TIPS GURU DG41 COS ✨
Tahniah kepada guru yang dapat posting bagi jawatan DG41 COS hari ini. Ada beberapa point yang saya boleh kongsikan untuk kita lihat bersama :
1. Pertama sekali, tahniah sebab dah lapor diri. Itu tandanya kita berminat untuk berkhidmat dengan tawaran yang kita telah mohon. Kalau yang medical checkup dapat kotak dua. Nama anda akan dimesyuaratkan semula di SPP. Harapnya kotak satu.
2. Jangan rasa rendah diri (menghinakan diri) di sekolah kerana anda COS. Cuba buat sehabis baik. Anda akan dikelilingi guru yang lebih hebat dan berpengalaman. Jadi seperti cawan yang kosong. Bersedia untuk belajar.
3. Bagi yang belum ada ikhtisas. Anda akan ditempatkan di Institut Pendidikan Guru bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah (PDPP) bagi opsyen pengajaran anda. Boleh jadi dekat dengan rumah. Boleh jadi jauh. Redha saja.
4. Yuran pengajian di IPG : Sem 1 RM1120, Sem 2 RM1060 dan Sem 3 RM2500. Bayar guna JomPay dan nanti boleh claim semula guna KWSP dengan resit pembayaran berserta surat daftar semester.
5. Subjek di IPG ada 16 subjek kesemuanya daripada yang umum sampai lah yang khusus. Pastikan score sampai dianugerahkan Pangkat Cemerlang.
6. Kelas kebiasaannya selepas pulang sekolah bagi sesi pagi dan sebelum berangkat sekolah bagi sesi petang. Kadang-kadang kelas hujung minggu bagi yang kawasannya berdekatan. Cuti sekolah yang panjang akan kelas bersemuka di IPG. Jauh ke dekat kena hadir walaupun kena naik flight. Kelas sambil bekerja plus assignment memang dahsyat. Tapi ianya akan usai dengan jayanya Insha-Allah.
7. Habis kesemua 3 Semester anda akan hadir Kem Bina Insan Guru. Semua wajib hadir dan sertai. Bagi yang sudah berkahwin, biasanya pihak pengurusan IPG pesan untuk elakkan untuk mengandung sebab BIG ni sedikit hardcore bagi yang kurang biasa. Tapi kalau sudah mengandung apa boleh buat. Terpaksalah ambil tahun depan.
8. Kemudian, tunggulah konvokesyen beberapa bulan selepas itu di PICC Putrajaya dan dengan sijil tu kita akan mohon semula SPP untuk pengesahan lantikan. Kalau anda ada master PhD. Letakkan sekali ketika mohon SPP. Nanti gaji akan naik sehingga RM2902 bagi master dan RM3209 untuk PhD bagi gaji asas.
9. Lebih kurang 3 bulan selepas itu, anda akan dapat panggilan temuduga lantikan tetap daripada SPP dan akan ditemuduga semula. Waktu ini status anda adalah Calon Yang Diperakukan KPM. Siapkan fail. Buat sehabis baik untuk temuduga. Semoga berjaya. Sekarang saya dalam fasa ini masih menunggu keputusan untuk lantikan tetap. Berpencen atau tidak. Wallahualam.
10. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat berbakti di mana saja kita berada. Berusaha untuk halalkan gaji yang kita ambil setiap 25 hari bulan. Jika ada tips lain boleh kongsi di komen. Share jika bermanfaat. Assalamualaikum.
Zulhelmi Sidek
Guru DG41 COS
Semporna
selepas temuduga utk tetap, adakah kita dtempatkan di sekolah yang sama atau sekolah lain? dan calon yg mempunyai dpli perlu mengikuti pdpp juga?
BalasPadam