Kes adik Zayn ini, kembali gempar. Kali ini, tiadalah dapat saya lupakan akan satu kisah lain, YANG SANGAT-SANGAT MIRIP, namun berlaku di Singapura, 2 tahun lalu. Tak lama pun kan.
Sepasang kembar, diulang, dua orang, Ethan, dan Aston, yang kedua-duanya AUTISM, mati dibunuh oleh ayahnya sendiri, bernama Yap.
Yang samanya dengan kes adik Zayn, inilah ia, AUTISM. (Bab mak ayah dia terlibat tu, saya serahkan pada mahkamah).
Macam mana emosi saya tak tertanggu bila membaca kes kembar Autism ini. Sudahlah berlaku di sebuah terusan/saliran. Saliran tu pulak tak jauh dari taman permainan. Taman permainan pulak di kawasan rumah apartmen.
Senjata pulak, yang diguna oleh pemangsa, adalah sebatang kayu/ranting keras.
Apa lagi yang tak MIRIP?? Semua dah nak dekat sama.
Saya baca kronologi kes juga, sangat menyayat hati dan sebak sekali.
*****
Pada hari kejadian, 21 Jan 2022, Yap memandu anak-anak syurga ini, berusia 7 tahun, ke taman permainan di Greenridge Crescent, yang terletak berhampiran kondominium keluarga di Toh Tuck Road.
->>> 21 Januari beb. Awal tahun, anak-anak tengah nak masuk sekolah, ayah mana lah yang tak kusut kan. (Masa tu Malaysia masih belum mula kalendar persekolahan). Ditambah, si ibu pulak tak dapat terima hakikat anak kembarnya ini Autism, lalu dihantarkan mereka ke sekolah biasa.
Tambahkan stres Yap, isterinya macam dah burn out, sampai tak hirau dah anak kembar ni dah makan ke, dah mandi ke. Yap sampai overthinking yang Ethan dan Aston ini akan susah hidupnya di kemudian hari.
Kembali ke hari kejadian. Sesampainya mereka di taman permainan, Yap biarkan Ethan dan Aston bermain puas-puas. Kerana itulah permainan 10 minit yang terakhir oleh si kembar ini.
Yap bawa Ethan dulu ke saliran terdekat.
Dia ambil sebatang kayu dan menekan kuat pada leher Ethan. Apabila kayu itu patah, dia tukar cekik pakai tangan pula.
Ethan mulanya melawan, namun akhirnya dia berhenti bergerak. Yap kemudian telangkupkan tubuh Ethan ke tanah, di mana kepalanya tenggelam dalam air terusan.
Aston buat apa masa tu?
(Part ni saya sebak sekali, tak boleh bayang apa perasaan Aston masa tu, "Lepas ni giliran aku pulak," agaknya itulah yang terdetik di hatinya. Sedih sangat-sangat saya taipkan kata-kata ini.)
Mana tak sedih, lembu yang nak dikorbankan pun kita tak asah pisau depan dia, atas dasar empati, kita halang pandangan lembu dari melihat rakannya diQurbankan. Inikan lembu punyai perasaan dan emosi. Saya tak dapat bayangkan, how on earth Aston dapat berdiri, perhati secara diam-diam beberapa meter di belakang masa abangnya dicekik.😢
Giliran Aston pun tiba.
Yap cuba mencekik Aston dengan mengunci/mencekik lengannya di leher, tapi tak cukup kuat. Kedua-duanya jatuh ke tanah. Masa Aston terbaring di atas tanah, Yap sambung mencekiknya sehingga dia tidak lagi bergerak.
Sama macam Ethan, Yap juga telah tenggelamkan muka Aston di dalam air terusan. Ini dilakukan sebagai 'double confirm', jika tidak kerana cekik, mungkin lemas air akan cepatkan proses.
Kemudian, Yap cuba untuk tamatkan riwayat dirinya sendiri namun gagal. Lalu Yap hubungi isterinya, tapi tiada jawapan.
Yap pun call polis, dakwa bahawa dia telah diserang dan perlukan bantuan untuk cari anak lelakinya. Sementara polis dalam perjalanan, dia duduk atas tanah dan letakkan kepala kedua anaknya di atas ribanya.
Namun, pihak polis berjaya menjawab teka-teki ini. Tak lama, sehari selepas insiden, Yap sendiri mengaku bahawa dialah yang melakukannya.
****
Dari sinilah, saya pelajari, walau saya punyai seorang anak autism, rupanya bukanlah perkara mudah.
Apatah lagi buat mereka yang punyai DUA ORANG. Saya pula baru diberitahu yang Zayn juga punyai adik yang hampir serupa kondisi, ada speech delay. Saya terkesima. Ada lagi, saya follow seorang di FB tu, sampai LIMA ANAK AUTISM. MasyaAllah, siapa yang mampu menceritakan cabaran mereka, pasti tiada kata-kata lagi.
Saya juga belajar.
Rupa-rupanya, punyai satu watak ayah yang kuat mental dan spiritual juga, sangat penting dalam sebuah keluarga, apatah di ZAMAN KECURIAN PERHATIAN ini!
Saya sebutkan Zaman Kecurian Perhatian, kerana perhatian manusia di zaman ini, telah dicuri dan dialih ke dunia maya. Di medan inilah keimanan sang ibu dan ayah diuji.
Di mana hati yang sudah tidak berpijak pada realiti, mata yang terhidang akan kebahagiaan orang yang tidak dia kenalinya, telinga yang mendengar akan pesanan orang yang sok-jagoan.
Ternyata, mencabar sekali.
Wahai lelaki, yang dikurnia Allah akan kekuatan segalanya dua kali ganda dari wanita, ada sebabnya kita diberi 'keajaiban' ini.
Ketahuilah, "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mukminun ayat 115)
Ingatlah, semua air mata, keringat, cemas-waspada dari setiap usaha yang dipikul oleh kalian para ibu dan bapa, akan dicatat sebagai amal baik, dan kesemua ini akan dikembalikan kepada Allah.
"Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Ini semua menjadi saksi kelak di hadapan Allah!
InsyaAllah, we can do it!!
Orang sekeliling ya mungkin tidak memahami. Namun Allah sentiasa bersamamu.
Al Irfan Jani