Nak cerita pengalaman minggu lepas. Saya pengguna kereta H. Sejak tahun lepas,mmg ada masalah bayaran bulanan memandangkan bisnes online sy drop teruk.. ada bulan ok ada bulan senak.
4tahun lebih dah pakai masuk tahun ni. Isnin minggu lepas,sedang bersantai2 depan tv dgn anak bini,tiba2 ada repo dtg sayup2 depan pagar rumah. Terkejut la kami laki bini. Saya acah acah tenang. Bisik kt bini "org tarik kereta dtg"
Saya keluarlah. Discuss dgn repo. India. Besar. 2orang. Sy taknak jiran kiri kanan tahu. Jd berborak dgn dia pun santai. Slow talk. Repo pun faham. Dia pun slowtalk je.. Sedang settle menyetel,bini keluar. Masuk campur. Terus kecoh mcm nk gaduh. Padahal repo tadi,rilek je discuss dgn sy.
Sy mintak izin repo utk masuk kejap.bincang dgn bini. Bini call public bank utk double confirm. Sy pula call kwn utk mintak nasihat.. Settle call,bini dh nangis2. Sy tetap slowtalk dgn dia. "Ujian kita ni b,takpe la,bg je kereta kt dia"
Sy keluar semula,ajak repo masuk kereta. Bincang lagi. Repo dgn sy dh mcm kwn la pulak. Sbb nk kan ketenangan dan taknak jiran tahu. Repo ni mmg betul nk jaga air muka kita dgn jiran.. Repo nk nego dgn sy,"kalau settle tepi,kereta boleh tak ditarik". Tp repo lagi sorang ni,bz call bank. Nk confirmkan dgn bank ,wife ada ckp apa2 tak dgn bank. Yg repo lg sorang masih nk offer itu ini..tampal sticker la itu la ini la hahaha.. sy ckp sy nk bayar bank pun tak mampu,lagi nk bayar u😅Sy taktau pun apa maksud dia pd mulanya. Dia ckp kalau nk settle tepi taknak kena tarik,bayar dia Rm1800.
Dtg semula repo yg bz call bank td kata "wife u sudah ckp kita(repo) mau cas rm1500 utk tarik. Lalu,offer repo utk settle tepi tadi,takdpt la dilakukan.. terpaksa la juga sy serahkan kunci pd mereka dan mereka beransur..
Masuk semula kerumah,wife masih nangis.gigil2 tangan. Sedih sgt la kot. Kita ni lelaki. Koyak mcm mana pun takkan nk tunjuk kt wife. Kami pun berhuhuhu dalam sejam dua mcm tu.
Sy contact kwn sy yg sy call tadi. Sudi tak terima "pajak barang" memandangkan sy ada beberapa koleksi item yg harganya lebih tinggi dr nilai sy nak pinjam dia. Kwn sy pun offer "ko pakai je la dulu,ko tengah susah" tak lama kemudian,dia transfer pd sy Rm6000. Barang koleksi belum lg dipass pd dia. (Total brg ni lebih Rm10k jika dijual)
Dan kami,laki bini pergi la ke public bank utk settlekan. Sampai bank,kena naik tingkat atas kejap turun bawah kejap naik atas lagi itu ini dan habiskan masa dlm 2jam mcm tu. Oh ya,masa ni kami guna kereta 2nd kami saga utk kesana. Sy terkejut,bila sy kena bayar cas towing hanya Rm750 sahaja berbanding "settle tepi tadi yg rm1800".. dan bayaran 2bulan 21hari tertunggak Rm3363 (termasuk bulan ni) dan Rm150+70 (cas bank dll).. selesai la urusan kt bank. Kami bergerak pula ke store untuk ambil kereta.
Store simpan kereta ni kat johor jaya. Tmptnya mmg menyeramkan ye. Tanah lapang yg penuh lalang dan ada pagar zink je. Jengah kat dlm ada beratus motor/kereta yg belum dituntut. (Terus terdetik: susah2 aku bayar kereta ni,ramai lg yg susah😭) kat store ni,rasanya ada dlm 30minit juga tggu turn dpt kunci,kemudian kena bayar cas Rm10 kt store tu. Walhal,belum sehari pun letak kereta. Bayangkan mereka yg tak tuntut tu,berapa dah kena bayar kt store? Belum lagi cas tarik kereta itu ini.
Sepanjang perjalanan selepas dpt Rm6000 dr kwn sy tadi,,semua sy update gambar/info kt dia demi menjaga kepercayaan dia terhadap sy. Selesai je dpt kereta,kami pulanglah kerumah.. sampai je rumah,tanpa membuang masa,sy terus minta kwn sy td tu uruskan utk "JUAL KERETA SAYA" .. memandangkan dia agent jual kereta (jenama lain).. so sy anggap je dia tahu selok belok jual kereta ni..
Selang beberapa hari,kwn sy update,kereta dah dpt beberapa offer harga utk dibeli dr beberapa used car termasuk Carsome. Dan offer harga tertinggi adalah dari Carsome. Sy pun bersetujulah utk surrender dan serah kereta..
Isnin kelmarin,org Carsome dh dtg ke rumah sy utk thumbprint tukar nama dan sebagainya. Lalu,diserahkan kunci secara "rela" pada tarikh tersebut 29/April 2024. Lagi sekali nmpk wife sy menangis.. (terus tertanam tekad,aku nk naikkan balik bisnes ni jadi mcm dulu)
Tamatlah sudah "serabut bulanan saya" selama hampir setahun sejak tahun lepas walaupun ianya adalah first archivement saya yg sy sayang.. alhamdulillah,kereta dapat dijual tinggi,dan dapat cash sikif selepas Carsome buat settlement baki dgn Public Bank. Cash tu nak bayar semula Rm6k kwn sy tu dan balance sy nak rolling utk bisnes sy akan dtg. Tak give up,sbb bulan puasa dan hingga harini,flow bisnes saya "tengah okay"..
PENGAJARAN :
PERTAMA: janganlah beli kereta "mewah" kalau takda deposit tinggi. Sy beruntung masa sy beli dulu,sy letak deposit tinggi,jadi bulanan sy rendah. Kalau deposit sy rendah dulu,rasanya kereta tu setahun je sy mampu bayar.
KEDUA: jangan percaya "settle tepi" dari mana2 penarik kereta ataupun apa apa "settle tepi" sbb itu dh dikira "rasuah" yg dh terang2 haram disisi agama islam.
KETIGA: elakkan perempuan/isteri/mak dlm diskusi yg sebenarnya tenang dan yg boleh membuatkan isu yg boleh settle elok2 jadi tegang dan kecoh..
KEEMPAT: jangan tangguh hutang. Jangan lewatkan hutang.. public bank ni kira baik,sy punya interest naik sikit je sejak tahun lepas walaupun byk skip skip..
KELIMA: jual je laa kalau dah setahun nampak mengorek mengais tak mampu tu,,nak dibela buat apa lagi... kalau org tanya kenapa jual? Ckp je kereta dah tak sedap bawak ataupun "jodoh sampai situ je"
KEENAM: respek org yg menjalankan tugas masing2.. baik repo/baik org bank/baik sesape pun. Semua kerja.. kita yg berhutang ni,patut malu sbb org menagih hutang mereka😔
BYE BYE HONDA KETAM & TERIMA KASIH SUDI BACA LUAHAN INI..
-3.20am 1mei2024-
tak boleh tidur sbb tengah leka baca kesah org dlm group ni. Kredit :- Anonymous Participant di Muflis Bangkrup di Malaysia.