Selasa, 29 Mac 2011

Insaflah Insan..!!!

Nikmat Anugerah kepada kita sentiasa melimpah ruah

Allah SWT adalah Sang Maha Pengasih dan Penyayang.

Ia memberikan pelbagai nikmat, peluang dan kesempatan kepada kita sebagai hambaNya. Kita semak dan check koreksi diri. Di sana terdapat 3 anugerah yang terindah yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai asbab, dan tiket untuk menambah amal dan kekuatan bekalan menuju akhirat.

Ahsanu Taqwim

Kita fahami ayat daripada Surah At-Tin ayat 4 ini. Maksudnya :

“ Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baik.”

( At-Tin 95 : 4)

Kita adalah manusia, sebaik-baik makhluk ciptaan Allah SWT. Seharusnya kita bersyukur dan melihat ia sebagai ruangan dan kesempatan terbaik untuk mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT.

Nah! Sangat jelas di sini, kita adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang istimewa dan terbaik.
Seharusnya, kita menyedari hakikat ini dengan kesedaran yang nyata.

Lalu, dibuahkan melalui tindakan yang akan menjadikan kita insan yang terbaik.

Menjadi manusia yang sedar, lalu bergerak membuat pilihan agar gelaran “ Ahsanu Taqwim” itu benar-benar hidup dan berlaku kepada diri kita.



Ahsanu Qaulan.

Kita hayati makna dan mesej Allah SWT di dalam surah Fusilat ayat 33 yang bermaksud :

“ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “ Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?”

( Fusilat 41 : 33)

Menyeru dan menyebarkan kebaikan dan kebenaran adalah sesuatu yang mulia.

Kata seorang salafusoleh :

“ Kebenaran itu adalah tiang seri kehidupan. Tanpanya maka akan sirnalah kehidupan itu sendiri.”

Kebenaran itu umpama cahaya yang akan menyinari kehidupan manusia yang kelam dan gelap gelita. Dari kekosongan kepada pengertian yang sangat bermakna kepada sebuah nilai kehidupan itu sendiri.

Kerana itulah, sebaik kata-kata adalah menyatakan kebenaran yang datang daripada Allah SWT.

Sebagai manusia, kita mampu menjadi yang terbaik dengan sesuatu yang baik. Jadilah manusia yang paling baik ucapannya, keaktifan dakwahnya, serulah orang lain kepada kebaikan dan perbanyakan energy positif di sekitar diri kita.

Ahsanu Amalan

Kita renungi maksud di dalam surah Al Mulk ayat 2 yang bermaksud :

“ Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.”

( Al Mulk : 2)



Kehidupan adalah pentas ujian dan cabaran.

Ujian adalah kayu ukur kepada suatu penilaian terhadap kerja laku manusia.

Ujian itu adalah tapisan kepada manusia yang akan menentukan siapakah yang tertinggi darjatnya dan terendah amalan di sisi Allah SWT.

Lantaran itu, amalan yang terbaik adalah harapan untuk mengapai keredhaan dan kerahmatan Allah SWT.

Harusnya kita menjadikan diri kita sebagai manusia yang terbaik amalnya, dan terdepan dalam kebaikan. Bersungguh-sungguh dan berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan di dalam diri.

Apakah sebaik-baik amalan? Kata Rasulullah SAW : Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan beristiqamahlah.”

Praktikal Dalam Hayah

Jika ingin menjadi sebaik-baik manusia, seharusnya kita menyatakan sebaik-baik perkataan dan mengerjakan sebaik-baik amalan secara konsisten dan berterusan.

Insan yang terbaik, sentiasa berusaha melakukan amalan yang terbaik agar dirinya mendapat tempat TERBAIK di sisi Allah SWT dan ditempatkan tempat TERBAIK di akhirat iaitu SYURGA ALLAH.


4.0






Isnin, 28 Mac 2011

Perutusan Khas PSPM II sesi 2010/11 KMS

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt....

Buat semua anak didik pelajar yang amat saya sayangi, kasihi dan ingati sekalian.......Segala puji bagi 4W1 tuhan seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan para sahabat. Selamat maju jaya sempena peperiksaan akhir sem II sesi 2010 / 11. Insya 4W1...

Diam tak diam dah final.... macam saya kata dulu masa mula2 anda masuk ke KMS-hehdi. Pejam celik pejam celik.... dah abih dah.... begitu cepat masa berlalu betul tak?..... dan saya seperti merasakan yang baru semalam anda melaporkan diri di KMS.... cubalah tanya mana2  makcik cleaner, makcik café atau pak gad.... Insya 4W1 memberikan jawapan yang lebih kurang sama walaupun tak serupa...

ok kita teruskan lagi. selama 5 bulan lebih ini iaitu dalam sem II anda telah banyak belajar. Kimi-’A’! anda telah menghabiskan sukatan Kimi-’A’! organik.... anda pening belajar organik...? saya harap tidak.... kenapa? asbab kata keramat "Kimi-’A’! itu M U D A H..... Insya 4W1 A....!!!" mana ada benda senang kat dunia nie...? nak makan pun susah.... klu tak der tangan.... apetah lagi klu mulut tak der.... boleh anda bayangkan...? if u fail 2 plan ....u plan 2 failed... pernah dengar?.... pernah baca....? tapi biasa anda buat kan.... yer tak...?  mana tak yer.... studi saat2 akhir.... tu kira anda gagal merancang la... Tuhan bagi masa kat kita manusia semua sama.... 24 jam dalam sehari semalam. tak kurang tak lebih. sepatut nyer tak wujud istilah tak der masa. <terlebih masa pun tak mungkin wujud>

Teruskan lagi pembacaan anda.... manusia atau dalam konteks yang lebih spesifik... anda sebagai pelajar.... aper tugas anda sebagai pelajar...? pasti T-rex pun boleh bagi jawapan yang betul lagi tepat.... ya belajar la..... tak kan lah main game DOTA dan PES sampai subuh kat asrama Capella & Canopus?..... dalam makna nyer nie.... maaf kepada yang terasa.... orang tua2 kata sapa makang cili dialah yang pedas.... kan.... kenapa saya guna contoh
T-rex.... sebab T-rex klu dia belajar pun Insya 4W1 pandai.... aper yang kurang antara T-rex  dengan kita.... jawapan nyer pastilah A K A L. ya akal aka fikiran.... gunakan lah akal kurniaan tuhan untuk memacu kejayaan yang lebih gemilang dalam hidup anda di dunia yang fana ini dan kesenangan di akhirat negeri yang kekal abadi

Muhasabah diri anda... adakah selama 5 bulan nie anda telah bersungguh2 belajar atau belajar bersungguh2 untuk belajar cara nak malas belajar.... ? pilih salah satu. cuba jawab dengan hati yang tunduk dan menyerah kepada tuhan mu..... andai kata anda berhelah dan bermadah... saya tak rugi apa-apa pun.... anda lah malu... sebab tipu diri sendiri... bencana paling besar dalam hidup adalah anda menipu diri anda sendiri.... cuba anda renungkan.... <orang lain tak boleh tipu anda selagi mana anda tak tipu diri anda sendiri… renungkan>

Tuntutlah ilmu Kimi-’A’! dari KE R E D H A AN ibu bapa dan pensyarah yang mengajar.... anda pasti faham dengan statement tu kan....? tipu lah kalau anda tak faham.... siapa yang di dunia nie tak der mak bapak...? lahir2 ajer kat pokok buluh betong....? tak pun macam superman....? sapa yang rasa dia pandai tanpa perlu pensyarah mengajar?.... boleh anda tolong jawabkan....? boleh anda bagi tau siapa gerangannya? jawapan ader di hati anda.... siapa di kalangan anda yang boleh dapat 4 flat dengan hanya studi di bilik....? Tolong bagi tau saya.... pesanan saya jangan jadi bodoh sombong.... saya ulang lagi sekali ..... jangan jadi bodoh sombong... pesan orang tua2 bunyi nyer.... bodoh tak leh diajar.... pandai tak leh nak di ikut.... ikut hati saya saya hantar manusia pesen nie ke Antartika.... biar dia rasa dok kat negeri pingu. susah ke senang. Kawan dengan penguin, singa laut dan kuda laut.

Kadang kala saya masih tak faham dengan anda. kebanyakan anda score SPM dengan straight A betul?..... klu macam tu.... naper sem I dulu sikit aje student yang dapat 4 flat...? pasti ader silap di mana2.... terus terang saya nyatakan di sini yang anda pastilah terkena virus ss dan terambil terlampau banyak vitamin M........ aper bender nyer tu....? anda fikirlah sendiri...... pelajar cemerlang akan terus cemerlang dalam hidup nyer.... Insya 4W1.... (selagi dengar kata dan nasihat pensyarah la... tak ponteng kelas… buat sendiri jawapan tutor. Bukannya tiru tau..!!)

