"Sejarah Semenanjung Melaka jika di bandingkan dengan acara olahraga dapatlah diumpamakan seperti acara 4 x 100m. Pelari pertamanya adalah Portugis, kemudian baton diberikan kpd Belanda dan pelari ketiganya British dan seterusnya UMNO. USAIN BOLT adalah pelari keempat Jamaica utk mencapai kemenangan dan begitulah UMNO penyambung talian perjuangan PORTUGIS/BELANDA/BRITISH untuk menghancurkan khalifah secara total di muka bumi semenanjung Melaka ini.
Definasi mengancurkan secara total hendaklah difahami secara mendalam. Penghancuran sejerah sebenarnya, kesan tinggalannya umpama istana, kuburannya, keturunan pemerintahnya, sistem pemerintahannya, nilai dan budaya murni penduduknya.
Kejayaan British menghapuskan khalifah adalah sepertimana berlaku di TURKI. Kejayaan BRITISH yg kedua adalah menulis kembali fakta sejarah dgn menggunakan penulis upahan seperti MUNSHI ABDULLAH dan membawa segala artifak dan manuskrip sejarah yg benar ke BRITISH utk disembunyikan.
Sejarah Hang Tuah@Iskandar MUDA@NARAI Sultan Acheh di hikayatkan malah difilemkanuntuk memburuk-buruk khalifah kononnya khalifah adalah kaki betina dan Hang Tuah seorang yg taat membabi buta. Hang Jebat/Lekiu/Lekir/Kasturi adalah adik beradik beliau dikatakan sahabat. Maka generasi yg berumur 70 tahun kebawah skrg hiduplah dgn persepsi fitnah sejarah ini.
Sejarah Merong Maha Wangsa juga di hikayatkan malah di filemkan. Jika JIN Samsudin dikritik akibat filem Peristiwa Bukit Kepong, tak mustahil giliran KRU pula 5 tahun lagi akibat filem MMW. MMW adalah penyebar agama ISLAM dibumi semenanjung MEelaka ini selain dari kemasukkan ISLAM dari bumi Acheh/Jawa. MMW pula diceritakan dgn kisah dongengan burung garuda, beragama hindu pernikahan seorang anak raja rom mahu mengahwini anak raja china. Rata-rata buku hikayat MMW di karang oleh penulis british dan hingga kini UMNO masih mempertahankan hasil karangan mereka.
Jika penyokong PAS/PKR/DAP cukup marah dgn pembohongan UMNO terhadap Anwar, BAGAIMANA PULA dgn pembohongan mereka terhadap khalifah? Mereka yg telah membawa ISLAM kebumi Nusdantara ini yakni nikmat teragung daripada Allah SWT KPD KITA. Siapakah yg akan membela mereka? Jika KAMU MENYOKONG GERAKAN ISLAM KAMU HENDAKLAH MENYOKONG SEMUANYA dan bukannya setakat politik sahaja. Apakah kita mahu membiarkan mereka menipu anak-cucu kita dgn penipuan sejarah ISLAM ini dan membiarkan generasi yg lahir sejak 1980an keatas hanya mengagungkan tinggalan sejarah penjajah. Apakah hanya menunggu Mat SABU bercakap baru nak terbuka minda? Amat rugi jika menjadi penyokong PR tetapi masih bermindakan BN.
Saya tidak berminat kpd mereka yg berniat mengkaji sejarah sebenar penuh dgn jiwa kenegerian sebaliknya kajilah dgn semangat k eIslaman.
Lihat soalan yg pernah saya tanya guru sejarah saya :
1. BEGITU RAMAI Sultan Melaka tetapi mana ISTANAnya? Sedangkan Portugis yg BARU menjajah pun ada juga tinggalan kotanya.
2. Mengikut peta terkini, Melaka hanyalah negeri kecil -kenapa nama selat dinamakan selat Melaka kenapa tidak Selat Perak yg merangkumi hampir 80% panjang negeri Perak ataupun nama selat dirujuk kpd Sumatera yg 100% panjangnya selat Melaka.
3. BEGITU RAMAI Sultan Melaka tetapi mana kuburnya?
4. Jika Hang Tuah panglima kesayangan Sultan- mana kuburnya? Kenapa hanya wujud kuburan kononnya sahabatnya sahaja?
5. Sejarah Kesultanan Melaka tidak langsung dikaitkan dgn kebangkitan Islam sedangkan era tersebut adalah era kebangkitan khalifah. Sebaliknya hanya penceritaan kelemahan sultan dan kehebatan penjajah.
Jika kerajaan/UMNO masih tidak mahu menceritakan sejarah sebenar,tepatlah mereka umpama pelari keempat 4x100m Jamaica USAIN BOLT …mempertahankan baton sejarah peninggalan British yg mahu menafikan kehebatan ISLAM dizaman kesultanan NUSANTARA dahulu. British menyatakan tumbangnnya khalifah disebabkan keburukkan perangai khalifah tetapi bukan disebabkan pakatan mereka dgn puak kafir dan munafik.
Jika kita menentang TIDAK MAHU BERSUBAHAT DGN FITNAH KPD ANWAR bagaimana pula BERSUBAHAT DGN FITNAH TERHADAP KHALIFAH.
Apakah yg mahu dicari British(PENJAJAHAN) dan USA(PEMBENTUKKAN MALAYSIA) DInegeri Belakang Sungai ini?
Wallahu’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan