Khamis, 13 November 2025

Tok Wali Pak Su Mid, Kuala Nerang ( 1926 - 2022 )

 



💎 Hari ini genap 3 tahun Pak Su Mid meninggalkan kita (Wafat 11.11.2022). 🤲🏻 Hadiahkan bacaan al-Fatihah dan 3 Qul kepada almarhum ya sahabat-sahabat. 


Sedikit manaqib beliau:

 

Tok Wali Pak Su Mid, Kuala Nerang ( 1926 - 2022 )


Catitan : Tengku Yusuff 


✨ *Nama sebenar Pak Su Mid ialah Syeikh Haji Abdul Hamid Bin Haji Ismail* dan beliau dilahirkan di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah pada tahun 1926. Ayahnya bernama Haji Ismail Bin Jabugis manakala ibunya Selasiah Binti Lebai Yusof.


Allahyarham mempunyai 5 orang adik beradik, 4 diantaranya ialah :


1. Fatimah 

2. Mohamad 

3. Mad Salleh 

4. Haji Abdul Hamid 


Keturunan asal Pak Su Mid berasal dari Banjar. Allahyarham mula tinggal di Bukit Tembaga, Kuala Nerang pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973.


Ketika hayatnya, beliau telah menuntut ilmu dari beberapa orang ulama tempatan seperti Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin di Ayer Hitam. Dikatakan bahawa beliau juga turut belajar dari seorang wali Allah yang disebut dengan nama Syeikh Abdullah Harun, di Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sungai Korok.


Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.


Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:


1) Hilyatul Auliyak

2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi 

3) Khozinatul Asror


Beliau pernah berkata kepada penulis bahawa, beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja.


Amalan utama Pak Su Mid hanya al-Quran dan puasa setiap hari. Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sewaktu keadaannya sihat, Allahyarham telah berpuasa lebih dari 30 tahun.


Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.


Di antara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :


1. Pastikan diri sentiasa berwuduk. 


2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah,  Allah akan memberikannya hidayah. 


3. Malam-malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api Neraka.


4. Bila ada Istiqomah, baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli Syurga.


5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat. 


6. Siapa tak baca al-Quran, dia benci kepada Allah. 


7. Semua ilmu ada dalam al-Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam al-Quran.


Syeikh Haji Abdul Hamid telah pergi meninggalkan kita pada 11 November 2022, jam 6 petang dalam usia 96 tahun.


Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 


*Sumber - Kajian peribadi dan dari sumber orang ramai seperti Anuar Gaharu dan lain-lain.


#HaulUlamak

https://www.facebook.com/share/1T2rQ9mG6U/

Rabu, 12 November 2025

Jom teman belanja

 Bulan ini, 


Betul-betul menguji dan habis duit lagi. 


Kenduri adik perempuan. Kena keluar rumah dan cari rumah sewa baru. Selesaikan hutang pelanggan yang tak selesaikan ansuran laptop. 


Hinggalah pagi tadi, baki akaun RM17. 


Dah lama Tuhan tak bagi rasa begini. 


Tetaplah tenang keluar tadi. Bekerja macam biasa. 


Jawab mesej tanya tapi tidak membeli. 


Dah jam 6.30 petang. Sebentar lagi maghrib. 


Terus ke surau. Nak bawa hati yang tidak tenang ini. Balik ni nak bawa rezeki apa pun tak tahu lagi. 


Azan berkumandang. Sayu. Begini kot perasaan para ayah dan suami yang masih berjuang mencari rezeki. 


Selesai semua, saya singgah ke satu kedai nasi lemak panas-panas. Ramai orang. 


Saya dapat satu sudut. Satu meja dan dua kerusi. Duduk dan pesan nasi lemak biasa dan air kosong. RM1.50 saja. 


Alhamdulilah.


Tiba-tiba datang satu lelaki. 


"Bang, tumpang duduk boleh?" 


"Eh sila-sila. Saya sorang je" 


Dia buka jaket sebagai penghantar barangan. Nampak penat betul. Seharian bekerja ni. Saya saja tanya, 


"Kerja ok?" 


"Alhamdulilah. Dapat RM20 tadi. Hahaha!" 


Kami berdua gelak. Lupa yang saya pun ada RM17 je dalam akaun. 


Tengah makan, ada panggilan. Dia makan guna tangan kanan, jadi tangan kiri jawab dan guna "loudspeaker"


Satu je yang buat saya sebak. Lepas suaminya jawab salam isterinya tanya, 


"Abang ok? 