Biar menyesal sekarang........ jangan menyesal di kemudian hari.... sesal dahulu pendapatan....... kesal kemudian langsung tak guna seseng pung. berakit2 ke hulu.... berenang2 ke tepian...... studi2 dahulu... Insya 4W1 senang di bilik peperiksaan..... kenapa orang lain boleh kita tak boleh....? kenapa aku gagal orang lain berjaya?... Lemparkanlah persoalan2 itu di benak hati anda.... sebelum tu nak tanya lagi sekali... anda dah abih studi untuk final...? anda dah lakukan segala apa yang pensyarah anda suruh....? soalan tutoran Kimi-’A’! organik anda dah buat semua? dah cari jawapan nyer? atau anda xerox saja jawapan nyer? jika buat Alhamdulillah saya doakan anda berjaya di dunia & akhirat. Amin. belum...? masih belum terlambat walaupun masa dah nak masuk maghrib....
ayuh anak2 didik buktikan kalian adalah P E R M A T A yang paling berharga....ok. ala... macam mat saleh selalu kata lah kat TV... "the time is still running... but the time is running out... b u t.... ader 'but' lagi tu.... u r never...3x  ....L A T E....!!!!” Pastikan persiapan anda untuk exam dak lengkap.... pensel, kalkulator, pemadam dan pen.... kalau boleh tu pen biarlah 4 atau 5 batang.... just standby.... pastikan tidur anda cukup.... bertenang dan yang penting sekali yakin anda mampu jawab soalan PSPM II.... saya rasa statement nie dari anda tadika lagi dah dengar kan....? tapi anda ada rasa nak terfikir tak kenapa ayat seperti nie sentiasa di ulang2?.... siapa tau jawapan nya angkat kertas..... ok.... jawapan nya mudah. yer.... mudah ajer.... manusia tu Allah jadikan pelupa.... kena sentiasa diingatkan.... that why lah tuhan turunkan kitab2 dan mengutus rasul2. Ingat setiap perkara ader penyakit kecuali mati…

Anda masih membaca....?? ok tahniah.... anda masih berminat dengan celoteh saya ini.... mari kita sambung. penyakit ilmu adalah lupa.... aper lagi.... penyakit kaya ..... ya riak & kedekut..... penyakit keturunan.... berlagak.... penyakit si miskin.... malas berusaha....jadi saya ingatkan anda dengan semua tu coz kita nie sebenar nyer sangat lah mudah untuk jadi lupa.... @ P E L U P A. marilah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.... berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran........ tanya diri anda.... adakah anda telah bersabar?....... saidina Ali KWJ berkata yang sabar ada 2 iaitu sabar pada aper yang kita paling suka.... dan bersabar pada aper yang paling kita tak mboh....<hidup ni mudah… nak dengan tak nak aje… tak der istilah nak tak nak….>

Jaga pemakanan. kurangkan yang berlemak dan berminyak.... kenaper? sebab anda akan mudah mengantuk dan cepat tido.... banyak kan minum susu untuk kecergasan.... petang2 tu kalau rajin buat lah sedikit aktiviti regangan badan.... kayuh beskal putih ala Vietnam keliling kolej biar lancar sikit darah ke otak tu.... tak der la darah kat otak tu beku.... banyak kan amalan ibadat pada tuhan.... ber S E R A H pada 4W1 atas segala usaha dan urusan kita. insya 4W1 tuhan akan menolong hamba2 Nya. <Tunduk dan menyerah lah akan diri mu kepada Tuhan yang menjadikan…>

Tepon mak ayah di rumah...... minta D O A  R E S T U. Pohon kemaafan sepanjang kita menjadi anaknya. Asbab anda minta maaf 4W1 mudahkan anda jawab exam....naper? tak percaya....??? silalah buat.... masih sempat anda telefon keluarga anda.... jangan pula lupa pensyarah yang mengajar anda. sem I dan sem II. kuliah, tutor atau amali. Ajar sekejap atau satu sem.... anda suka atau anda meluat........ M I N T A  M A A F. Anda pelajar.... ingat anda pelajar.... ok. anda bukan pensyarah.... nak jadi macam saya tunggu 5 tahun dari sekarang....tahun 2016. Bersabar lah...minta maaf kat pensyarah anda dengan cara sebut satu2 segala kesilapan dan kesalahan anda... mana tau dengan asbab anda minta maaf 4W1 bukakan kefahaman di hati anda? ini kerja 4W1. Segala berkaitan hati dan niat adalah kerja 4W1.... Adab pelajar dengan guru adalah sentiasa menganggap yang guru nyer lebih bijak dan pandai dari diri nyer.... barulah B E R K A T.... konsep ilmu nie macam air. air akan mengalir dari tempat yang tinggi dan seterusnyer turun ke tasik2 dan sungai2. <Ilmu yang berkat membawa ke syurga 4W1…>

Pelajar ibarat tasik yang mengumpul air di dalam nyer. Pelajar yang S O M B O N G & BONGKAK pada guru nya aka kurang ajar akan dilaknat sepanjang hidupnya. Buat semua bender tak jadi.... ubat nya mudah. pergi cari balik guru2 anda dan pohonlah kemaafan.............. sepuluh kali hari raya kena datang kat rumah guru yang anda 'D E R H A K A'. pohon kemaafan.... sanggup.... tu pun klu masih hidup la guru anda tu... klu dah tak ader...? menangis la anda tak berlagu... orang tua pun ada pesan... "jangan menderhaka pada tiga perkara, Allah, Ibu bapa dan guru @ pensyarah". klu derhaka pada pak gad...? <hehheh... jawab la sendiri..> Ingat kisah si Tanggang derhaka… ?? Nasib baik emaknya sumpah dia jadi batu… klu sumpah jadi laptop ke… netbook ker…kan haru.

