Rabu, 28 September 2011

TEGUR POLIS BUANG SAMPAH, PEKERJA DAKWA DIPUKUL

26 September 2011


Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat Jitra, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu. 

Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ. 

"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut. "Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Jitra hari ini. 

Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab. "Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal.
Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul. 

"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa. 

Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya. "Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam.

Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu. "Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya.

- Bernama

Sabtu, 24 September 2011

KISAH IBLIS TERPAKSA BERTEMU RASULULLAH SAW

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:
"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT." 

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara' (Loyal)"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas." 

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Iblis Dibantu oleh 70000 anak - anaknya

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. 

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong

hudud

selamat beramal

Snouck Hurgronje laknatullah !!

Oleh: ustaznik

"snouck hurgronjeSnouck Hurgronje ialah musuh islam yang terkenal. Beliau telah memberikan 8 saranan kepada dasar pemerintahan Belanda di Indonesia yang berhubung dengan Dasar Islam (Dasar Etika) Belanda:

1.Pemerintah Belanda tidak perlu takut terhadap pengaruh haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban iaitu simbol haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap fanatik atau benci kepada orang kafir. Tetapi, jika mereka pulang dengan berbekalkan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap, termasuk politik, maka mereka patutlah diawasi.

Ini bermakna bahawa mereka perlulah didekati sebagai kawan dan dipengaruhi secara halus supaya mereka berubah menjadi golongan yang menghormati pihak Belanda. Pengaruh haji Indonesia yang mengancam kestabilan pemerintah boleh diakhiri apabila pemerintah mendekati ulama Makkah yang menjadi guru kepada para jemaah haji Indonesia itu dan menjadikan mereka ini sebagai kawan.


2.Pemerintah Belanda tidak perlu takut dengan gerakan Pan-Islamisme kerana tidak terdapat ikatan yang kuat dalam kalangan umat Islam seperti yang berlaku dalam kalangan kaum Kristian Katholik yang dikepalai oleh Pope (Paus). Sehubungan dengan ini sistem khalifah Turki tidak lagi berkesan sebagai alat pan-Islam. Sebaliknya Turki Uthmaniyyah hanya wujud sebagai satu sistem politik yang kuno dan tidak bermaya.

3.Pemerintah patut bersikap berkecuali terhadap para ulama mengajar agama Islam hanya sebagai ritual (ibadah khusus). Tetapi ia harus bertindak tegas terhadap ulama yang menekankan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap, yakni menjangkau juga persoalan politik.

4.Pemerintah harus berusaha mencegah para ulama agar jangan sampai menduduki badan-badan eksekutif. Sekiranya hal ini berlaku, maka masalah yang rumit akan muncul kerana tidak mungkin terjalin hubungan yang baik antara Pemerintah Belanda dengan rakyat Indonesia yang majoritinya beragama Islam.

5.Pemerintah Belanda harus menyempitkan ruang gerak dan pengaruh Islam. Hal ini dapat dicapai melalui usaha kerjasama kebudayaan Indonesia-Belanda. Program ini dapat dimulai denagn memperalatkan golongan priyayi (bangsawan) yang selalu berdekatan dengan pemerintah kerana mereka kebanyakannya menjawat jawatan sebagai Pamong Praja (Ketua Daerah). Untuk melancarkan usaha tersebut, caranya ialah dengan mendidik golongan priyayi dengan pendidikan Barat.

6.Pemerintah Barat patut membantu menghidupkan golongan pemangku adat kerana mereka adalah penentang Islam. Penentangan itu berlaku kerana Lembaga Adat dibentuk oleh tradisi tempatan, sedangkan Islam bersifat universal. Keadaan ini memudahkan pemerintah dalam usahanya untuk menyempitkan ruang gerak dan pengaruh Islam apabila ia bekerjasama dengan golongan pemangku adat.

7.Dalam menghadapi Perang Acheh hendaklah dijalankan operasi militant di daerah-daerah pedalaman dan pemerintah perlu bertindak keras terhadap para ulama kampong dan mereka ini janganlah diberi kesempatan untuk menyusun kekuatan dengan membentuk para santrinya sebagai pasukan sukarelawan. Terhadap orang Islam awam, pemerintah harus meyakinkan mereka bahawa pemerintah melindungi agama Islam. Usaha ini harus dijalankan dengan bantuan para Kepala Adat.

8.Pemerintah harus memisahkan antara Islam sebagai agama dengan Islam sebagai doktrin politik. Makin jarak antara keduanya itu akan mempercepatkan proses kehancuran Islam.

(Fadhullah Jamil, Krisis dan Ancaman, ms 93-94 dipetik dari O.Hashem, Menaklukkan Dunia Islam, halaman 28-29)

Sejarah yang sangat2 sundal!

Oleh: MERONG

"Sejarah Semenanjung Melaka jika di bandingkan dengan acara olahraga dapatlah diumpamakan seperti acara 4 x 100m. Pelari pertamanya adalah Portugis, kemudian baton diberikan kpd Belanda dan pelari ketiganya British dan seterusnya UMNO. USAIN BOLT adalah pelari keempat Jamaica utk mencapai kemenangan dan begitulah UMNO penyambung talian perjuangan PORTUGIS/BELANDA/BRITISH untuk menghancurkan khalifah secara total di muka bumi semenanjung Melaka ini.