"Alhamdulilah! Ok! Saya makan jap. Dari pagi lupa makan"


Kedengaran suara anak-anak di hujung talian. 


"Babah, nak nasi lemak paru. Adik pun nak! "


Masa ni berubah muka lelaki depan saya. Ya saya faham. Ada itu saja tapi bila anak isteri nak apa-apa, tak sampai hati kalau tak beri dan bagi. 


"Boleh. Awak nak nasi lemak juga? "


"Boleh. Sedapnya nasi lemak panas-panas! "


Habis panggilan, saya bangun dan kata pada dia. 


"Saya orderkan. Anak-anak saya pun nak nasi lemak ni"


"Eh takpe bro. Banyak ni. Saya ada duit sikit ni"


"Takpe. Saya belanja" sambil terus ke kaunter. 


Saya lupa yang saya ada RM17 je. Wallahi saya lupa. Main pesan je. 


Habis pesan, baru teringat!


"Allahuakbar! Abu! Kau ada RM17 je Tau! "


Masa ni darah dah naik kepala. Peluh tiba-tiba menitis. Ya Allah! 


Tak sedar! 


"Ok bang. Siap, semuanya RM48.50"


Yelah. Saya bungkuskan lelaki tu 4 bungkus nasi berlauk. Campur bungkus untuk anak-anak di rumah. 


Demi Allah, 


Tiba-tiba saya nampak duit masuk. Pelanggan siang yang tanya laptop dah masukkan duit. 


Terus saya scan bayar! Menangis rasa. Ya Allah. 


Lelaki tu salam dan peluk saya. 


Saya sebak. Dia pun sebak. 


Kami berdua ada cerita sepanjang hari berjuang. Dia dapat rezeki itu. Saya menumpang berkat rezeki dia juga. 


Terus saya teringat pada pesan ini. Pesan Dari kawan saya sendiri. 


"Kalau kau takut tentang rezeki, risau tentang hari esok, gelisah duit tak cukup, kau buat ni. 


Belanja orang makan. Tu je. 


Tak banyak pun takpe. Janji hiburkan orang. Kau tengok macamana Allah balas nanti" 


Allahuakbar! 


Pulang dengan airmata yang tak henti. 


Malu sungguh dengan Tuhan yang Maha MEMBERI. 


#sweeterapi

Kawal minda

 Seorang lelaki yang sudah dijatuhkan hukuman mati—nasibnya sudah tertulis, kerusi elektrik sedang menunggu.


Tapi kemudian datang satu cadangan pelik.

Seorang saintis menawarkan pilihan lain: bukan mati secara ganas, tetapi menyertai satu eksperimen psikologi yang menjanjikan kematian yang lebih “tenang”.


Caranya kedengaran mudah—hampir tidak berbahaya.


Hanya satu hirisan kecil pada pergelangan tangan.

Satu mangkuk diletakkan di bawah lengan.

Dan bunyi titisan cecair yang perlahan.


Terdesak untuk mengelak kerusi elektrik, banduan itu bersetuju.


Dia diikat pada pengusung.

Matanya ditutup supaya dia tidak dapat melihat.

Satu hirisan cetek dibuat—cukup untuk rasa sakit—tetapi helah sebenar tersembunyi.


Mangkuk di bawahnya tidak mengumpul darah.

Di sebelahnya, sebotol cecair disembunyikan, menitis perlahan-lahan, meniru bunyi darah “mengalir keluar”.


Banduan itu percaya bulat-bulat.


Semakin bunyi titisan kedengaran, kulitnya semakin pucat.

Nafasnya menjadi pendek.

Jantungnya berdegup laju dalam panik.


Dia benar-benar merasakan dirinya sedang mati—kerana mindanya menerima bahawa kematian sedang berlaku.


Dan apabila titisan itu berhenti, tubuhnya menyerah.


Tiada kehilangan darah yang banyak.

Tiada kegagalan organ.

Tiada racun.


Dia mati hanya kerana kepercayaan.


Eksperimen ini menunjukkan sesuatu yang luar biasa:


Minda mampu membentuk realiti.


Ketakutan boleh melemahkan tubuh.

Harapan boleh memulihkan.

Kepercayaan boleh membunuh—tetapi juga boleh menyembuhkan, membina, menguatkan, dan mengangkat manusia.