Ilmu itu adalah N U R atau cahaya yang hanya akan masuk ke dalam hati pelajar yang benar2 B E R S I H & I K H L A S untuk menuntut ilmu dari pensyarah nya. Sedetik anda bersikat sombong dan ego pada pensyarah anda maka T A W A R lah segala ilmu yang anda tuntut darinya. apa tah lagi jika anda kurang ajar, melawan... Ponteng kuliah atau kelas terakhir... macam mana anda boleh dapat keberkatan klu hati anda pun penuh dengan titik2 noda....? ilmu adalah dari 4W1 dan juga milik 4W1. Sekadar pinjaman semata. pensyarah sebagai asbab atau pengantara sahaja. Jika 4W1 tak redha pada ilmu yang anda pelajari...<fikirlah sendiri> .... andai anda derhaka pada pensyarah anda maka samalah anda derhaka pada Pencipta diri anda seluruh isi alam jagat ini....

Analoginya seperti mencurahkan air ke daun keladi. Berburu ke padang datar dapat rusa kembang kaki.... berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi.... dengan kata lain layu la kan.... aper kita nak wat dengan bunga yang dah layu? bagi kat T-Rex pun tak nak apetah lagi bagi kat orang.... apa lagi buang ajer lah kat perigi buta.... kan.... abih citer? anda nak disamakan dengan bunga yang dah layu ker....? mesti tak nak kan....? So ubah lah diri anda ke arah yang lebih cemerlang. berani berubah... berubah untuk berani.... ANDA M A M P U MENGUBAHNYA...!!!!!! <Ubah lah diri anda. Biar anda mengubah persekitaran dan jangan pula sebaliknya…>

Andai dihitung2 anak2 murid saya di KMS-hehdi, KMPk dan KMM dah hampir 2500 orang. Banyak tu.... macam penduduk satu taman perumahan. Minta maaf jika saya tak dapat nak mengenali anda semua secara luar dan dalam.... anak murid silih berganti tetapi saya masih setia mencurahkan ilmu untuk anak didik saya sekalian.... kejayaan anda kebanggaan kami para pensyarah yang mengajar dan yang tak mengajar....yang penting anda sentiasa mendoakan kesihatan saya dan seluruh pensyarah yang lain agar dapat terus menabur bakti mendidik anak bangsa.

Saya telah mengajar anda sebaik boleh yang mampu saya lakukan. Andai ada yang terlepas pandang... sila bagi tau ok... saya akui yang saya kadang2 agak 'laser' dalam kelas... yang penting adalah kejujuran dan keikhlasan. Saya tegur kesalahan anda 'on the spot' tak der dah tangguh2 nyer.. klu ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam hati.... klu ader silap dan salah.... jangan sampai di bawa ke mati. So saper2 student saya yang terasa dan makan 'dalam' tu minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki anda sebagai anak didik saya... biar lah saya menyesal sekarang kerana memarahi dan mengherdik anda... jangan menyesal di kemudian hari... (saya sebenar nya tak suka dimarah aper tah lagi marah orang) Jadilah seperti katak yang pekak….klu nak berjaya lah…. Nak senang mesti kena berjaya dulu ok. Bekerja keras dan bijak = KE G I G I H AN. Ada 5 punca ilmu pengetahuan. 1. Dengar 2. Fikir 3. Buat 4. Bincang 5. Tinjau. Cuba anda buat. Dah dapat alhasilnya silalah beri tau.

Di kesempatan ini saya dengan merendah diri ingin memohon kemaafan daripada anda semua sebagai anak didik saya. Saya H A L A Lkan segala ilmu yang saya curahkan untuk anda semua dunia dan akhirat. Ya 4W1 kami mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk semua anak didik kami dalam PSPM II. Mudahkanlah segala urusan anak didik kami ya 4W1. Amin.... amin ya rabbal alamin.

Segala yang baik dari saya ambil lah sebagai teladan dan yang buruk tu jadikanlah sempadan.... andalah aset saya penghibur hati saya pengubat duka lara dunia dan akhirat. tanpa anda siapa lah saya di sisi 4W1. Mana yang baik tu datangnya dari 4W1 dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri....

Salam sayang salam kecemerlangan yang berpanjangan buat semua anak didik yang dikasihi.... ok all the best....... good luck 4 your final PSPM II. May 4W1 bless u all always. ingat anda adalah permata yang berharga kepada agama bangsa dan negara.... Insya 4W1. Sekian wassalam. Sampaikan salam saya pada kedua ibu bapa.

p/s - dont give an inches until the last buzzer sounds...
     - share your knowledge and your love to each other...
     - what u give is what u get back actually.

 .... sat sat... nak bagi tau nie... saper2 yang bagi kad dengan gambar2 yang cantik2 tu  terima kasih la. wat susah2 ajer... aper pun thanks a lot... u r so so creative... yang penting saya lekatkan semua kad-kad anda tu di kubikel sebagai kenang-kenangan saya dan juga junior2 anda....
 1 ‘Awesome’
 Forecast final saya dah bagi... aper lagi... mind map organik... soalan objektif, soalan past year mengikut tahun, poster... dll yang penting ikut aper yang saya suruh Insya 4W1 kalian pasti berjaya dunia dan akhirat. Amin. Insya 4W1. Yang tak dapat tu jangan lah CURI & FOTOSTAT dari kawan yang dapat. DOSA. >>>>>>>doa orang yang dizalimi itu tiada hijab antara dia dengan tuhan Nya... walau pun dia seorang yang kafir....<<<<<<<< so klu anda rasa ada buat 'pedajal' kat orang.... terutama cifu2 anda... pergilah cari cifu anda dan pohon lah kemaafan dari nya. Semoga ilmu kimia anda tu berkat... bukan nya membawa laknat <<<<< fikir2kan... renung2kan...lupa lak... nak bagi tau nie... serius. may be ini lah kesempatan saya yang terakhir di
matrik.... pas ni saya nak jadi.... aper yer....ntah lah. tapi aper pun klu anda jumpa saya dimana2 tu tegur lah yer.... tata titi tutu....

23 Rabiul Akhir 1432H @
6:45 28/03/2011M
kubikel kimi’A
Isnin
5h3hdiLaNun... aku masih di sini :) adios... amigos...

Adapun adab-adab seorang murid terhadap gurunya maka iaitu:

1) Apabila menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu
2) Jangan membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya
3) Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
4) Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.
5) Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata sipulan itu menyalahi akan
     yang engkau kata itu.
6) Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih tahu dari gurunya.
7) Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
8) Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi
    beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.
9) Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
10) Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
11) Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.
12) Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
13) Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan nabi Musa A.S. bagi Nabi Khidhir A.S. seperti yang disebuntukan dalam Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 71 yang maksunya:
"Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khidhir): Apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau menenggelamkan semua penumpangnya. Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar."

Perutusan Khas Hari kimi-’A’ sedunia Isnin 18 April 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt....

Buat semua anak didik pelajar rintis KMS-hehdi sesi 10/11 yang amat saya sayangi, kasihi & ingati sekalian. Segala puji bagi 4W1 tuhan seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW & para sahabat.

Selamat meraikan HARI KIMI-’A’! SEDUNIA. bila?.... isnin 18 April 2011. 9.00-11.30 pagi & Rabu 20 April 2011. 9.00-10.00 pagi (kertas terakhir). <10.01 anda merdeka dan bebas dari mengikuti segala peraturan di KMS> so aper lagi tolong lah raikan dengan gilang gemilang. Rayakan lah dengan penuh keikhlasan. Ikhlas dapat pahala tau… budak tadika pun tahu. Tak der makna nya saya paksa anda. Anda dah besar panjang <badan ajer yang besar… tapi…. akal ikut sama ‘besar’ ker…??> hehhehe … mike fikirlah sendiri. Gambar poster & perutusan meraikan hari kimi-’A’! sedunia saya upload kat blog http://shehdikimia.blogspot.com/. so bukan itu yang saya nak 'lamputinggi' kan. Saya dah wat forecast kimi-’A’! untuk kimi-’A’! kertas II. so kepada mana-mana pelajar Sains PST KMS-hehdi yang belum dapat, silalah dapatkan daripada kengkawan seperjuangan….<semoga membantu, Insya 4W1>.

so aper nak buat pada hari kimi-’A’! sedunia tu nanti...? ok ni jawapannya. macam biasa la tidur awal. pukul berapa? pukul 10 malam. Lagi awal lagi bagus. tapi sebelum tidur, solat isyak dulu secara berjemaah di masjid As Sufi. Balik solat studi aper yang patut. Just briefing kat kepala anda. Rujuk peta minda besar saiz A3 yang saya beri. Pagi esok nya bangun awal. Pukul 5.30 pagi. Azan subuh pukul 6.00 pagi. Mandi, gosok gigi bersiap datang ke masjid solat subuh berjemaah. Selesai solat, baca al Quran dalam 10 minit. Pastu balik ke bilik. Bersiap pakai baju nak pergi periksa. Pukul 7 turun makan kat cafe. Elakkan makan yang berlemak & berminyak. Just alas perut dengan roti gardenia pun ok. 7.30 pagi cari tempat untuk studi sampai pukul 8.30 iaitu selama satu jam. Tak kisah la kat mana pun. Kat pondok pak cik gad pun boleh. Tu pun klu pak cik gad tu bagi. Nak studi tajuk aper...? 3 bab terakhir organik. amine, acid amino & protein dan polimer. Bab 19, 20 dan 21. Bab yang lain dah kat kepala kan….

8.30 ajer terus bergerak ke pusat peperiksaan masing2. Bertenang semasa di luar BP. bukannya bertendang. Jangan bercakap2 yang lagho2. Lagi bagus klu anda berzikir & berselawat sementara menunggu arahan masuk ke dalam BP. 8.45 macam biasa briefing ketua pemawas. Opss… silap Ketua Pengawas. Tepat sahaja pukul 9.00 sebelum jawab, mulakan dengan kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim terus buka muka surat terakhir. cari soalan no 10. <aper2 hal pun rujuk pada forecast saya>. ingat satu (1) markah satu MINUTE..!!! (1M=1MIN). Soalan no 10 part B 15M maka 15 minit anda peruntukkan untuk soalan no 10. 9.00 - 9.15 pagi. Dah siap dah satu soalan. Lega.

so seterusnya untuk student BIO dulu ok. <student fizik kemudian>. terus jawab soalan organik part A (wajib jawab) no 2, 3 dan 4. satu soalan 10M bersamaan 10 minit. 3 soalan 30 minit. jawab dari pukul 9.15 - 9.45. pastu part B (jawab 4 daripada 6 soalan). bahagian nie boleh pilih. tolak soalan no 5 dan 6. tu soalan kimi-’A’! fizikal (pengiraan) soalan no 5 electrochem dan no 6 kinetik. Saya beranggapan yang student bio tidak selesa dengan soalan berbentuk pengiraan. so yang tinggal soalan no 7, 8 dan 9. Soalan organik alias membaca. soalan organik struktur panjang. 15 markah darab 3 soalan. 45M so 45 minit. jawab dari 9.45 - 10.30. so anda tak der pilihan. nak tak nak kena jawab soalan kimia fizikal. part A (wajib jawab semua) tinggal soalan no. 1. tajuk thermo. tu ajer lah yang ada pengiraan. 10M so 10 minit. 10.30 - 10.40 pagi. Paling2 lewat pun pukul 10.50 anda kena siap jawab semua soalan part A dan part B. 4 soalan part A dan 4 soalan part B. so semua sekali 8 soalan bersamaan 100%. Markah. masa menjawab 2 jam setengah. sekarang dah pukul 10.50 pagi tamat 11.30. ader lagi baki 40 minit lagi. so nak wat per dengan masa nie...? balik...? ok gak. balik awal. nasihat saya. Jangan balik dulu. Kang menyesal tak sudah. S E M A K balik jawapan anda. cam ne caranya? Reverse la. ikut step nie. cek soalan no 1 coz ni lah soalan yang terakhir anda jawab. pastu soalan no 7, 8 dan 9. diikuti part A soalan 2, 3dan 4. akhir sekali soalan no 10. soalan yang mula2 anda jawab. <yang penting anda semak kembali jawapan & semak berganda> Ok? Ke KO?

Pelajar fizik pula terus jawab soalan pengiraan part A (wajib jawab) no 1 Thermo. Satu soalan 10M maka 10 minit. jawab dari 9.15. - 9.25. pastu part B. bahagian nie boleh pilih (4 daripada 6 soalan). jawab dulu soalan kimi-’A’! fizikal (pengiraan) soalan no 5 electrochem dan no 6 kinetik. Saya beranggapan yang pelajar fizikal tidak selesa dengan soalan berbentuk ayat panjang, pembacaan & pemahaman. Anda suka tekan kalkulator kan..? 2 soalan darab 15M = 30M. 30 minit masa menjawab. 9.25-9.55. patah balik part A. jawab soalan no 2, 3 dan 4. 3 soalan darab 10M = 30M sama dengan 30 minit. jawab dari 9.55 - 10.25. pastu ke part B. pilih soalan esei panjang organik no 7, 8 atau 9. pilih satu ajer tau daripada 3 soalan tu. 15M = 15 minit. 10.25 - 10.40. Paling2 lewat pun pukul 10.50 anda kena siap jawab semua soalan part A dan part B.

Masa menjawab 2 jam setengah. sekarang dah 10.50 pagi tamat 11.30. ader lagi baki 40 minit lagi. so nak wat per dengan masa nie...? balik...? mana boleh keluar setengah jam yang terakhir. nasihat saya. cek balik jawapan anda. cara cam ner? reverse la. ikut step nie. cek jawapan yang anda pilih dari soalan no 7, 8 atau 9 (pilih satu). pastu soalan no 2, 3 dan 4 (part A). pastu part B soalan 5 dan 6. patah balik part A cek jawapan soalan no 1. akhir sekali soalan no 10 soalan yang mula-mula anda jawab tadi….

Susun jawapan ikut no soalan yang anda rasa TERTINGGI markah nya <untuk part B ajer la>. susun jawapan soalan part A no 1 diikuti 2, 3 dan 4. Pastu jawapan soalan part B. katalah no 10 anda ‘confident’ jawab. Letak selepas jawapan no 4. Diikuti jawapan mana yang anda rasa tertinggi. <klu anda jawab lebih dari 4 lah>. klu jawab 4 soalan ajer dari part B. susun ajer ikut no soalan. so dah faham dah? so nampak dah strategi cam no nak raya kan hari kimi-’A’! sedunia..? teman dah tolong... <tapi sekarang dah guna booklet> booklet tu aper..? Buku jawapan

Nah... sekarang tinggal mike aje lah tolong diri mike sendiri. Ingat. Pilihan di tangan anda. Anda nak ikut ker.. tak nak ikut strategi yang saya turunkan kat sini... macam biase lah... terpulang. Teman tak suruh emak teman pun tak pakser mike. Tapi mike kena ingat...jangan menyesal... itu aje.. faham ko tak faham ko... mike buek2 faham aje lah... senang citer teman nie ha. Remember.... the time is still running and the time is running out... but u r never-never late  my dear student. ingat kata keramat kimi-’A’!. KIMI’A’ itu M U D A H.. Insya 4W1 ...A....!!!!

Lupo la pulak nak habaq.... Semasa nak antar booklet skrip jawapan tu... berT A W A K A L ok. Jangan lupa. Anda dah berusaha. Lulus atau gagal tu urusan 4W1. Bergantung pada usaha anda selama ni. Yang penting anda dah wat yang terbaik.... !!! Untuk skor paper kimi-’A’!... Bukan nya wat yang terbaik untuk kantoi.. !!.  Contohnya tak wat tutor, tak jawab soalan past year, tak wat ‘hand out’ yang saya bagi dll. <makan dalam nie>.... terus balik bilik makan dulu pastu take your own short nap. Lepas solat zohor berjemaah yang terakhir di masjid as Sufi studi untuk kimi-’A’! kertas I. Petang amik gambar kenang-kenangan keliling kolej. Sebab esoknya Rabu hari kimi-’A’! sedunia pun ari terakhir anda di KMS-hehdi nie…. So angkut beg anda sekali …. Hehehhe. Yang penting sekali di sini adalah sila hadirkan diri anda paling lewat 8.45 pagi di BP anda. Sila alert pada masa…ok.

Amaran keras dari pihak penaja rancangan... ehhehe. Aper yop ? Jangan sesekali anda berbincang jawapan yang anda dah buat dengan pak gad... opsss ...maaf. Silap. Dengan rakan2 anda...roomate atau pun sesiapa. Hatta pakwe atau makwe <cinta monyet> mahu pun cipan anda. Katakan lah jawapan anda betul... anda riak dan takabbur pulak. <4W1 tak suka orang yang riak tau… !!!>. Klu jawapan anda salah... mike kecik hati kecewa frust menonggeng lak... <mengalahkan orang yang bercinta monyet>. so amik jalan tengah. jangan bincang dengan sesiapa termasuk lah pensyarah kimi-’A’! kesayangan anda <ader ker... ? Klu ada… sapa tu?> hehheheh sapa mau jawab.... mike jawab lah sendiri....p/s- good luck n all the best…ok. Insya 4W1. Lagi satu jangan sesekali anda R E P E A T sem hadapan ok… dosa besar pada diri saya. Ingat… mike repeat kat kolej lain tau... sendiri mau ingat la..!!
wassalam... adios amigos... C U in I P T A…. Insya 4W1

Ahad, 27 Mac 2011

kuasai kimi-'A'! SK 027


Kuasai Kimi’ASK027
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt....

Buat semua anak didik pelajar KMS-hehdi sesi 10/11 yang amat saya sayangi, kasihi & ingati sekalian. Segala puji bagi 4W1 tuhan seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Kimi-’A’! sem II banyak tajuk organik. Organik melibatkan banyak konsep dan pemahaman selain dari pembacaan yang meluas dari pelbagai isi sumber bahan rujukan. Nasihat saya adalah Kimi-’A’! organik tidak boleh dipelajari dengan kaedah mengH A F A L semata-mata tetapi memerlukan pemikiran dan pemahaman yang mendalam. Oleh kerana itu anda sebagai pelajar WAJIB buat semua jawapan tutor dan soalan tahun lepas sebagai galakan anda berfikir dan menguji pemahaman anda di kuliah. <apa kejadahnya klu pelajar asyik ponteng kuliah Kimi-’A’!...??> makcik cafe mana yang nak tolon jawabkan..??

Apa jua kerja yang ingin anda lakukan perlukan M I N A T. Tak kenal maka tak cinta. Maka cara yang terbaik untuk anda menguasai Kimi-’A’! organik adalah anda mesti jatuh cinta terlebih dahulu dengan Kimi-’A’! organik. Tak suka tak bermakna anda tak minat. Minat dahulu barulah anda boleh bercinta. Kimi-’A’! itu M  U  D  A  H..... Insya 4W1......A!! biasa dengar kan...??? Seringkali anda mengeluh mengatakan yang Kimi-’A’! organik susah nak faham tahap gaban kerana begitu banyak fakta dan konsep yang perlu dikuasai. Ya... itu betul. Saya akui. Saya pun ada mengatakan benda yang sama 12 tahun dahulu. Untuk makluman anda saya adalah bekas pelajar STPM. Kimi-’A’! STPM berganda-ganda susahnya berbanding kimi’A’ matrikulasi yang anda belajar. <Naper.... tak percaya ker??> tolon la percaya yea...

Memang Kimi-’A’! organik membebankan sinaps dan pancaran impuls dalam otak anda. Kenapa fenomena ini berlaku...?? Tak lain dan tak bukan kerana anda mengHAFAL. Dengan kata lain anda mendalami Kimi-’A’! organik dengan cara yang songsang @ buta kayu lebih kurang menggajah celik. Cara yang berkesan... ehem.... macam biasalah. F a h a m konsep asas Kimi-’A’! organik. Contoh konsep pengoksidaan [O] & penurunan [H]. Macam mana nak faham konsep? Kenalah gunakan contoh yang sesuai. Itu ajer. <contoh dari nota kuliah dan buku rujukan la..> Setelah faham konsep asas anda haruslah menguji pemahaman anda dengan J A W A B semua soalan tutor.
Seeloknya buat kumpulan belajar semasa menjawab soalan tutor. Biasanya 3-4 orang. Jangan terlalu ramai. Nanti asyik bersembang. Belajar berkumpulan merupakan teknik belajar yang terbukti berkesan dalam Kimi-’A’! organik.... pas tu... wat la peta minda Kimi-’A’! organik  sendiri. Aper lagi nyer tu...??? masih tak percaya lagi ker....??? Lantak kome ler.. maleh den nak layan. Buek ponek ajo...

Manusia secara psikologi suka sesuatu yang mudah dan ringkas. Maka Kimi-’A’! organik lebih mudah dipelajari dengan P E T A M I N D A. Bukannya peta mesia tau! Tetapi sebelum anda faham cara penggunaan peta minda anda kena belajar Kimi-’A’! organik mengikut susunan bab sebagaimana yang seharusnya dipelajari. Pengenalan diikuti C-C, C=C, C6H6, R-X, R-OH, C=O & CHO, COOH dan akhir sekali NH2. Peta minda adalah pelengkap kepada belajar berkumpulan dalam proses menguasai Kimi-’A’! organik. Sebelum terlupa peta minda organik ada dua jenis peta minda mengikut bab organik dan peta minda keseluruhan. Peta minda keseluruhan pula pecah pada dua iaitu alifatik dan aromatik.

Untuk peperiksaan PSPM II SK027 4 (empat)  jenis soalan yang sering ditanya. Pertama (1) ujian Kimi-’A’! untuk membezakan sebatian organik. Hanya satu bahan uji yang digunakan untuk kedua-dua sebatian. Satu sebatian memberikan hasil positif dan satu lagi negatif. Kedua (2) saling tukaran dan penyediaan sebatian organik. Biasanya untuk matrikulasi hanya melibatkan 2 atau 3 langkah sahaja bergantung kepada markah yang diperuntukkan. Contoh ‘Synthesis benzyldehyde from benzene’. Yang ketiga (3) kenal pasti bahan organik yang terlibat dalam tindak balas & reagen nya. Kadangkala sebatian organik dengan kumpulan dwifungsi diberikan. Contoh C3H6O2 dan C3H6O. Jika formula molekul mengandungi 6 atau lebih atom karbon, maka sebatian ini mungkin aromatik (ada satu gelang benzena). Yang terakhir (4) teori Kimi-’A’! organik. Misalnya mekanisme tindak balas dehydration of alcohol dan susun sebatian mengikut acidity, basicity & juga takat didih. Sapa kata kimi’A’ tu susah...??? sila bagi tau saya... A. Diri anda B. Makcik cleaner C. Makcik Cafe D. Pak gad <salahkan diri sendiri ok...!!!> jawapan: A

Kesimpulannya di sini adalah.... NAK dengan x nak. Jika nak katakan nak. Itu saja. So buat semua pelajar rintis KMS-hehdi sesi 10/11... BUKTIKAN... Kimi-’A’! itu MUDAH... Insya 4W1.. A!!. KMS Memang Sukses.. Last but not least... GOOD LUCK…. In your PSPM II terutamanya kertas SK 027. All the BEST.
C U in IPTA..!!