Definasi mengancurkan secara total hendaklah difahami secara mendalam. Penghancuran sejerah sebenarnya, kesan tinggalannya umpama istana, kuburannya, keturunan pemerintahnya, sistem pemerintahannya, nilai dan budaya murni penduduknya.

Kejayaan British menghapuskan khalifah adalah sepertimana berlaku di TURKI. Kejayaan BRITISH yg kedua adalah menulis kembali fakta sejarah dgn menggunakan penulis upahan seperti MUNSHI ABDULLAH dan membawa segala artifak dan manuskrip sejarah yg benar ke BRITISH utk disembunyikan.
Sejarah Hang Tuah@Iskandar MUDA@NARAI Sultan Acheh di hikayatkan malah difilemkanuntuk memburuk-buruk khalifah kononnya khalifah adalah kaki betina dan Hang Tuah seorang yg taat membabi buta. Hang Jebat/Lekiu/Lekir/Kasturi  adalah adik beradik beliau dikatakan sahabat. Maka generasi yg berumur 70 tahun kebawah skrg hiduplah dgn persepsi fitnah sejarah ini.
Sejarah Merong Maha Wangsa juga di hikayatkan malah di filemkan.  Jika JIN Samsudin dikritik akibat filem Peristiwa Bukit Kepong, tak mustahil giliran KRU pula 5 tahun lagi akibat filem MMW. MMW adalah penyebar agama ISLAM dibumi semenanjung MEelaka  ini selain dari kemasukkan ISLAM dari bumi  Acheh/Jawa. MMW pula diceritakan dgn kisah dongengan burung garuda, beragama hindu pernikahan seorang anak raja rom mahu mengahwini anak raja china. Rata-rata buku hikayat MMW di karang oleh penulis british dan hingga kini UMNO masih mempertahankan hasil karangan mereka.
Jika penyokong PAS/PKR/DAP cukup marah dgn pembohongan UMNO terhadap Anwar, BAGAIMANA PULA dgn pembohongan mereka terhadap khalifah?  Mereka yg telah membawa ISLAM kebumi Nusdantara ini yakni nikmat teragung daripada Allah SWT KPD KITA. Siapakah yg akan membela mereka?  Jika KAMU MENYOKONG GERAKAN ISLAM KAMU HENDAKLAH MENYOKONG SEMUANYA dan bukannya setakat politik sahaja. Apakah kita mahu membiarkan mereka menipu anak-cucu kita dgn penipuan sejarah ISLAM ini dan membiarkan generasi yg lahir sejak 1980an keatas hanya mengagungkan tinggalan sejarah penjajah. Apakah hanya menunggu Mat SABU bercakap baru nak terbuka minda? Amat rugi jika menjadi penyokong PR tetapi masih bermindakan BN.
    
Saya tidak berminat kpd mereka yg berniat mengkaji sejarah sebenar penuh dgn  jiwa kenegerian sebaliknya kajilah dgn semangat k eIslaman.
Lihat  soalan yg pernah saya tanya guru sejarah saya :
1.       BEGITU RAMAI Sultan Melaka tetapi mana ISTANAnya? Sedangkan Portugis yg BARU menjajah pun  ada juga tinggalan kotanya.
2.       Mengikut peta terkini, Melaka hanyalah negeri kecil -kenapa nama selat dinamakan selat Melaka kenapa tidak Selat Perak yg merangkumi hampir 80% panjang negeri Perak ataupun nama selat dirujuk kpd Sumatera yg 100% panjangnya selat Melaka.
3.       BEGITU RAMAI Sultan Melaka tetapi mana kuburnya?
4.       Jika Hang Tuah panglima kesayangan Sultan- mana kuburnya?  Kenapa hanya wujud kuburan kononnya sahabatnya sahaja?
5.       Sejarah Kesultanan Melaka tidak langsung dikaitkan dgn kebangkitan  Islam sedangkan era tersebut adalah era kebangkitan khalifah. Sebaliknya hanya penceritaan kelemahan sultan dan kehebatan penjajah.
Jika kerajaan/UMNO masih tidak mahu menceritakan sejarah sebenar,tepatlah  mereka umpama pelari keempat 4x100m Jamaica USAIN BOLT …mempertahankan baton sejarah peninggalan British yg mahu menafikan kehebatan ISLAM dizaman kesultanan NUSANTARA dahulu. British menyatakan tumbangnnya khalifah disebabkan keburukkan perangai khalifah tetapi bukan disebabkan pakatan mereka dgn puak kafir dan munafik.
Jika kita menentang TIDAK MAHU BERSUBAHAT DGN FITNAH KPD ANWAR bagaimana pula BERSUBAHAT DGN FITNAH TERHADAP KHALIFAH.
Apakah yg mahu dicari British(PENJAJAHAN) dan USA(PEMBENTUKKAN MALAYSIA) DInegeri Belakang Sungai ini?
 
Wallahu’lam