Dalam hidup, ramai orang tewas sebelum mereka gagal—kerana mereka sudah meyakinkan diri bahawa mereka tak mampu.


Seperti kata pepatah:


“Siapa yang percaya dia kalah, maka dia sudah kalah.Siapa yang percaya dia boleh menang, dia sudah pun bermula.”


Sumber: @African American History ..



Sabtu, 8 November 2025

Quantum entanglement

 1.diorang menang hadiah nobel sbb buktikan konsep quantum entanglement

 2. Maksudnya zarah yg terpisah sejauh galaxy, sebenarnya berhubung. 

3. Kalau dalam takrifan sainsnya kita ni hanya sekadar "maklumat", bukan benar

4. Kalau dalam takrifan lain mingkin kita hidup dalam simulasi

5. Dalam takrifan keagamaan, pula, manusia hidup dalam zat tuhan


Ini the edge kefahaman manusia sekarang. Ikut sains. Back by math!

 

Boleh chat gpt, quantum entaglement etc.


 Dalam agama hindu, pun di panggil maya juga, alam di balik sedar. Ilusi yg menutup hakikat kekal. 


Mcm matrix la

Jumaat, 7 November 2025

Ziarah

 Setelah mengembara lebih dari 100 negara, ini pendapat saya. 


1. Tempat paling terkesan di hati

Baitulmaqdis (Jerusalem)


Menurut catatan sejarah, Baitulmaqdis telah dimusnahkan sebanyak dua kali, dikepung 23 kali, diserang 44 kali, dan ditawan serta direbut semula sebanyak 52 kali. Tempat ini menjadi rebutan 3 agama besar dan masih bergolak semenjak lebih dua ribu tahun dahulu sehingga sekarang. 


2. Tempat paling epik


Maasai Mara Kenya melihat berjuta animal migration depan mata seperti di Padang Mahsyar. 


3. Monumen paling rasa diri tertipu


Manneken Pis Belgium, kerana penat berjalan mencari patung kecil budak sedang kincin. 


4. Tempat paling mahal


Canada dan Norway. Hostel bajet RM500 semalam, hotel 3 star RM1000 semalam dan makanan mampu tengok sahaja. 


5. Air terjun paling epik


Iguazu Falls Brazil/Argentina lebih besar dan hebat dari Victoria Falls Zambia/Zimbabwe. 


6. Negara paling cantik


Norway, New Zealand, Kyrgyzstan, Canada dan Switzerland. Semua mempunyai snow-capped mountains, tasik membiru, fjords dan hutan terpelihara.  


7. Negara yang rakyatnya paling ramah (most friendly people)


Algeria dan Iran. Kemana pergi mesti ada orang menegur ingin menolong atau bertanya khabar. 


8. Negara yang rakyatnya paling cantik dan segak (most beautiful people)


Iranian, Russian, Ethiopian, Brazilian, Venezuelan dan Filipinos. Pada pemandangan mata saya (to my eyes-lah)


9. Tempat paling kotor


Naples dan Jakarta. Tak larat tengok sampah bersepah di tepian bangunan rumah mereka.  


10. Tempat paling bahaya


La Boca Argentina, Favela Brazil dan Downtown Rio de Janeiro. Saya rasa tak selamat kerana banyak mata mengekor apatah lagi dengan polis berkeliaran dengan bersenjata berat.  


11. Padang pasir paling cantik


Gurun Namib kerana pasir bewarna merah kandungan besi.  


12. Makanan paling sedap


Turkey dan Thailand kerana kepelbagaian jenis makanan yang kita tak jemu. 


13. Ikan paling lazat


Ikan Sturgeon di restoren Cherkezi Dzor Gyumri Armenia lebih sedap dari ikan kelah. Telur sturgeon caviar menjadi rebutan ramai. 


14. Dessert paling sedap


Laz Boregi pada saya memang dessert paling sedap yang pernah saya rasa dan hanya dijual di Rize Trabzon Turkey oleh orang kaum Laz. Anda tak akan jumpa di Istanbul atau bandar-bandar lain. 


Ianya lebih sedap dari Custard tart dari Portugal, Tiramisu Italy, Gulab Jamun & Rice pudding India, Churros Spain, Lamingtons Australia, Baklava Greece dan puding Raja.  


15. Airlines paling bagus layanan


Thai Airways.  Dengan percakapan mereka yang lembut dan layanan mesra memang tertambat hati. 


16. Tempat paling overrated


Sehingga kini saya masih terpingga-pingga kenapa ramai melancong ke Dubai, dengan cuaca panas, barangan mahal dan semuanya artificial.  


17. Safari paling best


Maasai mara lebih banyak binatang liar dari Kruger Afrika Selatan dan Chobe Botswana


18. Train ride paling epik


Bernina Express dari Chur Switzerland ke Tirano Italy. 


19. Jalan paling bahaya


Karakoram Highway dari Gilgit ke Hunza Valley Pakistan. Tiada guardrail di tebing gaung dan runtuhan batu dari gunung boleh berlaku bila-bila masa.  


20. Negara paling banyak artifak dan bahan arkeologi 


Turkey dan Mesir. Satu negara adalah bahan sejarah semenjak ribuan tahun. 


21. Paling bersih dan teratur 


Tentunya Japan sehinggakan kita jadi rimas kerana semuanya bersih dan sistem teratur. 


22. Orang paling snobbish (hidung tinggi). 


French. Anda tidak akan di layan kalau berbahasa Inggeris.  


23. Monumen paling jauh dan lama untuk jejak. 


Machu picchu Peru kerana perjalanan jauh dari Santiago -> Cusco -> Ollantaytambo -> Aguas Calientes -> Machu Picchu. Semuanya mengambil masa 7 hari pergi balik.  


24. Airport paling besar


Dubai. Kalau transit satu jam memang tak sempat untuk sambung flight seterusnya.  


25. Airport paling kelam kabut


Sanaa International Airport Yemen. Rasa macam tiada sistem di sana.  


26. Airport servis terbaik


Setelah turun naik beratus airport di dunia tentunya KLIA kerana bersih, ada dispenser air percuma, toilet bersih ada bidet, trolley free, ramai petugas, baggage cepat keluar, proses imigresen laju, pemeriksaan kastam tak menyusahkan dan banyak kerusi untuk berehat. Kalaulah signages besar macam Dubai, memang saya beri 100/100. 


27. Airport rasa paling tak selamat


Morondava airport Madagascar kerana tiada scanner badan. Semua manual check sahaja.   


28. City paling kemas dan 'liveable'. 


Vienna dipilih sebagai the best city to live in the world kerana selamat, mempunyai first class public transportation, bersih dengan recreational facilities yang terbaik. 


Saya dapati taman dijaga dengan baik dan mempunyai tempat rehat disediakan untuk penduduk tempatan. 


29. City tua tercantik. 


Cesky Krumlov Czech Rep. kerana bangunan lama yang masih terjaga. 


30. Pekan yang mengasyikkan.  


Berada di Hallstatt Aistria seperti dibawa ke zaman silam dengan pemandangan picturisque. 


31. Negara paling murah. 


Myanmar. Semuanya murah dan empat orang makan berlauk hanya RM30.  


32. Pemandangan jalan paling cantik. 


Alpine road di Austria dan Transfagarasan highway di Romania. 


33. Castle paling cantik dan tersergam. 


Neuschwanstein castle Bavaria Germany. Macam istana dalam fairytale.  


34. Negara paling boring 


Luxembourg, Liechtenstein dan Slovenia kerana kecil dan tiada banyak tempat tarikan. 


36. Jalanraya paling baik. 


Austria, Czech Rep, Germany, Slovakia, Slovenia dan Hungary. 


37. Negara paling ramai gelandangan melepak di bandar


Buenos Aires Argentina, Sao Paulo Brazil dan Antananarivo Madagascar. 


38. Ibukota bukan negara Islam paling banyak monumen Islam. 


Sofia Bulgaria. 


39. Bandar disebut sebagai syurga dunia oleh turist arab. 


Zell Am See dan Kuprun di Austria kerana selalu hujan, sejuk dan bersebelah tasik. 


40. Jalan paling bahaya di waktu winter. 


Transfagarasan Highway di Romania. 


41. Bandar paling overated. 


Prague kerana Old town sangat kecil, congested dan mahal. 


42. Negara paling mendatar tanpa pergunungan. 


Hungary. 


43. Tempat paling ramai turist tertipu.


Bran @ Dracula’s castle Romania walhal ianya bukan tempat sebenar Dracula@Vlad the Impaler. 


44. Bandar paling ramai scammers


Istanbul 


45. Ibukota paling boring. 


Bucharest. Bangunan lama berumor tak sampai 100 tahun dan Old Town yang kecil dan haphazard. 


46. Public transport terbaik. 


Di Vienna kerana sistematik, tiada siapa menjaga dan timely. 


47. Negara paling ramai kaum Gypsy yang masih tinggal dalam kereta kuda. 


Romania. 


48. Negara paling miskin di Eastern Europe. 


Moldova. 


49. Ibukota dengan teenagers paling trendy dan ranggi. 


Prague. 


50. Negara paling banyak castle. 


Romania kerana sejarah medieval yang lama. 


51. Negara paling kuat beragama. 


Romania beragama Eastern Orthodox penuh dengan gereja dan Malaysia yang bangak masjid dan surau.  


52. Negara yang sama ‘cost of living’ dengan Malaysia. 


Dari banyak negara yang saya jejak, hanya Romania di mana harga barangan dan makanan serupa dengan Malaysia. Hanya harga petrol mereka RM7.17 satu liter.  


53. Negara Eastern Europe yang mempunyai paling banyak masjid lama. 


Bulgaria kerana ada masjid lama di Sofia, Plovdiv, Varna, Ruse, Stara Zagora, Shumen, Haskovo, Yambol, Vidin dan berpuloh di bandar lain. 


54. Pemandangan pergunungan paling cantik. 


Grossglockner Austria dan Lofoten Norway


55. Sungai paling cantik dan epik. 


Sungai Danube bermula dari Black Forest region Germany dan melalui 10 negara iaitu Germany, Austria, Slovakia, Hungary, Croatia, Serbia, Romania, Bulgaria, Moldova dan  Ukraine sehingga ke  Black Sea.


56. Bangunan paling hodoh. 


Bangunan Parliament Bucharest Romania. 


57. Kepulauan paling cantik 


Raja Ampat Indonesia


58. Negara rasa paling selamat 


Algeria. Hati sentiasa rasa selamat dengan orang yang baik-baik di sekeliling.  


59. Tempat rasa paling tak selamat


Ciudad del Este di Paraguay kerana setiap corner ada anggota bersenjata berat dan Jerusalem kerana ramai remaja berjalan dengan M16. 


60. Negara tanpa tarikan khusus tetapi menarik, aman dan stabil. 


Mauritius. 


61. Negara yang mempunyai dua binatang endemik yang tiada di lain tempat di dunia. 


Madagascar kediaman Lemur dan Fossa, dua binatang yang endemik di negara itu. 


62. Tempat paling banyak bandar  tinggi melebihi 10,000 kaki. 


Tentunya Tibet. 


63. Bandar yang mempunyai cuaca paling nyaman. 


Kunming, Perth dan Cape Town 


64. Pemandangan sawah padi paling cantik. 


Wee Kacura Sumba, Sapa Vietnam dan Jatiluwih Bali. 


65. Pantai paling cantik


Pink Beach Lombok dan Trou aux Biches Mauritius. 


67. Istana paling mewah. 


Istana Versailles paling mewah di Paris dengan kemewahan dan hiasan melampau. 


68. Bandaraya paling sesak


Tokyo


69. Gunung paling cantik. 


The Matterhorn Switzerland kerana bentuknya yang ikonik seperti piramid dan merupakan antara yang paling banyak diambil gambar.


70. Tasik paling cantik di dunia. 


Tasik Moraine, Kanada dengan warna birunya yang menakjubkan berlatarbelakangkan Banjaran Ten Peaks dan Tasik Plitvice kerana rangkaian tasik yang berhubung dengan air terjun bertingkat dan airnya yang jernih berwarna zamrud.


71. Negara yang mempunyai taman negara dalam bandar 


Nairobi, Kenya adalah ibu kota yang mempunyai taman negara dalam bandar. 


72. Pemandangan paling menakjubkan 


Reine Lofoten, Kaabah Mekah dan Baobab Avenue, Morondava Madagascar. 


73. Bandar paling banyak kereta antik. 


Havana Cuba. 


74. Bandar di mana bangunannya semua serba putih. 


Asghabat Turkmenistan. 


75. Bandar di mana bangunannya semua serba biru. 


Chefchaouen Morocco. 


76. Negara paling selesa dan aman. 


Tentunya Malaysia.  


Ini hanya pemerhatian saya dan traveller lain mungkin mempunyai pendapat yang berbeza. 


Catatan oleh:

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: Zainuddin Omar