solehah yang menggunakan gelar mereka tapi membicarakan hal yang bukan bidang mereka. Menyelewengkan ilmu dengan karut marut yang melampau.


Lalu kata Dr Solehah "tak percaya so what?" sedangkan memberikan bukti atas dakwaan sendiri ialah wajib apatah lagi ketika memberikan pandangan yang syaz! 


Sedangkan kaedah mahsyur dalam bidang adab al-bahth wa al-munazarah menyebut:

إِنْ كُنْتَ نَاقِلًا فَعَلَيْكَ بِالتَّصْحِيحِ    وَإِنْ كُنْتَ مُدَّعِيًا فَعَلَيْكَ باِلدَّلِيلِ

“Jika sekiranya kamu menyatakan sesuatu hendaklah kamu mensahihkan dahulu berita itu, dan sekiranya kamu mendakwa hendaklah kamu menyatakan dalil atau bukti."


PINTU AJARAN KUFUR

Cukuplah kitab rujukan sejarah lama kita telah diolah dengan kaitkan sejarah kita dengan Zulkarnain , Nabi Sulaiman, Nabi Isa dan Nabi Khidir. Perkaitan ini telahpun diolah tanpa disiplin akademik  oleh orang terdahulu.


Namun hari ini bidang akademik telah dicabuli oleh orang yang memegang 'title' prof dan doktor.  Juga mengkaitkan sirah kita dengan para anbiya dan para sahabat TANPA bukti.


Dengan sesuka hatinya mencipta kisah para nabi dan para sahabat tanpa sebarang bukti dari hadith mahupun catatan ulama sirah. Ini ialah pintu kepada ajaran sesat.


Hal ini sebagaimana Yahudi juga mengolah palatao cerita tentang nabi² kita dan buat ikut tekak mereka. Lalu muncul lah agama Yahudi dari kaum Bani Israel. Juga munculnya Nasrani yang mengolah cerita kononnya Nabi Isa dibunuh. Lalu muncul ajaran baharu. Dua ajaran ini muncul tak lain tak bukan kerana rahib² mereka bebas mengolah kisah nabi² tanpa perlu dibuktikan dari mana-mana rekod agama. Walau dari bible sekalipun!


Syiah juga menggunakan teknik palatao ketika mengolah cerita para sahabat ramai yang kafir selepas Rasulullah wafat. Palatao nya juga tanpa perlu apa² sanad hadith. Berhujahkan "tak percaya, so what" pun boleh dah muncul ajaran baru.


UBAH SEJARAH, SENTUH FIQH

Bayangkan ketika kita sebut Melayu ialah darah Ahlul Bayt daripada rentetan rekaan cerita mereka ni. Mungkin kita anggap alah reka sejarah je takde impak pun.


Sedangkan impaknya ialah, orang Melayu ialah kaum yang haram dapat zakat kerana diharamkan zakat ke atas Ahlul Bayt.


Jika kita terima teori Melayu dari Qeturah sedangkan tiada hadith sahih dan ayat Al-Quran sebut tentang itu, maka kaum lain juga berhak untuk 'claim' benda yang sama.


Jika teori Melayu-Qeturah diterima kerana ada dalam Bible, adakah kita iktiraf 'tsiqah' intipatinya? jangan lupa yang dalam itu juga lah yang kata Isa anak tuhan.


Jika para sahabat ada ramai sampai di Kedah, pastilah ramai 'tabien' dan 'tabi tabien' di Kedah yang patutnya layak dijadikan rujukan. Namun hakikatnya tiada.


'TIMELINE' MERAPU

Ketika dia sebut Uthmaniyah suruh Dato Bahaman mesyuarat atas Gunung Jerai pada 1948. Uthmaniyah pun dah takde sejak 1923. 1948 tu Turki dah ada perdana menteri ke-8 dah. Jelas 'timeline' palatao ni pun memang ke laut.


Saidina Uthman pernah sampai ke Kedah? Nabi Adam turun di Gunung Jerai? Besi yang Zulkarnain guna untuk tutup Yakjuj Makjuj ambil dari Kedah? Kapal Tariq bin Ziyad pun kayunya dari Kedah. Pedang nabi pun tempa di Kedah? Semuanya tiada dalil dan bukti pun.


Malah patutnya kita persoal kenapa banyak² tokoh dahulu ada kaitan dengan Kedah sahaja? Hatta Pulau Pinang dan Perlis pun tak pernah dapat kredit yang sama walaupun dahulunya mereka satu negeri. Sebab ini semua palatao.


KESIMPULAN

Palatao dalam sejarah juga bakal memusibahkan agama ini. Apatah lagi yang dikaitkan ialah para anbiya dan para sahabat. Kita tak perlu dimuliakan dengan kisah² palatao ini.


KU NUKIL

Wahai bangsa keris

Cukuplah lok mu menjadi saksi

Perkasa genggam luka terhiris

Zaman berzaman masih  berpaksi


Wahai bangsa jawi

Persuratan mu bermula tak henti

Syair gurindam dondang senawi

Budi bahasa segala terbukti


Wahai bangsa tanjak

Kemas terikat berloket suasa

Ditala meriam pun tak berganjak

Hanya takut Yang Maha Kuasa


Jangan lah lagi rekayasa

Silam zaman saatnya masa

Terhormat sudah seluruh bangsa

Tak perlu tambah perisa rasa

Cukup sembah Yang Maha Esa

Mulia hendak-Nya sekalian wangsa


Taufiq Tuah

Value, Waghih

03.01.24 | 21.06.45