Khamis, 14 Mac 2024

Sahur

 *◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*


*ASAL USUL MAKAN SAHUR*


📜Tahun pertama diperintahkan puasa Ramadhan, kota Madinah sedang dalam keadaan panas terik. Meskipun sebahagian sahabat sudah mafhum lantaran perintah serupa pernah ada dalam syari'at Nabi sebelumnya, namun menahan lapar dan dahaga tetap menjadi cabaran besar bagi mereka.


Salah satu sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang taat adalah Qais ibn Shirmah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ. Dengan penuh semangat, Beliau رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ menjalankan ibadah puasa tanpa sedikit pun mengurangi kebiasaan bekerja.


Maghrib pun tiba. Sampainya di rumah, Qais رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bertanya  kepada isterinya menu apa yang boleh disantap untuk berbuka.


_"Maafkan aku, suamiku. Tak ada satu makanan pun yang dapat dihidangkan hari ini. Tunggulah, aku akan mencarikannya untukmu."_ Jawab isteri Qais.


Tak ada makanan yang tersedia, bukanlah perkara aneh. Kerana dalam kebiasaan puasa sebelumnya tidak dikenal kesunnahan makan sahur dan berbuka.


Kerana menunggu cukup lama, Qais  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ terlelap. _"Kasihan sekali wahai engkau, Qais."_ Ucap sang isteri perlahan sekembalinya ke rumah, tanpa berani membangunkannya.


Pagi harinya, Qais رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ terbangun, menunaikan solat Subuh dan langsung kembali bekerja di ladang. Hingga pada waktu tengah hari, terdengar khabar beliau jatuh pengsan.


Apa yang menimpa Qais رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ akhirnya sampai ke telinga Rasulullah ﷺ. Nabi ﷺ termenung, kemudian Allah ﷻ menurunkan keterangan di dalam surah al-Baqarah, ayat 187:


_"Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam."_


Nabi Muhammad ﷺ kemudian menyampaikan firman Allah ﷻ tersebut kepada para sahabat. Beliau ﷺ juga bersabda, _"Pembeza antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah MAKAN SAHUR."_


Mendapat berita baik yang disampaikan Nabi ﷺ, para sahabat merasa lega dan gembira. Dalam fikiran masing-masing, mereka yakin, anjuran santap sahur itu semakin menjelaskan bahawa Islam adalah sebenar-benarnya agama keselamatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan