Ahad, 17 Mac 2024

RM7

 Saya terima banyak pertanyaan daripada sahabat².. Tentang kadar zakat Fitrah yang perlu ditunaikan pada bulan Ramadhan ni, dalam keadaan tiada bekalan beras Super Special Tempatan (SST). 


Ramai yang mengadu, kebanyakan masyarakat yg sebelum ni menjadi kan SST sebagaimana makanan utama, kini terpaksa membeli beras import yang harganya lebih mahal berbanding beras SST.


Persoalannya...berapa kadar zakat Fitrah perlu ditunaikan oleh mereka yang menghadapi situasi sebegini. RM7 kah...? atau RM14 kah...? Atau bagaimana kah?


Bagi menjawab persoalan tersebut, berikut penjelasan saya:


Berdasarkan pandangan di dalam Mazhab as-Syafie, kewajipan zakat fitrah adalah berdasarkan kepada makanan asasi yg menjadi قوت البلد (makanan asasi majoriti) sesuatu penduduk.


Imam an-Nawawi menyatakan:

‎وَتَجِبُ مِنْ قُوتِ بَلَدِهِ

(Minhaj at-Tolibin)

Rujuk: https://alminhaji.com/matn/fast/


Berdasarkan pendapat ini, قوت البلد (makanan asasi majoriti) umat Islam di negeri Selangor adalah beras. Bukan gandum, atau jagung, barli, pizza atau cikidis dll. 😁


Berdasarkan Kajian Makanan Asasi Penduduk Negeri Selangor (Zakat Fitrah) yang dijalankan pada tahun 2022 yang dilaksanakan oleh LZS secara survey di lapangan, data kajian mendapati, beras SST 5% adalah kategori beras yang menjadi pilihan majoriti umat Islam negeri selangor iaitu sebanyak 46.03%.


Berdasarkan kajian ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menetapkan bahawa, beras SST 5% dianggap sebagai قوت البلد (makanan asasi majoriti) umat Islam di negeri Selangor. 


Berdasarkan ketetapan ini juga, kadar zakat fitrah yg wajib ditunaikan oleh umat Islam di negeri Selangor mengikut SST 5% adalah RM7.


Sementara itu, bagi mereka yg memakan beras selain SST, LZS juga menjalankan kempen menggalakkan umat Islam di negeri Selangor untuk membayar zakat fitrah mengikut jenis beras yang di makan. 


Asas kempen galakkan ini adalah berdasarkan kepada pendapat Imam an-Nawawi yang menyatakan:

‎وَقِيلَ: قُوتِهِ


Berdasarkan pendapat ini, seseorang itu juga boleh menunaikan zakat Fitrah berdasarkan makanan asasi yang ia sendiri makan (قوت نفسه). Bukan berdasarkan makanan yang menjadi makanan majoriti umat Islam.


Oleh itu, bagi umat Islam di negeri Selangor yang memakan beras seperti: 

• Beras Import Putih

• Beras Perang

• Beras Pulut

• Herba Poni

• Beras Wangi


Kadar zakat Fitarh yang DIGALAKKAN (bukan wajib) untuk mereka tunaikan adalah RM14.


Manakala mereka yang memakan beras seperti:

• Beras Basmathi

• Beras Jepun

• Beras Merah


Kadar zakat Fitrah yang DIGALAKKAN (bukan wajib) untuk mereka tunaikan adalah RM21.


Bagi mejawab isu ketiadaan beras SST di pasaran, apakah kadar zakat yang perlu ditunaikan oleh mereka yang sebelum ini memakan beras SST, akan tetapi mereka terpaksa membeli beras import yang harganya lebih mahal daripada beras SST.


Saya tertarik dengan pandangan yang dikemukan oleh pengarang Kitab al-Fiqh al-Manhaji A'la Mazhab al-Imam as-Syafie iaitu Sheikh  Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugho dan Sheikh A'li asy-Syarbaji yang menyatakan: "Makanan yang dimakan sewaktu musim susah dan kemarau tidak boleh dianggap sebagai makanan asasi".


Berdasarkan pandangan Masyayikh ini, mereka yang sebelum ini memakan beras SST, akan tetapi mereka terpaksa membeli beras import yang harganya lebih mahal daripada beras SST disebabkan berlaku isu "sorok bekalan beras SST", kartel atau sebagainya, situasi ini boleh dianggap sebagai situasi susah dan bukan situasi normal.


Oleh itu, kadar zakat yang wajib mereka tunaikan adalah tetap RM7 kerana mereka membeli beras yang mahal bukan dalam keadaan normal. Tetapi terpaksa.

 

Wallahu A'lam Bissowab.


Saya izinkan artikel saya ini untuk dishare dan disebarkan. Moga bermanfaat untuk ummah.


MOHAMMAD FARID BIN MOHAMMAD ZAINAL 

Ketua Jabatan Penyelidikan & Sekretariat Syariah

Divisyen Syariah & Dakwah 

Lembaga Zakat Selangor

Akhir zaman

 Tuhan Kau telah memberitahu kami

Tentang peristiwa akhir zaman

Peristiwa di zaman kami ini

Melalui lidah NabiMu


Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi

Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya

AlQuran dijadikan barangan dagangan

Isinya sudah tidak dihiraukan


Tuhan kekasihMu memberitahu

Dunia dijadikan barang yang diburu

Muslimin diseksa dan dihina

Oleh tangan-tangan kafir durjana


Tuhan NabiMu terus bermadah

Ilmu Akhirat ditinggalkan orang

Ilmu dunia dijadikan rebutan

Perempuan-perempuan dijadikan hiasan


Rumah-rumah syaitan penuh riang

Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang


Tuhan yang paling menakutkan

NabiMu pernah bersabda

Di akhir zaman yang paling jahat

'Ulama yang memandang dunia

Tabi'atnya busuk bak bau bangkai

Siapa tercium kan mati jiwanya


Tuhan NabiMu menyambung lagi

Terhadap peristiwa akhir zaman

Perempuan hilang malunya

Anak tidak hormati ibu bapa

Bahkan keduanya dijadikan kuli

Atau sudah tidak dipeduli


Tuhan penutup kata kami ceritakan

Dari lidah Nabi kekasihMu

Rezeki yang halal susah dicari

Ibarat mencari berlian berharga

Tuhan kekasihMu menjanjikan

Kedatangan mujaddid baru


Muslimin nasibnya akan terbela

Rumah-rumah Tuhan penuh riang

Rumah-rumah syaitan akan musnah

Perempuan-perempuan akan dilindungi

Anak-anak soleh dan solehah

Kebenaran kan pasti terbukti

Sabtu, 16 Mac 2024

Syurga buatmu

 


Kasih abang sampai mati


Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.


Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.


Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.


Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.


Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.


Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.


"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.


"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.


“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.


Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.


Jumaat, 15 Mac 2024

Stem

 



Gelakkan diri sendiri.. satu realiti..

Respon adalah jenis pemikiran yang tak mampu nk mencakna realiti lokal.. apatah lagi utk melihat dunia pendidikan global.


1. Di universiti, calon guru diajar prinsip2 pendidikan dari pedagogi sampai psikologi..PCK dan CK..  dari menyediakan penilaian formatif sampai sumatif.


2. Di universiti Pendidikan Sains juga diajar dgn teori spt IBSE, meaningful learning, inquiry hingga cognitive dan social constructivism. Malah secara khusus kpd kaedah mengajar dan melakukan amali.


3. Bila calon2 ini mula berkhidmat disekolah, mereka mula berada dlm persekitaran yg rigid, semuanya telah diaturkan utk mereka.


4. Jika dulu di universiti mereka membuat kupasan pelbagai buku, kini mereka hanya perlu rujuk satu kitab sahaja - buku teks. Segala2nya tertumpu kpd satu buku inilah - jelas atau keliru. Jgn sekali nk tegur, pasti ada yg datang meluru, lalu dikatakan telah merujuk DSKP nan satu.


5. Jika guru baru ingin laksanakan SCL dgn maksud spt yg dipelajari di universiti, maka bermimpilah dia sehingga tersedar sekolah bukan realiti utk apa yg pernah mereka dipelajari. SCL di sekolah difahami sbg 'hands-on', dua perkara yg menyimpang jauh.


6. 'Science is fun with exploration' hanya wujud dlm tugasan di universiti dan sekolah di obersi, sedang sekolah di Sg Besi kena akur 'study science for examination'.


7.  KBAT di universiti diajar dlm konteks diskusi, interaksi dan presentation klu nk apply disekolah jawab tak abislah sbb silibus yg semakin tebal dan ditebalkan.


8. Taksonomi Bloom dipelajari di universiti utk menyediakan LO dan bertanya soalan aras rendah, sederhana dan tinggi, utk diikuti dgn intervensi, bukan merekodkan TP-TP yang makin lama makin mudah2 dimanipulasi. 


9. Selepas bbrp tahun di sekolah, guru pun lelah.. ikut sahajalah demi melaksanakan tanggungjawab dgn beban yang semakin bertambah.


10. Jika di negara maju, dgn autonomi dan guru yg fokus kpd PdP sahaja, support system yg mengutamakan PdP guru, empati kpd murid, silibus yg luwes ikut lokaliti, suasana lebih kondusif, membuka ruang kpd guru mengaplikasi apa yg diperolehi di universiti dan menguasai aplikasinya utk kemenjadian murid arus perdana.. sedang disini hanya gah dgn slogan yang tak bawa banyak makna...


Selamat bertarawikh.

OT

Khamis, 14 Mac 2024

Sahur

 *◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*


*ASAL USUL MAKAN SAHUR*


📜Tahun pertama diperintahkan puasa Ramadhan, kota Madinah sedang dalam keadaan panas terik. Meskipun sebahagian sahabat sudah mafhum lantaran perintah serupa pernah ada dalam syari'at Nabi sebelumnya, namun menahan lapar dan dahaga tetap menjadi cabaran besar bagi mereka.


Salah satu sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang taat adalah Qais ibn Shirmah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ. Dengan penuh semangat, Beliau رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ menjalankan ibadah puasa tanpa sedikit pun mengurangi kebiasaan bekerja.


Maghrib pun tiba. Sampainya di rumah, Qais رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bertanya  kepada isterinya menu apa yang boleh disantap untuk berbuka.


_"Maafkan aku, suamiku. Tak ada satu makanan pun yang dapat dihidangkan hari ini. Tunggulah, aku akan mencarikannya untukmu."_ Jawab isteri Qais.


Tak ada makanan yang tersedia, bukanlah perkara aneh. Kerana dalam kebiasaan puasa sebelumnya tidak dikenal kesunnahan makan sahur dan berbuka.


Kerana menunggu cukup lama, Qais  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ terlelap. _"Kasihan sekali wahai engkau, Qais."_ Ucap sang isteri perlahan sekembalinya ke rumah, tanpa berani membangunkannya.


Pagi harinya, Qais رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ terbangun, menunaikan solat Subuh dan langsung kembali bekerja di ladang. Hingga pada waktu tengah hari, terdengar khabar beliau jatuh pengsan.


Apa yang menimpa Qais رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ akhirnya sampai ke telinga Rasulullah ﷺ. Nabi ﷺ termenung, kemudian Allah ﷻ menurunkan keterangan di dalam surah al-Baqarah, ayat 187:


_"Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam."_


Nabi Muhammad ﷺ kemudian menyampaikan firman Allah ﷻ tersebut kepada para sahabat. Beliau ﷺ juga bersabda, _"Pembeza antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah MAKAN SAHUR."_


Mendapat berita baik yang disampaikan Nabi ﷺ, para sahabat merasa lega dan gembira. Dalam fikiran masing-masing, mereka yakin, anjuran santap sahur itu semakin menjelaskan bahawa Islam adalah sebenar-benarnya agama keselamatan.