Selasa, 23 Julai 2024

downgrade

 

Jangan malu jika terpaksa downgrade hidup.

Jangan malu jika terpaksa downgrade hidup.

“Downgrade hidup memang susah apatah lagi bila dah terbiasa dengan zon selesa.

Dulu saya pernah diberi nikmat untuk upgrade hidup. Haha.. bukan dari sudut pengalaman. Tapi dari sudut benda.

Saya beli kereta T untuk keselesaan diri dan juga keluarga. Kemudian saya terfikir, instalment saja dah makan banyak expenses.

Saya decide untuk let go kereta tersebut supaya saya dapat save lagi RM1000. Kemudian, saya beli kereta paling murah di pasaran. Kereta tempatan. Downgrade kereta dari sedan ke compact.

Surprisingly, saya rasa saya buat keputusan yang tepat sebab 2 tahun lepas tu, COVID melanda. Income efek teruk juga..

Kalau kereta tu masih ada, masak nak bayar. Silap hari saya tak makan. Haha..

Saya sedar bahawa downgrade life ni tak perlu rasa malu. Sebab bukan mereka yang mengata tu akan bantu bayar instalment pun. Tak guna nampak gah tapi nak bagi family makan pun tersekat-sekat.

Nak jalan ke mana-mana pun teragak-agak sebab fikir nak bayar kereta.

Saya rasa bersyukur atas keputusan yang diambil iaitu downgrade hidup. Dengan downgrade hiduplah saya dapat beri pendidikan yang okay sikit buat anak saya. Kos tadika tak murah di bandar. huhu..

Dengan downgrade kan hiduplah buat saya lebih enjoy life. Banyak saya dapat nikmati keindahan dunia dengan perbanyakkan pengalaman.

Mula-mula tu adalah rasa macam loser. Tapi lagi loser kalau tak dapat beri sehabis baik buat anak dan isteri.

Nasib baik wife saya okay saja untuk saya downgrade hidup. Dia kata, dia dulu orang susah. So tak rasa pelik untuk hidup susah.

Downgrade lifestyle tapi upgrade la skill supaya pendapatan pun naik.

Walaupun pendapatan naik, saya masih kekalkan lifestyle yang sama.

Betul kata sepupu saya, kereta boleh panggil awak daddy ke? Hanya anak saya yang boleh panggil saya daddy.

Ayat tu betul-betul menyentuh hati saya. Masa tu saya belajar mana satu prioriti dalam hidup.

Bukan tak teringin nak kereta baru. Kereta tu tak mahal pun. Bukan kereta mewah. Vios dan City pun dah cukup. Cuma belum lagi masa yang sesuai untuk saya milikinya.

Saya nak settle down dulu semua. Baru fikir pasal kereta. Kereta bukan prioriti. Hanya untuk bergerak dari point A ke point B saja”

Ahad, 21 Julai 2024

Kiswah

 AYAT-AYAT YANG DITULIS DI KISWAH KAABAH


👉 AYAT 1 - NABI MENUNGGU WAHYU ARAH KIBLAT

● Firman Allah SWT:

Kerap kali Kami melihat engkau wahai Muhammad berulang-ulang mendongak ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai

[Surah Al-Baqarah :144]


● Potongan awal ayat surah Al-Baqarah ini dibahagi dua dan disulam di bahagian paling atas sekali di langsir pintu kaabah. Potongan ayat ini dipilih untuk disulam kerana ia membawa tafsiran "Sungguh kami telah melihat engkau wahai Rasul mengarahkan wajahmu ke arah langit berulang-ulang kali, demi menunggu Wahyu turun kepadamu tentang urusan kiblat, maka kami benar-benar memalingkan engkau dari Baitul Maqdis, ke arah kiblat yang kau sukai dan kau inginkan, iaitu arah Masjidil Haram di Mekah. Maka palingkanlah wajahmu ke arah sana. Dan di manapun kamu berada wahai kaum muslimin hendak menunaikan solat, maka hadapkanlah ke arah Masjidil Haram. Ketika ini Nabi SAW sedang bersolat di Masjid Qiblatain di Madinah.


👉 AYAT 2 - SEGERA BERBUAT AMAL & KEBAJIKAN

● Firman Allah SWT:

Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa

[Ali 'Imran : 133]


● Ayat 133 dari surah Ali 'Imran ini disulam penuh di bahagian bawahnya. Ayat ini dipilih untuk disulam berdasarkan tafsiran "Bersegeralah berbuat kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan berbagai jenis ibadah, agar kalian mendapat ampunan yang besar dari Allah dan dimasukan ke dalam syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang Allah persiapkan bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa.


👉 AYAT 3- ALLAH SWT YANG BERKUASA

● Firman Allah SWT:

Allah yang menerangi langit dan bumi

[An-Nur : 35]


● Potongan awal ayat ini disulam 4 kali di bahagian atas ianya membawa tafsiran makna النور yakni cahaya, iaitu yang menjadikan sesuatu benda menjadi terlihat kerana pantulan cahaya yang mengenai suatu benda tersebut dan diserap oleh mata. Allah menjadikan langit dan bumi bersinar dengan keistiqamahan penghuni keduanya dan dengan kesempurnaan pengaturan Allah dan hidayahNya.


👉 AYAT 4 - UMRAH & PERJANJIAN HUDAIBIYAH

● Firman Allah SWT

Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam inshaaAllah pada masa yang ditentukanNya dalam keadaan aman

[Al-Fath : 27]


● Sulaman paling besar di bahagian tengan sitarah yakni langsir pintu kaabah ini paling penting di mana ianya membuktikan kebenaran mimpi Nabi SAW ketika perjanjian Hudaibiyah. Tafsir ayat ini menunjukkan, Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya kebenaran mimpinya dengan benar saat Allah menampakkannya di dalam tidurnya dan telah diberitahu oleh baginda kepada para sahabat, bahawa dia dan para sahabatnya akan memasuk Baitullah al-Haram dalam keadaan aman tanpa sebaranng gangguan musuh. Di antara kamu ada yang membotakkan kepala, dan ada yang mencukur pendek rambutnya sebagai bukti selesainya umrah mereka. Allah mengetahui masalah yang kamu hadapi wahai orang-orang yang beriman dan juga apa yang tidak kamu ketahui. Dan di samping terbuktinya mimpi untuk masuk ke Mekah pada tahun itu, Allah juga menjadikan kemenangan dalam waktu terdekat, iaitu perjanjian Hudaibiyah yang dirancang oleh Allah lalu diikuti dengan kemenangan perang Khaibar untuk orang-orang beriman yang menghadiri perjanjian Hudaibiyah.


👉 AYAT 5 - BERKASIH SAYANG ANTARA MANUSIA

● Firman Allah SWT:

Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam, dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri umat Islam.Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud

[Al-Fath : 29]


● Isi penting ayat ini disulam kerana Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah; dan orang-orang yang bersama dengan dia yakni orang-orang yang mengikuti di dalam perang Hudaibiyah. Ada yang bersikap keras terhadap mereka sebagaimana seekor singa yang memperlakukan mangsanya. Ada juga di kalangan mereka yang saling berkasih sayang. Mereka menampakkan ketegasan dan kekerasan terhadap orang yang berbeza agamanya, dan menampakkan kasih sayang dan kelembutan kepada orang yang seagama; tidak seperti yang dilakukan oleh orang-orang munafik, mereka akan berlemah lembut kepada orang-orang kafir dan bersikap keras terhadap kaum muslimin, dan sungguh buruk apa yang mereka lakukan itu. Kamu juga dapat menyaksikan mereka sedang rukuk dan sujud.


 WAllahua'lam.


Isnin, 8 Julai 2024

Wali

 kisah Tok Habib, seorang wali Allah yang telah membunuh Chu Pandan. Chu Pandan adalah panglima Negara Siam yang hendak menyerang Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Baginda sultan telah memohon pertolongan daripada Tok Habib agar mempertahankan Melaka daripada diserang.


 Tok Habib ini telah memperkenankan permohonan Sultan, lalu beliau memanah ke arah langit seraya berkata "Matilah Chu Pandan." Dengan izin Allah, pada masa itu juga Chu Pandan yang berada di Siam tiba-tiba berasa sakit di dada dan akhirnya mati. Dengan kematian Chu Pandan ini, Siam pun membatalkan hasrat mereka hendak menyerang Melaka. Orang-orang Melaka telah mengabadikan peristiwa bersejarah ini di dalam pantun berikut:


 


Chu Pandan anak bubannya,


Hendak menyerang ke Melaka;


Ada cincin berisi bunga,


Bunga berladung si air mata.


 


Kehebatan kerohanian yang ada pada wali Allah ini sehingga mampu menumpaskan kezaliman. Semoga melalui kisah ini, Allah SWT telah membuka minda kita untuk menentang kezaliman. 

Rabu, 3 Julai 2024

Humble

Amitabh Bachchan pernah berkata: "Pada puncak kerjaya saya, saya sedang dalam perjalanan dengan kapal terbang.


Seorang lelaki yang sederhana dan tidak menonjol dengan kemeja dan seluar biasa duduk di sebelah saya. Dia kelihatan seperti seseorang dari kelas pertengahan dan berpendidikan tinggi.


Penumpang lain mengenali saya dan berbual dengan saya, tetapi lelaki ini kelihatan tidak sedar akan kehadiran saya. Dia membaca dengan senyap, sekali-sekala memandang keluar tingkap. Apabila teh dihidangkan, dia meminumnya dalam senyap.


Saya tersenyum kepadanya, cuba memulakan perbualan. Dia memandang saya, tersenyum sopan, dan berkata, 'Helo.'


Kami mula bercakap, dan saya membangkitkan topik filem dan wayang, bertanya, 'Adakah anda menonton filem?'


Lelaki itu menjawab, 'Oh, sangat jarang. Saya menonton satu bertahun-tahun yang lalu.'


Saya menyebut bahawa saya bekerja dalam industri perfileman.


Dia menjawab, 'Oh, bagus. Apa yang anda lakukan?'


Saya berkata, 'Saya seorang pelakon.'


Dia mengangguk, 'Oh, itu bagus!' dan kembali membaca.


Apabila kami turun dari pesawat, saya berjabat tangan dengannya dan berkata, 'Senang melakukan perjalanan dengan anda. Oh ya, nama saya Amitabh Bachchan!'


Lelaki itu berjabat tangan dengan saya sambil tersenyum dan berkata, 'Terima kasih... senang bertemu dengan anda. Saya JRD Tata (pengerusi Tata)!'


Hari itu saya belajar bahawa tidak kira betapa besar anda fikir diri anda, sentiasa ada orang yang lebih besar.


Bersikap rendah diri; ia tidak memerlukan apa-apa kos.


Jadi, kawan, ingatlah untuk kekal rendah diri dalam perjalanan kerjaya anda. Ia tidak memerlukan apa-apa kos, dan anda tidak tahu siapa yang anda mungkin temui sepanjang perjalanan!"


Isnin, 17 Jun 2024

Autisme

 Kes adik Zayn ini, kembali gempar. Kali ini, tiadalah dapat saya lupakan akan satu kisah lain, YANG SANGAT-SANGAT MIRIP, namun berlaku di Singapura, 2 tahun lalu. Tak lama pun kan.


Sepasang kembar, diulang, dua orang, Ethan, dan Aston, yang kedua-duanya AUTISM, mati dibunuh oleh ayahnya sendiri, bernama Yap.


Yang samanya dengan kes adik Zayn, inilah ia, AUTISM. (Bab mak ayah dia terlibat tu, saya serahkan pada mahkamah).


Macam mana emosi saya tak tertanggu bila membaca kes kembar Autism ini. Sudahlah berlaku di sebuah terusan/saliran. Saliran tu pulak tak jauh dari taman permainan. Taman permainan pulak di kawasan rumah apartmen.


Senjata pulak, yang diguna oleh pemangsa, adalah sebatang kayu/ranting keras.


Apa lagi yang tak MIRIP?? Semua dah nak dekat sama.


Saya baca kronologi kes juga, sangat menyayat hati dan sebak sekali.


*****


Pada hari kejadian, 21 Jan 2022, Yap memandu anak-anak syurga ini, berusia 7 tahun, ke taman permainan di Greenridge Crescent, yang terletak berhampiran kondominium keluarga di Toh Tuck Road.


->>> 21 Januari beb. Awal tahun, anak-anak tengah nak masuk sekolah, ayah mana lah yang tak kusut kan. (Masa tu Malaysia masih belum mula kalendar persekolahan). Ditambah, si ibu pulak tak dapat terima hakikat anak kembarnya ini Autism, lalu dihantarkan mereka ke sekolah biasa. 


Tambahkan stres Yap, isterinya macam dah burn out, sampai tak hirau dah anak kembar ni dah makan ke, dah mandi ke. Yap sampai overthinking yang Ethan dan Aston ini akan susah hidupnya di kemudian hari.


Kembali ke hari kejadian. Sesampainya mereka di taman permainan, Yap biarkan Ethan dan Aston bermain puas-puas. Kerana itulah permainan 10 minit yang terakhir oleh si kembar ini.


Yap bawa Ethan dulu ke saliran terdekat.

Dia ambil sebatang kayu dan menekan kuat pada leher Ethan. Apabila kayu itu patah, dia tukar cekik pakai tangan pula.


Ethan mulanya melawan, namun akhirnya dia berhenti bergerak. Yap kemudian telangkupkan tubuh Ethan ke tanah, di mana kepalanya tenggelam dalam air terusan.


Aston buat apa masa tu?

(Part ni saya sebak sekali, tak boleh bayang apa perasaan Aston masa tu, "Lepas ni giliran aku pulak," agaknya itulah yang terdetik di hatinya. Sedih sangat-sangat saya taipkan kata-kata ini.)


Mana tak sedih, lembu yang nak dikorbankan pun kita tak asah pisau depan dia, atas dasar empati, kita halang pandangan lembu dari melihat rakannya diQurbankan. Inikan lembu punyai perasaan dan emosi. Saya tak dapat bayangkan, how on earth Aston dapat berdiri, perhati secara diam-diam beberapa meter di belakang masa abangnya dicekik.😢


Giliran Aston pun tiba.


Yap cuba mencekik Aston dengan mengunci/mencekik lengannya di leher, tapi tak cukup kuat. Kedua-duanya jatuh ke tanah. Masa Aston terbaring di atas tanah, Yap sambung mencekiknya sehingga dia tidak lagi bergerak.


Sama macam Ethan, Yap juga telah tenggelamkan muka Aston di dalam air terusan. Ini dilakukan sebagai 'double confirm', jika tidak kerana cekik, mungkin lemas air akan cepatkan proses.


Kemudian, Yap cuba untuk tamatkan riwayat dirinya sendiri namun gagal. Lalu Yap hubungi isterinya, tapi tiada jawapan.


Yap pun call polis, dakwa bahawa dia telah diserang dan perlukan bantuan untuk cari anak lelakinya. Sementara polis dalam perjalanan, dia duduk atas tanah dan letakkan kepala kedua anaknya di atas ribanya.


Namun, pihak polis berjaya menjawab teka-teki ini. Tak lama, sehari selepas insiden, Yap sendiri mengaku bahawa dialah yang melakukannya.


****


Dari sinilah, saya pelajari, walau saya punyai seorang anak autism, rupanya bukanlah perkara mudah.


Apatah lagi buat mereka yang punyai DUA ORANG. Saya pula baru diberitahu yang Zayn juga punyai adik yang hampir serupa kondisi, ada speech delay. Saya terkesima. Ada lagi, saya follow seorang di FB tu, sampai LIMA ANAK AUTISM. MasyaAllah, siapa yang mampu menceritakan cabaran mereka, pasti tiada kata-kata lagi.


Saya juga belajar.


Rupa-rupanya, punyai satu watak ayah yang kuat mental dan spiritual juga, sangat penting dalam sebuah keluarga, apatah di ZAMAN KECURIAN PERHATIAN ini!


Saya sebutkan Zaman Kecurian Perhatian, kerana perhatian manusia di zaman ini, telah dicuri dan dialih ke dunia maya. Di medan inilah keimanan sang ibu dan ayah diuji.


Di mana hati yang sudah tidak berpijak pada realiti, mata yang terhidang akan kebahagiaan orang yang tidak dia kenalinya, telinga yang mendengar akan pesanan orang yang sok-jagoan.


Ternyata, mencabar sekali.


Wahai lelaki, yang dikurnia Allah akan kekuatan segalanya dua kali ganda dari wanita, ada sebabnya kita diberi 'keajaiban' ini.


Ketahuilah, "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mukminun ayat 115)


Ingatlah, semua air mata, keringat, cemas-waspada dari setiap usaha yang dipikul oleh kalian para ibu dan bapa, akan dicatat sebagai amal baik, dan kesemua ini akan dikembalikan kepada Allah.


"Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"


Ini semua menjadi saksi kelak di hadapan Allah!


InsyaAllah, we can do it!!


Orang sekeliling ya mungkin tidak memahami. Namun Allah sentiasa bersamamu.


Al Irfan Jani