Ahad, 7 April 2024

Rama2

 



Gambar-gambar yang dilampirkan bersama ini merupakan hasil kerja seorang naturalis, iaitu Kjell Bloch Sandved. Gambar-gambar berkenaan menampilkan corak menyerupai pelbagai abjad dan nombor yang terdapat pada permukaan sayap kupu-kupu.


Kisahnya begini..


Selepas berpindah dari Norway ke Amerika Syarikat, Sandved mula bertugas sebagai seorang penulis dan pensyarah di Smithsonian National Museum of National History yang terletak di Washington, Amerika Syarikat.


Pada satu hari, Sandved terjumpa akan sebuah kotak di bahagian loteng Institut Smithsonian. Terkandung di dalam kotak tersebut adalah seekor kupu-kupu yang telah mati.


Apabila rama-rama itu diperhatikan dengan teliti, terdapat corak yang berbentuk huruf F pada permukaan sayapnya. Peristiwa itu seterusnya memberi ilham kepada Sandved.


"Jika ada 1 huruf, pasti ada corak berbentuk huruf yang lain." 


Seterusnya, bermulalah pengembaraan Sandved ke seluruh pelusuk dunia untuk mencari, mengambil gambar dan merekodkan corak setiap huruf serta nombor pada sayap kupu-kupu. Koleksi gambar tersebut mengambil masa sekurang-kurangnya 24 tahun untuk dilengkapkan.


Setelah koleksi itu akhirnya dilengkapkan pada tahun 1975, koleksi gambar yang kini dikenali sebagai Butterfly Alphabet telah diterbitkan di dalam Majalah Smithsonian.


Sebagai fakta tambahan.. Tahukah anda tentang perbezaan antara kupu-kupu dan rama-rama? Kupu-kupu (butterfly) merupakan sejenis serangga dengan sayap yang ber­warna-warni dan aktif pada waktu siang (diurnal), manakala rama-rama (moth) ialah serangga dengan warna sayap agak gelap dan aktif pada waktu malam (nokturnal).


Jemput follow saya untuk lebih banyak fakta sains menarik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan